Ana - bukan nama sebenar - adalah saudara saya. Sebelum ini dia sudah beberapa kali mengadu. Hal jantan itu. Maki-hamun sudah jadi juadah harian Ana. Jiran-jiranpun sudah acap kali, dan lali mendengar suara amukan jantan itu. Setiap kali Ana mengadu, saya cuma mampu menasihatinya, "sabar sajalah Ana, jangan dilawan suami kau itu, banyakkan berdoa.” Saya tak mahu dia terus mengambil jalan singkat menuntut cerai, tak mencium bau syurga nanti.
Beberapa bulan kemudiannya, angin bertiup, bukan sepoi-sepoi bahasa lagi tapi kencang, membawa khabar hangat. Jantan itu bermain cinta dengan seorang janda. Dan ditangkap berkhalwat pula! Menyirap darah saya. Sungguh memalukan kaum lelaki! Kemelampauan jantan itu juga semakin menjadi-jadi. Dia mula jarang balik ke rumah. Bila balik mengamuk tak sudah-sudah. Pernah dia mengamuk pukul 2 pagi. Habis pintu dan kerusi meja diterajangnya. Malah mesin jahit Ana - tempat Ana bergantung, menyara dirinya dan anak-anaknya - patah diterajang jantan itu. Anak-anak yang masih tak mengerti apa-apa menjadi mangsa. Nafkah batin masih mahu, tapi nafkah zahir buat tak tahu, Ana yang menyara keluarga. Entah ke mana perginya gaji jantan itu. Huh! Suami apa kalau begitu?
Kemuncaknya, baru-baru ini, bila Ana memberitahu saya, sambil menangis tersedu-sedu, mengadu, kaki dan tangan jantan itu sudah beberapa kali naik ke badannya. Sampai lebam-lebam tubuh badan Ana dikerjakan. Ana langsung tidak melawan. Jantan itu juga meracau ingin membakar rumah dan sanggup membunuh. Ana semakin tertekan. Seksaan yang ditanggung Ana itu dapat saya lihat dari susuk tubuhnya yang semakin kurus itu. Di wajahnya sudah tiada lagi cahaya ceria, sedikitpun. Kasihan. Meskipun menebal simpati saya, tak banyak yang mampu saya bantu. [Sebenarnya saya ini panas baran juga, kalau saya berdepan dengan jantan itu, teruk nanti dia saya kerjakan!]. Saya menasihatkan Ana membuat pemeriksaan lebam-lebam di badannya itu di klinik, buat laporan polis, ambil salinan laporan doktor dan polis, dan adukan ke pejabat agama. Saya minta dia adukan juga ketidakbertangungjawapan suaminya itu. Ana mengikut nasihat saya. Saya tak pasti, samada betul atau tidak cara saya itu.
Kelmarin Ana memberitahu saya. Kesabarannya sudah bernoktah, penyelesaian yang terbaik adalah berpisah. Ana mendapat hak penjagaan kedua anaknya yang berumur tujuh dan lima tahun itu.
Gambar di sebelah ini cuma imej selitan. Juga tentang kezaliman terhadap kaum wanita.
Concy Lawil, wanita Uganda yang kalau tidak silap saya dikatakan diseksa dan dipaksa memakan daging yang dikerat dari mukanya sendiri. Saya petik di rencana di the Star, ahad lepas.
Zalim sungguh!
TTFN
Selasa, November 27, 2007 5:55:00 PTG,
Macam mana agaknya perasaan manusia yang pendera ni ya. Manis agaknya bila dia lihat kesakitan pada tubuh manusia lain yang lemah.
Lupa agaknya dia yang satu masa nanti yang dia akan tua dan kudrat semakin merosot, masa tu siapa lagi yang boleh membantu selain isteri dan anak anak.
Minta dijauhkan sifat sebegini dari diri aku dan anak anak aku.
Selasa, November 27, 2007 5:58:00 PTG, Lily Abdullah
Saudara BP,
Dalam melayari bahtera perkahwinan bukan semua orang akan bernasib baik.
Segala-gala janji2 manis bisa jadi tercela. Simpati saya pada Ana & wanita dalam gambar tu.
Persoalannya - kenapa rumahtangga jadi begini setelah kita berkongsi hidup bertahun-tahun lamanya & dikurniakan 2@3 orang anak.
