Selasa, November 13, 2007
Kelmarin. Kami melakukan kegiatan yang amat melenguhkan kaki, mata dan fikiran; membeli-belah tingkap. Kegiatan yang jarang saya suka, sebenarnya. Tempatnya di The Gardens, bersebelahan Mid Valley itu.

Saya bagai tersihir dengan suasananya. Bukan pada barang-barangnya. Mata saya memang agak pelik sedikit. Seni bina, seni reka dan susun atur dalamannya itu yang agak memikat jiwa. Begitu juga unsur-unsur kemasan binaan dalamannya. Maksud saya dari segi tampakannya. [Amalan seni bina di Malaya ini bukan selalu mengambil kira sangat kepraktikan dan kewajarannya pun!]

Cuma saya tertanya-tanya, kenapa namanya ‘The Gardens’ agaknya? Gagasan dalamannya lebih kepada unsur landskap kejur. Unsur landskap lembutnya agak kabur. Gagasan taman yang harmoni dan ‘berjiwa’ seharusnya seimbang unsur-unsur kejur dan lembutnya, seperti seimbangnya tindak saling di antara manusia dan alam persekitarannya. Saya mengandaikan, mungkin pembinaannya masih belum sempurna sepenuhnya.

Sesampainya di 'aras perdana', tiba-tiba perut meragamlah pula! Saya berkejar ke aras atas sebab saya belum cukup kaya untuk masuk ke bilik rehat [baca : tandas] di 'aras perdana' itu. Bayaran masuknya RM 5.00! Kenapa semahal itu jangan tanya saya. Mungkin layak untuk manusia-manusia yang sudah berlebih-lebih duit, atau untuk manusia-manusia yang mahu bermewah-mewah agaknya. Entah apalah agaknya kesaktian yang ada di dalam bilik rehat itu ya?

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/13/2007 03:07:00 PTG. |


48 Ulasan


Selasa, November 13, 2007 3:29:00 PTG, Blogger Sastri

kegiatan membeli-belah tingkap ni kegiatan yg i suka... menarik tempatnya The Garden tu tapi barang-barangnya, aduh, nak beli pun mesti fikir 8888 kali... kecuali la memang dah rancang nak beli tu lain laa... :D

lain kali, apa kata kita cuba tengok apa yang 'best' sangat bilik air rm5 tu... :p

 

Selasa, November 13, 2007 4:19:00 PTG, Blogger ILA

Rm5 sekali masuk yeakkk???
oho..mungkin ianya utk kos cucian & wages para 'cleaner'indon (yg smakin kaya)

Apa yg best dgn Mid Valley???

 

Selasa, November 13, 2007 4:39:00 PTG, Blogger Sastri

errr... Ilaa... sas suka midvalley... sebab dia dekat dengan rumah dan dalamnya banyak kedai2 yang kira dalam kemampuan la kalau nak membeli-belah... dan sas suka carrefournya... :D
macam sesetengah tempat, contohnya Star Hill, nak masuk butiknya pun dah ngeri... :p

 

Selasa, November 13, 2007 4:49:00 PTG, Blogger Pa'chik

kau tanya kenapa lima ringgit... makanan mahal lah sekarang.. taik pun.. kena mahal jugak la kos nak mengurusnya...
ekekekek....

ada tukang basuh berak sekali kot... ekekekek....

 

Selasa, November 13, 2007 4:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Kalau tujuan nak beli, oklah. Kalau setakat nak pusing-pusing atau tengok-tengok, buat lenguh kaki jer... :p

Tapi ada juga barang-barangnya yang masih ok lagi kan harganya kan, macam Tag Heuer, Guess, Levi's dan tujuh lapan jenama lagi tu....:D

Agaknya ada orang tolong 'cucikan' sekali kot. He he he!


Ila,
RM5 tu kalau buat makan rojak mamak pun lepas. He he he.

Ikut oranglah Ila. Tapi Mid Valley itu memang antara tempat membeli-belah di KL yang praktikal. Semuanya ada. Cuma mungkin kalau hari minggu & datang lewat, seksa sikit mencari petak tempat letak kereta kosong....


