Di sebuah daerah, di dalam sebuah negeri paling selatan. Kampung kecil itu sepi, tersorok dan terperosok. Jauh tersembunyi, dipagari belukar, kebun getah dan ladang kelapa sawit. Sedang kampung-kampung di jalan besar dan bersebelahan pekan kecil di kaki bukit sana sudah dijengahi pembangunan - bekalan elektrik dan air sekurang-kurangnya - kampung itu masih belum punya apa-apa. Bagai terpinggir.
Rumah paling hujung itu sunyi dari tetangga. Rumah itu tidak bercat. Papan dindingnya nampak kusam. Beratapkan zink yang bertompok-tompok karat dan keropos di hujungnya. Di hadapan dan di tepinya ada anjung tidak berpagar. Lamannya lapang, rata, tidak berumput. Ada ampaian dawai di pojok kirinya, di bawahnya renek puding, bunga kertas dan siantan tersusun berselang-seli. Itulah rumah kami. Rumah itulah syurga kami. Syurga saya, syurga atok, syurga abah, syuga emak juga syurga dua orang adik saya - seorang lelaki dan seorang perempuan. Rumah itu yang terindah buat saya.
Pagi masih segelap selalu. Sesejuk pagi-pagi sebelumnya. Azan subuh sayup-sayup hening berlagu syahdu dari surau di hujung kampung. Saya dan Angah, cuma berbalut kain sal, dengan malas bergilir-gilir menggosok gigi di pelantor dapur. Kemudian kami bergilir-gilir pula mandi. Kami duduk bertenggek, bugil di anak tangga kayu, di perigi di tepi anjung hadapan itu. Kedinginan hembusan angin pagi dan kesejukan air perigi yang birat itu terasa amat menyeksakan. Begitu menggigit tubuh, menyentuh tulang-temulang kami, sehinggakan mandi pun seperti olok-olok, kami menggayung air sekadar membasahkan tubuh, sesempatnya. Dalam kegigilan begitu, sabun pun jarang saya sentuh. Kalau adapun bagi menyental daki-daki jahat di telapak kaki.
Baju seragam sekolah kami, kemeja putih dan seluar biru, sudah siap tersidai di ampai dawai, di tepi dapur, bersebelahan gerobok tempat emak menyimpan cawan, pinggan dan mangkuk. Baju dan seluar itu sudah bergosok. Kami menggosoknya sendiri. Sesekali emak yang menggosoknya. Seterika arang berkepala ayam jantan itu memang sudah banyak budinya kepada keluarga kami. Bila musim hujan, pakaian tidak kering di jemuran, dengan seterika itu jugalah emak mengeringkan pakaian kami. Emak akan menggantungkan pakaian-pakaian itu di atas tungku dapur dahulu sebelum menggosoknya. Walaupun pakaian kami akan berbau asap, itu sajalah caranya.
Seperti selalunya, sebelum emak ke kebun getah atok di belakang rumah, emak sudahpun menyiapkan sarapan pagi kami. Sesekali pisang goreng bercicahkan gula, sesekali ubi rebus atau ubi getuk, sesekali keladi satah rebus bercicahkan inti kelapa bergula, sesekali jemput-jemput ataupun lempeng bercicahkan sambal tumis. Sesekali kami bersarapan agak mewah sedikit; epok-epok, kedumus bercicah kuah kacang, roti prata ataupun bihun goreng.
Dan seperti selalu juga, emak akan bekalkan kami dengan bontrot nasi berlauk sambal tumis, telur dadar dan sebotol air sirap untuk dibawa ke sekolah.
TTFN
Label: Retrospektif
Khamis, Disember 06, 2007 10:49:00 PTG, TokNabe
Memang sesekali kita kena putarkan minda kita pada kenangan lalu, mengimbau asal usul, perit liku, susah payah diri sendiri dan juga ibu bapa dalam membesar, mendidik dan menjaga anaknya. Sekarang mungkin kita senang...tapi ingatlah macam mana kesenangan itu boleh datang tanpa ada pengorbanan ibu bapa.
Teringat macam mana dulu pegi sekolah berbaju putih, berseluar biru pendek dan berkasut getah putih. Dengan bekalan nasi bungkus serta air dan kalau bernasib baik ada le duit 20 sen. Jenuh berjalan kaki dengan kekawan melalui batas2 sawah menuju sekolah. Itulah jalan Kalau hujan pula kasut bergantung dileher. Ish..ish...teringat kenangan tu....
Jumaat, Disember 07, 2007 2:58:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Memang teramat-amat sejuk. Menggigil-gigil. Awal pagi pulak tu. Dulu-dulu, kalau tak nak pakai gayung, celupkan badan ke dalam perigi tu 2-3 kali dah kira mandilah. He he he.
Kedumus itu kuih tepung. Apa entah nama Melayu dia. Biasanya makan cicah dengan kuah kacang. Pergh! Sedap! Sekarang tak jumpa lagi kuih macam tu.
