Khamis, Disember 10, 2009
Tanpa saya sedar rupa-rupanya sudah hampir satu tahun saya meninggalkan sekejap kota itu dan merantau ke daerah [atau kota, atau bukit] yang agak asing ini. Saya masih lagi cuba-cuba belajar untuk menyukai dan menyenangi tempat ini - alamnya, buminya, udaranya, langitnya, manusianya, suaranya, jiwanya, citarasanya, dan segala-galanyalah.

Di daerah ini, saya belum berhenti mengingati segala-galanya yang pernah ada dan masih ada di kota itu.

Selera saya ini, misalnya, saya rindukan sup tulang Eddy Kuchai Lama, Nasi Bojari Madam Kwan BSV, tomyam Basil BSV, ikan bakar Gerai Seri Menanti Jln Bellamy, sambal pepahat Bagan Lalang, Nasi Goreng Sardin Naili's Sentul, Nasi Baryani Gam Putra Putrajaya, sate Haji Samuri, siput sedut gerai makcik Kelantan depan Plaza OUG, bla..bla..bla...

Tapi dalam senyap, ada yang lebih saya rindukan dari itu semua......hmmm...


TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/10/2009 01:27:00 PTG. |


30 Ulasan


Khamis, Disember 10, 2009 2:09:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Lama sungguh saya tak menjenguk ke sini.
Sy baru berpindah ke Kota ini, dari Kota yang itu.
(Kota Bharu ke Kota Tinggi). Eheh.

 

Khamis, Disember 10, 2009 2:50:00 PTG, Anonymous adar

BP, u pindah ke mana? sejak bila? tak tau ponnn..

 

Khamis, Disember 10, 2009 2:50:00 PTG, Blogger kucingorengemok

yang dirindu semua tempat makan...? heheheh

 

Khamis, Disember 10, 2009 2:59:00 PTG, Blogger Hambali ®

"Tapi dalam senyap, ada yang lebih saya rindukan dari itu semua......hmmm..."

Dalam sekali ayat terakhir itu.
Siapakah? Apakah? Bermacam speku boleh timbul.
Mai mai kita pakat teka.

"Mari kita tengok siapa yang kena" Sarjan Ibrahim Pendek (dari filem Ali Baba)

 

Khamis, Disember 10, 2009 4:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hmmmmmm..sangat merindui eik? :)~ Nonie Aziz

 

Khamis, Disember 10, 2009 4:15:00 PTG, Anonymous Juna

eh kat mana sekarang?
he he ala rahsia sangat la kang.
dah macam azwan ali. ha ha ha

 

Khamis, Disember 10, 2009 5:18:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Awak dah tak duduk kat Puchong lagi ke? Belum sempat kita kena teh tarik huhuhu

 

Khamis, Disember 10, 2009 5:40:00 PTG, Blogger Brader Black

Kau rindukan aku, kan bang?

har har har.


Aku mula memikirkan pelbagai spekulasi yang tak berani aku suarakan.

hmmmm..

 

Khamis, Disember 10, 2009 9:23:00 PTG, Anonymous DeeN

Selalunya tempat makan yg paling dirindui.
Yalah, tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat kita mengisi perut. Heheheheee....!

Aku segan nak tanya soalan macam si Kachak tulah, bro. Har har har har!!

 

Jumaat, Disember 11, 2009 4:33:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Terima kasih..kerana luahan ini, situasi, umur penghijrahan dan kerinduan kita adalah sama...eh, macamana boleh sama ni...?????

 

Jumaat, Disember 11, 2009 12:15:00 PTG, Blogger asuhara sue

orak opo to kang, nang ndi pun, lain padang kan lain belalang!

 

Jumaat, Disember 11, 2009 12:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tiqah,
Lepas ni berpindah ke Kota mana pulak?


adar,
Berpindah sementara [harap-harapnyalah]. Jangankan kamu, ketua kampong saya pun tak tau saya berpindah.....


Kucingorengemok,
Bukan rindu tempat makan la, tapi makanan....


Hambali,
Memang dalam, sebab salah satu yang lebih aku rindu itu menyelam di parit yang dalam....


Nonie,
Errr......


Juna,
Isk! Kau tak geli geleman ke sebut nama mamat tu?


YB,
Saya masih warga Puchong YB.


Kachak,
Bagus la komen kau.

Alah, suarakan saja lah. Bukan kena ISA pun kalau kau suarakan.