Sas,
Ya, betul! :D

 

Selasa, November 13, 2007 4:52:00 PTG, Blogger Sastri

Pa'chik, sanggup ke nak kasi orang tolong cucikan sekali tu... ih ih ih... :p

 

Selasa, November 13, 2007 4:54:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik,
Ha ha ha. Kalau orang kampung dengar RM5 tu mau pengsan agaknya. Boleh beli 3-4 kg gula tuh!

Agaknya untuk yang manusia bertaraf 'perdana' juga kot. Biasanya yang tahap-tahap 'perdana' ini memang suka bermewah-mewah, membazir duit....Ahaks! :D


Sas,
Ha ha ha!

 

Selasa, November 13, 2007 5:00:00 PTG, Blogger achik

mak aih.. mahal betul nak 'melabur'.. ;p

 

Selasa, November 13, 2007 5:19:00 PTG, Blogger Lan Rambai

kopi secawan dan nasik lemak sebungkus di gerai tepi jalan boleh dinikmati dengan harga RM2.50. Tapi aku tengok banner di Kyros Kebab.. benda yang sama RM10 berapa tah. Sama ahh macam jamban tu agaknya... kalau nak berak selesa.. bayar RM5!

 

Selasa, November 13, 2007 5:39:00 PTG, Blogger zizie ali

masuk jgn tak masuk. pengalaman berak yg berharga rm5 pasti amat mengkagumkan.

 

Selasa, November 13, 2007 5:51:00 PTG, Blogger DeeN

Agak2nya, kat dalam tuh, ada servis ngurut sekali kot, siap ada katil dan aircond 4 hos huk huk huk!

*Ngeri! Ngeri! BUK!! Jatuh
pengsan!*

 

Selasa, November 13, 2007 6:14:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

saudara BP,
Saya pernah masuk sekali ""bilik rehat" mewah tu kat KLCC...Ceh ingat apa la yang HEBAT sangat..takde mendenya pun...cum ainya berbau lebih "mewah" (baca -wangi). Apabila customer( boleh istilah customer ke?) keluar para cleaner akan segera menjalankan operasi sebelum customer lain masuk. Harga kat KLCC kut tak salah RM2.50 or whatever mahal. Pssst..jgn bagitau sesapa - saya masuk buat muka bodoh sambil tunjuk kad OKU heh..heh..heh...

 

Selasa, November 13, 2007 7:12:00 PTG, Blogger Kemat

kenapa tak cuba, mungkin jamban mahal itu dapt kasi idea2 menarik utk menulis entri blog.. tak masuk pun ko dah dapat idea nak wat entri..semuanya kerna jamban 5 ringgit tu

 

Selasa, November 13, 2007 8:43:00 PTG, Blogger Unknown

duit tandas tu buat top up repay loan kot!

 

Rabu, November 14, 2007 1:24:00 PG, Blogger Pa'chik

nak jawab sualan sas neh..
purp... ko tulung gi check sapa yang jaga kat situ.. kalau perempuan indon muda-muda... comei-comei nok mapuh... ekekekke.... sanggup kot aku dicuci... ekekekek....

 

Rabu, November 14, 2007 6:41:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

beli belah tingkap di kedai buku bolehlah...

abes tu? kamu masuk atau tidak bilik rehat itu?

 

Rabu, November 14, 2007 9:09:00 PG, Blogger arsaili

errr...RM5..sabo jer la

 

Rabu, November 14, 2007 9:57:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

wah,aku teringin nak pegi situ,sempoi ek?ok aku kumpul duit dua kupang seminggu.nanti nak try jamban rm 5 tu hehehe

 

Rabu, November 14, 2007 10:21:00 PG, Blogger aNIe

Bp...kalau ada gambar lagi best sebab dptlah kiorang tgk landskap yang diceritakan tu...

Dulu pernah bawak MIL kat KLCC...masuk tandas bayar RM2...MIL dah mengeluh...katanya mahal...dia pulak baru lepas makan ubat buang air kecik...katanya jom balik...nanti aku masuk sini 5 kali dah RM10...bayangkan lah kalau dia pergi sana selepas makan ubat buang air...kalau nak ketempat lain...jauh berjalan sakit pulak kakinya...

