Rabu, Oktober 24, 2007
Saya tidak bernafsu untuk menayang gambar-gambar suasana saya beraya, gambar sedang bergaya dengan baju Melayu, gambar sedang mengunyah rempeyek atau apa-apa sahaja imej yang boleh diseertikan dengannya. Sebab membosankan dan biasa-biasa sahaja. Tapi saya ingin tunjukkan gambar-gambar ini - imej-imej pegun yang saya suka.

Kaya lawannya miskin. Kuat lawannya lemah. Besar lawannya kecil. Rakyat lawannya siapa?

Tingkap di rumah peninggalan atok. Tempat kami bergayut, bermain tembak-tembak sewaktu masih hingusan dulu. Tahun ini langsirnya warna keemasan.


Longgokan botol-botol terpakai di belakang rumah. Hidupkah lagi agaknya pakcik India yang selalu datang ke rumah kami membeli botol di tahun 80an dulu.

Kayu pancang 3 dalam 1. Penyokong pokok naga, penyidai baju basahan ke kebun, juga tempat abah menjemur kasut sukannya.

Sesekali pulang ke kampung, anak-anak kota ini berpeluang ‘bermain tanah’. Memandang dua anak kecil ini, saya teringatkan allahyarham adik Nurin Jazlin.

Anak-anak kelahiran kota itu juga membina perbandaran khas. Kata mereka, kota itu untuk semut-semut. Tapi semut-semut itu lari ketakutan, sebelum sempat kota itu siap.

Bagaikan aur dengan tebing. Buluh dipotong runcing, disusun rapat-rapat, menegak, dipacak dalam-dalam, agar kukuh tepi tebing jambatan.

Permukaan air parit ini berminyak. Dulu airnya dalam dan cantik. Tempat kami belajar berenang. Kini mencetek, tidak sampaipun separas lutut.

Setiap yang dilahirkan ke dunia tidak semestinya kekal ditakdirkan berpasangan hingga ke hujung usia. Kadang-kadang sisa-sisa hidup terasing, terbuang, bersendirian.

Orang lain mungkin melihat objek ini sekadar pokok kopi yang telah mati, tiada apa-apa makna. Saya melihatnya sebagai objek seni dan berjiwa.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 10/24/2007 10:27:00 PTG. |


44 Ulasan


Rabu, Oktober 24, 2007 11:02:00 PTG, Blogger Brader Black

gue suke tgk gambo2 kampung ncik BP..
mujur sj gue pnh berkesempatan mengalami suasana kampung..

 

Khamis, Oktober 25, 2007 12:23:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

oh tingkap itu mengenang zaman saiz baju xs. Pernah memanjat, melompat, menyelit dicelah-celah kayu tingkap. Pernah tertarik langsir sampai putus.. uhhh kenangan.

Tingkap itu dah tak ada sekarang. Apatah lagi rumahnya. Sayang sungguh.

Eh! Selamat Hari Raya... buleh lagi kan?

 

Khamis, Oktober 25, 2007 8:34:00 PG, Blogger Sastri

hmmm... dalam makna sesetengah gambar tu... gambar selipar tu... harap2 di masa akan dtg diri ini tidak bernasib sepertinya...

saya masih tak berkesempatan untuk mengupdet blog saya... :p

 

Khamis, Oktober 25, 2007 9:37:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

wah... geligalah otak kamu encik jowogeliga. aku suka...

imej pegun kegemaran aku, no 4 dan 9

:)

 

Khamis, Oktober 25, 2007 11:12:00 PG, Blogger muor76

oo kat tempat ko pakcik india yer yg beli botol terpakai, kalo kat tempat aku apek yg beli...
ntah idup lagi ke idak apek tu... anak-anak nyer dengor sumer pandai-pandai bajo sampai obersea..
skang nih kat umah mak aku berlambak botol terpakai

kalo dulu sedare mare aku yg kekecik dok kl dtg umah org tua aku abes dikejornyer ayam belaan aku... huhuhhu sian ayam aku.. tp skang dah takde ayam dah... kweng kweng kweng..

