Jumaat, November 23, 2007

Di pojok sebuah laman, milik penguasa, di pinggir paru-paru kota. Pasca pembangunan.

Lorong itu sempit. Gigi jalannya berlumut dan comot. Sampah-sampah berserakan. Renek topiarinya 'membelukar'. Axonopus compressus merayap tanpa segan. Mimosa pudica pun sudah hilang silunya, menjongolkan tunasnya, menumpang ruang oksigen dan cahaya.

Di dekat kon jingga yang keropos itu, kulihat, anak spesis Ficus nitida emas yang comel, menumpang kasih pada sebuah motorsikal Honda selekeh, separuh lusuh, tapi mulia hatinya.

Di sebelahnya, sebuah kereta sukan berwarna ungu, yang berdebu, sombong, menumpang ruang, tanpa izin.

Dunia ini, tumpang-tumpangan.


Nota : Axonopus compressus [rumput 'lembu'], Mimosa pudica [semalu], Ficus nitida [Ara]
TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/23/2007 12:07:00 PTG. |


39 Ulasan


Jumaat, November 23, 2007 2:22:00 PTG, Blogger Mak Su

mimosa pudica tu semalu? ingatkan sejenis pokok puding.... ahaks (malu ler, knowledge ku kureng), tapi rumput lembut tu susah sungguh nak sebut ek, rumput sambau ker tu? tq black yg pinter

 

Jumaat, November 23, 2007 2:57:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... menumpang tanpa izin? nanti kena saman...

 

Jumaat, November 23, 2007 3:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

dunia ini hanya tumpangan, rumah tumpangan pun dah banyak sekarang.

bg komen tu pun sekadar menumpang

pernah tgk pokok tumpang?

;-)

 

Jumaat, November 23, 2007 4:36:00 PTG, Blogger Brader Black

baca entri ncik yg satu ini terasa bagai sdg berada dalam kelas hortikultur..

trima kasey ats ilmunya itu, ncik jowopinter yg pinter..

*suke benor tgk gambo pokok kat seat honda tu.. gerek!

 

Jumaat, November 23, 2007 4:51:00 PTG, Blogger arsaili

suka main ngan mimosa pudica masa kecik2 dulu...malu2 kuncup gitu..ahaks

 

Jumaat, November 23, 2007 5:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mak Su,
Puding itu Coedium variegatum. Itu rumput biasa, yang biasa di tanam di padang bola sepak sekolah atau laman rumah. Orang panggil cowgrass


Sas,
Kalau tiada 'surat cinta' di celah wiper kereta, kira selamatlah. :p


Jamri,
Di kampung sana, kau kenal tak seorang ni? namanya Wak Tumpang. :D

Pokok tumpang macam pokok dedalu itulah. Kadang-kadang simbiosis, kadang-kadang parasit. :D


Pa'chik,
Di rumah aku ada 7-8 majalah itu. Mamak kasi percuma. Memang banyak angka-angka yang cantik, tapi mahal!


Brandal,
Cuma berkongsi. Sedikit-sedikit bolehlah. :)

Terima kasih kembali.

"Benih yang baik, dicampak ke laut, menjadi pulau". Tapi kalau tercampak di tempat duduk motorsikal, tak tahulah.... :D


Arsaili,
Ha'ah. Yang lucunya kami dulu-dulu bertanding. Siapa menyentuhnya, tanpa menguncup dikira pemenang. Sah sah tiada pemenang!

He he he!

 

Jumaat, November 23, 2007 5:31:00 PTG, Blogger Pa'chik

aku nak tunjuk yang SA55 tu je... ekekeke... mana tau ko nak buat hantaran... ekekeke....

 

Jumaat, November 23, 2007 9:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tumpang lalu ye bang...

 

Jumaat, November 23, 2007 9:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Semalu rupanya.
Ingat ngan subjek sains paduan dulu dulu. Ada epifit, parasit dan satu lagi apa tah. Epifit tu yang menumpang kan?

 

Jumaat, November 23, 2007 11:57:00 PTG, Blogger TokNabe

Kombinasi pokok dan motor...bukan saling bergantungan.