Tapi kat dalam tandas rm2 tu macam2 ada untuk segarkan diri...hehehe...

 

Rabu, November 14, 2007 12:06:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Kami melakukan kegiatan ...

kami tu saper ekk? heheheh.

 

Rabu, November 14, 2007 12:22:00 PTG, Blogger zwitterion

sorang masuk bayar 5 hengget.kalau masuk tandas yg 30sen, ko buleh belanja ramai orang masuk..buat amal jariah..:)

 

Rabu, November 14, 2007 12:27:00 PTG, Blogger Unknown

5 hengget tu kenyang kalau beli nasi campur dengan air sirap. huhu.

Alamak, akak tak faham le unsur kejur dan lembut dalam taman tu. huhu...
Tapi kalau ada rezeki, teringin nak buat rumah ala kampung yang lamannya berkonsep neo nusantara.
Tapi, bilakah saatnya akan tiba?
Kerja! Kerja! Kerja!

 

Rabu, November 14, 2007 1:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
Itu untuk premier floor. Nak 'melepaskan hajat' pun berstatus kan...?


Lan,
Tapi tandas di aras lain, percuma. Itupun dah cukup mewah, bersih, cantik & sentiasa kering. Tak taulah mewah yang macamana pulak tandas yang RM5.00 tu. Ada tayangan video dan pelayan kot. He he he.

Kau bayangkan, kalau bersarapan pun cuma RM2.50, kau sanggup keluarkan RM5.00 semata-mata untuk 'buang'. Ha ha ha!


Zizie,
Nanti lain kali ke situ lagi, nak singgahlah... Kena lama-lama sikit, menikmati kemewahannya. :D


nur@,
Agaknya. Barangkali. Mungkin. He he he.


Waterlily,
Cuma yang di aras perdana itu sahaja berbayar. Tandas di aras lain, percuma dan lebih-kurang setaraf dengan tandas KLCC yang RM2.00 itu. Maknanya tandas yang RM5.00 itu tentu lebih-lebih lagi keajaibannya. Agaknyalah.

Itulah salah satu keistimewaan OKU. :)


Kemat,
Lain kali aku tentu akan masuk. Siap tangkap gambar sekali. He he he.


cik kema,
Agaknyalah kot.

 

Rabu, November 14, 2007 1:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik,
He he he! Nanti jadi 'aktiviti' lain pulak pa'chik. He he he!


mudin,
Ha'ah. Kalau berlama-lama di MPH tak terasa pulak lenguh kaki, mata dan minda. Kau tak membeli-belah di jualan murah buku-buku di Big Store, Atria? Penguin pun ada buat jualan murah juga, kalau tak silap di PJ...

Aku terus ke tandas aras lain. Gratis! :D


arsaili,
Bagi orang yang kaya-raya, RM5 itu apalah sangat sdra...


butaseni,
Jom nanti kita sama-sama masuk cuba, nak? He he he!


Kak Lady,
Dekorasi dalamannya nampak cantik, mewah, sesuailah dengan status The Garden itu. Tapi, rasanya belum siap sepenuhnya kot

Setakat nak 'buang', asal tandas itu kering, bersih, ada air, tisu, dan ada cermin, bagi saya dah ok dah... He he he. Tandas aras lain yang percuma di The Garden itupun dah cukup sempurna kak lady.....


ayu mkay,
Kalau ikut bahasa, 'kami' itu gantinama bermaksud lebih dari seorang. He he he!


zwit,
Kau memang bijak dan berhati mulia. Kenapa aku tak terfikir macam itu. He he he.


Ainin Naufal,
Itulah beza nilai RM5.00. Bagi orang miskin RM5 itu mewah. Bagi orang biasa RM5 itu lebih afdal untuk keperluan. Bagi yang kaya-raya, RM5 itu apalah sangat, macam tak ada apa-apa!

