Jumaat, November 09, 2007
Senja itu. Saya melangkah ke arah ruang legar lif pangsapuri itu, perlahan-lahan. Kedua belah tulang betis saya masih berdenyut-denyut akibat cedera berlaga keras dengan kerusi semasa saya sedang teraba-raba di dalam gelap lewat petang sebelumnya. Kerusi itu berdekatan tangga tempat saya terbongkang dan kaki saya terkehel tempohari. [Kurang asam punya Iskandar! Adakah patut dipadamkannya semua lampu pejabat, sedangkan saya masih ada lagi di dalam bilik!].

Di ruang legar lif itu cuma saya dan seorang nenek, berbangsa Tionghua. Selalu-selalunya, sewaktu saya menyinggahi pangsapuri persinggahan itu, nenek itulah juga yang sering meniup bangsi dan ‘menyumbangkan’ lagu-lagu, di anjung rumahnya itu. Pernah saya meleteri nenek itu, “isk!, senja-senja tiup bangsi, tak tau waktu Maghrib ke?” Pernah juga saya memujinya, “wah!, persembahan nenek semakin mantaplah!” Malah pernah juga saya mengusiknya, “lagu Pussycat Doll satu nek!” Tapi leteran, pujian dan usikan itu cuma saya sampaikan secara senyap. Nenek itu tak pernah tahu.

Penantian kami di ruang legar itu tidak lama. Ting! Pintu lif ternganga.

“&*%$ …^%$#+!…$%%#@”, nenek itu menyapa, tanpa memandangpun wajah saya. Mungkin bahasa Mandarin, mungkin Kantonis, entah! Saya melirik ke arahnya, sambil tersenyum sendiri. Saya teringat orang bijak pandai ada berkata, kalau tiada kata-kata yang baik untuk diucapkan, diam itu lebih baik.

“^%$...*(&^%$$....)$$#^&..”, sapa nenek itu lagi sewaktu jejarinya menekan angka aras di dinding lif itu. Saya tak pasti, sapaan itu satu ucapan atau pertanyaan. Kemudian, dengan penuh santun, jejari saya pula menekan angka aras yang ingin saya singgahi. “Aiya! Lu Melayu ka..?” kata nenek itu, menoleh dan matanya memandang wajah saya. Barulah sepasang mata kami bertemu.

“Olang Melayu…….bla….…bla…..Kuala Pilah…..…selara…. Tampin……bla….. bla…bla….. makan…bla…..bla…selap….,” nenek itu menjadi ramah secara tiba-tiba. Aduh! Entah apa-apalah yang nenek itu bicarakan, saya kurang menangkap butir-butir percakapannya. Saya mengangguk-anggukkan kepala, berulang-ulang kali, mengiyakan.

“Bla…bla..Tampin… bla..bla…jauh….bla…bla….Amoi Melayu manyak cantik woooo!”, kata nenek itu lagi, beriya-iya, sambil jari telunjuk kanannya menunjuk-nunjuk ke arah wajah saya, seolah-olah mahu ditunjalnya biji mata saya, sebelum kakinya melangkah keluar dari lif itu.

“Bla…bla…bla...” sambung nenek itu, di luar lif, di saat-saat akhir sebelum pintu lif itu terkatup rapat, meninggalkan saya sendirian, kemudiannya.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/09/2007 02:27:00 PTG. |


35 Ulasan


Jumaat, November 09, 2007 3:24:00 PTG, Blogger Sastri

LOL... isk isk... tak baik tau ngata nenek tu... tapi memang tak dapat dinafikan, bunyinya macam peramah amat kan nenek tu... dan macamana la plak boleh ingat u ni CIna... terang-terang kulit tu bukan berwarna kulit Cina... :p

 

Jumaat, November 09, 2007 3:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ramah pulak nenek tu ek? Ko tak tanya ke kat mana amoi Melayu yang cantik2 he he he!

 

Jumaat, November 09, 2007 4:19:00 PTG, Blogger Mak Su

oh... cantik ek? so.. bila ko nak gi tampin...? aku boleh guide ko

 

Jumaat, November 09, 2007 4:36:00 PTG, Blogger Brader Black

lor..
psiko gile nenek tu..

*brgkali die dpt dgr bisik hati ncik BP sound die ms die tgh tiup bangsi tu kot. tu yg nak balas blik.

ngehehehe..

 

Jumaat, November 09, 2007 5:13:00 PTG, Blogger Pa'chik

macam tak logik je nenek tu ingat ko cina... kekekeke...

tapi ko mengecewakan lah...

aku nak tengok amoi tampin yang cun.. rupanya takde...

 

Jumaat, November 09, 2007 5:24:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

buat2 faham je lah...nak wat cam no...