Sebagai wanita -saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang para suami inginkan.
Deraan fizikal mungkin para doktor boleh buktikan. Deraan mental bagaimana ya...jika saban hari diserah,dimaki dan dimarah suami, isteri yang bijak pun boleh jadi bengap. Yang sabar pun boleh menyebut perkataan yang menggegarkan tiang 'Arashy.Saya pernah melihat kejadian begini. Berita terkini yang saya terima - suami jiran saya ini telah pun bernikah dengan janda beranak 3....anak sendiri pun dia tak terbela...ish.ish..ish(geleng kepala)
Selasa, November 27, 2007 6:48:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Jantan tidak beriman begitulah. [Maaf, agak keterlaluan bunyinya]
Berat mata memandang berat lagi bahu Ana [juga wanita-wanita yang senasib, yang teraniaya] itu memikulnya.
pB,
Waalaikumussalam pB,
Itulah dia. Entah di mana agaknya diletakkan akal fikirannya.
Achik,
Isk! Kalau jumpa, rasa macam nak 'belasah' jantan itu cukup-cukup!
Mazudi,
Memang. Ada spesis manusia yang mirip kepada sifat haiwan. Puas melihat orang lain 'sakit' di depan matanya. Kalau tidak, tak kan ada kes-kes dua cerita aku di atas itu.
Semoga kita semua dipelihara Allah dari 'dugaan' berat seperti itu.
waterlily,
Terima kasih atas ulasan itu.
Saya tiada jawapan kepada persoalan itu. Selagi manusia itu bernama manusia, tentu ada sisi terang dan sisi gelapnya.
Sebab itu kita diperintahkan berpegang pada agama, surah dan sirah. Pegangan itulah pedoman dalam kehidupan manusia. Kalau pegangan itu longgar, apatah lagi kalau terlepas langsung, jadilah manusia yang tidak berpandukan rasional dan kewarasan akal dalam bertindak.
Saya mengandaikan suami Ana dan lelaki yang mendera wanita Uganda itu 'sakit'. 'Sakit mental' atau juga 'longgar pegangannya', kalau tidak keterlaluan saya katakan begitu.
Selasa, November 27, 2007 7:38:00 PTG, Pa'chik
chissss!! dayus punya jantan pukul bini...
aku yang bekeng nok mapuh ni pun tak penah jentik pun bini... ekekeke...
betul la tu purp, memang ada peruntukan untuk buat laporan kalau suami pukul melampaui batas-batas yang dibenarkan Islam. Dalam lafaz taklik pun ada.. dia ni tak reti bahasa ke tak reti baca punya jantan...
pstt.. ingat tu amaran kat atas sekali tuh... ;)
Selasa, November 27, 2007 7:43:00 PTG, posmen
teringat satu forum.. katanya lelaki mcmni bersifat egoistik yg slalu merasa menang dgn kesakitan isterinya. dia suka mendengar isterinya merayu2 dan dlm masa yg sama, masih menuntut 'hak' nya. sifat menguasai ini slalu berlaku pada peringkat 5 tahun perkahwinan. nasihat po amat berasas dan itulah yg sebaik2nya.
doa hidayah saya buat kesejahteraan semua isteri2 teraniaya.. amin
p/s: bodo punya jantan, kalo rasa nk jadi hero, gi la sepak rimau kat zoo.. cett
Selasa, November 27, 2007 8:18:00 PTG,
Salam BP,
Berat manapun mata kita memandang berat lagi penderitaan yang ditanggung wanita-wanita ini.
Anda telah bertindak wajar, saya juga akan menasihatkan demikian jika bertemua situasi begini.
Jika ada sesiapa yang terniat untuk berbuat begini, cuba bayangkan jika ia berlaku kepada saudara-saudara perempuan kita. Apakah kita rela mereka dilakukan demikian?
Rabu, November 28, 2007 12:40:00 PG, MYA MARJA
Hidup yang berwarna-warni; ada cerah, ada gelap; ada ceria, ada malap. Jantan seperti itu biasanya di kalangan mat gian dan seangkatan dengannya. Kaum gadis harus buat pilihan pasangan yang tepat, istikharah jangan dilupai; bukan ikut nafsu muda semata. Apa pun, jika agama ditolak tepi, maka begitu ceritanya.
