Selasa, April 27, 2010
Dua biji telur ayam yang berukuran sedang-sedang saja, saya masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air.

Cubaan pertama saya. Saya masukkan mangkuk yang berisi dua biji telur itu ke ketuhar gelombang mikro. Kemudian saya laraskan masanya dan saya tunggu. Pop!!! Meletup! Terperanjat saya. Habis berkecah di dalam ketuhar gelombang mikro itu. Saya bersihkan kesan letupan itu. Saya lap bersih-bersih. Satu kerjalah pula saya nak kena bersihkan semuanya.

Cubaan kedua pula. Saya masukkan dua biji lagi ke dalamnya. Saya laraskan masanya berbeza dari yang pertama tadi. Saya tunggu lagi. Pop!!! Arghhh! Meletup lagi! Tapi kali ini saya tak berapa terperanjat sangat, tapi terperanjatlah juga. Saya bersihkan kesan letupan itu sekali lagi. Saya lap bersih-bersih sekali lagi. Satu kerjalah pula saya nak kena bersihkan semuanya itu sekali lagi. Aduh!

Cubaan ketiga saya. Saya masukkan dua biji lagi ke dalamnya. Kali ini saya laraskan masanya sekejap saja. 1 minit setengah saja. Haaaaaa.. Barulah ok. Tak meletup pun. Cantik saja kedua-dua telur ayam itu merebuskan dirinya.

Sedapnya dapat makan telur rebus ¾ masak. Cicah dengan kicap saja pun dah cukup lazat bila perut tengah lapar sangat-sangat.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/27/2010 03:27:00 PTG. |


25 Ulasan


Selasa, April 27, 2010 3:40:00 PTG, Blogger ckLah @xiiinam

Ha..ha...
Kakak saya pulak (mak si atiqahnasir.blogspot) baru menetaskan 21 telur ayam menggunakan oven....ekspeimen menetaskan ayam tanpa eraman ayam ibu) dia ada tulis dlm blognya http://makbonda61.blogspot.com/

 

Selasa, April 27, 2010 3:44:00 PTG, Blogger BuRuuj

ish...kalau guna microwave, kene kejap je sbb ia direct heating, sbb tue meletup.

apepun, tahniah! eksperimen berjaya!

 

Selasa, April 27, 2010 3:46:00 PTG, Blogger Unknown

itu namanye,usaha tangga kejayaan!!

microwave mmg direct heat, hati2

 

Selasa, April 27, 2010 3:50:00 PTG, Blogger kucingorengemok

syabas! kita takyah susah² buat eksperimen sendiri... 1 minit setengah? ok set :)

 

Selasa, April 27, 2010 4:01:00 PTG, Blogger achik

kalau saya agaknya sekali dah meletup tu dah malas nak try lagi.. goreng pun sodap! ;p

 

Selasa, April 27, 2010 5:09:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

mokcik rebus jer dalam cerek letrik...abis cerita...erkk...dah abis makan baru abis cerita hehehe

makan dengan kicap pon sodappp...

 

Selasa, April 27, 2010 5:24:00 PTG, Blogger artisticklytouch

kalau pecahkan dulu, boleh tak?

 

Selasa, April 27, 2010 7:32:00 PTG, Blogger Najwa.H

pernah jugak buat cam tu masa kat kolej...meletop!! serius, cuak giler...ingatkan microwave meletop..haha.

 

Rabu, April 28, 2010 9:37:00 PG, Blogger asuhara sue

rebus jek kan lagi best...pakai microwave tak elok laaa

 

Khamis, April 29, 2010 1:25:00 PTG, Anonymous Pishaposh

Wah, banyaknya telur ayam awak pakai untuk nak makan 2 biji yang 3/4 masak tu? Ish .. ish ...

Tp, bagus ... usaha tangga kejayaan!

P/s: Saya kena ikut cara awak sbb telur rebus saya selalu tak cantik jadinya ... =(

 

Khamis, April 29, 2010 5:44:00 PTG, Blogger Along Tapa

uish...hebat sgguh...apa kata pasni try buat telur 3/4 masak dgn menggunakan dapur bbq plak..hahaha~~~

 

Khamis, April 29, 2010 6:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Great...besederhana (2 biji je..:D), sgt penyabar, up to date n x mudah give up...n pandai pilih makanan b'khasiat..:P

 

Khamis, April 29, 2010 10:03:00 PTG, Blogger TokNabe

Experimen yg suksess. Erk.. tak guna 7 biji ke?