 

Khamis, Oktober 25, 2007 12:29:00 PTG, Blogger DeeN

Owh! Imej last itu paling anggun. Sungguh! Aku suka kayu yang hampir menjelang hayatnya. Metafora! ~Er.. rumah kat kg aku banyak pokok2 mati. Mungkin bagi isyarat kat tuan dia kut~

 

Khamis, Oktober 25, 2007 12:34:00 PTG, Blogger Unknown

gambar-gambar yang bagi saya penuh maksud tersurat dan tersirat.

 

Khamis, Oktober 25, 2007 12:51:00 PTG, Blogger Accia

salam wak,
kalau gini, wak boleh bukak blog foto satu. bagus gambar-gambar ni. saya sendiri pun dah tak larat lagi nak tengok gambar raya.

 

Khamis, Oktober 25, 2007 1:46:00 PTG, Blogger ILA

SALAM AIDILFITRY BUAT 'WONG JOWO' KAT SNA:)

suka dgn pic sampah2 t'sebut.ada bekas tablet ubat.sapekah yg memakan ubat t'sebut?mengapakah tidak mbuangnya d dlm tong sampah?Adakah tong sampah di sediakan di situ? Tiadakah peruntukan utk p'belian tong sampah ?

errr...heheheeee...skdar utk mlayan pemikiran d tghari ini.

 

Khamis, Oktober 25, 2007 2:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

brandal,
Kampung itu sungguh banyak menghimpun banyak kenangan. :)

Gambar-gambar biasa saja bro'. Gambar-gamabr di blog kamu itu apa kurangnya. Sempoi...!


khairyn,
Rumah itu dibina pra-merdeka dulu. Penggunaan paku amat minima. Tingkap itu salah satu spot kesukaan saya. Sekarang inipun budak-budak cukup suka memanjat-manjat tingkat itu. Pernah juga terjadi, kepala seorang budak kecil tersangkut di celah-celah pagar tingkap yang di bawah itu...

Boleh saja. Syawal kan sebulan.... :D


Sas,
Sebenarnya setiap gambar itu bercerita. Ikut bagaimana kita mentafsirkannya :)

Kalau hari ini kita tidak kedekut memberi kasih sayang kepada orang sekeliling kita, akan datang, di penghujung usia nanti insyaAllah, kita tidak akan diabaikan, akan ada sentiasa rasa kasih-sayang itu.

Alon-alon angger klakon :D


Mudin,
Terima kasih. Gambar itu biasa-biasa saja, cuma maksudnya mungkin agak tersirat. :)

Yang no 4 itu juga mungkin boleh dijadikan tiang gol futsal. :D

Yang no. 9, di sebelah selipar itu sebenarnya akar pokok kekabu, pokok yang sudah jarang dijumpai sekarang...


Muor,
Itu baru satu lokasi Muor. Ada 2-3 lokasi lagi tempat pengumpulan botol-botol itu. Sesuai dikitar semula ...

Aku cukup seronok tengok keletah anak-anak bandar bila balik kampung. 'Jakun' semacam. Beruntung kita kan Muor lahir dan membesar di kampung. Anak-anak bandar sekarang mana merasa itu semua.


nur@,
Banyak yang tersiratnya pokok mati itu. Kalaulah kayu pokok kayu itu 'digubah' oleh Latif Mohidin, mungkin RM ribu-ribu harganya agaknya... :)


ainin naufal,
Sesungguhnya. Yang dipandang itu mungkin tak sama apa yang ingin diceritakan. Carilah sendiri maknanya ya....:)


acciacca2ra,
Waalaikumussalam,

Trimas. Kebetulan saja saya menangkap gambar-gambar itu. Imejnya pegun tapi tidak pada kenangannya.


ila,
Salam Lebaran Ila. [Ooo...ejaan aidilfitri itu aidilfitry rupanya... he he he...gurau..]

Wah! Soalan kamu macam pegawai penguatkuasa. Itu bukan sampah. Itu anak-anak buah sedang membuat kota semut. Sampah bagi kita, objek permainan bagi kanak-kanak itu, kota janggal bagi semut-semut itu agaknya. :D

 

Khamis, Oktober 25, 2007 2:48:00 PTG, Blogger KAMATO

saya suka photo2 yg bp ambik, penuh bermakna

 

Khamis, Oktober 25, 2007 3:26:00 PTG, Blogger arsaili

seronok tengok, masih terasa aura kampung...sy duk jer kpg tapi element kampung telah tiada...
ya manusia di jadikan berpasang2 an seperti sepasang selipar..kekadang ada selipar yg putus sebelah, ada selipar tertukar pasangan etc
dan rakyat lawannya komunis..boleh tak?

