Itu peracau di blog. Hari ini fikiran saya terjentik untuk berfikir tentang golongan peracau yang satu lagi ini. Kalau memang sudah bodoh, tidak hairanlah meracau, sebab itu mungkin kejahilan, kecetekan ilmu atau kedangkalan fikiran. Tak apalah, kita mungkin boleh ampunkan saja. Tapi golongan peracau yang ini bijak-bijak otaknya dan kebanyakannya berpelajaran tinggi-tinggi belaka.
Racauan mereka selalunya yang tak masuk akal. Meracau yang bukan-bukan. Berbaur repekan, salakan dan ngauman. Racauan yang menjijikkan dan amat memualkan. Sesekali peracau ini menjelmakan diri sebagai pak lawak atau badut. Memperbodohkan orang lain sambil memperbodohkan diri sendiri. Mungkin mereka benar-benar dungu, kurang waras atau bebal barangkali.
Ah! Saya pula ‘termeracau’ di sini! Bukankah majoriti kita juga yang memilih peracau-peracau itu mewakili kita? Bukankah majoriti kita juga yang mengamanahkan negara ini kepada peracau-peracau ini setiap kali pemilihan yang lima tahun sekali itu?
“Tiada yang salah. Hanya aku manusia bodoh. Yang biarkan semua ini permainkanku. Berulang ulang kali." - Manusia Bodoh [ADA Band].
TTFN
Jumaat, November 02, 2007 11:57:00 PG, Lan Rambai
yang nampak mereka tu sebagai peracau adalah orang yang anggap mereka peracau.... yang sama-sama perangai peracau.. mereka tak tahu mamat tu meracau. dan biasanya kita biarkan saja org2 yang meracau ni dengan racauannya.. kesannya.. sampai bila-bila pun dia dok meracau. kesimpulannya.. sama-samalah kita kacau racauan mereka itu dengan meracau racauan mereka. Err.. apa sebenarnya isu meracau ni ek?
Jumaat, November 02, 2007 2:36:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Kalau nak meracau, meracaulah dalam rimba sana. Ini tidak, di Parlimen pun nak meracau juga. Isk! isk! isk!
ainin naufal,
'Di bawah sedar' atau 'tak sedar diri'? Saya kurang faham... :D
No. 2, Tahniah! Bolehlah tuntut hadiah.... :D
Lan,
Kau buat ayat dari perkataan meracau ke apa ni Lan?
Peracau boleh juga menjelma sebagai MP, boleh juga menjelma sebagai menteri...
Ha ha ha!
cik kema,
Jangan kacaukan jiwa, nanti boleh meracau! :D
Pa'chik,
Meracau pasal peracau-peracau yang meracau itulah Pa'chik.
He he he!
nur@,
Kalau nak berubah kena perbetulkan 'nawaitu' dulu... :)
achik,
Rakyat jadi kacau! Negara jadi kacau-bilau!
mak su,
Masa apa mak su? :D
Jumaat, November 02, 2007 6:36:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
arsaili,
Bebal itu satu saja maknanya tapi tafsiran dan pemakaiannya meluas. Pernah baca tentang bebalisme?
butaseni,
Itulah dia.
Akhirnya golongan peracau-peracau inilah yang membuatkan rakyat sengsara.
Ular sawa, bukan setakat membelit, kalau menelan ayam pun hidup-hidup!
mudin,
Meracau timun tak ke mana. Lainlah durian, ada duri tajam....
Ikut 'Gelombang Kuning' nanti? Boleh ikut sekali 'meracau' pada 'peracau'. :D
accia,
Salam kembali,
Islam Hadhari takkan mengajar orang meracau kot?
Brandal,
Kadang-kadang meracau. Kadang-kadang melawak. Selalunya di Parlimenlah....takpun di sidang media...
Jumaat, November 02, 2007 7:00:00 PTG,
salam singgah.
akan jadi lebih teruk racauan itu bila orang sekeliling tak kejutkan dia. atau pun orang sekelilingnya juga 1 spesis dengan si peracau. jadi kepada yang bukan 1 spesis dengan peracau dan kawan2nya sila kejut mereka2 ini. supaya sedar. waras. tahu.
ayat di atas adalah ayat kurang waras saya. =)
Sabtu, November 03, 2007 3:08:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
eisraa,
Salam kembali,
Masalahnya peracau-peracau ini bebal. Tak nak dengar cakap orang lain apatah lagi yang berlainan 'fahaman'. Fahaman taksub kepada politik kepartian. Itu masalahnya. :)
azzam<
Kau meracau nih!
