Jumaat, April 28, 2006

Tengahari tadi Aiman mengikut ayahnya bersolat jumaat di masjid. Dalam perjalanan balik;

Aiman, “Ayah, orang tua janggut tadi cakap Abu Bakar, Umar, Osman, Ali tu sapa ayah?”

Ayah, “ itu sahabat Nabi. Semua orang baik-baik dan terkenal tu.”

Aiman, “Aiman tak kenal pun ayah. Kalau terkenal mesti macam Mawi”


Blackpurple: Isk……sesetengah budak-budak sekarang lebih kenal Mawi dari Nabi dan Khulafa al-Rasyidin…!


TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/28/2006 03:55:00 PTG. |


28 Ulasan


Jumaat, April 28, 2006 4:17:00 PTG, Blogger Sastri

hmm... sedih kan tapi itulah hakikatnya sekarang... anak2 lebih mengenali artis dari nabi2, rasul2, sahabat nabi, tokoh2 Islam etc... begitu besar pengaruh media massa terhadap anak2... tidak hairanlah banyak gejala sosial yang melanda remaja kita... remaja yang kita harapkan jadi pemimpin bangsa satu hari nanti...

oleh itu, kita kena prihatin bab2 pendidikan agama dan nilai murni anak2 kita... silap2 terpengaruh dengan budaya luar yang kian menjalar jika tidak diawasi... jangan sampai terlambat, then segalanya tiada guna...

melentur buluh biar dari rebung...

 

Jumaat, April 28, 2006 4:25:00 PTG, Blogger Sastri

lupa lak nak add tadi hunny... ini insiden yang betul2 terjadi..berlaku lepas solat maghrib, anak seorang auntie ni (umur dalam 7-8 tahun) yang curious siapa yang solat dalam bilik nenek, bila dia nampak i, soalan dia tanyakan adalah macam ni : 'laaa, kak sastri rupanya, kenapa kak sastri solat?' bila i tanya naper tanya soalan mcm tu, dia jawab : 'hanya orang tua jer solat'.... fikirkan laaa apa maknanya ini...

 

Jumaat, April 28, 2006 4:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salahkan mawi .. jgn salahkan aiman .. ahaksss

 

Jumaat, April 28, 2006 4:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
Betul tu hunn..

Kanak-kanak ni kain putih, kita yang kena bijak mencorakkannya...

Nak syorkan ayah Aiman hantar aiman masuk tadika islam nanti...hehehe

faizah
bunyi macam peminat mawi jer ni..hehehe

 

Jumaat, April 28, 2006 5:24:00 PTG, Blogger zino

kena lah bapak aimman bercerita kisah2 nabi kat aimman..

 

Jumaat, April 28, 2006 5:56:00 PTG, Blogger Nashrex

bapak tu didik dgn astro.. tu pasal kenal mawi je.. haha

 

Jumaat, April 28, 2006 6:01:00 PTG, Blogger ontahsapo

masih awal lagi nak menilai anak tu...semoga satu hari nanti dia akan berada dijalan yg baik...insyaallah..

 

Jumaat, April 28, 2006 6:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

naik takut dengar cerita sastri...

 

Jumaat, April 28, 2006 6:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

zino
betul. kena bermula dari rumah...

nash
hehehe... astro pulak jadi mangsa...

ontahsapo
betul OS. ..aiman tu masih terlalu muda lagi...

kadok
cerita macam sastri cerita tu boleh berlaku pada anak sesiapa pun...tanggungjawap parents ..

 

Jumaat, April 28, 2006 6:49:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

aduh..citer sastri ni betul2 menakutkan...sapa ajar anak itu yg mengatakan hanya org tua saja yang solat?

kita nampaknya bukan setakat kena belikan buku citer dongeng cinderella, beauty n d beast..tapi kena beli buku citer kisah2 Nabi, sahabat...

dan saya kira, penting mendidik anak2 ni sejak kecil dngn ilmu agama, dan kalau boleh tadika integrasi (agama n akademik)

 

Jumaat, April 28, 2006 7:02:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahaha! salah siapa? cikgu?

