Selasa, Januari 12, 2010
Di rumah atok Tuk, nenek saya, ada sebuah gerobok, terletak di tengah-tengah ruang antara dapur dan ruang tamu. Tempat Cik Andi dan Cik Yem menyimpan piring hitam, dan majalah-majalah hiburan. URTV, Variapop, Mastika, dan entah apa-apa majalah lagi.

Saya selongkar gerobok itu. Satu-satu majalah saya tarik keluar, saya baca. Bukan baca sebenarnya, tapi cuma tengok-tengok. Tengok gambar-gambar artis tengah melaram.

Tengah-tengah menyelongkar gerobok, saya terjumpa sebuah buku. Baru saja saya mula menyelak-nyelak, Cik Yem ternampak dan cepat-cepat dia ambil buku itu dari tangan saya.

“Budak-budak tak boleh baca,” kata Cik Yem. Dia simpan buku itu di atas para. Tinggi para itu, saya tak sampai pun kalau nak ambil.

Itu dulu-dulu, semasa saya masih budak-budak lagi tapi sampai sekarang saya masih ingat lagi tajuk buku itu. Permata Yang Hilang.


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/12/2010 03:27:00 PTG. |


33 Ulasan


Selasa, Januari 12, 2010 3:55:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Salam JP.

Awak dah baca ke buku tu? ngeee

 

Selasa, Januari 12, 2010 3:56:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Yes! Dapat jadi pengomen pertama. Lama dah awak menyepi. Mcmana tempat baru?

 

Selasa, Januari 12, 2010 4:20:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Sekarang agak2 boleh baca kut ye tak? Ke nak tunggu jadi bapak budak dul hahaha!

ps : rindu kamu :)

Kak WL

 

Selasa, Januari 12, 2010 4:20:00 PTG, Blogger TokNabe

Buku yang seronok untuk dibaca..hatta budak2 pun. :)

 

Selasa, Januari 12, 2010 4:48:00 PTG, Blogger Pa'chik

dah jumpa ke permata tuh??

 

Selasa, Januari 12, 2010 5:04:00 PTG, Blogger achik

skang ni dah baca ke blum? best ke? ;p

 

Selasa, Januari 12, 2010 5:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

YB,
Salam YB.

Macam pernah, macam belum, hehehe. :D


YB,
Alhamdulillah. Belajar-belajar membiasakan diri.


Lelaki Autumn,
Bab mana yang best tu?


Cik Lah,
Salam cikgu!


Kak WL,
Setakat nak belajar, menambah pengetahuan am, apa salahnya, kan? Hahaha!

Datang ke Maskara awal Feb nanti?


Tok Nabe,
Edisi yang sekarang dah 'sopan' sikit ilustrasinya...


Pa'chik,
Hahaha! Kau dah berapa kali khatam buku itu Pa'chik?


Achik,
Errr… nak kena jawap ke ni..? Nak tau best ke tak, cuba tanya Pa'chik.... Hehehe!

 

Selasa, Januari 12, 2010 5:25:00 PTG, Blogger Unknown

setarap dengan urtv rupanya...

 

Selasa, Januari 12, 2010 5:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ngehngehngeh..salam 2010 BP

 

Selasa, Januari 12, 2010 8:29:00 PTG, Blogger arsaili

salam bro..sekarang dh terlebih layak nak baca buku tuh ...ahaha

 

Selasa, Januari 12, 2010 10:35:00 PTG, Blogger Pa'chik

wa tak penah baca dude... kehkehkeh...

 

Selasa, Januari 12, 2010 11:50:00 PTG, Blogger benludin

gua x baca buku tu. tapi gua tetap terer, kata bini gua

 

Rabu, Januari 13, 2010 8:39:00 PG, Blogger .

tak pernah baca buku ni.nak beli segan.

 

Rabu, Januari 13, 2010 9:55:00 PG, Blogger Mak Su

sekarang dah boleh capai tak?

 

Rabu, Januari 13, 2010 1:43:00 PTG, Blogger Masy

try la cari balik, bole wat review. sy x tau amende tu *inesen hahah

 

Rabu, Januari 13, 2010 4:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

..girlfriend aku pernah kasi aku baca buku tu dulu..

 

Rabu, Januari 13, 2010 4:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mohd Harris,
Hmmm...


ell.eza,
Salam. Apa azam 2010?


Arsaili,
Salam. Hahaha!


Pa'chik,
Ye lah tu..., entah-entah dah siap hafal...... :p


benludin,
Errrr.... terer?


nizam,
On line tak ada jual eh....


Mak Su,
Err...Capai apa Mak Su?

 

Rabu, Januari 13, 2010 5:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Asuhara,
Apanya yang wahhhh?


Masy,
Saya pun tak tau juga sebenarnya.....


Tanpa nama,
Tahniah!

 

Rabu, Januari 13, 2010 10:54:00 PTG, Blogger DeeN

Tu buku teks ker novel ker ape? Kalo ikut tajuk tuh macam citer biasa2 jer. Tp xtau ler ape sebenarnya yer.. hehehehe!

Oh ya, hobi kamu suka punggah2 khazanah lama2 yer? Er...tp best gak sbb nostalgik tuh. Hehehe..!

 

Rabu, Januari 13, 2010 11:32:00 PTG, Blogger Ajami Hashim

kat blok asrama uni dolu2 siap pas dr bilik ke bilik sbg 'kajian'! huhu!

 

Khamis, Januari 14, 2010 4:21:00 PG, Blogger Pa'chik

wa tak yah baca buku tu dude... wa semulajadi... :P

 

Khamis, Januari 14, 2010 12:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Deen,
Eleh... entah-entah kau ada simpan buku tu..... Tak nak bagi orang pinjam lah tu...


Ajami,
Blok Pintar budak semua baik-baik, tak buat kerja-kerja macam tu... Hahaha! "Kajian" biologi bab pembiakan eh...


Pa'chik,
Eleh....Kau tak baca ni tapi kau baca buku Tongkat Nakhoda kan...? :p

 

Khamis, Januari 14, 2010 1:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

heee rasa nk kawin skrg gak..:))

 

Khamis, Januari 14, 2010 2:44:00 PTG, Blogger Pa'chik

tu tak penah dengor dude... seriyus nih...

tapi... wa tak yah baca dude... wa tulis... kikiki...

 

Khamis, Januari 14, 2010 11:48:00 PTG, Blogger BuRuuj

tak penah baca. my ex-housemate ada tp dia xbg pinjam. hahaha... teringin nk baca..

 

Jumaat, Januari 15, 2010 1:22:00 PG, Blogger Rajuna

sumber rujukan dalam bentuk visual lebih mudah dihadam.


hihihi

 

Jumaat, Januari 15, 2010 2:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tanpa Nama,
Isk...gelojohnya awak ni... Perkenalkanlah diri dulu..


Pa'chik,
Daripada kau tulis, kan lebih baik kau tangkap gambar terus.. :p


Buruuj,
Saya pun tak pernah baca.... Serius....


Rajuna,
Visual statik ke visual bergerak...


Zwit,
Buku cerita pasal permata.....

 

Jumaat, Januari 15, 2010 4:38:00 PTG, Blogger Pa'chik

dari tangkap gambor... baik buat pilam... :P

 

Isnin, Januari 18, 2010 9:28:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kau la jadi pelakonnya. Boleh? :p