Selasa, Disember 04, 2007
Minggu sudah. Sas menempah kek cawan dari blogger merangkap usahawan kek cawan, sdri. Pnut. Sdri Pnut kemudian bertanyakan Sas, via sms, reka bentuk macamana yang Sas nak.

Saya pun menyibuk. Saya hantar sms kepada sdri. Pnut.

Saya :
Salam. Sas ada tny aku nk kek cwn mcmana? Aku kata, letak design wakaf kat atas dia. Boleh buat tak? Hehehe.

Pnut :
Muehehe.. Aku wat gmbo keter kaler purple je la..Wakaf kaler purple gak ler..Sensitif wei..Bajet dah abeh nk wat wakaf..

Saya :
Kalau mcm tu, aku nk kau buatkan kek acuan bntuk kereta sport pakai rim 19 in & satu lg bentuk acuan gazebo, ada air terjun sblh dia. Perisa cokelat tau. Confirm k? Hahaha. Mcamana wkf bole trlbh bajet?

Pnut :
Koser mak layan ouls.. Bajet lari x dpt kejor yop wei..

Saya :
Hahaha. Tak apa, janji rmh cantik. Oklah, nk dating jap. Tak sabor nk rasa kek kete & wakaf esok nih.

Image Hosted by ImageShack.us

Hehehe. Itulah rupa kek cawan itu. Sebenarnya saya cuma bergurau, rupa-rupanya dibuatkannya betul-betul. Terharu sungguh saya. Terima kasih banyak-banyaklah ya sdri. Pnut. Semoga terus sukses dalam industri kek cawan itu. Sesiapa berminat nak tempah, klik SINI [Kena minta komisen ni..he he he]

[Tapi masih tak puas hati lagi ni. Saya nak wakaf dan kereta sukan itu dalam bentuk tiga dimensi, bukan gambar. Lagi, gambar itu tak nampak macam kereta sukan pun? Rim itu, tak macam rim 19 inci pun? Dan wakaf itu, mana air terjunnya? He he he]

[Maafkan kami menggunakan 'bahasa rojak' dalam sms di atas]

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/04/2007 03:27:00 PTG. |


39 Ulasan


Selasa, Disember 04, 2007 4:54:00 PTG, Blogger Pnut

mueheheheheh lupa ek kata nak wakaf kaler purple...

air terjun tak sempat buat sebab tokei buat air terjun asek pegi deting...

 

Selasa, Disember 04, 2007 7:23:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Saudara BP,
Sdr Pnut kita dah kira kreatif la tu...awak tu yang cerewet banget :P.

Pnut...tabik2..moga2 anda akan menempa kejayaan. X sempat lawat space anda lagi.

kak waterlily..x pandai buat kek(psstt..jangan bagitau orang ye..)

 

Selasa, Disember 04, 2007 9:24:00 PTG, Blogger Orked

owh....gitu rupanya kereta dlm cawan ye....

he he he

 

Selasa, Disember 04, 2007 10:27:00 PTG, Blogger arsaili

isk222.demand tol..still tak puas ati lai tuh..uhuhu...

 

Selasa, Disember 04, 2007 11:10:00 PTG, Blogger me3n

chun ar. ;p. err ko agak2 kalau ku bergurau gak dgn dia, dia akan buat tak? hehehe

 

Selasa, Disember 04, 2007 11:35:00 PTG, Blogger aNIe

Hahahah...kalau nak buat kek ada gambar kereta rim 19 inci...kene le buat cup kek beso keta tu...

 

Rabu, Disember 05, 2007 12:23:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

woo... respect pnut. semoga sukses dalam bisnes :)

 

Rabu, Disember 05, 2007 12:31:00 PG, Blogger zino

simpan ke makan kek tu? hehe

 

Rabu, Disember 05, 2007 4:06:00 PG, Blogger Pa'chik

haha.. mengada betul permintaan ko tuh... kalau aku.. baling ngan acuan kek cawan dah... ekekek...

 

Rabu, Disember 05, 2007 4:20:00 PG, Blogger TedungS

eh bro, wakaf tu mende? bukan mcm sedekah2 tu ke?

tp mmg betul, nasib baik bukan aku si p-nut tu, konpim kena blg ngan cawan heheh

 

Rabu, Disember 05, 2007 6:55:00 PG, Blogger Achik_Sufi

wah...
wah...

cam bestje...

tapi...hang nie seorang yang x bersyukur rupenyeeerrr...kalau Achik jadi p.nut Achik sekeh kepala jowo nie...

 

Rabu, Disember 05, 2007 9:05:00 PG, Blogger Qaseh Bidadari

ala cantiknya,sayang nak makan...

 

Rabu, Disember 05, 2007 10:24:00 PG, Blogger Cik Keju

isk.. nk wakaf ngn sport car 3D? harus cik p-nut tenggek keta ngn wakaf real atas cupcake tu.. :p

 

Rabu, Disember 05, 2007 10:55:00 PG, Blogger Wanpetunjuk

Salam bro..thanks for the wish kat blog Tepak...