 

Jumaat, November 09, 2007 5:57:00 PTG, Blogger achik

nenek tu dah rabun tahap kronik kot.. hahahaha.. opss.. ;p

oh2 saya pun ingat cite pasal awek tampin yg cun.. oh2 tapi tak sekecewa pa'chik la.. kekekeke.. ;)

 

Jumaat, November 09, 2007 6:19:00 PTG, Blogger arsaili

biasala tu karenah orang tua..harus sabarrrr melayannya..ekeke...burung apa tu nak????? burung apa ha..tak ingat uhuhuhuh

 

Jumaat, November 09, 2007 6:23:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Waa..best punya clita nih...nenek tu rabun jauh ke dekat? Huu..hu..hu...barangkali jua dia terdengar suara hati saudara.....kadang-kala saya jua boleh dengar suara hati orang lain tapi pelik tu tak dapat dengar suara hati sendiri :P

Mana pix nenek tu?

 

Jumaat, November 09, 2007 8:11:00 PTG, Blogger zabs

Salam BP'
Pandai nyonya tu cover line. Amoi Melayu Tampin cantik2, no komen. Kenapa saya tak kawin orang Tampin ye... Takda cari kat sana kot. Alor Gajah pun sebelah Tampin juga.

 

Sabtu, November 10, 2007 12:23:00 PG, Blogger zino

zino selalu gak ke tampin tu.. toboh mana amoi melayu yg cantik tu cuba tanya nenek tu nanti hehe

 

Sabtu, November 10, 2007 12:34:00 PTG, Blogger DeeN

Popo tuh sungguh peramah orgnya yer? Kamu disangka org Tionghua juga ker? Mungkin kerna darah jawa kamu itu mengaburi penglihatannya kan, kan.

Er.. jangan cemerkap sangat ya, Purp. Hehehe.. kalo nak berurut jgn sapu minyak yg dipanaskan tau! Hak hak hak!

 

Sabtu, November 10, 2007 5:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Itu bukan mengata, itu geremeng namanya.... :p
Mungkin nenek itu tak ada siapa yang nak diajak berbual kot, sebab itu jumpa sesiapa saja dia ajak berbual. Agaknyalah...
Dia tak tengok orang dulu sebelum menyapa,sebab itulah agaknya... :D


Azzam,
Itulah. Isk! Silap-silap dia tak keluar dari lif, atau diajaknya aku singgah ke rumahnya pulak nanti kalau dilayan bersembang.... He he he!


Mak Su,
Itu kata dialah....
Baru sekali menjejakkan kaki ke Tampin....Apa yang menarik di sana? :D


Brandal,
Aku tak fikir macam itu. Agaknya dia memang sangat peramah kot....

* Tajam betul deria pendengaran dia ek.... :D


Pa'chik,
Dia tak tengok orang dulu, main tegur terus. Kalau tak, takkan muka jawa pun dia tak boleh beza. He he he. Tapi majoriti tempat itu memang orang Cina...
Lain kali jangan pedulikan tajuk...Gimik jer tu....He he he!


Mama Ranggie,
Ha'ah. Warga tua kenalah hormat. :)


achik,
Itu tak tahulah. Mungkin dia tak tengok orang dulu, main tegur terus....:D

Dah tak tau nak letak tajuk apa.... He he he!


arsaili,
Ha'ah. Orang tua memang suka mengomel. He he he....

[Tiba-tiba teringat pulak nenek di kampung....]


waterlily,
Kalau dia pandang saya dulu sebelum menegur, mungkin dia tak cakap cina dengan saya...
Wah! Hebat tu kalau boleh mendengar suara hati orang lain...... :D
Tak sempat nak tangkap gambar dia la.... :D


Tuan Zabs,
Waalaikumussalam tuan,

Entah bilalah agaknya nyonya itu ke Tampin. Itu dia belum tengok amoi Melayu tempat lain......
Dah bukan jodoh tuan dengan gadis Tampin .... :D


Zino,
Nanti saya tanyakanlah ye... ? He he he


Nur@,
Dia ultra-peramah agaknya. He he he..

Ha ha ha! Pisang tak akan berbuah dua kali.... Ha ha ha!

 

Sabtu, November 10, 2007 6:30:00 PTG, Blogger farazdaq

blackpurp;
aku salah interpretasi...kurang gula barangkali..sekali imbas membaca entri ini aku fikirkan, amoi tampin=bp..maafkan aku...SUNGGUH.

 

Sabtu, November 10, 2007 7:40:00 PTG, Blogger Brader Black

ek..

haha..
btol2 Johor ni.. :p

 

Ahad, November 11, 2007 2:07:00 PG, Blogger Nizar

kelakor la.. sah2 muka jawe...nenek tu mengong kot...hehehe...