 

Ahad, Mei 02, 2010 2:15:00 PG, Blogger Botak

hahaha...
cambest je..
nk cube lah rse nye... :D

 

Isnin, Mei 03, 2010 3:19:00 PTG, Blogger Masy

bak la dua butir heheheh

 

Selasa, Mei 04, 2010 9:21:00 PG, Blogger Pa'chik

abis telur ko dude... :P

 

Selasa, Mei 04, 2010 9:26:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Lucu juga :D ... setelah 4 biji terkorban baru berhasil. Tahniah atas tekad dan kesabaran yang kuat! Tentu dua biji yang menjadi tu nikmatnya ... aaahhh!

Salam BP :)

 

Selasa, Mei 04, 2010 4:19:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Perlu air juga ke? Kalau letak 2 biji telor dalam bekas tanpa air selama 1 minit ok kot?...hehe.

 

Rabu, Mei 05, 2010 1:47:00 PG, Blogger Along Tapa

huish...kena la ada air..kalo telor takde air, apa maknanya tu??hahaha...sungguh kurang ajar ayat aku ni...mohon maaf~~~

 

Khamis, Mei 06, 2010 12:58:00 PTG, Blogger Hambali ®

musti umph bau hembusan angin belakang lepas makan teloq tu ... terbaik!

 

Sabtu, Mei 08, 2010 6:21:00 PTG, Blogger KAMATO

jarang2 dengar rebus telur guna microwave, kalau tau dek cef wan, terkejut dia

 

Isnin, Mei 10, 2010 1:39:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Telur itik atau burung puyuh? Hang tak buat eksperimen? Mungkin masanya berbeza.

 

Selasa, Mei 11, 2010 12:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

CkLah,
Tahniahlah buat kakak cikgu / emak Tiqah. Kiranya anak-anak ayam itu beribukan oven la ek…


Buruuj,
Ahad lepas cuba lagi, meletup lagi, hahaha! Masa bergantung kepada saiz telur juga…


Amora,
Pernah juga cuba daging yg dah marinated, hangus! Hahaha!


kucingorengemuk,
Tak juga, masa bergantung pada jenis telur, suhu m’wave, saiz telur, umur telur…. :D


Achik,
Goreng dalam microwave pun dah cuba, tak payah pakai mintak, hehehe!


mokcik,
Air dalam cerek letrik tu buat air minum la eh…..


Art,
Boleh kot… nanti aku cuba dulu eh…


Najwa,
Microwave siapa punyalah tu jadi mangsa…..


Asuhara,
Saja nak cuba. Kalau tak cuba tak tau….. :D


Pisha,
Thomas Edison dulu pun banyak juga mentol kajiannnya yg meletup sebelum jadi betul2 mentol… :D


Along,
Malas la nak cari arang….


Tanpa nama,
Terima kasih.


Tok Nabe,
Dah sukses baru boleh guna 7 biji tok…


Azizul,
Selamat mencuba…


Masy,
Isk! Buat la sendiri…..


Pa’chik,
Tak abis la, ada lagi… hahaha!


B Rampai,
Yang 4 biji itu masih boleh dimakan, tapi dalam bentuk serpihanlah… Hehehe..


Tuan Zabs,
Boleh kot, tapi mungkin kena adjust masanyalah kot…


Along,
Isk! Kau ni…..


Hambali,
Kau biasa bau ke…? Hahaha!


Kamato,
Saja buat eksperimen bang…


Pegawai,
Jangankan telur itik atau puyuh. Telur ayam pun berbeza juga…., ikut saiz. Kalau ada omega plus pun lain juga…

 

Rabu, Jun 11, 2014 4:14:00 PTG, Blogger Unknown

okeh gas dah habis dah ... nk try guna microwave palkkk ... ada berani ke nak rebus ayam 2 ketul

 

Khamis, Oktober 15, 2015 1:24:00 PTG, Blogger Unknown

sy semlm masak telur dalam microowave meletup. smpai microwave rosak.. jd fobia rasa