Selasa, November 06, 2007
Kali ini imej objek-objek berkaki dan beroda. Sesetengahnya memang sengaja ingin diabadikan di lensa kamera, sesetengahnya pula secara kebetulan muncul di hadapan mata.

Si Tampuk, kucing Parsi kesayangan emak. [Oh ya! Kucing abah, si Cicak itu telah menghembuskan nafas terakhirnya beberapa hari selepas imejnya terpapar di sini]

Biawak sedang merayau-rayau di halaman rumah. Nampak jinak dan mesra tapi agak malu-malu. Cepat-cepat melarikan diri bila didekati.

Di satu jalan sunyi berdekatan kampung kami, seekor anak harimau terkujur kaku. Isi perutnya terburai. Mungkin kes langgar-lari. Kasihan.

Malam itu, seekor rama-rama cantik menerobos masuk ruang dapur lalu hinggap di dinding. Kata orang tua-tua, ada orang jauh nak datang. Kebetulan malam itu kami didatangi pakcik kami dari Pahang.

Himpunan objek beroda milik Pak Usu. Skuter Vespa, kapcai Yamaha, basikal, kereta sorong dan tayar terpakai. Tidak untuk dijual.


Lagi himpunan milik Pak Usu. Motorsikal - semacam Jipang - kalau tidak silap spesis Yamaha RX100. Juga kereta Toyota merah antiknya.


Basikal adik bongsu saya ini terbiar di bawah rumah. Semacam terpinggir dan dilupakan sejak abah membelikannya motorsikal.

Kalau sudah taksub dengan angka tujuh, mana mungkin dapat dilepaskan begitu saja. Hidup tujuh!

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/06/2007 02:07:00 PTG. |


47 Ulasan


Selasa, November 06, 2007 2:58:00 PTG, Blogger Sastri

kesiannya anak harimau tu... dah la comel, terbunuh plak dilanggar lari... sedihh...

hmm... nak plet number 888 nih... tapi mahal la plak nak beli... :p

 

Selasa, November 06, 2007 3:26:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, orang kata, kalau amek gambar kucen.. nanti tak lama lepas tu kucen tu mati.. kekekek...

apasal ko tuleh kat gambar bespa tu tidak untuk dijual? aku baru nak tanya.. kekekek....
kapcai yamaha tu.. kat sini orang panggel yamaha klec'chak.. kekekek...

 

Selasa, November 06, 2007 4:02:00 PTG, Blogger Mak Su

klasik ye collection motosikal tuwa, beskal tuwa

 

Selasa, November 06, 2007 4:34:00 PTG, Blogger achik

sentimental ek Pak Su tu.. simpan barang2 antik..

saya peminat nombor 7 juga.. ;)

 

Selasa, November 06, 2007 5:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

7777

berapa ler agak nyer pemilik kereta tu bayar untuk no 7 tu ...


- pB -

 

Selasa, November 06, 2007 6:01:00 PTG, Blogger flush

tunggu masa la si tampuk tu..

 

Selasa, November 06, 2007 8:31:00 PTG, Blogger Kemat

kenapa JJ7777 tak JP 7777

 

Selasa, November 06, 2007 9:40:00 PTG, Blogger ILA

Salam Tuan BP:)
aha...tak ke betui tu ..orang tua dulu kala pernah berkata...
kucing jgn di ambik gambarnya, tentu ada musibah akan berlaku pdnya.
apa pndapat Tuan BP sndiri??..
apa sekalipun segalanya dlm kekuasaan Tuhan.Tpi sya masih t'kilan..oleh kerna kucing ksayangan dah kna kidnap orang kat 5 bulan yg lpas.nasib baik ada video mereka..bleyler..mlepaskan rindu..huhukkk :(

err...kat Muar kg Bp tu, masih ada tmpat lintas warga hutan ker??
dkat dgn utan yeakk??

 

Selasa, November 06, 2007 10:17:00 PTG, Blogger zino

kesian anak pak belang tu.. sape lah punya kerja tu..

 

Selasa, November 06, 2007 10:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Phuying pakai 567. Kita sambunglah, jadi 567 777.

 

Selasa, November 06, 2007 11:34:00 PTG, Blogger Unknown

biawak yg pemalu, lari terkengkang2. Hehehe. Bukan apa, teringat haiwan itu ketika saya tinggal di kampung :D

 

Rabu, November 07, 2007 12:34:00 PG, Blogger Brader Black

ahai..
syg benar dengan gemulah anak karimau itu.. kalu dibela sahingga dewasa, pasti masuk koran nnti.. ha ha..


oh ya, sy gak pminat nomor 7, selain 13..
hidup 7!!