Happy working!!!

 

Rabu, Disember 05, 2007 11:12:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

pnut,
Wakaf itu macam nak roboh saja nampaknya. Pakai kayu apa tu? Kayu cengal ke kayu getah? Ada lantai ke tidak tu? He he he.

He he he. Beli air terjun yang pasang siap itulah, senang. Murahpun ya. He he he.

Psst... Perencah mi bandung Muor yang 10 paket itu confirm ya... He he he...


Waterlily,
Sdri WL,

He he he. Saya bergurau saja tu. Saya dengan dia memang suka bergurau pun.

Semoga sdri Pnut kita akan terus berjaya.


Kak Jie,
Siap ada tulis 'vroom' yang tak tahan tu... Lain kali nak mintak dia masukkan sound effect sekalilah.

He he he.


arsaili,
The customer is always right. Tak gitu?

He he he.[Gurau saja sdri Pnut :D]


ad3ck,
Kau cubalah dulu. Kau tempah reka bentuk lain pulak. Lori simen ke, bas persiaran ke, bajak ke? He he he!


kak lady,
Itu nanti dah bukan kek cawan namanya kak lady. Itu kek kereta. He he he.


mudin,
Akan lebih ramailah lagi nanti usahawan wanita bumiputera. Tahniah untuk sdri Pnut.

Psst.. Sabtu nanti, insyaAllah. :)

 

Rabu, Disember 05, 2007 11:30:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Itulah. Nak makan sayang... Tak makan nanti, habis pulak tarikh luputnya. He he he...


pa'chik,
He he he. Nak berniaga kena sabar karenah pelanggan pa'chik. Hati pelanggan kena jaga.

Kitaorang bila buat landskap di rumah orang-orang kaya, tambah-tambah lagi kalau rumah Tan Sri2, Dato'2 tu semua, lagilah. Cerewet bukan main. [biasanya bini diaoranglah yang cerewet] He he he.


TedungS,
Bukan 'wakaf' yang itu. Ini 'wakaf' gazebo. Gambar kek yang paling kanan tu.

Kalau dia baling, bakal hilanglah seorang pelanggan setia dia nanti. He he he.


achik,
Kena rasa dulu, baru tau best ke tidak achik.

Isk! Nak berniaga mana boleh sekeh-sekeh kepala orang...He he he.


Zwit,
He he he! Itu nakkan kelainan namanya Zwit.


mama ranggie,
Memang bukan untuk dimakan pun kek itu. Itu untuk ditengok-tengok saja. :D


Cikin,
Takpun letak model wakaf dan kereta sukan berskala itu. He he he.



wan hidayat,
Salam kembali.

Tahniah atas kejayaan sdra. Semoga terus berjaya di masa-masa akan datang.

 

Rabu, Disember 05, 2007 11:37:00 PG, Blogger Kasawari

Wah lawa gak kek tu eh.. leh hantar ke Kulai ni.. he he

 

Rabu, Disember 05, 2007 11:56:00 PG, Blogger achik

oh2 ni tanskrip sms yang cite hari tu.. hehehe.. ;)

cun bangat cupcakes kak p-nut.. semoga bisnes kak p-nut makin sukses.. chaiyok!! chaiyok!!

 

Rabu, Disember 05, 2007 11:56:00 PG, Blogger Sastri

whoaaa... ramai dah komen... sas jugak ketinggalan...

memang permintaan yang sukar dimakbulkan dia nih... keskeskes...

 

Rabu, Disember 05, 2007 12:45:00 PTG, Blogger DeeN

Uiks! Ingatkan tadi silap masuk blog. Ingatkan masuk blog SaS tadi. Muekekeke!! Purp, permintaan ko memang susah hendak direalisasikan dlm bentuk makanan apatah lagi kek cawan. Tapi comei ah kek cawan tuh. Kreatif gitu, nyah!

Bape ongkos utk 100 biji kek cawan pelbagai rupa?

 

Rabu, Disember 05, 2007 1:02:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Kreatif juga che Pnut tu. Lepas ni tentu ramai yang nak buat tempahan.

 

Rabu, Disember 05, 2007 1:08:00 PTG, Blogger Pnut

eehheh perencah mee bandung kompem.lupa nak pesan awal, ingat nak bawa balik kampung masa raya haji, tapi tak sempat,

eheheeh saper nak order cupcakes leh ke blog saya

http://www.pnutcakes.blogspot.com

nUr@dDeEn-harga sebiji bergantung kepada size, design tu tak der xtra charge..

tima kasih atas iklan percuma ini

 

Rabu, Disember 05, 2007 1:40:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Bak sikit heh!