:D
butaseni,
Apanya yang dalam bro'? He he he.
Akira,
Minggu depan meracau di Dewan Merdeka pulak. Siap berkeris lagi!
psst....kel*ng sama kel*ng pun gaduh akira.... :D
Sabtu, November 03, 2007 10:30:00 PTG, Izham Miyake
di radio johor asyik terdengar racauan tentang keseimbangan pembangunan dan aloam sekitar termasuklah bugdet2 yang telah berjuta2 jumlahnya.
masalahnya... sama pi mai pi mai tang tu jugak keadaannya..
di selangor, walaupun sering berlaku tanah runtuh dsbnya di kawasan ampang, kawasan baru untuk pembinaan rumah terus dibuka saban hari..
apa nak jadi nih?
Isnin, November 05, 2007 2:06:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
B Rampai,
Waalaikumussalam. Alhamdulillah.
BR berkelana di Borneo sana rupanya. Patut lama tiada berita :D
Terima kasih. Seadanya. :)
tedungS,
Kau maksudkan 'rela' kan...?
Itulah dia. Orang kita juga.....
Tenno,
Kau tunggulah sehari dua lagi. Mereka akan 'meracau' di Dewan Merdeka, PWTC pulak.
Macam-macam Koridor ada... dah maju sampai ke angkasa kononnya...bla...bla...bla...tapi soal2 asas; perparitan, kemudahan rakyat & nasib marhaen terpinggir. Bila dah banjir sana-banjir sini, tanah runtuh sini, runtuh sana, baru kelam-kabut!
Book,
Sesungguhnya. Kalau ngauman racauan itu boleh sampai ke pendengaran orang seberang laut, diperkatakan kemudian ditemplak pula, contohnya dari orang-orang di benua yang kau tinggal itu memang sahihlah ketidakcerdikan racauan mereka itu.
zabs,
Waalaikumussalam tuan,
Saya teringat tentang 'bebalisme' seperti yang dikatakan oleh Prof. SH Alatas itu.
Qistina,
Ular sawa bukan setakat pandai membelit, tapi kalau menelan mangsanya secara hidup-hidup!
Isnin, November 05, 2007 3:38:00 PTG,
Reaksi saya upon reading pendapat-pendapat yang saudara kata datang dari peracau ini adalah menakutkan. Saya merujuk pada pandangan Rafidah Aziz, Hishamuddin, Musa Aman dan Pak Lah.
Paling mengerikan ialah kenyataan Pak Lah yang dia sedia memberi maaf dan beri peluang kedua. kalu rajin silela ke site dan blog A Kadir Jasin kalu dia siarkan komen saya pada hari inilah.
Jowo...bule kau emel kat saya tak apa maklumbalas mamat racau tu. hehehe..mardhee3@yahoo.com. Aku terasa dia balun aku sebab pernah hina dia dalam blog Dr Rem...dan sekarang sedang giat membalun Ustaz Faisal punya masterpiece Tuhan Manusia dalam blog abang Jiwarasa. Wahduh apa ya reaksi dia terhadap komen aku yang panjang berjela tapi jujur yah sejujurnya.
Isnin, November 05, 2007 4:27:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
mardhiah,
Di dalam entri saya di atas, sengaja saya tidak mengaitkan 'peracau' secara merujuk kepada individu tertentu. Dalam konteks ini, saya maksudkan SESETENGAH pemimpin2 / tokoh2 politik / penjawat awam / penguasa tertentu. Sesiapa saja dari golongan di atas yang mengeluarkan pendapat dan kenyataan di luar logik, 'cakap tak serupa bikin' dan kenyataan 'sengal' , memperbodohkan rakyat, saya anggap sebagai 'meracau'.
Blog AKJ itu memang salah satu blog yang saya rajin bertandang.
Beginilah. Sebenarnya saya tidak mempunyai maksud untuk bercerita tentang 'peracau / pengganggu' blog orang lain. Bagi saya setiap individu punya hak untuk bersuara di dalam blog. Kebebasan berekspresi, asalkan dengan batas-batas yang tertentu.