 

Khamis, Oktober 25, 2007 3:31:00 PTG, Blogger achik

koleksi gambar yg menarik..

bestnya kampung yang masih bercirikan kampung.. skang ni byk gak yg dah x macam kampung.. :)

 

Khamis, Oktober 25, 2007 5:22:00 PTG, Blogger Pa'chik

pokok kekabu ada lagi lima nam batang kot area umah aku neh...
yang satu neh.. dikatakan berantu... kekeke.. dulu kecik-kecik.. memang tak berapa nak berani ooo lalu kat situ... mesti nak berteman...
[err.. tuan umah tu pun disyakki ada ....]

 

Khamis, Oktober 25, 2007 7:49:00 PTG, Blogger farazdaq

objek seni yang berjiwa...AKU SETUJU!!

 

Khamis, Oktober 25, 2007 11:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

wah! mat seni jugak ko ni yer. err..tin ridset tu pakcik india botol tu beli gak ke.hehe..

 

Jumaat, Oktober 26, 2007 8:43:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

teringin sangat gi JB..tak penah smpai lagi..huhuhuhu (malunya)

 

Jumaat, Oktober 26, 2007 11:17:00 PG, Blogger JBM8141

gamar first tu, orang muo dah pandai bersuara ye. bagus la. kalau tak, menonong je ngikut cakap orang.

kayu yg last tu, kalau kecik2 dulu dah jadi roket soyuz dah tu.

 

Jumaat, Oktober 26, 2007 12:32:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kamato,
Terima kasih. Tapi manakan boleh lawan foto-foto sdra kamato itu. Lebih cantik! :)


arsaili,
Itulah. Kalau diberi pilihan, lebih suka suasana kampung. Nyaman, damai dan tak payah berkejar-kejar.

Kalau di masjid, sewaktu solat jumaat, kita boleh lihat bermacam-macam kasut berlainan pasangan. :)

Komunis pun betul juga. Ikut tafsiran dan kreativiti masing-masinglah...


achik,
Trimas.

Memang. Kemodenan dan urbanisasi mengubah segalanya. Tapi di Muar masih banyak kampung Melayu yang masih kuat tradisi dan suasana kekampungannya. Harap-harap dapat dikekalkan sampai bila-bila.


Pa'chik,
Hantu suka buahnya kot he he he.

Nama saintifiknya Ceiba petandra. Sesetengah arkitek landskap suka gunakan pokok ini dalam arkitektur landskap. Agaknya bila dah pupus pokok kekabu nanti, pupuslah juga bantal dan tilam kekabu ekk..


faradzaq,
Sah! Kau memang berjiwa SENI!


Mr Penyu,
Dah memang dalam bidang senibina landskap. Kira seni jugalah kan... :D

Tajam betul mata kau. Bekas Ridset itupun kau boleh perasan! :D


Tiara,
Pun dah lama tak turun JB. Dah bertahun juga rasanya. Ajaklah Beckham pergi. Bukan jauhpun, boleh lajak ke Singapura sekali.....He he he.


Debik,
Salam Raya juga untuk kau. Tak habis lagi ke beraya?


JBM,
Tabiklah dengan usaha pihak-pihak yang gantung bendalah itu. Merata aku tengok di Muar.

He he he. Agaknyalah. Budak-budak kampung dulu-dulu memang kreatif..

 

Jumaat, Oktober 26, 2007 5:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Botol tu. Yang kaler putih lebih mahal harganya dari yang kaler gelap kalau India yang beli.

mazudi.com << reactivate

 

Jumaat, Oktober 26, 2007 9:56:00 PTG, Blogger TokNabe

Alhamdunillah...kat johor sy dok kampung dan kat kelantan pun saya dok kampung. Jadi suasana kampung tu memang dah sebati dengan diri saya. Anak2 pun tak kekok bila balik ke kelantan.

p/s: suka gambar no. 1, ayat pada banner sepatutnya boleh ditambah lagi tu....