 

Sabtu, November 24, 2007 3:33:00 PG, Blogger khairyn

pasti kepulangan ficus nitida dinantikan oleh rakan-rakan yang lain. mahu mendengar dia bercerita tentang tempat-tempat yang dia lawati.

huh! femes ficus nitida ni. Macam wartawan pula jadinya dia.

 

Sabtu, November 24, 2007 7:39:00 PG, Blogger KAMATO

Berapa lama moto tu tak bergerak, apa pun motor tu dah masuk katogari antik, ramai yang cari tu...

 

Sabtu, November 24, 2007 8:40:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Tak de yang tak tumpang melainkan tumpang-tumpang belaka heh!

 

Sabtu, November 24, 2007 1:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik,
Cekap pa'chik nih! He he he! Tapi dia 'gila' nombor 8 pa'chik. He he he.


Neeziee,
Sila sila...


Mazudi,
Ini lebih kepada Ornamental Hortikultur. He he he.

Epifit kalau menumpang tumbuh pada tumbuhan lain. Kalau motor, kira bukanlah... He he he....


Tok Nabe,
Itulah. Tapi nak kata parasit pun tak boleh jugak tok....


Khairyn,
Esok lusa Ficus nitida itu akan jadi habuan racun rumpai, agaknya... :D


Kamato,
Yang pasti, mesti lebih lama dari usia anak pokok ara itu... :)

Bukan setakat motor itu, kalau dibiarkan lama, helmet itupun akan jadi antik juga nanti. :D


Azzam,
Bila agaknya aku nak tumpang makan semeja dengan kau... He he he..

 

Sabtu, November 24, 2007 5:34:00 PTG, Blogger posmen

mula2 atas seat, lelama lilit satu moto..

mendalam gak gamba ni..

 

Ahad, November 25, 2007 9:41:00 PG, Blogger KV

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (hati pokok tu berkata kata)

 

Ahad, November 25, 2007 12:00:00 PTG, Blogger zwitterion

menumpang hidup di bumi Tuhan

 

Isnin, November 26, 2007 12:45:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Akhirat juga yang kekal!

Pokok itu kelihatan jujur menumpang kasih. Sampai bila agaknya?

Salam BP :)

 

Isnin, November 26, 2007 6:54:00 PG, Blogger zino

ingat tadi tersalah blog .. tengok ayat dia tu..hehe

 

Isnin, November 26, 2007 9:14:00 PG, Blogger me3n

bagus la ko mengapplikasikan perkataan2 saintifik tuh. tak macam org lain (aku) yang belajar sains, skang apa pong tak tau. ;p.

 

Isnin, November 26, 2007 10:24:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Manusia yang dah lupa bahawa dunia ini hanya tumpangan, perlu belajar dari motorsikal yang selekeh dan lusuh tapi mulia hatinya itu. Wang seringgit yang di dermakan adalah lebih bernilai dari harta berjuta yang disimpan sahaja.

 

Isnin, November 26, 2007 11:49:00 PG, Blogger aNIe

Bp ni kadang2 macam guru botani lah pulak...heheheh...

Pokok tu kalau bahasa melayu apa namanya eh...? Dpt jugak dia menumpang kasih pada motorsikal yang berhati mulia tu ye...

 

Isnin, November 26, 2007 12:19:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tumpang makan mee bandung muar..
adeih..lapa...

 

Isnin, November 26, 2007 12:31:00 PTG, Blogger DeeN

Mimosa pudica? Oo..bukan puding yer? hik hik hik!
Motor tuh kalo jual, musti org nak. Klasik! ;)

 

Isnin, November 26, 2007 1:56:00 PTG, Blogger Unknown

wow!! (sambil melopong) blm pernah tgk pokok tumbuh mcm gitu.

 

Isnin, November 26, 2007 2:44:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

mungkin dia rasa selamat kat situ kot?hehehe

 

Isnin, November 26, 2007 2:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Posmen,
Mendalam, memang mendalam. Bagi yang mahu berfikir secara mendalamlah. :D


KV,
Ya, betul!

