Selasa, Februari 09, 2010
“Bang, ada api tak?”

Sorry, saya tak merokok.”

Mesti Mamat itu tak berapa percaya agaknya bila saya kata saya tak merokok. Yelah, lelaki macho macam saya mustahil tak merokok. Hahaha! Ada orang kata [orang yang kata, bukan saya yang kata], saya akan lebih macho kalau merokok. Ye ke? Hahaha!

Sebenarnya bukan saya tak pernah cuba-cuba untuk menghisap rokok. Semasa di kampus dulu ada juga belajar-belajar menghisap rokok, nak nampak macholah kononnya, tapi tak menjadi. Saya memang dilahirkan bukan sebagai seorang perokok agaknya. Lagipun abah saya tak merokok. Adik-adik lelaki saya pun tak merokok [tak tahulah kalau merokok secara menyorok-nyorok].

Tapi arwah Atuk saya dulu memang perokok yang tegar. Seingat-ingat saya dia menghisap rokok Dunhill. Selain dari itu dia juga menghisap rokok daun buatan sendiri yang digulung bersama gentelan tembakau dan cengkih. Untunglah Atok sebab cucunya ini tak merokok, selamatlah rokok-rokoknya. Kalau adapun saya curi-curi, cuma daun rokoknya, bukan untuk dibuat rokok, tapi untuk mengorek telinga yang gatal. [Caranya : daun itu digulung dengan salah satu hujungnya dibulu-bulukan sedikit]. Memang sangat mengasyikkan. Hehehe.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/09/2010 10:27:00 PG. |


29 Ulasan


Selasa, Februari 09, 2010 11:40:00 PG, Blogger Yunus Badawi

Eloklah awak tak merokok. Nanti pening pulak bakal isteri awak dgn bau mulut awak. Nak tegur dia segan sebab dah jadi suami masa tu hehehe

 

Selasa, Februari 09, 2010 11:46:00 PG, Blogger MOKCIK AZWA

salam...lamanya tak menjenguk rumah BP...pakaba? macam YB cakap kat atas tu..syukur tak jadi perokok tegar..klu tak ada yang kena sembur minyak wangi sebab tak bleh tahan dgn bau2an berunsur nikotin tu hehehe

 

Selasa, Februari 09, 2010 12:13:00 PTG, Blogger TokNabe

Rokok memang dah mahal macam bedil sekarang ni... tapi bagi yg perokok tegar..naiklah mcm mana pun beli tetap beli.

Tahniah kerana tidak merokok. :)

 

Selasa, Februari 09, 2010 12:34:00 PTG, Blogger kingbinjai

betul tu, sedappppppp giler!!!

 

Selasa, Februari 09, 2010 6:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

:)...Alhamdulillah, pjg umur sbb x merokok..

-Nurkasih-

 

Selasa, Februari 09, 2010 7:36:00 PTG, Blogger DeeN

Macho ker kalau merokok?? Hancur ada la. Yg sengsara org yg dihembuskan asap rokok tuh la. Er.. bagus, bagus kamu tak merokok. Mujur daku takdak kakak, kalo tak buleh rekomen jadik abang ipor daku. Hahahahahaaa....!!

Tp guna daun rokok utk "geli2"kan telinga mmg beshh dan selamat hahaha...

 

Rabu, Februari 10, 2010 11:04:00 PG, Blogger Pa'chik

kikiki... bai... dia mintak api... bukan tanya ko isap rokok ke tidak.. kikiki... :P

 

Rabu, Februari 10, 2010 11:14:00 PG, Blogger Mak Su

jarang jumpa lelaki tak merokok, cayalah blackpurple :)

 

Rabu, Februari 10, 2010 11:15:00 PG, Anonymous adar

Salam BP, lama tak menulis. Bagusla, mujur juga BP tak merokok, macho bukan pada merokok.Tak merokok lagi macho dan sopan.Daun rokok buat korek telinga memang best, mata terus jd ngantok di belai2 daun rokok tu kikikikkkk

 

Rabu, Februari 10, 2010 12:56:00 PTG, Blogger Masy

save bajet woooo x isap rokok hehehe

 

Rabu, Februari 10, 2010 3:44:00 PTG, Blogger Hambali ®

Isap rokok pun mati,
Tak isap rokok pun mati.

