Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan"
Alhamdulillah, saya masih diizinkan untuk terus bercerita di sini. Cerita-cerita biasa, yang terilham dari imej-imej dan realiti kehidupan, alam dan manusia. Cerita-cerita yang berkocak di fikiran. Tafsiran pengalaman dan pemerhatian. Semuanya mengikut bahasa saya. Seadanya, sebab saya bukanlah penulis atau orang sastera yang bijak berbahasa. Memanglah saya orang seni, tapi senibina landskap.
Oh ya. Ini laman bahasa Melayu, jadi saya bercerita dalam bahasa Melayu. Seingat-ingat saya, cuma tiga empat kali saya bercerita dalam bahasa asing. Tapi nanti, kalau saya teringin berbahasa lain; bahasa Inggeris, Urdu atau Portugis misalnya, saya akan membuka laman dalam bahasa tersebut, sepertimana saya membuka laman berbahasa
Selalunya cerita-cerita saya agak kekampungan. Kejawaan. Saya akui. Saya tidak segan mengakui akar saya. Sesekali cerita saya mengunjungi masa silam, retrospektif, membelek semula lipatan sejarah dan menyegarkan semula kenangan yang telah ditinggalkan. Sesekali saya merepek yang bukan-bukan, bercerita yang entah apa-apa! Sesekali mengada-ngada. Sesekali naluri ini terjentik lantas mengundang kebencian melihat kebobrokan dan kebejatan manusia di sekeliling. Saya luahkan keresahan ini dalam bentuk cerita, satira, juga baris-baris puisi [itupun kalau layak disebut puisi] tentang ranah masyarakat, tentang jiwa manusia yang goyah dan rapuh. [Padahal saya bukan bagus pun, saya juga sebahagian dari masyarakat itu!]
Hari ini, jam ini, minit ini, genaplah dua tahun usia Jowo Pinter ini.
Terima kasih kepada kalian yang sudi menyinggahi blog ini, menyapa di peti jerit dan meriuh-rendahkan kotak ulasan. Juga kepada pengunjung-pengunjung senyap, dan rakan-rakan yang tersesat ke mari yang asalnya ingin mencari info, tentang ketiak misalnya. Terima kasih semua kerana menjadi rakan maya saya, walaupun kalian tidak pernah mengenali saya, walaupun saya cukup kedekut menayang wajah saya - yang perasan kacak ini.
Jutaan kemaafan sekiranya sepanjang dua tahun ini, ada jiwa yang terluka, ada hati yang terasa dengan tulisan dan gurauan saya. Saya bukan sempurna.
Andai nanti masih diizinkan Tuhan, saya ingin terus bercerita. Biarpun mungkin akan sampai masanya nanti kalian sudah jemu dan menyampah membaca cerita saya, tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya laman ini akan menjadi coretan untuk saya baca semula di hari tua saya, juga cerita saya untuk anak-cucu saya suatu hari nanti.
"Dan di satu masa
Di hari yang indah
Kuhulur tanganku
Lalu kau terima"
TTFN
Label: Ulangtahun blog
Jumaat, November 30, 2007 1:34:00 PTG,
Owh! Owh! Aku sudah ingat2 lupa camner aku leh 'sesat' kat blog ini dulu. Ko ingat? Muekekeke...
Teruskan menulis, menulis dan menulis. Aku akan terus membaca, membaca dan membaca. Malahan aku akan tetap mengomen, mengomen dan mengomen. Andaikata satu hari nanti komenan aku tiada, maknanya mungkin..mungkin..mungkin bila nanti...!
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Jumaat, November 30, 2007 2:46:00 PTG, Orked
Indahnya alam blogging ni, semalam blog org Pahe' tu yg berckp kawe² tu sambut ulangtahun blog, hari wak jowo pula..kakjie doakan moga dipermudahkan segala urusan, tuan blog sihat tubuh badan ( esp jari tangan) utk terus menulis, kesenangan harta benda untuk dpt bayar bil streamyx...
kakjie suka setiap entry kejawaan tu sebab kakjie menantu jawa...walau tak pandai cakap pun :p
Jumaat, November 30, 2007 6:31:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Terima kasih. Boleh dipaten perkataan itu rasanya. :D
Ilham tak perlu dicari kot. Ada di sekeliling. Kena pandang, dengar dan rasa, dengan jiwa. Ewah! :p
Ayu,
Terima kasih Ayu.
He he he. Tungguuuuuuu!
nunn,
Kalau budak baka baik, dah boleh berlari kot. :D
nur@,
Terima kasih [ 7 kali]
Aku tak ingat. Yang aku ingat, dulu aku ingatkan kamu lelaki. He he he!
Achik,
Terima kasih. InsyaAllah.
Cuba ingat-ingat balik. He he he.
mak su,
Terima kasih mak su.
Dah ada. Cuba 'google'kan di kotak carian di sidebar saya tu. Klik pada jowopinter. Mesti ada 3-4cerita pasal ketiak. He he he.
Azzam,
Yeargh! Hidup Jawa!
Kata orang Jawa, cerito. crit crit angger roto. He he he.