Tapi bagi motor itu, walaupun ada kemahuan, tetap tak boleh berjalan, kalau tak ada siapa yang nak bagi dia berjalan. :D


Zwit,
Semoga kita pandai 'bawa diri' bila menumpang. :)


B Rampai,
Ya.

Sampai ada yang ambil peduli pada motorsikal itu. Atau boleh juga dikata, selagi tiada yang peduli pada pokok itu.

[Satu perspektif menganggap pokok itu rumpai, satu lagi menganggap pokok itu subjek alam yang berjiwa :)]

Salam kembali BR.


Zino,
He he he. Maklumlah orang landskap.......


ad3ck,
Kebetulan kerjaya aku sekarang memang memerlukan aku mengaplikasikan nama-nama saintifik itu pun. :D

 

Isnin, November 26, 2007 3:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zabs,
Salam kembali tuan.

Betul tuan. Hidup kena berbakti.


Kak Lady,
He he he. Sesekali.

Dalam Bah. Melayu disebut pokok ara. :D


Cikin,
Sila, sila. Nak nasi ambeng dan mi siput pun ada tu. Kena pulak dengan kopi 434, pergh! :D


Nur@,
Kenapa ingat puding? Sebab pudica?

Kalau aku beli, bukan sebab motor itu saja tapi sebab pokok itu juga. Seni. :D


Amora,
Itu yang uniknya!


Butaseni,
Siapa? Anak pokok itu atau motorsikal itu? :D

[Hajat nak tengok persembahan pentas kau & kawan-kawan malam sabtu lepas, tapi gagal. Aral melintang di tengah lebuhraya la..]

 

Isnin, November 26, 2007 3:25:00 PTG, Blogger WRA

kita pun hanya menumpang saja kan?

 

Isnin, November 26, 2007 5:37:00 PTG, Blogger Pa'chik

cuba lah tanya.. mana tau nanti ko kena beli... ekekekek....
mesti nak punya lah...

 

Isnin, November 26, 2007 8:24:00 PTG, Blogger pB

Baguslah ...

dari dibuang moto tu , boleh buat tumpang tumpang tanam pokok ....

 

Selasa, November 27, 2007 10:20:00 PG, Blogger NBK466

Kapcai nan selekeh itu yg sekarang org dok cari2 utk di'recon'kan rege leh cecah RM3K tuh..

 

Selasa, November 27, 2007 10:52:00 PG, Blogger Unknown

satu gambar, seribu cerita :)

 

Selasa, November 27, 2007 11:30:00 PG, Blogger shahril aley

sudah adat dunia kalau ade peluang untuk kesenangan haruslah menumpang. usah dilepaskan mungkin ia tidak akan datang bergolek begitu lagi. kalau hendak menumpang biar berpada-pada agar tiada cacian dalam hidup ini. selalu beringat jasa orang yang menumpangkan kita ketika dulu.

 

Selasa, November 27, 2007 2:21:00 PTG, Blogger ManjLara

sama-sama menumpang. kita semua menumpang. pandai-pandailah bawa diri :)

 

Selasa, November 27, 2007 3:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Alex lacey,
Menumpang sementara. Cuma 'di sana' nanti yang kekal selamanya. :)


Pa'chik,
Ha ha ha! Tak payah tanya. Dia baca tu.. Ha ha ha!


Tiara,
Penguasa itu lagilah tak tau malu. Layak dihadiahkan penyapu saja tu...:p


Anony,
Trimas.

 

Selasa, November 27, 2007 3:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

pB,
Mana lebih berharga? Motor itu atau pokok itu? Kalau saya kedua-duanya. :D


nbk,
RM3k? Ye ke jang? Abah aku ada sebuah macam itu di kampung.


zalisa maz,
Ya, sesungguhnya. :)

Cuma paragraf yang menceritakan tentang semak, kerb comot, rumput tak terjaga, sampah berserakan, tiada dalam gambar. Majlis Perbandaran kena ambil tindakan tu. :)


Shahril,
Mendalam perspektif kau. Ada kebenarannya. Jangan sampai jadi 'parasit' kepada orang lain.


Manjlara,
Hidup begitulah. Mengharap dan diharap.:)