 

Rabu, November 07, 2007 1:12:00 PG, Blogger ManjLara

masyaallah, kampung awak ada rimau eh? tapi kiut jer rupa dia...isy tapi seram jugaklah..

rama-rama masuk rumah petanda ada orang nak datang, klu ada anak dara kat rumah tu, konon2 ada rombongan jauh nak datang :P

 

Rabu, November 07, 2007 1:26:00 PG, Blogger TokNabe

vespa tu mmg klasik...dulu bapa mertua sy ada juga vespa plat no JP, mmg sesuai utk jowo pinter, tp dah dijual kat org sri medan. sbb tersadai tak diguna bertahun.

 

Rabu, November 07, 2007 8:16:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Rabu, November 07, 2007 8:23:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Semuanya semakin pupus...melainkan yang last tu. Fuh!

 

Rabu, November 07, 2007 8:48:00 PG, Blogger Unknown

cantiknya bulu kucing tu

gambar rama-rama tu pun cantik, nampak macam rama-rama gergasi pulak..hehe

Salam Aidilfitri BP, mood raya ada lagi ker?

 

Rabu, November 07, 2007 9:12:00 PG, Blogger muor76

vespa bukan utk dijual? hehehehe
ape kate ko buat sampai pak usu kio nak jual vespa dia? kekekekeke
rimau akar tu memang ler banyak lagi kat muor .. kat blah blah laut yg banyak hutan bakau pon ade lagi..

 

Rabu, November 07, 2007 10:05:00 PG, Blogger KAMATO

sentuhan mu merakamkan foto2 itu makin mengancam

 

Rabu, November 07, 2007 11:12:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

bro,selalunya aku tengok bewak yang terkangkang macam tu,ni anak harimau.fuuuhhhh kagum aku.rasanya mak dia nangis tak hehe

 

Rabu, November 07, 2007 11:24:00 PG, Blogger WRA

comelnya kucing itewwww!!!! geram nengoknya...

 

Rabu, November 07, 2007 12:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sas,
Orang Jawa panggil spesis harimau itu macan akar..Semasa kecil memang nampak comel tapi bila dah besar silap-silap menerkam.. :D

Bila nanti duit dah berlebih-lebih tak tau nak buat apa, bolehlah masuk tender beli 888 tu... :p


Pa'chik,
Ye ke Pa'chik? Mana punya fatwa tu? He he he

Vespa itu dah ada 3-4 orang tanya, tapi Pak Usu aku tu memang tak nak jual. Kalau tak silap kapcai Yamaha itu spesis YPVS kan?


Mak Su,
Sekarang mungkin tak berapa antik lagi. 10 tahun lagi nanti baru betul-betul antik. :D


Achik,
Ada menyimpan kenangan agaknya. Lagipun payah nak cari motorsikal lama-lama macam itu sekarang. Elok sangatlah disimpan.

OOo..Peminat 7 juga rupanya. Bagus, bagus, bagus! Dah daftar Kelab Peminat Tujuh? he he he!


pB,
Kalau dah minat, harga tak penting pB. Itu empat digit. Kalau satu, dua atau tiga digit macam J7, JJ77 atau JJJ777 lagilah mahal....


flush,
Isk! kena tarik baliklah gambar itu nampaknya.... :(


Kemat,
JJ tu Jawa Johor kot. Ha ha ha!


ila,
Tak tahulah. Kebetulan barangkali.

Saya pula ada dengar, kalau kucing divideokan memang akan kena kidnap. He he he.

Jalan itu berhampiran Bkt Mor, Muar. Kawasan hutan/bukit rekreasi. Memang masih boleh dikatakan hutanlah...


Zino,
Saya tangkap gambar itu waktu pagi. Mungkin dilanggar waktu malam. Tempat itu kalau malam sunyi dan gelap, nak berhenti memang seram sikit.


phu ying,
Apa erti di sebalik angka 567 itu? :D

 

Rabu, November 07, 2007 12:38:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zalisa,
Di kampung saya, sekarang, anak biawak masih tak segan-segan masuk dalam rumah.... Dah macam haiwan peliharaan pulak. :D


Brandal,
Memang sayang. Dahlah semakin pupus, kena langgar pulak. Tak sempat merasa jadi dewasa...

Angka 7 itu banyak simboliknya....:)


Manjlara,
Maklumlah kampung dekat-dekat hutan... :D

Itulah yang selalu orang kata. Nak kata ada orang nak pinang saya, tak ada pulak. He he he!


toknabe,
Vespa itu kalau di'bikin' semula memang akan menawan jadinya. Join pulak Kelab Vespa, bawa berkonvoi, memang seronok....Vespa itu asalnya Pak Ngah punya, kemudian diwariskan kepada Pak Usu pulak.


Azzam,
Itu pasallah aku tangkap gambar-gambar itu, sebelum dia betul-betul pupus....