Kak Jie,
Terima kasih. Mudah-mudahan, kak Jie juga.
InsyaAllah.
Takkan Jawa hilang di dunia! :D
mudin,
Terima kasih. Selagi diizinkanlah.
Kalau tak ada blog ini, mana boleh kenal kau, kan? :D
Jumaat, November 30, 2007 6:44:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
arsaili,
He he he. Maklumlah jejaka pemalu.
Terima kasih. Balik dari Australia, datanglah KL, boleh kita minum-minum. :D
mas wongenom,
Waalaikumussalam,
Pemuda Jawa memang pemalu orangnya [Malu tapi mahu tu] He he he.
Tulis novel? Belum terfikir lagi. Tulis dalam blog pun tak betul lagi. :D
Amora,
Eh! Macamana jadi syahdu pulak? Tak menjadi rupanya aku buat kelakar..
Blogging itu hobi sepanjang masa. Satu escapisme juga.
akira,
Selamat untuk kamu dan kita semua.
Meminjam kata-kata Sinaganaga, 'baca terus, terus baca!' :)
abang long,
Terima kasih abang long. Sekadar bercerita dan berkongsi pengalaman. :)
Serunai Faqir,
Terima kasih banyak-banyak.
Untuk sdra juga, teruskan berkarya!
Sabtu, Disember 01, 2007 1:00:00 PG, tokasid
Salam Wak Pinter:
Selamat hari beranak ke-2 bagi blog Wak Pinter.
Bila saya baca senikata lagu Suatu Masa, M.Nasir di intro entry ini saya terus teringatkan zaman muda-muda dulu jerna itulah antara lagu kegemaran saya hingga kini( sebenarnya semua lagu Kembara saya suka sampai sekarang).
Teruskan memberi cerita dan berita kepada kami Wak. Kita tak perlu menjadi sastrawan untuk menulis. Dan orang lain tak perlu suka atau bersetuju dgn apa yang kita tulis.
Sabtu, Disember 01, 2007 3:23:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kemat,
Terima kasih atas sokongan kamu dude. Dan teruskan mengomen di sini ikut rasa hati kau.
comment deleted,
Ah! Dah kena deletelah pulak. Ha ha ha!
Tok nabe,
Terima kasih tok. Mari kita sama-sama meriahkan alam blogosfera ini.
Waterlily,
Terima kasih sdri WL atas sokongan. InsyaAllah.
Saya juga mendapat manfaat yang bukan sedikit membaca blog sdri. Terima kasih.
Wear,
InsyaAllah.
Sabtu, Disember 01, 2007 3:44:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Dr Tokasid,
Waalaikumussalam doc,
Terima kasih.
Saya peminat sifu sejak dari dulu lagi. Tak pernah ketinggalan mengikuti setiap albumnya, baik Kembara baik solo, dan beberapa kali menonton konsertnya bila berkesempatan. Lagu ini sewaktu saya budak lagi, kalau tak silap. Doc ahli Kelab Sahabat? :D
Betul doc. Saya menjadikan laman blog ini sebagai wadah untuk bercerita, luahan minda - freedom of expression dan sesekali sebagai bentuk escapisme juga... :)
Posmen,
Terima kasih.
Walaupun di zaman teknologi komunikasi maklumat ini, aku masih suka posmen, blog kau maksud aku [sudah merepek aku ni].
Brandal,
Terima kasih. InsyaAllah.
Aku mula masuk ke blog kau bila aku nampak kau pautkan blog aku dari pautan Blogs that link here Technorati di sidebar aku itu.
"Tidak kiralah bagaimana kita bermula, yang penting adalah bagaimana kita berakhir" :)
zino,
He he he. Entah! Gatal sungguh nak menconteng!
Nur@,
O, gabungan nama kau dan nama ehem ehem barangkali. Tapi kan, sesekali ternampak nama kau teringat pulak aku kat mamak Restoren Deen di depan ofis aku tu. He he he.
Yeargh! Hidup 7! [7 kali]
Ahad, Disember 02, 2007 11:18:00 PG, Bunga Rampai
Salam BP,
Entah bagaimana pertemuan maya kita. Saya ingat-ingat lupa. Entah siapa menyapa siapa terlebih dulu. Itu tidak penting. Yang penting saya menyenangi persahabatan BP dan cerita-cerita BP yang penuh keikhlasan. Saya merasakannya.
Terima kasih menjadi kawan maya saya. Teruskan menulis. Saya tidak pernah lupa blog ini.
Setangkai anggerik bulan untuk BP :-)
Selamat ulang tahun blog yang ke-2!
Isnin, Disember 03, 2007 2:03:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Terima kasih [77 kali]
Nak tulis kertas kerja projek inipun tak cukup masa, ini nak tulis buku pulak… He he he!
13may,
Terima kasih! :D
Faza,
Terima kasih. Sebab terlalu kacaklah aku terpaksa conteng. He he he!
Pa’chik,
Terima kasih daun keladi Alocasia maccrohiza pa’chik.
Tapi aku taklah seproduktif kau yang tulis entri tiap-tiap hari [tiap-tiap awal pagi sebetulnya, kan?]. He he he.
kel@mbu,
Terima kasihlah ya!