 

Ahad, November 11, 2007 3:06:00 PG, Blogger kingbinjai

kau tak tanya nenek tu ada cucu tak? aku gerenti mesti cun punya

 

Ahad, November 11, 2007 9:02:00 PG, Blogger zwitterion

hehe..nenek tu dh rabun..

 

Ahad, November 11, 2007 6:00:00 PTG, Blogger NURAZZAH8

JP, nenek tu dah rabun kot...kot muka JOWO pun dia ingat macam Cina...

eh eh..nostalgia tul tgk gambor2 kat Muor tu ek... akak ni dilahirkan di Muor jugak... dibesarkan di sana sampai darjah 3...lepas tu ikut ayah pindah Perak lah pulak...
bila tgk gambar kat tanjung tu, teringat dolu2 ayah selalu bwk jalan2 mkn angin bila hujung minggu...
kenapa tak ambik gambor sekolah akak ... mesti dah byk berubah... dah lebih 30 tahun...
lepas tuh gambar mesjid tu...mmg akak kalau nak balik ke Shah Alam semula dari Pontian, selalu lalu jalan lama. Boring jalan kat Highway tak nampak apa2... kalau lalu jln lama, mesti singgah mesjid Muor tu solat Zuhur dan Asar...pastuh makan bekal yg di bawa kat tepi Sungai Muor tu.. pastuh mula lah akak cerita kat anak-anak, "haa...ni lah bandar ummi dilahirkan, sekolah ...bla...bla...bla.."
pastuh anak akak cakap, "Ummi, ini kali ke berapa ratus kali ummi dah cerita pasal tuh!!!"
hehehe... mestilah over excited bila lalu bandar tempat kita dilahirkan dan dibesarkan...kan kan kan...

 

Isnin, November 12, 2007 8:38:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Nenek tu dah peringkat nyanyuk barangkali?

Atau barangkali ada kenangan silamnya berkaitan 'Olang Melayu' dan 'Amoi Melayu' ...

Mujur nenek tu tak bla, bla, bla dan ikut BP ke tempat yang nak dituju :D

 

Isnin, November 12, 2007 10:17:00 PG, Blogger muor76

amoi melayu tampun cantik? ermm mungkin gak....
kat tampin tu ade satu kedai kat ngan stadium kat situ ade janda muda.. cunn ooo tergoda gak aku... kekekekek
pastu kat tampin ade ler 3 kedai bundle yg selalu aku gi.. kekekekeke pastu kan kat sane banyak kedai kain gak... ade kuil kat roundabout, ade kuil haram ade kuil halal.. kalo dr rembau nak masuk tampin bebaik.. selalu ade polis tangkap org potong double line.. dr tampin leh gi ke gemas atau alor gajah... pastu kan pastu kan tampin nih pekan paling bising kat n9.. ni ito blues gang yg cakap... kekekeke

 

Isnin, November 12, 2007 12:09:00 PTG, Blogger JBM8141

pandai nyonya tu cover line, tutup malu. errr, sedapnya mi bandung kat atas tuu...

 

Isnin, November 12, 2007 2:14:00 PTG, Blogger me3n

entah2 makcik tuh konpius ko dgn awek tampin haha.

 

Isnin, November 12, 2007 3:41:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

farazdaq,
Tak mengapa. Biar kurang sedikit gula, jangan terlebih gula, diabetes pulak nanti... :D


Brandal,
Orang Johor sejati 'ek' memang tak boleh tinggal...... :D


nizar,
Ha ha ha.
Tak baik kau kata nenek itu macam tu....... :D


King,
Aku tak ni berapa peramah la king..... :D


zwit,
He he he. Agaknyalah kot... :D


Kak nurazzah8,
Mula-mula dia memang tak tengok muka saya dulu... :D

He he he. Orang Muor memang lain sikit 'keakuannya' dan eksennya ek. Selalunya kalau orang tanya, asal mana? Mesti cakap, asal Muor! [bukan cakap asal Johor.. :D].
Akak dah tengok gambar-gambar 'Cerita balik Muor siri 1 - 9' itu? [ada pautannya di sidebar itu. Banyak gambar-gambar pasal Muor di situ]. Akak dulu bersekolah mana yek?.


B Rampai,
Waalaikumussalam BR,

Nampak nenek itu macam masih sihat lagi, walaupun nampak dah tua sungguh!