Pa'chik,
Bontrot, [kena sebut betul2, kalau hilang 'r'nya nanti jadi lain. He he he] - Bekal makanan, biasanya dibungkus.
Aku suka pisang tanduk goreng, cicah dengan sambal kicap Johor...Pergh! Menangis beb!
Nizar,
Kedumus itu kuih tepung. Apa entah nama Melayu dia. Biasanya makan cicah dengan kuah kacang. Pergh! Sedap! Sekarang tak jumpa lagi kuih macam tu.
Nostalgia dulu-dulu. Memang syahdu bila dikenang-kenang. :)
waterlily,
Sdri WL,
Betul. Kenangan itu yang terindah. Kalau dikenang-kenang boleh menitis air-mata. Apatah lagi saya dulu memang bukan dari keluarga yang senang....
Kena tunggu ya. Ada 3 siri lagi. :D
Tok nabe,
Betul tok. Sebab itu kita jangan lekas lupa asal dan akar kita. Mungkin generasi sekarang tak lalui apa yang kita lalui dulu. Tapi dalam masa yang sama, kita pun tak lalui apa yang emak-ayah dan datuk kita lalui dulu. Lebih perit tentunya.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Alhamdulillah.
Jumaat, Disember 07, 2007 3:12:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Jie,
Itulah. Kasihan pada orang tua di kampung...
kak sya,
Sebagai pelengkap cerita hukung tahun kak sya. :)
Serunai Faqir,
Kampung itu dikelilingi kampung Pt Nawi, Pt Pali, Pt Pecah dan Pt Penyengat. Berpekankan Pt Jawa. :D
Amora,
Macamana nak pakai seterika elektrik, kalau bekalan elektrik pun tak ada Amora. Kalau tak silap tahun 1990 baru elektrik masuk kampung aku. Apa punya wakil rakyat!
Tapi mandi air perigi kalau tengahari, masa hari panas pulak, seronok. Kalau pagi memanglah....
Kau lahir pertengahan tahun 70an kan? Kita kira sebayalah. Ha ha ha!
Cikin,
Kedumus itu kuih tepung. Apa entah nama Melayu dia. Biasanya makan cicah dengan kuah kacang. Pergh! Sedap! Sekarang tak jumpa lagi kuih macam tu. [Dah 3 kali jawap soalan yang sama ni :D]
Kitaorang dulu tak ada mandi air panas pun. Dah duduk KL, baru pasang pemanas air di rumah, 'mengada' mandi air panas pulak. he he he.
Jumaat, Disember 07, 2007 6:30:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
achik,
Nanti kalau ada masa, saya lukiskan gambar kedumus itu ya. :D
Baik pergi periksa doktor tahap kolestrol tu... He he he.
anne,
'Macam' jer kan, bukan betul-betul.. He he he.
Jangan lupakan kampung Pt Jamil tu dah la ya :D
mak su,
Bontrot, [kena sebut betul2, kalau hilang 'r'nya nanti jadi lain. He he he] - Bekal makanan, biasanya dibungkus. :D
mama ranggie,
Memang indah dan syahdu... :)
Sabtu, Disember 08, 2007 3:17:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
mar,
2-3 perkataan itu samada dalam bahasa Jawa atau dialek tempatan. Nanti saya edit entri di atas, saya buatkan maknanya.
Posmen,
Jangan memandu laju sangat bro'. Terbabas nanti. He he he.
Bagus! Kecil-kecil lagi dah disematkan jiwa keusahawanan. Tabik pada kau.
Esok lusa aku sambung ya. :D
Zino,
Selamat datang ke negeri Johor Darul Takzim!
Azzam,
Betul, betul! Orang Johor kata mi Siam. Baru teringat.
Butaseni,
Epok-epok itu perkatan Melayu asli bagi karipap. Karipap itu diambil dari perkataan curry puff.
13may,
Cantik itu subjektif. Tapi apa-apa tentang Muar memang cantik. He he he.
Sabtu, Disember 08, 2007 3:47:00 PTG, aNIe
Seterika arang berkepala ayam...ubi kayu, lempeng & jemput2 cicah sambal tumis...bagai mengimbau kenangan kak lady semasa dikampung...teringat menjamah sarapan yg disediakan arwah Mak Ngah sebelum pergi menoreh...
Sayunya...memikirkan segala keindahan masa lalu telah lama berlalu....bagai ingin memutar semula zaman keriangan kanak2 bersama insan2 tersayang yang telah lama pergi...
Ahad, Disember 09, 2007 11:16:00 PG,
Huhu.. yer. yer. Rumah saya kat kampung dulu pun ada setarika arang. Emak akan masukkan bara api kat dalam tu, tunggu panas pastu baru iron baju.
Mana pergi iron tu sekarang eek?