Achik Sufi,
Eik! Orang kedua kata ini entri sedih. Hmmm….
InsyaAllah. Terima kasih!
Cikgu Gitar,
Kalau ada rezeki dan diizinkan Tuhan. Mana tau.
Terima kasih cikgu!
Isnin, Disember 03, 2007 2:16:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Zwit,
InsyaAllah [maksud aku ‘teruskan’ itu]. He he he. Mungkin, mana tau. :D
Bunga Rampai,
Salam kembali BR,
Saya pun tak begitu ingat bila. Cuma saya masih teringat BR pernah menulis nama-nama rakan-rakan blogger -termasuk saya - menjadi satu karangan yang unik dan menarik di awal 2006 dahulu, kalau tak silap saya.
Dengan izin Tuhan. Terima kasih [7 kali] di atas persahabatan, sokongan, ingatan, perkongsian juga setangkai anggerik bulan itu
tulip,
He he he. Nak panggil wak pun apa salahnya….
Terima kasih.
KV,
Terima kasih KV. Selagi larat menulis, insyaAllah…
Iza’Izz,
Terima kasih daun keladi…... Rajin-rajin singgahlah lagi…
Rush,
Terima kasih Rush [7 kali].
InsyaAllah. Kalau terus diizinkan untuk menulis. Cerita kekampungan, kejawaan dan kejohoran memang identiti blog ini kot. Blog Tepak Sireh itupun apa kurangnya. :D
p/s; Ha’ah. Cuma blog Tepak Sireh itu lebih awal 4-5 bulan rasanya kan?
Tuan Zabs,
Waalaikumussalam tuan,
InsyaAllah. Saya seronok berkongsi dan membaca cerita pengalaman tuan. Terima kasih.
Isnin, Disember 03, 2007 2:45:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
mazudi,
Terima kasih Zudi. Sekadar perkongsian pengalaman dan pemikiran. Cerita yang rasa-rasanya ada makna, ambillah jadi panduan, yang entah apa-apa, abaikan sajalah…. :)
eisraa,
Salam kembali, terima kasih. InsyaAllah.
Jamuan secara maya boleh? :D
Amin. Semoga segala urusan kamu di Mesir sana juga dipermudahkan Allah.
John Norafizan,
Terima kasih sdra.
Sdra juga, teruskan berkarya dan teruskan perjuangan menghasilkan novel kreatif.
cikin,
Terima kasih.
Ojo isin-isin. Mampir-mampirlah meneh yo… He he he.
butaseni,
Baru 2 tahun. Ada kawan-kawan kita yang dah 4-5 tahun. Lagi otai tu… :D
Terima kasih [7 kali]. Cuma bercerita seada dan sekadarnya. Terima kasih pada kau juga kerana aku pun banyak belajar sesuatu tentang ‘dunia seni’ kau di blog kau itu.
Biarlah kita terus ‘menjadi diri kita sendiri’. Bukan begitu?
Indera Kencana,
Terima kasih Indera.
Baru 2 tahun, masih merangkak lagi. :)
Isnin, Disember 03, 2007 5:49:00 PTG, gayour
kalo sekolah rendah, tahun depan masuk tahun tige. kalo wak sekolah menengah, tahun depan masuk tingkatan tiga. kalo telah dua tahun berkawen/berumahtangga dan diizinkan Allah mempunyai cahayamata pada tahun pertama perkawenan, tahun depan usia anak itu masuk ke tiga tahun. kalo belajar ( apapun ) dengan tekun, tegar, semangat dan kerana Allah... banyak juga telah diketahui dan diamalkan dalam menjalani pancaroba hidup ini wahai sobat. TAHNIAH JOWO PINTER! truskan bercerita untuk tatapan sobat yang lain dan moga ada kebaikan.
Selasa, Disember 04, 2007 12:25:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Bro’ Gayour,
Terima kasih bro’. Terharu rasanya sebab kartunis tersohor seperti bro’ masih sudi bersobat dengan mamat Jawa ini. :D
Betul bro’. Yang penting nawaitu. Kalau niat betul, insyaAllah.
InsyaAllah. Aan diingati pesanan bro’ itu. Terima kasih sekali lagi.
king,
Ramai juga yang dah lupa asal usul sendiri king. Cuba tengok sesetengah pemimpin dan penguasa yang mengemudi Tanah Melayu kita ini. Mengaku berakarkan Melayu, berbangga dengan partai Melayu [kononnya] tapi bangsa sendiri dikhianati, bahasa sendiri diketepikan… :)
Orochi,
InsyaAllah. Terima kasih.
Ainin Naufal,
Terima kasih.
Ada, tapi gambarnya sajalah. Silalah layan diri di gambar banner di atas itu. :D
Flush,
Terima kasih.
Biasa-biasa saja. Tak 'sekuasa' manapun... :)
petisis,
Setiap yang bermula mesti ada tarikhnya. Kan? :D
Happy 2nd Bloganniversary... hmmm... ada ke perkataan tu? :p
semoga terus diberikan ilham untuk bercerita...