Dari perspektif arkitektur landskap, landskap kejur itu unsur-unsur pembinaan spt kerusi, dinding, wakaf, bangku, lampu, lantai, dll. Landskap lembut pula unsur-unsur tanaman hiasan, pokok, renek, palma, dll. :)

Neo nusantara? Bolehlah cari si Desmond Ho tu.. :D

 

Rabu, November 14, 2007 2:12:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

BP, toilet RM 5 sebab kat dalam tu ada orang tolong cucikan lepas melepaskan hajat kecik atau pun besar..

ngeh ngehhh

 

Rabu, November 14, 2007 2:12:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

BP, toilet RM 5 sebab kat dalam tu ada orang tolong cucikan lepas melepaskan hajat kecik atau pun besar..

ngeh ngehhh

 

Rabu, November 14, 2007 2:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Kalau aku, aku buat macam rumah sendiri. Siap mandi manda sabun shampoo semua. Lepas tu duduk sampai lapan hari kat dalm tu. Dengan syarat buboh air freshner. Heh!

 

Rabu, November 14, 2007 3:22:00 PTG, Blogger Cik Keju

erk..kalau camtu, kena tahan smpai kat midvalley la. huhuhu..
mahalnyer la, smpai rm5. agaknyer guner air fresh orange kot instead of air paip..

 

Rabu, November 14, 2007 5:07:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tiara,
Ooooo....Kau pernah masuk ek... Bersih tak dia cuci? Tak rasa geli ke? He he he!


Azzam,
Kau bolehlah. Aku tak boleh. Ha ha ha!


Cikin,
Aras perdana [premier floor] jer yang kena RM5. Aras lain percuma.. Isk! Jauh kalau nak ke Mid Valley, silap-silap 'terlepas' dalam seluar! He he he..

 

Rabu, November 14, 2007 5:19:00 PTG, Blogger 13may

perghhh!!! tambah 90sen...dapat rokok 14batang sekotak :D

 

Rabu, November 14, 2007 6:09:00 PTG, Blogger Brader Black

walawey..
nak jepret pon kene bayo rm5 ek?
dasyat..

 

Rabu, November 14, 2007 9:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Aku lupa. Aku baca atau aku dengar dari sesapa.

Bila seorang engineer dia tengok movie, dia akan kagum dengan kejuruteraan yang ada dalam cerita tersebut, bila seorang artis tengok movie, dia akan kagum dengan penjiwaan watak dalam cerita tersebut, bila seorang ahli komputer tengok movie, dia akan kagum dengan special effect dalam cerita tersebut, bila orang biasa tengok movie, baru dia betul betul memahami jalan cerita tersebut.

Dan kau, melihat The Garden dari sudut senibinanya.

 

Khamis, November 15, 2007 1:39:00 PG, Blogger shahril aley

dari ko perabih duit tu utk bilik rehat tu baik ko blanje aku makan kat kedai mamak. at least dapat berkat & pahala ko blanje orang...

 

Khamis, November 15, 2007 6:06:00 PG, Blogger zino

nak kena pi tengok ni.. nampak macam menarik je..

 

Khamis, November 15, 2007 10:36:00 PG, Blogger Rush Murad

terpukau juga dgn keindahan senibina di gardens bila pertama kali menjengok. byk unsur gardens sebenarnya kalau kita dapat perhatikan betul2..... shopping mall di Malaysia dah setaraf negara maju lain.... Pertama Kompleks masih wujud lagik kah?

 

Khamis, November 15, 2007 11:18:00 PG, Blogger akirasuri

Ta*i dan segala macam barang buangan itu dari segi ekonomi adalah kos negatif.
Kalaulah sampai RM5...
Pergh! Mahalnya.
Orang tu ambil untung lebih!
ha ha ha.

RM5-[-ve cost] = profit RM5!

oh! lupa pula nak tolak kos air dan ekternaliti positif pengguna.
miahaha!!

*saya merepek!!

 

Khamis, November 15, 2007 12:52:00 PTG, Blogger Unknown

kesaktian dlm tandas berbayar RM5? HAHA..tepuk dahi tanya akal....SAMEEEEEEEEEEE JEEEE ... selesai aktiviti...LEEGAAA!!

mungkin material y d gunakan utk keselesaan kot! tu sbb kene byr rm5

 

Khamis, November 15, 2007 4:50:00 PTG, Blogger TokNabe

RM 5, hok aloh...mahal giler. penah masuk kat lowyat tapi RM1. tu pun dah rasa mahal sangat;

Tp dlm keadaan 'darurat' terpaksa juga le...