Rabu, November 28, 2007 3:15:00 PG, Yang bernama Siti
Salam,
Setelah mendengar cerita kawan tentang kisah seorang yang kami kenali, saya menyarankan janganlah perempuan yang mengadu didera disuruh sabar sampai dia sendiri hilang sabar atau meninggal dunia.
Kisah kenalan itu begini. Dia sering dipukul suami, tapi ibunya tak beri dia meminta cerai. Dia pulang juga ke pangkuan suami walaupun dia amat terseksa dan takut. Semuanya kerana ibunya tidak beri dia minta cerai.
Hinggalah satu hari, dia terlantar di hospital, tinggal nyawa-nyawa ikan, barulah ibunya benarkan dia bercerai.
Saya harap yang didera janganlah tunggu hingga begitu sekali. Carilah jalan keluar. Dalam Islam kita memang boleh lari menyelamatkan diri dan nyawa, bukan?
Dalam undang-undang Malaysia ada peruntukan untuk keganasan rumah tangga. Jumpa doktor, minta surat tentang kecederaan dan buat laporan polis.
Polis juga selalu suruh wanita terlibat balik dan tidak mahu ambil laporan. Berkeraslah, jangan tunggu hingga nanti sudah hilang rasa percaya pada diri sendiri, institusi perkahwinan malah mungkin juga pada Tuhan, barulah hendak mengambil tindakan.
Memulihkan keyakinan diri amat sukar jika sudah sampai tahap begini. Jika sudah tidak yakin diri, bagaimana nak mengurus, menyara diri dan anak-anak?
Rabu, November 28, 2007 4:08:00 PG, Mat Salo
Salaam..
Hello JP, first time leaving a comment here. Saya juga bila dengar cerita keganasan terhadap kaum Hawa, nau'zubillah, marah betul rasa nya. Apa lagi di kalangan kaum Melayu kita yang sering melaungkan sifat2 ke-Islaman dan budaya tinggi. Masyarakat juga bersalah jika tidak berbuat apa-apa untuk membendungi gejala jelek ini.
Oh BTW, I'm posting a comment from a rig in Kalimantan. And my anak2 buah tersenyum lebar at your blog because they're jowo ori, Pak. Dari Madiun, Malang, rata-rata Jawa timur, Pak. :)
Rabu, November 28, 2007 9:32:00 PG,
penah jadi pada kak long saya. dah b'pisah pun dgn lelaki durjana tu. mmg trauma. saya yg jadi 'pemerhati dr jauh' ni pun trauma sama.
sampaikan saya pesan pada si dia (my ex), "kalau dah kawen nnt, tak kira la dgn saya or pmpuan lain, tolong la jangan buat benda yang sama. sakitnyer bukan sikit, bukan sekejap. sakit zahir & batin dan terasa sampai ke mati.. "
Rabu, November 28, 2007 12:25:00 PTG, shahril aley
Buat Ana, jangan mudah dikau putus asa mencari kebenaran dalam hidup yang penuh dengan dugaan ini & berusahalah untuk keluar dari kekejaman manusia yang tiada akal fikiran. Teruskan penghidupan mu tanpa si Dia yang kau anggap suami yang mampu menjaga kalian sekeluarga hingga ke hari tua. Dia bukan yang terbaik buat dikau malah mungkin Dialah insan yang terburuk yang kau pasti kenali. Dunia ini diciptakan oleh Allah SWT yang sentiasa adil & saksama dalam memberi kebahagiaan kepada hambaNya yang sentiasa mencari kebenaran.
Kepada BP, bantulah dia agar tidak berada dalam trauma kehidupan. Pulihkan semangat yang semakin lemah & pudarnya kepercayaan dalam kehidupan. Bangkitlah semangat seorang ibu dalam membesarkan 2 orang anak yang masih kecil & masih memerlukan kasih sayang dari ibu yang telah dianiaya oleh bapa mereka sendiri. Semoga niat murnimu itu akan ddihargai mereka sekeluarga & dirahmati Allah.
Rabu, November 28, 2007 12:51:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik,
Itu bukan kategori 'pukul' lagi pa'chik. Itu dah kira 'belasah' tu...
Itulah. Kitab 'Permata Yang Hilang' baca, kitab Munakahat tak nak baca... Isk!