Balik pasni aku nak cari kasik kilat kilat pastu simpan.
~mazudi.com~
Ahad, Disember 09, 2007 7:12:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kak lady,
Itulah. Kiranya ada hikmahnya juga tahun 80-an itu bekalan elektrik belum sampai ke kampung saya. Merasa juga saya dan adik-adik pakai seterika elektrik. :)
Mengenang zaman kanak-kanak memang indah. Pengalaman melalui hidup yang serba payah begitu terlalu amat bernilai harganya.
Tuan zabs,
Salam kembali tuan.
Cerita-cerita lama menyimpan banyak suka-dukanya. Saya rasa pengalaman zaman kanak-kanak tuan tentunya lebih mencabar lagi dari zaman kanak-kanak saya. Tahun lapan puluhan [latar belakang cerita saya ini]saya masih di sekolah rendah. :)
manjlara,
Ya, sekarang sudah jauh berubah wajah. Sekarang dindingnya sudah bervarnis, bercat segala. Tapi suasana kekampungannya masih tetap terpelihara. :)
Sekarang baru terasa rindu pada sarapan sebegitu. Dulu semasa kanak-kanak, terasa jemu mengadap sarapan begitu setiap hari.. :D
mazudi,
Seterika arang di rumah aku entah ke mana 'ghaib'nya. Ada juga cari tapi entah di mana hilangnya. Kalau nak beli semula di kedai antik, boleh tahan juga harganya tu...
Rasanya nanti, nak cari juga satu seterika arang itu, buat hiasan [juga kenangan] di rumah baru. :)
arsaili,
Ubi rebus kalau makan cicah ikan masin [ikan kapak masin misalnya], pergh! Sedap banget! Jangankan Maya Karin, Sas lalu belakang pun tak perasan sdra! He he he.
Isnin, Disember 10, 2007 6:25:00 PG, khairyn
aku memang anak bandar. Tapi nilai-nilai kampung tu masih diterapkan untuk kami adik beradik.
Rasanya dulu air kolah dengan air perigi sama saja sejuknya kalau mandi waktu pagi sebelum azan subuh tu.
Bontrot tak pernah bawa tapi bekal tu memang hari-hari aku bawak pi sekolah makan ramai-ramai kat tepi longkang (sungguh tak hygienic aku ni haha)dan jugak duit poket 5 sen setiap hari. Mak ai! so the 80s!
ps pisang tanduk goreng lembek cecah sambal kicap memang faveret aku tuh.
Isnin, Disember 10, 2007 1:39:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
B Rampai,
Salam kembali BR,
Terima kasih - He he he, tapi 'manis' lagi kenangan silam, yang datang bertandang itu. Syahdu.
Ya, semoga BR juga, juga semuanya tenang-tenang dan ceria-ceria selalu. :)
Khairyn,
Ya, suhu airnya di waktu pagi mungkin agak sama, cuma kalau ada bezanya pun punca airnya. Air perigi datang terus dari tanah, air kolah mungkin yang ditadah dari air hujan atau air paip.
5 sen? Itu era bila tu ek? Kami dulu kalau adapun dalam 20 sen, itupun jarang sangatlah.
ps, yeargh! Samalah kita!
[Psst, kelmarin di MPH, SACC Shah Alam, dah belek-belek novel kamu, tapi tak beli sebab nak yang versi berautograf punya. :D]
nbk,
Suspen ke jang? Ini bukan cerita seram la... Mesti ekau ada tengok Puaka Tebing Biru tu kan? He he he.
nur@,
Itulah. Mana nak cari perigi lagi sekarang. Perigi di rumah atok itupun dah lama terkambus...
Lepas ni nak pasang lagu 'Dalam Kenangan' - Wheel pulak. He he he
Tiara,
Isk! Kau memang.... Entah-entah sekarang pun main lap-lap jugakot. He he he.
ayumkay,
Ya. Mana mungkin boleh lupa kenangan masa zaman kanak-kanak dulu. Itu yang paling manis sekali! Bebas!
Bontrot sego, endok goreng, iwak gesek karo sambel tutuk, isk! Kangene arek mangan koyok kuwi meneh...
Isnin, Disember 10, 2007 2:55:00 PTG, muor76
huhu... teringat mase aku nak sekolah tadika.. bapak aku siap menipu aku.. katenye nak bawak aku jengjalan... mase bapak aku bawak aku naik beskal, ade ler beg plastik jaring-jaring kaler biru. dlm tu ade buku.. sekali tengok bwk aku anto gi sekolah lak... heheh teringat balik zaman sekolah senyum sengsorang...
nostalgia ek... hmmm... tak boleh bayang betapa sejuknya air perigi itu tapi rasanya tahu sebab semasa ke kampung arwah Atuk di Jogja, air perigi yang sejuk itu la yang digunakan untuk mandi... sejuk ya amat...
kedumus tu apa ek?