** kata² penyedap hati seorang perokok tegar **

 

Rabu, Februari 10, 2010 10:58:00 PTG, Blogger BuRuuj

kang bp, betulkah? abis tue slalu2 dlm cerita kamu sepuntung rokok di tangan itu milik siapa?

 

Khamis, Februari 11, 2010 8:50:00 PG, Blogger KAMATO

salam bp, elokla tak merokok, ustaz ismail kamus kata jin makan asap, orang yang hisap rokok tu pun lebih kurang la....tu dia kata

 

Khamis, Februari 11, 2010 9:02:00 PG, Blogger Rajuna

ke-stim-an melanda bila korek telinga pakai daun rokok. ha ha ha.
tapi kadang2 ada budak yang campur dengan ganja. itu memang siot. dan saya sudah tidak berokok hampir bertahun2. mungkin 5 atau 6 tahun kot? entah.

 

Khamis, Februari 11, 2010 9:23:00 PG, Anonymous Jowopinter

YB,
YB merokok...?


Mokcik,
Waalaikumusalam. Saya pun dah jarang masuk blog. Kalau cerut ok?


Tok Nabe,
Untung bisnes rokok ni kan Tok....


King,
Lama dah telinga ni tak bersedap-sedap dengan daun rokok...


Nurkasih,
InshaAllah..


Deen,
Gaya, mutu, keunggulan. Diaorang katalah....

Hati-hati jangan sampai tercucuk membran timpanum...


Pa’chik,
Apalah..... rokok mampu beli, mancis tak mampu nak beli...Hehehe...

 

Khamis, Februari 11, 2010 9:24:00 PG, Blogger muor76

ko pernah pakai bulu ayam tak? hahahhahaha

dedulu mase zaman sekolah... budak beli rokok daun sebab nak stone...
ni aku tengok kawan aku ler... heeheehehhehe

 

Khamis, Februari 11, 2010 10:04:00 PG, Anonymous Jowopinter

Mak Su,
Ye ke?


adar,
Waalaikumusalam.

Dah elok-elok sopan sebab tak merokok, tiba-tiba korek telinga pakai daun rokok tempat awam..... terus nampak kurang sopan. Hehehe.


Masy,
Kumpul-kumpul dah boleh tukar tayar 17”.


Hambali,
Nak lagi cepat mati, hisap dadah.


Buruj,
Kamu baca serita orang lain kot ni.....

 

Khamis, Februari 11, 2010 10:11:00 PG, Anonymous Jowopinter

Kamato,
Waalaikumusalam.

Cerita tentang rokok dan jin teringat saya satu cerita;

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama ke mana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki hobi berlainan.

Dr A (suka main perempuan)
Dr B (suka minum minuman keras)
Dr C (suka segala jenis rokok)

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan, tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah lampu (macam cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu menggosok2kan lampu itu.
Tak lama selepas itu asap keluar dari corong lampu tersebut dan secara perlahan bertukar menjadi satu jin yang ganas.

Lalu jin tersebut ketawa terbahak-bahak. “Ha ha ha...” dan berkata, “akulah Jin Ifrit! Kerana kamu sudah membebaskan aku dari lampu itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu semua.”

Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira tak terkata lalu termenung dan berfikir tentang peluang dan keinginan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka temui dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih keinginan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah Dr A, “Aku mahu perempuan-perempuan muda yang seksi dan cantik-cantik dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.”

Pufff ........!! Dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan Dr A.

Berkata Dr B, “Aku mahu semua jenis arak yang berjenama dari seluruh dunia untuk bekal selama 10 tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.”

Pufff .......... !! Dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan Dr B.

Berkata pula Dr C,”Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama 10 tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.”