 

Jumaat, Oktober 26, 2007 9:56:00 PTG, Blogger TokNabe

Alhamdunillah...kat johor sy dok kampung dan kat kelantan pun saya dok kampung. Jadi suasana kampung tu memang dah sebati dengan diri saya. Anak2 pun tak kekok bila balik ke kelantan.

p/s: suka gambar no. 1, ayat pada banner sepatutnya boleh ditambah lagi tu....

 

Sabtu, Oktober 27, 2007 7:39:00 PG, Blogger zabs

Salam BP,
Menarik setiap catatan di gambar gambar yang juga dikongsi. TK.

 

Sabtu, Oktober 27, 2007 12:58:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

gambar 1-rakyat lawannya wakil rakyat hehe.bro pokok kopi to dah macam arca dlm gallery petronas bro,memang berjiwa. tunjuklah gambar lu posing raya dengan kuih raya.baru raya sakan hahahahahaha

 

Sabtu, Oktober 27, 2007 5:59:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mazudi,
Mana kau tau zudi? :D

Selamat kembali. Lama juga tak nampak kelibat kau di blogosfera.... :D


Tok Nabe,
Itulah. Lumrahnya, yang di kampung teringin duduk di kota. Bila sudah duduk di kota meronta-ronta pula untuk balik semula duduk di kampung. Kan...?

Bagi yang betul-betul berjiwa kampung, kampung akan tetap dekat di jiwa... :)

p/s Sebenarnya jarang ada banner seperti itu di kampung-kampung di Johor. Itu mungkin baru permulaan untuk mengejutkan pihak-pihak 'berkenaan' dari 'tidur' yang panjang.....


Zabs,
Waalaikumussalam tuan zabs,

Trimas. Imej-imej itu ekspresi jiwa. Saya bukan jurugambar pro, jadi gambarnya tidaklah secantik mana....:)


butaseni,
Aku suka jawapan kau. Kreatif dalam sinis..

Kalaulah laman rumah aku ini sekarang luas, nak juga aku pindahkan pokok mati itu ke sini.... :D

Tak payahlah. Gambar raya aku membosankan... He he he.

 

Ahad, Oktober 28, 2007 8:19:00 PG, Blogger zwitterion

kat tempat aku pun skang ni, susah dah pak cik india nak datang beli botol, melainkan bawak pi ke pusat kitar semula..

 

Ahad, Oktober 28, 2007 9:16:00 PG, Blogger akirasuri

gambar kedua dan ketiga paling menarik..
ada nyawa pada imej bisu tu :)
tahniah :)

 

Ahad, Oktober 28, 2007 7:58:00 PTG, Blogger Unknown

kasut adidas tu bleh pakai lagik kott? :P

 

Isnin, Oktober 29, 2007 2:26:00 PTG, Blogger Mak Su

boleh panggil eric casa impian ker nak bina kota semut?

 

Isnin, Oktober 29, 2007 2:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zwit,
Pakcik India itu [kalaulah hidup lagi] dah kaya-raya barangkali. Satu lagi, mungkin dia dah ubah haluan, mengutip barang-barang lusuh berasaskan besi pulak agaknya. Lebih untung. :)


Akira,
Trimas.

Lain orang lain peribadinya. Lain peribadi, lain jiwanya. Lain jiwa lain pula tafsirannya. Tak begitu akira? :)


lind,
Untuk sukan yang ringan-ringan [contohnya sukaneka] dan bertaraf amatur bolehlah. Kalau untuk sukan yang bertaraf profesional dan antarabangsa, tak boleh. :p


mak su,
Errrr....... Itu kena tanya dia.. :D

 

Isnin, Oktober 29, 2007 3:23:00 PTG, Blogger aria ayumi

uniknya kawasan kampung dia. huhu. especially yg pokok kopi tu :)

 

Isnin, Oktober 29, 2007 6:20:00 PTG, Blogger WRA

kesiannya selipar itew....siapa laa empunyanya yer?

