Jumaat, Oktober 23, 2009
Dua pertiga malam. Dato’ Jamlus bangun. Kemudian, senyap-senyap beliau menuju ke tingkat bawah, ke kamar di sebelah hujung, merayap ke katil Sunarti, orang gajinya yang baru mencecah 21 tahun, yang bertubuh montok dan berpayu dara subur itu, dan meratahnya sepuas-puas hatinya. Sunarti diam-diam, malu-malu tapi mahu, seperti selalu-selalunya.

"Dan jika kamu berjunub maka bersucilah." Dato’ Jamlus mengulang ucap petikan dari surah al-Maidah 5 : 6 itu sambil tersengih-sengih.

Sesudah menyempurnakan hadas besar, Dato' Jamlus mengenakan baju Cekak Musang putih bersih, kain pelikat Gajah Duduk warna biru kotak-kotak cokelat kehitaman dan kopiah putih. Beliau menuju ke masjid berdekatan.

Di lokasi satu lagi, Datin Zaniah, isteri Dato’ Jamlus sedang tercungap-cungap, kelemasan, dalam pelukan seorang gigolo muda, di atas katil, di sebuah suite mewah, di sebuah hotel lima bintang, tempat beliau membentangkan ceramah motivasi bertajuk “Kerukunan Rumahtangga” itu.

Dan syaitan pun bertepuk-tepuk tangan.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 10/23/2009 08:27:00 PG. |


27 Ulasan


Jumaat, Oktober 23, 2009 9:21:00 PG, Blogger muor76

walaupun ini fiksyen... tapi tak mustahil ia benar-benar terjadik...

teringat lak orang cakap rasuah tu haram... tapi politik wang takper pulak... heheheheh

 

Jumaat, Oktober 23, 2009 10:03:00 PG, Blogger kucingorengemok

wujud ke? susah nak percaya... (susah or tak nak percaya?) hmmm

 

Jumaat, Oktober 23, 2009 10:10:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Kadang orang yang paling kita anggap paling baik itulah, sangat buruk akhlaknya. Kita cuma manusia,nukannya malaikat. Ramai yang cakap lain, buatnya lain.

ps: Dah lama Purp tak tulis entri macam ni :)


Kak Mar

 

Jumaat, Oktober 23, 2009 10:20:00 PG, Blogger Yunus Badawi

Nape susah payah Jamlus ke tingkat bawah. Ajak ajelah Sunarti itu ke biliknya di atas. Ada air cond lagi. (kan Datin takde kat rumah hehehe).

mcm setan punya komen wakakaka

 

Jumaat, Oktober 23, 2009 10:50:00 PG, Anonymous rudy bluehikari

keh3.... realiti ni. Biasa dlm msyrkt skrg.

 

Jumaat, Oktober 23, 2009 11:36:00 PG, Blogger Pa'chik

ko wat citer lucah dude??? ishh... kikiki... :P

 

Jumaat, Oktober 23, 2009 3:45:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ijam,
Ramai manusia yang pakai topeng sekarang...

Tu la pasal...


kucingorengemuk,
Ala apa nak hairan.. Imam pun ada yang kena tangkap khalwat, pegawai agama kena tangkap rasuah...bla..bla..


Kak Mar
Kebaikan pun dijadikan satu kosmetik juga kak, kadang-kadang....


YB,
Beliau takut kantul agaknya...


Rudy,
Lagi bobrok dan bejat pun ada......


Mummy Gee,
Hmmm...


Asuhara,
Wong kito jugak...


Pa’chik,
Kau imajin apa nih.......:p

 

Jumaat, Oktober 23, 2009 6:55:00 PTG, Blogger ainzoo

dunia akhir zaman..yo koyok ngono lah

 

Sabtu, Oktober 24, 2009 11:45:00 PG, Blogger Unknown

Ko patut kena tulis kat bawah 2 "bukan nama sebenar" kalau ada telah gambar lak "gambar hiasan" he..he.he..

 

Sabtu, Oktober 24, 2009 7:13:00 PTG, Blogger .

graduan-graduan universiti ramadhankah ini?

 

Isnin, Oktober 26, 2009 5:37:00 PG, Blogger kawaii_desu

salam BP...
rosak manusia sekarang...

 

Isnin, Oktober 26, 2009 9:38:00 PG, Blogger Masy

itu mak bapak, anak2nya mcm manalah pulak.. huhu

 

Selasa, Oktober 27, 2009 11:26:00 PG, Blogger cikceriacorner

emmm..macam2 kan skrg ni..xmustahil ianya berlaku..iman da semakin nipis..

 

Selasa, Oktober 27, 2009 1:04:00 PTG, Blogger addyaholix

fiksyen yang bukan lagi fiksyen. itu realiti hidup. tak mustahil berlaku pada manusia disekeliling kita. atau mungkin juga pada kita sendiri. tepuk dada tanya hati!

 

Selasa, Oktober 27, 2009 2:02:00 PTG, Blogger KAMATO

Kadang2 manusia menggunakan agama untuk kepentingannya

 

Selasa, Oktober 27, 2009 5:02:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

uih,18 SX dah blog lu ni bro.
sambung lagi aku nak buat skrip best nih hehehe

 

Rabu, Oktober 28, 2009 7:48:00 PG, Blogger Rajuna

dulu pernah juga mendengar kisah2 begini yang aku sangka hanya rekaan sensasi, ternyata itu realiti masyarakat hari ini.
bukan memikirkan dari sudut moral, cuma agak terkilan akan implikasinya. itu sahaja.

 

Rabu, Oktober 28, 2009 8:49:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ainzoo,
Mesak ne....


Shasmad,
Fiksyen, nak letak nama siapa-siapa pun boleh......... :D


nizamsani,
Errr.....


kawaii,
Salam. Lama tak nampak kamu.....


Masy,
Entah ek...


ez,
Itulah dia........


addyaholix,
Tepuk dada tanya iman....


Kamato,
Bertopengkan agama....


Butaseni,
Haha! Itu kalau baca yang tersurat la....


Rajuna,
Mereka peduli apa dengan implikasi bro’....

 

Khamis, Oktober 29, 2009 3:14:00 PTG, Anonymous nonie aziz

itulah manusia sekarang tak puas apa yang ada..yang sudah tentu halal tak mahu dihadap yang haram jugak ditadah :) manusia akhir zaman...

 

Khamis, Oktober 29, 2009 10:25:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

wow..buah dada..enak di makan mentah-mentah..hahaha..

 

Sabtu, Oktober 31, 2009 2:01:00 PTG, Blogger Cikgu Zam

fuhhhhh, penuh dramatik. sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat.

 

Ahad, November 01, 2009 9:55:00 PTG, Blogger Pa'chik

jaman ko kecik penah baca mingguan mesia?? :P

 

Isnin, November 02, 2009 10:25:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Sudah menjadi cerita biasa tapi tetap merentung jiwa yang bernafas!

Salam BP :)

 

Isnin, November 02, 2009 9:17:00 PTG, Blogger DeeN

Sudah resam kebanyakan manusia.
Hipokrit!!

 

Rabu, November 11, 2009 4:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nonie,
Hmmm.....


Semut,
Hahaha! Kau memang nakal.........


Cikgu Zam,
Jangan dibaca secara literal cikgu....


Johari,
Bandi tu suka pakai topeng ek, macamlah orang tak boleh cam muka dia....


Pa’chik,
Masa aku kecik abah aku beli Utusan Zaman, tulisan jawi... Hehehe


Bunga Rampai,
Salam BR. Alhamdulilah, jiwa BP masih bernafas...


Deen,
Masyarakat bertopeng...