 

Rabu, Disember 05, 2007 2:06:00 PTG, Blogger NBK466

Cis tak leh kulor lak gambar design cup cake ko yg mantap itew.. Tapi den tgh bayangkan camner nak sumbekkan gambar rim 17" dlm cup cake yg 2 - 3" tu jek..

 

Rabu, Disember 05, 2007 4:06:00 PTG, Blogger Rush Murad

bila lah aku nak merasa cupcake si pinut ni?.... tak sangka si pinut yg suatu masa dahulu yg ku kenali di dalam kelas belajar Bahasa Jepun (mind you, we all belajar Japanese) rupa2nya ada hidden talent - membuat kek cawan :)... ingatkan si pinut cuma tahu masak mee sup sahaja....

 

Rabu, Disember 05, 2007 4:38:00 PTG, Blogger Mak Su

rasa-rasanyer dia buat tu ada guna binocular tak?

 

Rabu, Disember 05, 2007 5:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kasawari,
Belum sempat sampai Kulai mesti dah kemik sana-sini nanti kek tu. He he he.


achik,
Ya,ya. :D

Jangan puji saja, order la...


Sas,
Tak apa. Nombor bukan keutamaan. Isi ulasan yang penting :D

Biasalah. Orang seni. Terikut-ikut karenah sifu dia kot.. :p


nur@,
Aku sukakan kreativiti. Kelainan. Lagipun, tak kan nak bagi aku kek cawan yang corak bunga-bunga. Tak maskulinlah. He he he.


Tuan Zabs,
Semoga dia terus berjaya. Mana tahu suatu hari nanti dia boleh buka kedai kek sendiri. Boleh letak jenama sendiri. Tidak mustahil.


Pnut,
OK. Selepas Hari Korban nantilah ek. Cukup ke 10 paket tu? He he he. Di rumah ada lagi stok lama, tapi 1-2 paket sajalah. :D


azzam,
3 biji jer bro'. Dah habis. Kalau nak, kena tempah sendiri. :D


nbk,
Gambar dah boleh nampak sekarang. Dah tukar pakai imageshack pulak.

19" la, bukan 17". He he he!


Rush,
Pnut sekarang semakin hebat Rush. Semakin bergaya, semakin ayu dan semakin ligat dengan bisnesnya. Tak lama lagi akan ada kek cawan jenama 'Pnut' pulak di pasaran. Mudah-mudahan.

Korang sekali di UITM dulu kan?


Mak su,
Pssst... kena tanya dia.

 

Rabu, Disember 05, 2007 6:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ish!
lapar la plak....

 

Rabu, Disember 05, 2007 8:45:00 PTG, Blogger akirasuri

Huhu..

Asyik keluar berdeting saja..
bilanya nak bina baitul mukmin ni :p

*cepat-cepat larik balik rumah*

 

Rabu, Disember 05, 2007 10:57:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Sedapnya kek cawan.

Indahnya persahabatan.

Comel entri ini, meriangkan.

:-)

 

Khamis, Disember 06, 2007 12:02:00 PG, Blogger Nunn

sekarang punya zaman atas kek pun nak taruk rim 19 inci.....huii kreatif ....

 

Khamis, Disember 06, 2007 10:13:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

rasanya kalau dia buat kreta 3D mesti kau sayang nak makan,kan?hehe

 

Khamis, Disember 06, 2007 11:22:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

kalo aku buat business cap cakes ni tk mo aku jual kat BP.. hihihhih manyak songell

 

Khamis, Disember 06, 2007 3:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Khairyn,
Bukan boleh kenyang pun makan 3 biji kek cawan tu. Sekurang-kurangnya kena makan 7 biji baru kenyang. He he he.


Peg. Khalwat,
Gazebo itu wakaf. Wakaf itu pondok. Orang Jawa panggil angkruk [gambarnya lebih-kurang di kek paling kanan tu] :D


Akira,
Itu kira macam perumpamaan. Tak mainlah dating dating. He he he.


B Rampai,
Salam kembali BR,

Dan 'manis' juga.

Terima kasih. :)


nunn,
Itulah dia. Macam-macam teknologi makanan sekarang. :D


Butaseni,
Simpan dalam almari kaca, letak sebelah model-model kereta sukan itulah kot. :D


Tiara,
Oooo. Tapi kau reti ke buat-buat kuih ni? Kek cawan itu susah tau nak membuatnya. He he he.

 

Khamis, Disember 06, 2007 5:12:00 PTG, Blogger Unknown

hang ni banyak pulak demand.. haha..

 

Khamis, Disember 06, 2007 5:29:00 PTG, Blogger Tok Rimau

Nak 3D?Kena pakai kek tempayan baru muat.

 

Khamis, Disember 06, 2007 5:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Orochi,
Hehehe. Gurau gurau....


Tok Rimau,
Kalau besar tempayan, kena pakai lori nak menganggkatnya tu tok. Setahun pun tak habis makan tu. He he he.