Kau nak tau siapa jantan itu. Pegawai polis. Aku ulangi pegawai polis! Dia ingat Ana itu perusuh jalanan ke boleh belasah sesuka hati?
Psst...Noted. He he he!
Posmen,
Itulah dia.
Jantan itu 'sakit mental' agaknya. Kalau waras dan punya pertimbangan, tak mungkin melakukan tindakan di luar logik kemanusiaan.
Khairyn,
Panas baran bertempat tak apa khairyn. Panas baran sebab melihat kebejatan pemerintah atau melihat penganiayaan sesama manusia atau terhadap haiwan, misalnya. He he he.
Semua yang berfikiran rasional wajib berasa marah. Isk!
Tuan Zabs,
Waalaikumussalam tuan,
Syukur. Kalau itu sudah sememangnya takdirnya, sekurang-kurangnya nasihat saya dan tindakan yang Ana ambil akhirnya itu, masih belum terlambat dan dapat menyelamatkan dirinya dari terus menderita. Saya percaya, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kisah dukanya itu.
Tok Nabe,
Betul itu tok. Contoh terdekat, jiran-jiran di sekeliling Ana itu sendiri. Sudah saban hari melihat bagaimana Ana didera tapi kenapa mereka menbiarkannya saja. Kenapa tidak dilaporkan kepada pihak-pihak tertentu. [Bukan menjaga tepi kain orang, tapi bukankan itu dinamakan masyarakat prihatin dan penyayang?]
Dan mereka tinggal di kuarters pegawai polis!
Betul itu Tok. Seperti respon saya pada ulasan sdri Waterlily di atas itu.
Mya Marja,
Betul mas wongenom. Jika hidup longgar dari pegangan agama, kocar-kacir jadinya.
Cuma mungkin dalam kes ini agak berbeza sedikit situasinya. Sifat suami Ana diawal perkahwinan mereka dulu amat jauh berbeza dari selepas mereka dikurniakan 2 anak. Dan dia bukan lelaki gelandangan, dia pegawai polis!
Rabu, November 28, 2007 3:04:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mudin,
He he he!
Bukan marah. Geram! He he he!
Yang Bernama Siti,
Salam kembali.
Terima kasih atas perkongsian itu.
Saya bersetuju. Pada mulanya suami Ana itu cuma memaki-hamun, tiada deraan secara fizikal, jadi pada pertimbangan saya, saya minta Ana bersabar sedikit sebelum terus memfailkan cerai. Tapi bila suaminya itu sudah semakin melampau, bukan setakat deraan mental tapi deraan fizikal serta ugutan menakutkan juga, saya menasihati dia membuat laporan ke pejabat agama, dengan bukti laporan doktor dan polis sekali.
Saya ingin menambah. Garis panduan samada undang-undang keluarga Islam dan undang-undang negara memang sudah tertulis jelas. Ada peruntukannya. Tapi saya kira dalam masa yang sama, masyarakat perlu didedahkan dengan kesedaran 'tentang mengambil tahu hal sekeliling'. Kata-kata 'jangan jaga tepi kain orang' ada-kalanya tidak sesuai digunakan lagi kalau ingin mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang. Jiran-jiran di kuarters Ana yang 'buat tak tahu' biarpun sudah jelas melihat dan mendengar sendiri bagaimana Ana itu didera itu, misalnya. Mungkin sebab ingin melindungi individu 'berpangkat tertentu'? Saya tak tahu. Mungkin mereka ada jawapannya.
Mat Salo,
Salam kembali sdra, dan terima kasih mampir di sini.
Ya, betul. Seperti yang saya katakan dalam respon saya terhadap ulasan Yang Bernama Siti di atas. Masyarakat juga ada peranannya. Tak kiralah samada kekejaman terhadap isteri atau kekejaman terhadap suami, masyarakat 'kena ambil tahu.'
O, saya tak sangka saudara menulis dari sana. Atok saya berasal dari Kebumen, Tanah Jawa. Saya generasi ke-2 lahir di sini. Satu lagi blog saya, Monggo Mampir saya tujukan untuk rakan-rakan Jawa. :D
Jamri,
Itu kezaliman yang melampau! Harap-harap begitulah.
