Rabu, November 11, 2009
Kami bergurau senda dan kutuk-mengutuk lagi. Amir, Djalut dan saya.

Djalut mengeluh. Kulit di bahagian muka, leher dan lengannya semakin menggelap, keluhnya. Maklumlah dia pengurus projek, kerap bekerja di lapangan, berjemur. Dia cemburukan saya yang asyik memerap di pejabat, berbumbung, berdinding dan berlantaikan sejuk hawa dingin dan harum bauan pewangi pejabat.

Untuk menyedapkan hati Djalut, saya katakan kepada dia, kepada Amir juga. Kalau nak tengok warna kulit asal sebenar kita, tengoklah di bahagian peha, kata saya. Sebab setahu saya, secara logiknyalah, selalu-selalunya warna bahagian peha itulah yang original sebab jarang digigit sinaran UV, radikal bebas dan sebagainya.

Kemudian masing-masing [termasuklah saya juga] menyelak-nyelak kain pelikat kami, dan membelek-belek peha-peha kami. Hahaha!

Sah! Kulit Djalut yang menggelap itu bukan disebabkan kerap berjemur di lapangan, tapi warna kulit Djalut memang macam itu. Itu belum lagi cerita pasal parut-parut yang ada. Hehehe!


[Djalut! Bila kau nak turun sini lagi? Amir dah rindukan kau....]


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/11/2009 04:27:00 PTG. |


28 Ulasan


Rabu, November 11, 2009 6:34:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Nak tengok putih ke idak...tengok tapak tangan....


(...dah..jangan selak-selak lagi dah...!!!)He..he...

 

Rabu, November 11, 2009 7:35:00 PTG, Blogger Pa'chik

jalut suka mandi matari kot dude... pakai anak suar saja... :P

 

Rabu, November 11, 2009 10:44:00 PTG, Blogger DeeN

...hahahahaaa... teori global tuh. cuma susah nak praktikkan di khalayak ramai.

 

Khamis, November 12, 2009 12:43:00 PG, Blogger zino

putih melepak ke.. itam pekat ke.. yg penting hati mau baik.. betul tak hehe

 

Khamis, November 12, 2009 8:33:00 PG, Blogger kucingorengemok

hahaha, tak ingin kubayangkan 3 jejaka menyelak kain masing²

 

Khamis, November 12, 2009 8:48:00 PG, Blogger Yunus Badawi

patutlah kes liwat tak habis wakaka

korang jgn cari pasal wei hehehe

 

Khamis, November 12, 2009 9:36:00 PG, Blogger muor76

djalut..? bile disebut jadik jalut eikk..?
bile sebut jalut... ku tinggat 2 jerk...

puppet yg bername jalut... dan jalut dlm alquran....

dedulu mase bujang selalu gak dedah peha mase main rugby... tapi sejak peha aku dilestik ngan getah oleh seseorang dan kemudiannyer org tu senyum senyum kat aku... takde nyer aku nak dedah kan lagi... lepas tu carik tight sampai bawah lutut... baru pakai suor katok..

ngeri siot....

 

Khamis, November 12, 2009 9:43:00 PG, Blogger achik

uish, main selak2 kain pelikat.. ;p

 

Khamis, November 12, 2009 12:47:00 PTG, Blogger Unknown

part selak2 kain pelekat tu x boleh nk tahan gelak! wakaka!

 

Khamis, November 12, 2009 2:39:00 PTG, Blogger Brader Black

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Khamis, November 12, 2009 2:40:00 PTG, Blogger Brader Black

Oi oi.

Selak-selak kain pelikat tu, tak tengok benda lain ke?

ha ha.

 

Jumaat, November 13, 2009 6:44:00 PG, Blogger arsaili

salam bro...aurat tuh isk3..ahahaha

 

Jumaat, November 13, 2009 8:57:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ck Lah,
Ye ke?


Pa’chik,
Kerja kat site memang macam tu...


Deen,
Teori tu terpakai untuk lelaki jer tau...


Zino,
Betul.


kucingorengemuk,
Peha masing2, jangan tengok peha orang lain pulak...


YB,
Isk! Ke situ pulak.....


Muor76,
Nasib baik kena lestik dengan getah. Kalau dengan batu tak ke berlubang peha kau....

 

Jumaat, November 13, 2009 9:01:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
Gurau-gurau.....


Amora,
Kami selak takat peha jer tau...


Si Kachak,
Kau mencarut eh...


Si Kachak,
Ada. Kami tengok kepala lutut sekali. :p


arsaili,
Salam.
Tu la, apa la kami ni kan.... Isk!

 

Jumaat, November 13, 2009 9:56:00 PG, Blogger Pa'chik

keje kat site macam tu? pakai suar kecik saja?? :P

 

Jumaat, November 13, 2009 10:38:00 PG, Blogger TokNabe

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Jumaat, November 13, 2009 10:39:00 PG, Blogger TokNabe

Haha.. penting juga warna kulit ni kan.. haha.

 

Sabtu, November 14, 2009 2:06:00 PG, Blogger NBK466

I'm so lost here..tetiba baca dah episode 6...

 

Sabtu, November 14, 2009 4:49:00 PTG, Blogger BuRuuj

kang bp, iyeke? ada-ada saja kamu nih. hish...bikin saya mau tgok peha sendiri! hehe...

 

Ahad, November 15, 2009 12:24:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Hahahaha!!!
Hisy ... tak elok gelak tengah-tengah malam ...

Salam BP :)

 

Isnin, November 16, 2009 11:25:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa’chik,
Isk! Hilang akal ke apa pakai seluar kecik aje kat site……... :p


Tok Nabe,
Metroseksual la katakan…


NBK,
Klik kat tag bawah entri tu jang kalau nak baca episode 1-5….


Buruuj,
Tengok la, jangan malu-malu. Maksud saya tengok sendiri-sendiri, sorok-sorok…


B Rampai,
Salam BR,
Nak gelak boleh, kena tutup mulut la…..


armouris,
Wah! Sempat selit iklan tu... Terima kasih. Saya biasa pakai Mederma jer....

 

Isnin, November 16, 2009 12:29:00 PTG, Blogger Masy

bahye la ni main selak2 kain. btw, masing2 selak kain sendiri kan? hahahahhhahhhhahaha

 

Isnin, November 16, 2009 4:17:00 PTG, Anonymous en_me

gelap katernyerrr.. ammvoiii abang jp ittewww

 

Isnin, November 16, 2009 6:10:00 PTG, Blogger Rajuna

ada orang cakap, ciri lelaki dambaan nafsu wanita adalah tall,dark and handsome. jadah. kalau dah gelap tak hensem! ini aku bangkang! dem!!!

 

Ahad, November 22, 2009 9:57:00 PG, Anonymous zizie ali

bak kata pepatah, cubit peha hitam peha putih pun terasa juga.

 

Isnin, November 23, 2009 10:33:00 PG, Blogger KAMATO

Baru sedar rupanya peha aku putih....he he

 

Rabu, November 25, 2009 1:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Masy,
Kain sendiri la, dan tengok masing2 punya peha...


en me,
Apanya yang gelap...?


Rajuna,
Huh! Macam mamat Negro tu la eh...


Zizie,
Peha aku kuning kecokelatan....


Kamato,
Putih melepak eh... :D

 

Khamis, Disember 03, 2009 1:59:00 PTG, Blogger gayour

syabas djalut! lu memang jawa tegar!