Yus,
Emak dan adik bongsu sayalah yang rajin memandikan kucing itu dengan syampu. :D

Ha'ah. Rama-rama itu memang lebih besar dari biasa, sebesar dua tapak tangan kita.

Raya kan sebulan.... :)


Muor76,
Kau nak ke Vespa tu Muor? He he he!

Ha'ah. Beberapa tahun lepas, di kebun kelapa sawit depan rumah aku itupun ada harimau akar macam tu. Tapi dia tak seganas harimau belang kan?


Kamato,
Terima kasih. Baru belajar-belajar. :)


Butaseni,
Itulah keaslian kampung aku. He he he.

Aku rasa emaknya mesti mencari tu... Agaknyalah...


Alex Lacey,
Comel tapi pemalas sungguh si Tampuk itu. Kerjanya asyik makan dan tidur. Nak dengar dia mengiau pun jarang...

 

Rabu, November 07, 2007 12:43:00 PTG, Blogger DeeN

Owh! nak kete plet dna 235 hak hak hak! Owh, harimau akar! Sian. Kat kg aku slalu dengo2 pasal metos kewujudan menatang nih kat hutan belakang kg aku. Huk huk huk .. gerun woo!!

 

Rabu, November 07, 2007 1:58:00 PTG, Blogger Titicaca

aku sangat suka rupa paras rimau esp. rimau belang. haiwan yang sungguh hensem.
tapi bila dah besor n dalam kelaparan, aku tak mo la jumpaa..

kesian rimau tu...

 

Rabu, November 07, 2007 2:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Kesian anak harimau tu. Anak anak tentu ada ibunya tinggal berdekatan.
Saya ju suka nombor 7, tapi di plet kereta saya ada 77 je, yang dua lagi nombor kegemaran isteri.

 

Rabu, November 07, 2007 3:23:00 PTG, Blogger arsaili

erkkk ada rimau yer..tatutnyaaaaa...erkkk ni tak puas hati..lawa gila 7777..bukan takat plat no, kete tu pun lawa...erkkk bila la nak drive kete cam tu....tengok jer laaaa

 

Rabu, November 07, 2007 4:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Nur@,
dna 235? Kau nak sambung dengan no plat Phu Ying ekk...?

Harimau akar mesra sikit berbanding harimau belang. He he he.


Titicaca,
Aku pun. Rimau semulajadinya nampak kacak. Sebab itu maskot blog ini anak rimau belang. Yang warna ungu di sidebar tu... He he he!


Tuan Zabs,
Waalaikumussalam tuan,

Ha'ah. Saya rasa rimau itu tinggal di hutan di bukit berdekatan. Mesti ada 'kerabat' dia yang lain di dalam sana tu.

Kalau dapat 7788 atau 8877 pun cantik.. :D


arsaili,
Anak rimau biasa nampak cuma di zoo. Kali ini di depan mata, tapi sayang dah mati....

Ada teringin nak pakai CLK atau SLK tak arsaili? :D

 

Rabu, November 07, 2007 5:49:00 PTG, Blogger tokasid

Salam wak pinter:

Comel kucing tu. Bulu gebu, kalau berselereh manja di kaki kita tentu bunyi purr...purrr...

Kesian anak harimau(rimau akar ke tu?) mati di gelek. Tapi kalau seingat saya iklan hantu naik proton, anak rimau ni mungkin tak guna topi keledar kot.

Paling best gambar Vespa buruk BAE 1886. Teringat A mamud dalam Gila-Gila dulu.

 

Rabu, November 07, 2007 10:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

alahai..terjatuh chenta tgk keta ngn plet no 7777 tu. suke no 7 juga! ;)

 

Khamis, November 08, 2007 12:35:00 PG, Blogger Pa'chik

dude, ari tu lu tanya dolahjones maman tu jenis apa...
aku jumpa tiga jenis..
Cleome icosandra - sejenis herba buleh makan.
Gynandropsis gynandra - yang ni orang buat ubat pening
Gynandropsis gynandra - inai paya

punya la ganas nama saintifik dia.. kekeke... macam nama awek cun je... kekekeke...

 

Khamis, November 08, 2007 8:21:00 PG, Blogger Kurma2Biji

gambar2 ni untuk koleksi anak-anak plak ka..

 

Khamis, November 08, 2007 11:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

comel kucingnya.

Oh! gambar anak harimau tu mengingatkan saya dikala zaman muda belia dulu.
Selalu masa pergi sekolah pagi-pagi buta naik basikal mesti terserempak dengan bangkai anak harimau yang sudah kena lenyek. :(
Nostalgia.

Alahai.

