Rabu, Mac 17, 2010
Cuti sekolah, ramai orang buat majlis perkahwinan. Majis perkahwinan ada rewang-rewang, ada makan-makan, ada sembang-sembang, dan boleh duduk-duduk sambil tengok budak-budak kampung berkaraoke. Dalam riuh-rendah begitu seronok juga dapat menguping cakap-cakap orang.
“Apa yang kembung dalam seluar ko tu? Bulat-bulat semacam jer....“ Tanya kawan kepada seorang kawan kawan.
”Telur aku la….” Kata kawan kawan itu.
”Ko bior betul.....! Tak kan besor macam tu....” Kata kawan lagi. Kawan semacam tak percaya, atau mungkin kagum.
”Ko tak percaya, haaaa… ko tengok la ni.” Katanya, sambil mengeluarkan sebiji telur ayam dari kocek seluarnya dan menunjukkannya kepada kawan.
Isk!
[Zaman moden ini, dah semakin ramai juga tuan rumah yang dah tak mahu kasi telur untuk jemputan kahwin ek. Ada yang kasi bahulu, kerepek atau jajan-jajan saja…..]

Catatan:
Jangan keliru, 'kawan' adalah gantinama lain bagi 'saya' di sesetengah tempat di Johor.
TTFN
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/17/2010 03:27:00 PTG. |
18 Ulasan
Jumaat, Mac 26, 2010 8:14:00 PTG,
Pada pandangan akak kan, bunga telor harus dikekalkan. Bukan bagi gul-gula, lilin aromaterapi, gubahan sapu tangan dll.
Telor - ada simbolik tu. Kata mak, bunga telor di majlis perkahwinan tu lambang kesuburan. Supaya rumahtanggga pengantin baru 'menjadi dan dikurniakan ramai anak-anak & zuriat baik2.
Cantik sungguh budaya orang Melayu dulu2..semua penuh simbolik.
Sekarang? Entahlah!
Kak WL
alahai, tak dak beg plastik ker dikasiknya juga? hari tu maksu di kenduri kawin, dpt buah oren. lain rumah tu, dia bagik buah lai...lalala, senang, tah yah susah2. petik di pokok jer katanya