Isnin, Januari 18, 2010
Katakanlah kamu sedang berada di sebuah kopitiam. Dan kamu sedang duduk menunggu pesanan kamu sampai. Kamu memesan mi kari dan kopi susu kaw kole besar. Kemudian pesanan kamu itu pun sampai. Jam-jam itu juga datang seorang amoi datang dan duduk betul-betul di meja sebelah meja kamu. Oklah, takkanlah kamu nak halau pula dia kan. Itukan tempat awam. Oh ya! Amoi itu cuma bersinglet dan berseluar pendek.

Sekarang cuba kamu bayangkan pula dia mengangkat-ngangkat dan mengepak-ngepak lengannya. Waktu itulah kamu nampak, errr.... ternampak maksud saya, dengan jelas permukaan kulit di pangkal lengannya, atau senang cerita ketiaknya, yang kusam dan kehitaman. Macam bekas baru dicukur, tapi ada rerambut yang baru mahu tumbuh semula - kira-kira 1cm panjang, tapi itu cuma anggaran sajalah. Ada yang macam bergulung, tapi kebanyakannya berceracakan. Amat mengerikan sekali.

Dan kamu seolah-olah macam ternampak-nampak pula ada rerambut serupa bertabur di atas mi kari kamu. Agak-agak terencat tak nafsu makan kamu? Agak-agak kamu marah atau kecewa tak?

Tak. Bukan. Kamu sebenarnya bukan marahkan amoi itu, atau pakaiannya, atau ketiaknya, atau bangsanya, atau agamanya. Sejajar dengan konsep 1Malaysia, mana boleh marah-marah sesuka hati pada bangsa atau agama lain, apatah lagi mahu bakar-membakar, tak eloklah macam itu, kita harus menyahut seruan kerajaan pimpinan Perdana Menteri supaya sentiasa ada sikap bertolak-ansur, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan [LOL]. Yang kamu marah dan amat kecewa sebenarnya adalah timing sepasang mata kamu itu. Kenapalah jam-jam itu boleh terpandang benda macam itu, kan?

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/18/2010 09:27:00 PG. |


29 Ulasan


Isnin, Januari 18, 2010 10:01:00 PG, Blogger Unknown

cis. mengapa saya membaca entri ini ketika sedang makan. salam 1 malaysia. lama tak jengok blog sedara.

 

Isnin, Januari 18, 2010 10:32:00 PG, Blogger Masy

tu la.. imejinasi tinggi sgt.. cuba mkn je jgn pikir pasal bulu ketiak org hahahaahhhh

 

Isnin, Januari 18, 2010 11:33:00 PG, Blogger achik

habis tak mi kari tu? ekeke.. ;p

 

Isnin, Januari 18, 2010 11:40:00 PG, Anonymous adar

heheh..adui,kalau saya pun..boleh makan, tapi terus cepat-cepat telan sambil pandang pemandangan lain yang lebih indah sambil bayangkan betapa santainya hari itu.....

 

Isnin, Januari 18, 2010 12:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Yes! Betul..betul..betul(sila ikut dailek Upin Ipin) :D


Ya. Dah masuk tv, baru masalah selesai dan bantuan sampai!

Rakyat didahulukan hehe..


Kak WL

 

Isnin, Januari 18, 2010 12:31:00 PTG, Blogger benludin

bayangkan pula muka amoi tu mcm bik mama...

 

Isnin, Januari 18, 2010 12:59:00 PTG, Blogger TokNabe

Terbantut urusan...kalau mcm tu.

 

Isnin, Januari 18, 2010 1:37:00 PTG, Blogger asuhara sue

huahahahahaha
walah walah..

 

Isnin, Januari 18, 2010 1:49:00 PTG, Blogger muor76

huahuahua... aku pernah kene camtu hilang selera makan siot...
baik tgk ikan lage parit lagi bagus... kikikik

 

Isnin, Januari 18, 2010 5:38:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Kalau ternampak 'berus sabut'.......harus tak jadi nak menjamah makanan....


:)

 

Isnin, Januari 18, 2010 9:59:00 PTG, Blogger Unknown

Salam,
masa di kolej dulu, saya pernah nampak sorang mamat pendatang ni, pakai baju tanpa lengan dengan bebulu ketiaknya yang di-dendan... geli seh~

 

Isnin, Januari 18, 2010 10:40:00 PTG, Blogger KAMATO

ada can la dapat semangkuk lagi mee free

 

Selasa, Januari 19, 2010 12:11:00 PG, Blogger Yunus Badawi

Terjadi kat awak ke JP?