Terima kasih. :)
nbk,
Apa nak dimalukan jang? Macam tak biasaaaa :D
Selasa, November 06, 2007 12:58:00 PTG,
Saja being provokatif and sarkastik. It's very natural of me. Yang sebenarnya isu pengacau yang kawan ko angkat tu memang sudah lama, aku tak taula kakak aku yang betul ka kawan kau yang betulka tapi aku rasa mereka tu semua 2x5 tahap syak wasangka mereka.
Dr Nattle ada kajian tentang orang-orang seni. Aku bukan nak mengumpat atau membuka aib orang atau menabur pasir dalam periuk nasi orang tapi sikap syak wasangka dan berpuak-puaklah bikin susastera Melayu lesu. Tapi mereka sibuk salahkan orang.
Macam kes kakak aku tukan, dia kata dia memang tak tau kenapa mamat itu benci sangat dengan dia. Dalam artikel bela dirinya dia kata kakak itu provoke dia, bertahun-tahun lama dia memendam rasa atas kerlingan ejekan kakak ku itu.
Iyalah kita kengkadang tu jangan selalu ambil hati sangat, terlalu simpan, meletus dalam majlis dah malu, lalu mengelabah cari hujah bela diri, mati-matian mengatakan orang itu mau bunuh dan sakiti dia.
Ntahlah korang fikir kalau cerita macam ini tentula pompuan yang jahat, lelaki jadi mangsa, tapi zaman sains dan teknologi ini ada juga lelaki serupa macam perempuan. Dalam sejarah pun memang ramai lelaki pemfitnah menyebabkan Al Halaj terbunuh, Ibu Taimiyah terkorban. Pompuan punya kerja semua ka?
Aku bukan tak marah pun, tapi aku rasa tak adil kalau apa-apa semua berpunca dari orang pompuan. eh apa yang aku merepik-meraban nih???
ii)
Sebenarnya aku ada sikit terobsesslah pasal pengacau ini. Kalau memang ada pengacau psycho tak tidur malam kerjanya mengacau blog orang, seperti dakwaan kawan kau tu, individu itu memang sakit dan dia dah buat ramai orang bergaduh. Aku dah dengar cerita ini sejak 2003 lagi, aku aktif bloggin pun tahun 2006, April 2006. Mula tulis balik pada Ogos 2005, selepas aku kena serang skizofrenia pada Oktober 2003.
Iyalah disebabkan aku ni pernah terima dan masih merupakan pelanggan Jabatan Psyciatry Hospital Besar Melaka, mereka sumua kat akulah orangnya. Bila aku cabar mereka datang ke Melaka dan berjumpa dengan Doktor, keluarga dan kawan-kawan aku hah apa pasal tak berani? Aku sedih tapi aku langsung tak berkecil hatipun tuduhan dan ejekan yang aku terima. Apa nak susah hati bukan akupun yang bersengkang mata merayap dari satu blog ke satu blog guna pelbagai nama. ID aku dua aje kat office PPD Jasin dan rumah aku streamyx, once and a while aku guna WIFI kalau kena teman cikgu-cikgi berkursus. Itu pun tak semua hotel ada WIFI.
Tapi orang macam kawan kau tu memang patut dibahasakan sekali sekala agar jangan dia fikir dia di Malaya ni dia sorang aje yang unggul, kita ni semua jeles dan nak musnahkan kerjaya dia.
Ko tak kisahkan kalau aku bergossip kat sini eh. Bini ko ka, mak kau ka, bakal-bakal tak kisah ye kalau pesakit mental lepak kat sini. Kalau ada baik ko beri tahu sekarang, aku serik kena serang dengan anak kerbat Keruak Sabah tu. tak pasal-pasal kena tuduh rampas boyfriend orang.
Sedih rasanya negara ini mempunyai peracau sebagai wakil... Paling tak dapat diterima, seorang peracau nih... buat kenyataan yang, ihhhhhh... bodowwwwwwnyaaaaaa... sampai kadang macam tak percaya plak, kenapa laa boleh buat kenyataan sedemikian rupa... takkan tak fikir sebelum cakap? disebabkan 'frust' lagi kecewa dengan peracau-peracau yang ada, tengok gambar dorang pun naik menyampah... tengok kat tv pun, baik tutup je tv tu... *bleargh!*