 

Khamis, November 15, 2007 6:57:00 PTG, Blogger Unknown

mesti mewah giler dalamnya tu.. isk isk

 

Khamis, November 15, 2007 8:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

13may,
He he he! Nasib baik aku tak merokok!


Brandal,
Bagi orang kaya-aya, tak ada hal punyalah!


Mazudi,
Aku bukan ahli seni reka atau ahli seni bina taman yang baik, tapi aku percaya, aku berhak menjadi pengulas seni bina dan seni reka taman, aku rasalah.

Macam Paul Moss itulah. Dia bukan bagus sangat pun, mengulas pandailah. Serupa juga pengulas filem Mansor Putih tu. Mengulas filem bukan main cerdik, tapi filem dia pun tak ke mana. Biasanya begitulah. :D

Satu lagi, kita hanya boleh menilai sesuatu dengan adil dan telus, hanya bila kita berada di luar kelompok itu. Apa-apa bidang sekalipun. :)


Shahril,
Jom. Datanglah ke Tmn Melawati ni, nanti aku belanja kau makan tengahari... :D


Zino,
Kena bawak keluarga datang tengok zino. Maksud saya The Gardens tu, bukan tandasnya saja...He he he.


Rush,
Mungkin aku mengomen seni bina tempat itu cuma dari perspektif kepraktikan, kewajaran dan keseimbangan arkitektur landskap dalamannya, bukan dari seni tampakannya semata-mata. Tapi kalau ditengok dari segi exteriornya, aku akui memang mesra gagasan landskapnya. Cuma mungkin dari segi penyelenggaaannya kena diambil berat sikit.

Kau dah masuk Pavillion & Starhill yang baru lepas renovasi tu?

Kompleks Pertama ada lagi. Tempat aku membeli-belah menghabiskan duit biasiswa JPA beli kasut dan seluar zaman aku belajar di UXX dulu tu... :D


Akira,
He he he! Cayalah! Pakar ekonomi sedang memberikan ulasannya. Bagus, bagus!


Amora,
Bukan tepuk ada tanya punggung ke? He he he!

Mungkin ada disediakan hiburan lain kot dalam tu.. :D


Tok nabe,
Kalau macam ni, bisnes jaga tandas pun boleh untung besar ye tok... :D


Lind,
Agaknyalah kot. Tapi 'bahan buangan' tetap busuk juga, kan? :D

 

Khamis, November 15, 2007 11:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Mahalnya, kat KLCC pun RM1 je. Agaknya dalam tu ada disediakan Pizza dengan Fresh Orange barangkali, yelar.. lepas membuang mestilah lapar balik. Ha ha!

 

Jumaat, November 16, 2007 5:02:00 PG, Blogger Achik_Sufi

salam,
c hatke..? lame x menjenuk...sorry erk.apa2 pun didoakan jowopinter c hat slalu.

 

Jumaat, November 16, 2007 10:43:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

phu ying,
OKlah kalau macam tu..... Nak cuba masuklah lain kali ...He he he!


achik sufi,
Apa khabar orang Syria? Kitaorang di sini alhamdulillah..... :)

 

Jumaat, November 16, 2007 4:37:00 PTG, Blogger ManjLara

membeli-belah tingkap? itu senaman kaki dan terapi minda paling berkesan untuk untuk orang2 kaya :D

 

Sabtu, November 17, 2007 10:56:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Cubalah BP reka sajak atau pantun satira untuk RM5/= tu ... pasti menarik! :-)

Salam.

 

Isnin, November 19, 2007 1:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

manjlara,
Orang tak berduit pun boleh. Bukan beli pun, cuma tengok-tengok... :D


B Rampai,
He he he. Kena masuk dan nikmati kesaktian dalam 'bilik rehat' itu dulu baru dapat ilham kot. :D

Salam kembali.

 

Rabu, November 21, 2007 2:22:00 PTG, Blogger nor~

RM5???!!! kang,ada letak perfume or toiletries cam kat blog saya ke ek? huhuhuhu

 

Rabu, November 21, 2007 4:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nor,
'Cebuk' dengan minyak wangi kot... :D