Jambu air juga tapi yang berwarna keputihan, di depan rumah makcik saya. Buahnya agak kelat-kelat sedikit. Saya tangkap gambar ini sambil seronok melihat pakcik saya mengopek pokok duit-duit yang melekat di batang pokok jambu itu.
Di Johor yang seronoknya masa kenduri kahwin adalah melihat plaza tol tak berlesen semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki. Itu belum termasuk yang di tangga naik ke atas rumah lagi. Di negeri lain saya tak pasti ada atau tidak ..
Di jejeran motorsikal di tepi jalan di depan rumah makcik saya, saya terjumpa motorsikal lama ini. Kalaulah saya sempat berjumpa tuan punyanya, ingin juga saya bertanya, manalah tahu kalau-kalau dia ada niat untuk menjualkannya... Mesti Muor76 pun berminat ni...
Kebun nanas di sebelah rumah makcik saya. Dah jarang sangat dapat tengok pemandangan seperti ini di kampung saya sekarang. Banyak kebun nanas dah bertukar menjadi kelapa sawit.
Saya merupakan seorang yang tidak makan daging kambing sejak dulu-dudlu lagi. Saya pernah termakan daging kambing semasa zaman saya tinggal di asrama dulu, dan saya termuntah selepas itu. Tapi satu dua tahun ini, entah macamana saya menjadi penggemar daging kambing. Ini gambar sup gear box kambing. Pergh!
Ini pula kenduri kahwin di rumah pakcik saya. Salah satu hidangan utamanya adalah ayam golek. Saja saya meletakkan gambar ini untuk mencukupkan tujuh. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Label: Siri balik Muor
Rabu, Julai 21, 2010 5:53:00 PG, Along Tapa
yeah!!siri balik Muor kembali di saat aku kat muor lagik~haha...aku cukup suka sebab post ko kali ni, 3 daripadanya gambor pokok dan 1 gambor motor yang klasik...comeback yang menarik~~~
Blog nostalgia budak Muor
Khamis, Julai 22, 2010 1:59:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Nizam
Akan datang pakan pizza pulak kot...
WL,
Salam,
Saya pun ada rasa terkilan sebab tak sempat belanja dia makan macam yang kami pernah rancang.....
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah swt. Ameen.
benludin,
Nak lagi mencabar panjatlah pokok kelapa .. hehehe!
kucing
Ok jer...
CKLah,
Allah lebih menyayangi dia. Tersentuh tengok gambar dia bermesra dengan suami dia di FB..
Pinatbate,
Salam,
Yup!
YB,
Salam,
Itu belum bab hantaran ‘berdiri serba satu, serba dua, serba tiga ‘ lagi tu. O, Jambatan Muor pun pernah kena tol eh, saya pun baru tau ni...hehehe.
Along,
Trimas. Aku kan minat tumbuh-tumbuhan dan benda-benda klasik...
Asuhara,
Datanglah Muor, panjat sendiri, boleh petik seberapa banyak yang mau.... hehehe.
Insan Biasa,
Hehehe. Nak lagi kecur tengok masa bulan ramadhan nanti....
Halogamora,
Betul!
Kalau ada bajet lebih, jangankan ayam bolek, kambing golek pun boleh....
Pa'chik,
Iyer kot....
Khamis, Ogos 12, 2010 1:17:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Muor,
Vespa ko dah letak dalam gobok kace lum...
Memang sangat lazat sup tu, nanti aku kasi tau ko kat mana tempatnya eh....
Raya ni ko balik Muor tak, senang2 kita ngeteh la nanti eh...lepas ngeteh nak panjat pokok apa pun boleh, hehehe
Hambali,
Ikut jalan lama kot, itu yang tak kena tol, hehehe...
Si Kachak,
Niat memang dah ada........ nak sempurnakan jer yang belum ada.......hehe
B Rampai,
Salam BR,
Pokok jambu batu oklah, jangan pokok durian...bahaya...hehe..
Mokcik Azwa,
Salam,
Tol itu buat seronok2 saja....
Sebab bro’ tu memang buat bisnes ayam golek...pakcik saya tempah dia....
Ameen.
Ontahsapo,
Sekali rasa memang nak lagi, dan lagi, dan lagi....
Pegawai khalwat,
Nak 2-3 ekor sekali pun boleh, kalau tak malulah, lagipun tuan rumah dah bayar...hehe...
Kamato,
Wak yang punya motor itu pun mungkin tak tau yang motor dia tu ‘bernilai tinggi’ agaknya...
Tuan Zabs,
Salam tuan,
Terima kasih :)







pergh.
kenduri makan ayam golek.
terbaik.