Mahu saya tak makan mee kat kopitiam utk beberapa ketika mcm ni huhuhu

 

Selasa, Januari 19, 2010 1:07:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Errr...nasib 'kamu' x baik hari tu, ish xleh nak telan mee kari tu w/pun favorite....:)
Imagine pula jika time tu kelaparan..huaaaaa


-Nurkasih-

P/s: Tahniah..teruskan bercerita seperti dulu...:)

 

Selasa, Januari 19, 2010 10:03:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikgu Nizam,
Salam 1Malaysia [Hahaha!]

Jomlah ngeteh!


Masy,
Dah nak terfikir, nak buat macamana.....


Achik,
Tak. Potong betullah....


adar,
Kalaulah boleh berpindah tempat makan....


Kak WL,
Kasihan sungguh rakyat, kan.....


benludin,
Muka cantik macamana pun kalau ketiak tak diselenggara dengan baik, fail.....


Tok Nabe,
Silap-silap, boleh hilang selera berhari-hari tok.........

 

Selasa, Januari 19, 2010 10:09:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

asuhara,
Wes jenenge kopet .... Ora nggenah ... hehehe....


Ijam Muor,
Kalau ko tertengok ketiak ko sendiri terbantut tak? Ekekeke
Ikan laga pun boleh pengsan kalau tertengok... Hehehe..


Amora,
Kenapa orang perempuan suka sangat pakai baju tak ada lengan ek...


CkLah,
Itu pun nak ditayang-tayang... Hairan betul!


Nurul Aznil,
Salam,
Memang dia sengaja bela buat aksesori kot....


Kamato,
Errrr....... Nak diadukan kepada siapa masalah ini ek...


YB,
A’ah la...siapa lagi YB....


Nurkasih,
Dah tak ada rezeki...

p/s Trimas....

 

Selasa, Januari 19, 2010 10:58:00 PTG, Blogger DeeN

Alahai, potong selera betul la! Hahahaaa...!
Hap, hap, jaga mata, jaga mata! ;p

 

Rabu, Januari 20, 2010 6:08:00 PG, Blogger Pa'chik

bab makan... haku tade halnya... hohoho...

cukur bulu keti... tak gatal ke... wa cabut je... kikiki...

 

Rabu, Januari 20, 2010 9:00:00 PTG, Blogger zwitterion

aduh..bantut selera..hehe

 

Khamis, Januari 21, 2010 9:48:00 PG, Anonymous jowopinter

Deen,
Dah jaga, tapi dah nak 'ter'tengok, nak buat macamana....


Pa'chik,
kau memang...

Nak lagi senang, kau racun jer dengan racun rumput... hehehe.


Zwit,
Dah tak ada rezeki....Huhuhu.

 

Jumaat, Januari 22, 2010 12:37:00 PG, Blogger Rajuna

terus terang taste aku memang ala cina, kalau cina pun memang terbaik. tapi bab penjagaan kecantikan dan kebersihan itu aku amat particular...auw! hehe dan tiada masalah dengan singlet dipadankan short. itu hot walaupun mak aku bising kawan dengan perempuan mcm tu. org tua..

 

Ahad, Januari 24, 2010 12:14:00 PTG, Blogger kingbinjai

yang pi makan situ on the first place kenapa? ha ha

 

Isnin, Januari 25, 2010 4:31:00 PTG, Blogger HABIHA69

hurm...sempat tak baca bismillah? nih mesti asyik layan buku permata yang hilang tu kot?...alon-alon kang..

 

Rabu, Januari 27, 2010 10:14:00 PG, Blogger Hambali ®

har har har

bayangkan jela bulu-bulu itu sebagai sohuun dalam mee kita ...

har har har

 

Rabu, Januari 27, 2010 8:47:00 PTG, Blogger Pa'chik

woitttt... tak abis lagi ke menelek ketiak anak cina tu weh??? ke tulung nyarik pisau cukur... :P

 

Rabu, Februari 03, 2010 5:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

errr, can i say that i dun like the view? (maksu ceritakosong)

 

Selasa, Februari 09, 2010 9:36:00 PG, Anonymous Jowopinter

Rajuna,
Hahaha! Kau memang berjiwa 1Malaysia!


King,
Sebab kopi susu dia ok.


Ustaz Habiha,
Doa makan pun sempat. Suwi ora ketok koe ustaz...?


Hambali,
Ueewks!


Pa’chik,
Aku cari port baru ...


Mak Su,
Which view do you mean?


Ersis,
Apa khabar Indonesia?