Deen,
Nak buat apalah dikenang tempat jatuh, bukan kerajaan nak tolong pun.......

Kau penyegan rupanya, baru tau...


Tanpa Nama,
Err... Kau ni nak berahsia identiti la pulak. Kau sekarang kat Congo kan...... Bila nak balik Malaysia bro’?


Asuhara,
Memang akeh belalang nang kene. Belalange gedi-gedi...

 

Jumaat, Disember 11, 2009 3:37:00 PTG, Blogger Pa'chik

mujur hari tu tak banjir kampung aku... tidak kena pindah gak la... :P

 

Jumaat, Disember 11, 2009 5:10:00 PTG, Anonymous Jowopinter

Pa'chik,
Ok apa kena pindah. Dapat makan free. :p

 

Jumaat, Disember 11, 2009 6:31:00 PTG, Blogger zwitterion

takkan setakat rindu makan2 jer..rindu seseorang kot..ehem2

 

Sabtu, Disember 12, 2009 10:29:00 PTG, Blogger zino

rindu serindu2nya.. hehe.. kenapa tak lakukan apa yg sepatutnya.. hehe

 

Isnin, Disember 14, 2009 10:46:00 PG, Blogger Masy

takkan rindu awek kot ehem ehem. eh tp awek bkn sejenis makanan.

dalam parit?? apekah haiwan ituu

 

Isnin, Disember 14, 2009 1:53:00 PTG, Blogger tasekM

lama saya tak ke sini. kamu sihat bro...?

:)

 

Isnin, Disember 14, 2009 4:45:00 PTG, Blogger KAMATO

rindu tu tak boleh dibiar lama............

 

Selasa, Disember 15, 2009 10:23:00 PG, Blogger Unknown

ye...saya tahu...awak rindukan saya wakakaka

eh rindu y sebenar pada siapa tu....saya tahu siapa, pasti!! jeng jeng jeng :P

 

Selasa, Disember 15, 2009 3:37:00 PTG, Anonymous jowopinter

Zwit,
Lama kamu menghilang... Dah tutup blog eh...?


Zino,
Err.. saya tak fahamlah bang......


Tanpa Nama,
Salam. O, masalahnya saya tak ada masa free sekarang ni.... Nanti-nantilah ek..


Masy,
Isk! Apa yg kamu sibuk nak tau nih.....


TasikM,
Saya pun lama tak ke sana. Saya tengah pedih ulu hati ni...


Kamato,
Wah, kata-kata orang banyak pengalaman.... :)


Amora,
Best sangat ke German Deli tu.... :p

 

Sabtu, Disember 19, 2009 10:12:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam Ma'al Hijrah 1431 BP :)

Teruskan merindu kerana rindu menyerikan hati dan mengindahkan kehidupan.

Mudah-mudahan pengisian jiwa tahun baru ini lebih baik dan bermakna dari tahun lalu.

 

Khamis, Disember 24, 2009 11:28:00 PTG, Blogger kingbinjai

aku tau ko rindukan aku, ya ya aku rindu kan ko juga. hahahaha

 

Jumaat, Disember 25, 2009 1:57:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ahh rindu, bagaimana bisa diterjemah wak!...;)

 

Selasa, Disember 29, 2009 7:20:00 PTG, Blogger m i n e r a l . . .

rindu yer bro.....sabar2....itu kenangan terhebat tu.

 

Rabu, Disember 30, 2009 4:14:00 PTG, Blogger achik

patut la dah lama x nampak kat OUG..
eh, mmg tak penah nampak pun.. ;p

 

Jumaat, Januari 08, 2010 2:20:00 PTG, Blogger arsaili

salam..selamat tahun baru...tade kat KL dah ker bro? apa pun semoga tahun ni membawa seribu kerahmatan..dah tiada rindu rinduan dah ...

 

Selasa, Januari 12, 2010 10:50:00 PG, Blogger JiwaKosong

blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk

 

Selasa, Januari 12, 2010 3:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Bunga Rampai
Salam.

InshaAllah. BR juga.


King,
Terima kasih. :D


Lope,
Tiada perkataan yang setara maknanya untuk diterjemah.


mineral,
Hehehe….


David,
Hi Mr David…..


Achik,
OUG ada sale lagi ke Achik?


Arsaili,
Salam.

Sekejap ada, sekejap tak ada.

Ameen. Kamu juga bro’.


Umar,
:)