Rabu, Mei 12, 2010
Petang semalam.

Kami bertiga. Djalut, Ameer dan saya. Duduk-duduk bersila di depan tv. Bersembang-sembang sambil mengutuk-ngutuk macam selalu-selalunya. Sambil-sambil itu Djalut meratah rangka ayam dan burasak yang dibelinya di pasar malam. Saya pula menjamu selera dengan biskut Jacob yang dicelup-celup sampai lembik ke dalam kopi Tongkat Ali Alicafe. Ameer bersandar di pintu biliknya.

Kami bersembang-sembang. Tentang arboriculture, tentang tender, tentang projek. Juga tentang cerita-cerita kotor dan menjijikkan, maksud saya tentang politik negara [hahaha!] termasuklah tentang keputusan ‘menang dalam gelisah’ PRK Hulu Selangor itu, dan bercerita tentang sibu-sibu di PRK Sibu. Itu belum lagi bercerita tentang katak, tentang sesumpah, tentang ‘dengan kerelaan’, tentang ‘tanpa rela’, tentang macam-macam lagilah. Kami juga sempat berlucu-lucu tentang isu semasa; cadangan menghalalkan yang haram, judi bolasepak misalnya.

Sambil-sambil itu kami menonton perlawanan badminton Piala Thomas, Malaysia melawan Jepun. Djalut yang sungguhpun tak pernah menyentuh raket badminton, sangat cekap mengesan kesilapan pemain dan mengkritik corak permainan. Jadinya petang semalam ada tiga ulasan selari, dua di dalam tv dan seorang lagi di luar tv. Hehehe!

“Adooooiiiiii!!! Tak selera dah aku nak makan...!” Tiba-tiba Djalut ‘meradang’. Macam nak dihempasnya burasak di tangannya itu.

“Hilang terus mood nak nengok badminton... tukor channel lain jer lah....!” Geram betul dia nampaknya. Mungkin juga sudah menyampah tahap gaban.

Punca terencat selera makan dan moodnya nak tengok perlawanan badminton itu; bila tv memfokuskan lensa kamera kepada seorang penonton wanita, seorang tokoh wanita atau senang kata isteri seorang ketua negara........


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/12/2010 10:27:00 PG. |


24 Ulasan


Rabu, Mei 12, 2010 10:34:00 PG, Blogger Unknown

Salam,

nak tersembur milo suam-suam kuku dari mulut me.
macam tu sekali 'potong stim' ye bila nampak 'ahkak pink' tu?
dasat...

 

Rabu, Mei 12, 2010 10:55:00 PG, Blogger Pa'chik

sian pemain negara terpaksa kalahkan diri... takut kena macam cowei... :P

 

Rabu, Mei 12, 2010 11:02:00 PG, Blogger kucingorengemok

hahaha, rasa nak gelak guling² baca komen pa'chik!

 

Rabu, Mei 12, 2010 11:19:00 PG, Blogger Yunus Badawi

Belum kahwin dah mula minum kopi tongkat ali? ngeee

 

Rabu, Mei 12, 2010 11:26:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Apa akak tu buat? Aku tak tengok badminton pasai aku ingat kita menang tanpa bertanding lagi. Ha ha ha....

 

Rabu, Mei 12, 2010 12:21:00 PTG, Blogger Along Tapa

......(langsung taktau sbb tak tgk tv~~)

 

Rabu, Mei 12, 2010 12:54:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Nurul Aznil,
Waalaikumusalam,

Kuat sangat aura Bik Mama kot.... :D


pa’chik,
Kenapa jadi dengan LCW ? Aku terlepas momen itu la... Cerita la.. :p


Kucing,
Ha ha ha!


benludin,
He he he!


YB,
Tak tau pulak cuma orang yang dah kawen jer yang boleh minum ... :D


Pegawai,
Aku pun tak sempat tengok habis sebab Djalut tukar channel...


Along,
Kau tak perlu tengok tv untuk memahami mesej cerita ini. :)

 

Rabu, Mei 12, 2010 3:23:00 PTG, Blogger achik

mmg nyampah je tgk badminton semalam.. ;p

 

Rabu, Mei 12, 2010 7:26:00 PTG, Blogger Pa'chik

lu tengok kat blog tok mudin laaa...

 

Rabu, Mei 12, 2010 11:51:00 PTG, Blogger BuRuuj

kang, leh konghsi kenapa tak suka datin itu?

 

Khamis, Mei 13, 2010 2:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Achik,
Menyampah tengok badminton ke menyampah tengok apa Achik? :D


Pa’chik,
Oooo... gambar INI eh yang kau maksudkan......


Buruuj,
... bukan tak suka dia tapi tak suka akhlaknya.

 

Khamis, Mei 13, 2010 3:33:00 PTG, Blogger Along Tapa

owh..hal datin tu takyah nak cakap pun org tau...lbih sng kalo dianggap alang tgk sehelai bulu pun da buat orang naik jelak nak tgk...hehe

 

Jumaat, Mei 14, 2010 2:42:00 PTG, Blogger Masy

mcm tu skali, ni kire muka pemutus selera la ni ye ahahhaha

btw, burasak tu ape?

 

Jumaat, Mei 14, 2010 9:17:00 PTG, Blogger Pa'chik

kalau lah jalut kena macam tu... hahaha...

 

Sabtu, Mei 15, 2010 3:39:00 PTG, Blogger Pa'chik

katanya bunda simuortujuhnam meninggal dude? takziah lah untuk keluarga dia, dan al-fatihah...

 

Sabtu, Mei 15, 2010 11:52:00 PTG, Blogger Along Tapa

sungguh???inalillahiwainailaihirrajiun~~~~~~
al-fatihah utk jenazah n takziah untuk waris2nye..

 

Isnin, Mei 17, 2010 8:44:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Along,
:D


Masy,
:D

Burasak tu sejenis makanan Bugis.


Pa'chik,
Mau dia lain lintang pukang terus kot. Ha ha ha!


Pa'chik & Alang,
A'ah... dia ada sms bagitau aku pg jumaat, pagi emak dia meningal tu.

Sama-sama yg membaca komen ini kita sedekahkan Al-Fatehah. Takziah buat Muor sekeluarga. Semoga roh bonda Muor76 dicucuri rahmat Allah & ditempatkan di sisi org2 yg beriman. Ameen.

 

Isnin, Mei 17, 2010 12:09:00 PTG, Blogger PINATBATE

Salam kang ..
Salam takziah utk Muor76,
Innalillahiwainnailaihirajiun..mudah-mudahan roh arwah dihimpunkan bersama ahli syurga..

 

Selasa, Mei 18, 2010 3:12:00 PTG, Blogger KAMATO

Amboi, kuat sungguh meluatnya Djalut pada wanita itu.....

 

Rabu, Mei 26, 2010 10:06:00 PTG, Blogger DeeN

Salam Purp, sihat?
Tu dia dahsyat sekali side effect datin seri tuh ya. Kalo camtuh, kalo nak diet, tgk jer mak datin tuh. Kompom tak lalu makan. Hahaha..

 

Selasa, Jun 01, 2010 9:16:00 PG, Blogger Mak Su

encik black purple, salam ziarah :)

 

Ahad, Jun 13, 2010 1:39:00 PTG, Blogger Pa'chik

bhai... orang dah piala donia lu duk piala tomes lagi... :P

 

Isnin, Jun 14, 2010 4:15:00 PG, Blogger Along Tapa

Jangan salahkan dia pa'chik..brader BP tengah sangat sibuk menonton bola sampai lupa nak update blog dia...hahaha