Tapi apa bezanya kes wanita Uganda itu dengan kes-kes kezaliman yang ada di sini seperti kes adik Nurin itu? Di negara kita itu kan?
Mamaranggie,
Agaknya harimau pun tak sudi nak berkawan kot?
Cikin,
Betul. Si Ana itupun semacam traumanya. Kalau tak kuat iman, silap-silap boleh hilang pegangan.
Semoga kamu beroleh suami yang soleh. [Dah jumpa pengganti? :D]
Shahril,
Semoga Ana tabah menghadapi dugaan yang dihadapinya itu. Pasti ada hikmah yang tersirat.
Begitulah. Bila berlaku penceraian, anak-anak yang akan menjadi mangsa. Apapun, syukur, Ana masih kuat semangatnya. Selama inipun dia boleh dikatakan berdikari sendiri tanpa bantuan suami untuk hidup. Emak, ayah dan kami, adik-beradik ada di belakangnya.
InsyaAllah.
NBK,
Nak jadi JANTAN pun biarlah bertempat. Tak gitu jang?
Jang, ekau pernah minum kopi Jantan? :D
Noted. He he he.
Azzam,
He he he!
Emboh la kang. Gendeng agak'e endase... Macan pun orak gelem konco nek koyok ngono.
Rabu, November 28, 2007 3:25:00 PTG, DeeN
Owh! Pegawai polis ruponyo. Buat malu jah! Sepatutnya status dia tuh sebagai pelindung, bukan pi belasah bini tak tentu pasai. Bodoh punya manusia. Tulah, Rasulullah saw sudah bagi ilmu kepada umatnya utk diikut, bukan utk diboikot! Bodoh! Bangang! Nak mampus!
Isk, isk, camner la aku nak kawen kalu lagu nih. Huk huk huk!
Rabu, November 28, 2007 4:54:00 PTG, Orked
KakJie ade petua ni, cari suami orang jawa...org jawa baik² - ikhlas dr menantu jawa...he he he
sebetulnya macam ni, kalau lelaki yang rapat dengan mak, sayang dgn mak, kakak² & adik perempuan dia, percayalah...lelaki itu akan menjadi suami yang sayangkan isteri...wahai gadis....sewaktu asyik bercinta, cubalah selidiki sikap dia dengan adik², kakak² & ibunya...
Rabu, November 28, 2007 5:57:00 PTG, ManjLara
Astaghfirullahul'azim! *gambar tu!*
Kesiannya kat Ana. Selalu kesah camtu terlihat di kaca tv saja, bila membacanya di sini simpati tu jadi berganda.
Kdg2 saya tak faham, bagaimana sikap seorang lelaki tu boleh sekejapan saja berubah. Belai-sentuh boleh bertukar jadi sepak-terajang...
saranan awak supaya Ana ke doktor/balai tu yg terbaik :)
Khamis, November 29, 2007 8:48:00 PG, tokasid
Salam Wak Pinter:
Simpati saya pada Ana dan kagum saya atas kesabaran beliau.
Kejadian seperti yang menimpa Ana semakin berleluasa namun tidak banyak yg di ketahui masyarakat. Ini kerana mangsa dan keluarga tidak mahu menanggung malu(lebih rela menanggung sakit) atau kerana isteri memikirkan anak-anak atau kerana isteri mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Dalam 2 buklan ini saya telah melihat 2 kes keganasan rumahtangga yang nahu pemeriksaan fizikal sebelum membuat lapuran polis.
Kedua-dua isteri ini telah mengalami kejadian begini beberapa kali dalam tempoh yang lama dan mereka bersabar sehingga pabila suami semakin brutal barulah mereka tersedar bahawa mereka bukan punching bag utk suami dan mereka tidak sanggup lagi menerima pukulan dan maki hamun.
Interestingly, suami2 yang 'brutal' ini memang mempunyai hubungan dgn wanita lain!!
Seringkali, kebanyakkan kita akan menasihati mangsa agar bersabar dan berdoa agar suami berubah sikap dan tingkah laku. Jika semakin menjadi , adalah elok kita menasihati mereka menjalani pemeriksaan fizikal dan mengambil foto di tempat yang cedera/lebam dan jika perlu membuat lapuran polis. Jika masih berterusan, mangsa harus melapurkan kepada pejabat kadhi untuk khidmat nasihat( bahagian ini ramai wanita tak suka ke pejabat ugama, kerana bila kaunseling seringkali wanita di persalahkan).