 

Selasa, Oktober 30, 2007 3:01:00 PG, Blogger Izhal

puas hati gambar banyak... TQ...

SLAMAT HARI RAYA!!!

 

Selasa, Oktober 30, 2007 8:36:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Gambar yang dipenuhi dengan 'kesimbolikannya' ek?

 

Selasa, Oktober 30, 2007 9:09:00 PG, Blogger Sya

Bila tenguk botol2 tu teringat jugak india pembeli botol masa tahun 80 an gak.. sama aje ngan kat rumah kampung kak sya cuma bapak banyak sandarkan botol tu kat pokok petai

 

Selasa, Oktober 30, 2007 9:52:00 PG, Blogger me3n

di kampung ku pong ade parit gak. mak ku ade cerita dulu sangat bersih sampei boleh dibuat mandi. tapi skang, sama cam parit kampung ko. kotor. hehe.

 

Selasa, Oktober 30, 2007 1:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Aria,
Nama pun kampung. Masih tradisional. Jangan bayangkan Kampung Baru atau Kampung Datuk Keramat di KL. Lain. He he he.


alex,
Kalau disiasat mengikut saiz dan rekabentuknya, mungkin kepunyaan abah atau emak saya. Atau juga wak di sebelah rumah saya. Agaknyalah.


izhal,
Terima kasih kembali.

Selamat Hari Raya juga untuk kau sekeluarga. Tak buat rumah terbuka di Bdr Seri Putra? :)


azzam,
Kalau lihat dengan jiwa, barangkali jumpa simboliknya. Tapi kalau lihat dengan mata mungkin lain pula maksudnya. :D


kak sya,
Sekarang banyak botol-botol di kampung terbiar begitu. Kalau di bandar boleh juga dimasukkan ke dalam tong kitar semula kan....


ad3ck,
Minggu lepas kawasan di kampung kami banjir. Salah satu puncanya, parit besar dah mencetek dan parit kecil semakin terkambus.

Koridor sanalah, koridor sinilah, tapi perkara paling asas spt. sistem saliran dan perparitan terabai! Isk!

 

Rabu, Oktober 31, 2007 1:28:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

"Setiap yang dilahirkan ke dunia tidak semestinya kekal ditakdirkan berpasangan hingga ke hujung usia. Kadang-kadang sisa-sisa hidup terasing, terbuang, bersendirian."

isk..tersentap ati aku bila baca ayat ni..

 

Rabu, Oktober 31, 2007 2:00:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikin,
Itu realitinya. Kan? [Walau tidak semestinya]

:)

 

Rabu, Oktober 31, 2007 5:20:00 PTG, Blogger shahril aley

jauh sungguh pemikiran kau. mungkin kisah lampau dikenang kembali sekembalinya kau ke kampung....alangkah bagusnya aku ada kampung macam kau. boleh tumpang kongsi kampung?

 

Khamis, November 01, 2007 12:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Shahril,
Cuba kau bayang-bayangkan, kau anak kampung. Dulu kau dilahir dan dibesarkan di kampung. Kemudian kau merantau sebab belajar dan kemudian bekerja di kota. Beberapa tahun kemudian bila kau balik semula ke kampung, segala-galanya, yang kau membesar bersama-samanya dulu dah tiada lagi...

Itu yang aku rasakan sekarang.....

Nak berkongsi kampung? Boleh.... :)

 

Jumaat, November 02, 2007 7:07:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Salam sdr blackpurple,

I am coming by your comment on Doc TA blog...seronoknya....banyak cerita kat space ni.

Semua pix tu buat saya terpegun.
Paling sedih tengok gambar selpar/kasut yang sebelah tu...selalunya di hari tua kita akan senasib dengannya.

The dead pokok kopi - as an art object? Of course I could understand you.
salam networking & happy hari raya( boleh wish lagi kut:P)

 

Sabtu, November 03, 2007 3:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

waterlily,
Waalaikumussalam puan,

Terima kasih singgah di blog yang entah apa-apa ini.

Gambar-gambar itu sangat dalam dan menusuk maksudnya bagi saya dan mungkin bagi yang 'terasa' dan mahu mentafsirkannya.

Salam aidilfitri buat puan sekeluarga. Salam silaturrahim. :)