Agaknyalah kot. Isk! Bahaya kalau dia ikut saya sekali.... :D


Muor76,
'Tampun'? Nasib baik tak 'Tampon'. Ha ha ha. Kau pun cakap dah macam nenek itu muor..... Janda muda? Ha ha ha! Kau ingat lagi tak Tugirah yang selalu lepak Stesen bas Muor tu...? :D

Lama dah aku tak lalu Rembau. Tampin pun baru sekali pergi. Kau tak habis-habis dengan bundle kau. Ha ha ha!


JBM,
Orang tua dah lebih dulu makan garam. Tak mungkin dia rasa malu. Tiup bangsi lagu entah apa-apa itupun dia tak malu..... :D

Untuk pengetahuan, aku yang masak sendiri mi bandung Muor tu, pakai perencah mi bandung Wak Rabu Seri Menanti....He he he! Pergh! Sedap! :D


ad3ck,
Isk! Kronik betul 'sakitnya' kalau sampai laki dengan perempuan pun tak boleh beza. :D

 

Isnin, November 12, 2007 5:38:00 PTG, Blogger aNIe

Nenek tu terlebih peramah pulak walaupun matanya dah kelabu asap...hehehhe...tak baik ngumpat nenek tu tau...dosa ...bulan raya baru abis...

 

Isnin, November 12, 2007 7:19:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Dia ingat BP balak lama dia kot. Tu sebab dia terover peramah hehe.

 

Isnin, November 12, 2007 8:01:00 PTG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

Aku rasa ahpor(nenek) ni mata dah rabun dekat, sebab tu dia ingat WP Cina. Yang dia dok cerita pasal Kuala Pilah dan Tampin, kemungkinan besar dia di besarkan di Kula Pilah dan Tampin, sebelum beliau berumahtangga dan akhirnya merantau ke Lembah Klang. Mungkin cerita beliau adalah betapa cantik nya gadis2 Melayu di Tampin. Baik rupa paras dan baik akhlak. Sebabnya zaman sekarang lagi ramai gadis Melayu yang cantik-cantik rupa paras tapi akhlak belum tentu lagi.
Mungkin itu lah kenangan ahpor ni.

 

Selasa, November 13, 2007 9:02:00 PG, Blogger Alpha

Jadi marilah kita ke Tampin...

Takpe jugak nenenk tu ingat ngko Chinese..aku dulu ada nenek ni cakap Itali dengan aku...dia ingat aku ni Italian kot...ada iras-iras Alessandro Del Piero...

 

Selasa, November 13, 2007 9:51:00 PG, Blogger Rakimi

lamanya aku tak singgah rumah wak..
untuk info wak.. aku dah tak cakap cina, itali atau lain2 bahasa lagi..
sekarang aku tengah taksub dengan bahasa "radio"..
www.v8ipoh.blogspot.com

 

Selasa, November 13, 2007 10:18:00 PG, Blogger Orked

owh...terasa mengebu² kakjie sebagai salah sorang amoi melayu..hiks..!!

 

Selasa, November 13, 2007 12:19:00 PTG, Blogger NBK466

Nasib baik nyonya tuh ckp amoi melayu cantik...kalau tak sah2 ko nyanyi dpn nyonya tuh "siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati..." dgn gaya ala2 Mawi..ha.ha.ha..

 

Selasa, November 13, 2007 3:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak lady,
Erk... Termasuk dalam kategori mengumpat ke...


iman,
Dah pangkat cicit ke piut tu saya dengan dia, bukan cucu lagi dah... He he he...


Tokasid,
Waalaikumussalam doc,

Barangkali. Agaknya kalau nenek itu sesekali ke KLCC atau Bkt Bintang, agaknya dia terperanjat tengok 'kehebatan' SEBILANGAN gadis Melayu dah tak serupa gadis Melayu Tampin / K. Pilah yang dia maksudkan itu.


alpha,
Baru aku sebut-sebut nama kau, dahpun muncul...

Ha ha ha! Bagi aku tengok sikit muka kau alpha... Ada serupa Italian tak...


arm,
Bahasa radio? Nanti aku cuba singgah ....


Jie,
Dia maksudkan tu amoi Tampin atau Kuala Pilah kak jie... He he he!


nbk,
Isk! Tak ada kerja aku nak menyanyi depan dia... He he he!

 

Khamis, November 15, 2007 1:45:00 PG, Blogger shahril aley

woit die terpikat dengan ko kot. hemhem... hati2 sastri silap2 nyonya tu yg dapat BP...

 

Khamis, November 15, 2007 8:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sharil,
Ha ha ha! Karutlah kau! Kalau kaya macam Elizabeth Taylor itu lainlah.... Tapi aku ni setia orangnya. Ha ha ha!


Flush,
Harmonika. Pernah tengok filem "Laksamana Do Re Mi"? :D