Jika tindakan suami keterlaluan, mangsa boleh menuntut fasakh atas sebab-sebab keselamatan, dan ini adalah alasan syar'ie dan tidak termasuk dalam kategori tidak mencium bau syurga.
Kadangkala wanita yg jadi mangsa enggan menuntut fasakh kerana memikirkan nasib anak-anak atau kerana malu untuk mendapat title janda atau takut kehilangan tempat bergantung. Tapi apakah perlu bergantung jika tempat bergantung memang sedang menggantung anda?
Lebih malang, yang saya sering lihat pasangan2 ini berkahwin atas dasar suka sama suka cinta sama cinta. Namun rapuhnya suka dan cinta sehingga sanggup memukul isteri sendiri!!
Kepada lelaki-lelaki yang merasakan mereka ahli gusti WWE, anda sebenarnya tidak hebat jika memukul isteri. Malah anda bacul dan dayus.
Kepada isteri-isteri yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga: Bangunlah mempertahankan diri anda. Memang anda juga perlu ada kesabaran dalam rancah hidup ini, tetapi fahamilah, ada mekanisma yang boleh membantu anda dan suami anda. Jangan di diamkan perkara ini kerana jika anda berdiam dan membiarkan saja, satu hari...anak anda akan menjadi anak yatim.Na'uzubillahi min zalik.
Khamis, November 29, 2007 12:10:00 PTG,
” Saya tak mahu dia terus mengambil jalan singkat menuntut cerai, tak mencium bau syurga nanti."
INI AYAT YANG BETUL KE SALAH ,SEPERTI MEMBUAT HUKUMAN SENDIRI JE.....KENAPA TUNGGU SAMPAI CEDERA BARU NAK BERCERAI....NAK TANYA ,KALAU SUAMI TAK AMALKAN 5 RUKUN ISLAM BOLEH TAK ISTERI MINTA CERAI, KALAU DIA MINTA JUGA APA DIA TAK LAYAK MASUK SYURGA...SAYA MAHU JAWAPAN YANG TULUS DARI SDR.
Khamis, November 29, 2007 12:29:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mummy Rizq,
Semoga jantan itu diberi petunjuk dan sempat bertaubat sebelum terlambat.
nur@,
Wah! Emosional betul kamu ya. Bila Ana buat laporan, baru pegawai atasan tahu ceritanya. Silap-silap boleh dibuang kerja tu.
Carilah suami yang beriman dan soleh, jangan pandang yang kacak dan berduit saja. [Macam bagus-bagus saja mamat yang bagi nasihat ni :D]
Zwit,
Tak akan aman hidup kalau menzalimi orang di dunia ini pun.
InsyaAllah, kamu akan mendapat lelaki yang baik [seperti Pa’chik , misalnya. He he he]
Pa’chik memang! :D
ron97,
Isk! Ngeri baca hukuman yang kau cadangkan itu...
Semoga lelaki itu sedar suatu hari nanti. Kalau tak mahu sedar juga, tak tahulah nak cakap apa lagi….
Jie,
Saya amat bersetuju. Saya ulangi sekali lagi, saya amat bersetuju. He he he!
O, begitu rupanya ya. Petua yang baik untuk gadis-gadis yang sedang mencari bakal suami. :D
arsaili,
InsyaAllah. Barang dijauhi.
Pa’chik,
Tak tahulah pa’chik, cerita pasal apa. Aku pernah terjumpa buku tajuk macam itu dalam gerobok pakcik aku tak lama dulu. He he he..
Manjlara,
Kasihan si Concy Lawil itu.
Sebagai lelaki, sejujurnya saya tak punya jawapan untuk persoalan bagaimana lelaki [seperti jantan itu] boleh berubah sikap. Tapi bagi saya, segalanya bermula dari hati. Kalau hati ‘bersih’, ‘bersih’lah sikapnya, perlakuannya, tindak-tanduknya, segala-galanya.