 

Jumaat, November 09, 2007 5:29:00 PG, Blogger tuan tanah

Sapa yang langgar lari anak rimau tu? Report kat WWF baru tau! Marah ni!

 

Jumaat, November 09, 2007 8:32:00 PG, Blogger Unknown

biawak, anak harimauuuuuu??? sudah macam mini zoo nih..hehe

anyway...JJ 7777 kereta baru lu kah? kenapa 7 ek...

 

Jumaat, November 09, 2007 10:35:00 PG, Blogger arianna adrizal

takpe kalau tak dapat angka 7, yg penting dapat kereta tu! ;p

muor ada rimau ke? isk..

 

Jumaat, November 09, 2007 11:18:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Dr Tokasid,
Waalaikumussalam doc,

Pemalas tu, dan jarang dapat dengar suaranya. :D
Bulunya dah tak segebu induknya sebab yang inipun dah generasi ke berapa entah....

Ha'ah, rimau akar. Anak rimau itu tak melihat ke kiri & kanan dulu sebelum melintas agaknya. :D

Zaman A Mahmud tu...... :D


Cikin,
Ramai rupanya kawan-kawan peminat angka 7 ni...? :D


Pa'chik,
Oooo... Spesis nadir. Patutlah aku macam tak pernah dengar nama 'maman' tu. Kalau Maman Teacher's Pet tu aku kenallah... he he he..


Kurma,
Begitulah lebih kurang.. Kan apa yang kita ada hari ini dipinjam dari anak-cucu kita ? :D


Akira,
Sebab comellah layak masuk blog...:D

Sekarang sudah tak belia lagikah akira...? He he he..


tuan tanah,
Kesian ekk...Anak rimau itu pun satu, lain kali nak melintas tengok-tengoklah dulu kiri kanan, kan dah kena langgar....... :D


Amora,
Bukan mini zoo, tapi mini safari la...

Ha ha ha. 'Garisungu' tetap di hati. 7 itu banyak signifikannya dalam kehidupan kita sebenarnya...


Arianna,
Kerja keras, kumpul duit Anne, jangankan kereta macam itu, CLK pun boleh beli nanti.... he he he.

Rimau akar itu di Parit Jamil tau, dekat dengan kampung awak jugak tu.... :D

 

Jumaat, November 09, 2007 2:18:00 PTG, Blogger Orked

H sapa tu.... mengamcam di sebalik dedaunan....

 

Jumaat, November 09, 2007 2:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cik Kema,
Itulah. Tak sempat dia membesar.....


Jie,
Itu kalau tukar ke warna hitam, gelapkan sikit cerminnya, pasang pulak rim sukan, letak skirting, tambah mengancam...!

 

Isnin, November 12, 2007 8:43:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Saya suka angka 3 tapi sejak BP menyebut 7 dalam satu komen BP di blog saya, semacam ada pautan pulak angka tu - 'berjiwa' :)

 

Isnin, November 12, 2007 11:03:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

sedih tgk baby harimau.. tuh. tapi kucing tu comel gler.. bleh kawan ngan faiz.. hihih

 

Isnin, November 12, 2007 1:57:00 PTG, Blogger izariza

tuka kete baru ke hihihi..oit, opis ko buat openopis ehh..tak jemput pon aku :P

 

Isnin, November 12, 2007 3:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

B Rampai,
Waalaikumussalam BR,

Nombor 3 pun 'berjiwa' juga. Saya 'terpaut' dengan 7 itu sejak azali lagi agaknya. :D.
Banyak yang tersirat di sebaliknya. Kebetulan, dalam kehidupan kita sebagai manusia pun memang tak lari dari unsur tujuh itu :)


Tiara,
Takziah kepada keluarga anak rimau akar itu.
Faiz mana satu nih? He he he!


Faizah,
Aku masih pakai lagi 'Garislangit' ungu itu ke pejabat...Cuba cari di parking tu. :D

Ofis aku sentiasa terbukalah. Kau jer selalu lalu-lalang depan ni tak mau singgah.... He he he!

 

Ahad, November 18, 2007 10:50:00 PG, Blogger KV

ingatkan nombornya jp7777. Tp jj7777 pun lawa jgk. Hhehe

 

Isnin, Disember 03, 2007 1:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam..

suka la..banyak haiwan-haiwan comel kat sini..hehehe..

hurm..betul jugak kata org tua2,kucing jgn diambil gambarnya..takut ada musibah melanda. Kcing kesayangan saya jugak dah 4bulan dikindnap..jahat betul org yg menculik tu!!

 

Khamis, Disember 06, 2007 3:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

KV
JJ itu Jawa Johor. He he he.


ellie,
Salam kembali,

Saya pencinta haiwan. Yang jinak dan yang liar. He he he

Isk! Harap-harap si Tampuk selamat.