Pufff ........... !! Dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan Dr C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Jin tersebut pergi membuka pintu gua Dr A, ketika dibuka maka keluarlah Dr A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak larat sebab tidak mampu untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.

Tiba-tiba Dr A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Selepas itu jin tersebut pergi ke gua Dr B, ketika pintu dibuka maka keluarlah Dr B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari mabuk-mabuk. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba Dr B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Selepas itu jin pergi ke gua Dr C dan membuka pintu gua. Tiba2 Dr C keluar dalam keadaan sihat walafiat dan terus meluru menempeleng dan menerajang si jin sambil memaki si jin itu, “ Jin bangang!!! Mana mancisnya...???”

Moral of Story : “Rokok tidak akan berbahaya, selagi tidak ada api / mancisnya'

Hehehe!


Rajuna,
Aku rasa ada elemen dalam daun rokok itu yang buat kita ‘stim’ la...Aku harap ada pihak-pihak yang sudi membuat penyelidikan tentang ini.

Wah! Aku bangga dengan kau.


Muor76,
Ko korek telinga pakai bulu ayam ke? Hahaha

Kawan ko ke ko? Hehehe.

Ko CNY ni ada balik Muor tak? Jom ngeteh....

 

Khamis, Februari 11, 2010 11:31:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Ha3....suka la cerita tentang jin dan rokok(ulasan buat kamato), kamu sememangnya pandai bercerita.. bertuah bakal isteri n anak2 u nanti, dpt suami n ayah yang pandai bercerita....:P

-Nurkasih-

 

Khamis, Februari 11, 2010 1:53:00 PTG, Blogger achik

saya pun x merokok.. ekeke.. ;p

 

Jumaat, Februari 12, 2010 8:27:00 PG, Blogger BuRuuj

ini menyebabkan sy kepingin berjumpa kamu...hurm...sy suke org yg tidak merokok! oppsss....

 

Sabtu, Februari 13, 2010 7:36:00 PG, Blogger zwitterion

korek telinga pakai daun rokok, masa kecik2 dulu penah buat..minta rm 1 juta nak buat penyelidikan...hehe

 

Sabtu, Februari 13, 2010 6:31:00 PTG, Blogger zino

elok la kalau tak merokok...

 

Ahad, Februari 14, 2010 10:59:00 PG, Blogger arsaili

salam..saya pun tak merokok..tapi masa zaman kanak2 yang nakal..pernah la ambil rokok daun atok...dan menghisap sambil bergaya sekali..rokok daun di kepit di celah jari...sambil meniru aksi macho perokok tegar..ahahahaha....sekarang bau asap rokok pun dah pening...SAY NO TO SMOKING

 

Khamis, Februari 18, 2010 3:19:00 PTG, Blogger cikceriacorner

ehheeh..sebenonye merokok pon memang xelok..disamping rokok bg penyakit,rokok gak menambahkan lg pendapatan org yahudi..heheh...

 

Ahad, Februari 21, 2010 3:07:00 PTG, Blogger anis

dulu2 masa kecik pernah cuba... isap rokok daun kosong tanpa tembakau... x best langsung...

 

Isnin, Februari 22, 2010 9:20:00 PG, Anonymous jowopinter

Nurkasih,
Terima kasih.


Asuhara,
Apa yg bagusnya...?


achik,
Laaa..., ye ke? Baru tau...


Buruuj,
Nak jumpa kena buat appointment...


Zwitterion,
Sekarang dah tak buat eh..? Mintak la sama Najip...


Zino,
Alhamdulillah...


Arsaili,
Waalaikumusalam. Tahniah!


ez,
Terpulang pd diri masing-masing.... kan...


anis,
Kalau dgn tembakau mesti dah jadi perokok sekarang ek...

 

Rabu, Februari 24, 2010 10:05:00 PG, Blogger Unknown

pergi melawat org tua tua d utara last week...mereka pakat merokok rokok daun ramai ramai.. cara mereka layan rokok daun mmg nmpk cool haha!

eh, hang macho ke ? haha!