Khamis, November 29, 2007 1:08:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Wear,
Sekadar perkongsian. Mungkin cerita ini dan ulasan-ulasan kawan-kawan semua boleh kita ambil iktibar dan jadikan panduan. :)
Titicaca,
Itulah. Perkahwinan bukan untuk 7 - 8 tahun tapi sehingga ke akhir hayat. Kalau tiada toleransi, tak kuat iman dan pertimbangan agama, tak sampai suku jalan pun boleh hancur.
Dr Tokasid,
Waalaikumussalam doc,
Terima kasih atas ulasan doc itu. Amat berkesan. Saya amat menghargainya. Doc, sebagai orang yang banyak berpengalaman dan lebih matang dari saya, khasnya, akan mengambil iktibar dari setiap kata-kata doc itu.
Memanglah, kita banyak dengar nusyuz seorang isteri, tapi kalau kita lihat perkembangan hari ini, 'nusyuz seorang suami' pun banyak berlaku di dalam masyarakat, malah ada-kalanya lebih dahsyat lagi.
Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan pedoman ke jalan yang benar dan diredhai.
Khamis, November 29, 2007 1:30:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
KV,
Ya, seperti gunung berapi. Sampai hadnya meletuslah ia.
naha,
Salam. Terima kasih.
Cuba sdri baca semula paragraf saya yang pertama itu. Konteks frasa yang sdri petik itu adalah untuk perenggan pertama saja. Maksud saya belum ada penderaan secara fizikal. Cuma maki-hamun. Secara rasionalnya [bagi saya] masih ada jalan penyelesaian, merujuk kepada yang arif atau kaunseling di pejabat agama misalnya. Tapi kalau sdri baca di paragraf terakhir, saya yang menasihatkan Ana membuat laporan ke pejabat agama.
Dan saya mengenali jantan itu pada awal perkahwinan mereka adalah seorang yang bertanggungjawap. Dan kalau sdri mengambil sedikit masa membaca ulasan saya terhadap respon rakan-rakan di atas, ada saya nyatakan perubahan jantan itu berlaku setelah melahirkan anak ke dua.
Saya rasa lebih elok kalau sdri melanjutkan persoalan sdri itu pada orang yang lebih arif tentang ini. Saya rasa saya belum layak.
Terima kasih.
Khamis, November 29, 2007 6:16:00 PTG, aNIe
Bersimpati dgn nasib Ana...mmg tak mencium bau syurga jika seorang isteri itu menuntut cerai dari suaminya...tapi nak kene tengok pulak suami yang macam mana...
Wanita/Isteri sepatutnya belajar untuk menyayangi diri dulu sebelum menyayangi orang lain...barulah mereka akan bertindak mengikut undang2 bila disakiti...kerana wanita berkahwin kerana ingin dilindungi dan disayangi...bukan utk dianiaya atau di sakiti
Khamis, November 29, 2007 6:28:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ayu,
Itulah. Kita mengharapkan yang terbaik bagi kehidupan Ana [dan anak-anaknya] yang seterusnya.
Dr. nbb,
Lagu kegemaran saya juga. Doc peminat sifu juga kan? :D
mak su,
Dunia sudah akhir zaman mak su...
Butaseni,
Biar jantan itu belajar dari kesilapannya itu. Mudah-mudahan.
Itu kena tanya 'Pegawai Khalwat' sendiri. He he he!
Tiara,
Kalau tangan naik ke badan untuk mengurut tak apa kan Tiara. Macam Beckham kamu buat selalu tu. :D
Semoga kita sama-sama dipelihara Allah.
abang long,
Betul. Jangan cuma ikut sunah nabi bab yang kahwin empat itu saja...
Kamato,
Ya. Kalau hidup berpandukan agama, ikut hukum, insyaAllah, akan terpelihara diri dari sifat-sifat 'liar' dan 'kejahatan'.
Kasihan Ana... Simpati terhadapnya... Pantang sungguh jantan yang memukul perempuan ni... Sas ada 2 makcik yang pernah mengalami masalah yang sama sehinggakan nenek Sas teragak-agak membenarkan anak mahupun cucu lain berkahwin dengan orang dari negeri2 tertentu... Ayah juga pantang jantan serupa ini... Kalau kena pada Sas (minta dijauhkan), mungkin Sas tak akan mempunyai kesabaran seperti Ana... Kalau dipukul tanpa kesalahan, mau pukul balik nih... I'd rather be on my own than remain unhappy, what more to say if I'm abused!