 

Jumaat, April 28, 2006 8:38:00 PTG, Blogger Rie

aku slalu pesan pada studen aku. jangan kasi adik2 korang yang bawah umur tgk mtv or channel v. banyak yang buruk dari baik.

kes iaman ini adalah salah satu kesan social learning theory dan social cognitive theory

 

Jumaat, April 28, 2006 10:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

syikin
nilai agama kena mula dari dalam perut lagi..

gitartong
aiman masih pra-sekolah jadi cikgu tak boleh dipersalahkan dalam cerita ini...hehehe

esis
anda seorang pendidik rupanya... tahniah..

kalau bagi input yang baik, hasilnya nanti akan baik juga...

 

Jumaat, April 28, 2006 10:56:00 PTG, Blogger KAMATO

Bagus budak aiman ni, tapi ayah aiman ni kena hati2 jawab....

 

Sabtu, April 29, 2006 12:46:00 PG, Blogger Bunga Rampai

TV = pembentuk krisis identiti dalam diri kanak-kanak dan remaja.

 

Sabtu, April 29, 2006 7:28:00 PG, Blogger loppiess

Aiman, rumah pak cik takde astro, pak cik tak tau pulak Mawi tu terkenal, yg pak cik tahu mawi suka makan mee segera je..maaf ye Aiman..pak cik ni kolot..hehe.

 

Sabtu, April 29, 2006 9:23:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salah siapa? suruh bapak dia tepuk dada hehe.

 

Sabtu, April 29, 2006 5:02:00 PTG, Blogger WRA

ye..saya ulangi...salah siapa? solutionnya?

 

Sabtu, April 29, 2006 5:16:00 PTG, Blogger JBM8141

berat tugas ibubapa sekarang. zaman dulu, ada hantu raya, pocong, pelesit, polong... kalau merasuk anak2, jelas kelihatan. meraung2 waktu nak kena halau dari badan.

hantu2 sekarang cantik2. banyak pulak tu. kalau merasuk, susah nak kesan. cuma meleleh air mata, sedih tengok 'hantu' kena buang...

op, bapaknye patut tepuk dahi!

 

Sabtu, April 29, 2006 5:26:00 PTG, Blogger Unknown

Kira bagusla tu, aiman bagi tahu bapa dia yang dia tak kenal sahabat nabi. Senang bapa dia ajar dia.

Bapa dia pun bagus juga, bawa anaknya pergi masjid. Pelan-pelan ajar anak dia tentang Islam.

Mana boleh 'judge' semua budak kecil kenal Mawi jer!!

 

Ahad, April 30, 2006 10:36:00 PG, Blogger Petiais

oh mujur dia ingat namer ..malaikat tanyer nama blh le jawb lepas la tu

 

Ahad, April 30, 2006 1:56:00 PTG, Blogger kasutVINCCI

nampaknya lepas ni aiman kena kisah lah!

 

Ahad, April 30, 2006 2:24:00 PTG, Blogger Unknown

salah siapa sering ditanya..
salah mereka atau kau saja..
Ooouuoo..

:)

 

Isnin, Mei 01, 2006 4:12:00 PTG, Blogger maklang

Aiman masih muda lagi..in fact terlalu muda. Masih ada masa unutk kita memperkenalkan nya pada agama...InsyaAllah dia jadi anak yang baik nanti...

 

Selasa, Mei 02, 2006 9:17:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kamato
Aiman menyedarkan ayahnya juga..

bunga rampai
tv macam pisau.... terpulang pada sipemakainya..

loppiess
siapa kata mawi terkenal...? hehehe

op
alex lacey
kel@mbu
salahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain...

jmb8141
selain tepuk dahi, kena tepuk dada juga.....
:)

amir azmi
anak dan ayah sama-sama mengingatkan...

ha ah... tak semua kenal mawi..sebab ada yang kenal pak lah..ada yang kenal lindsay lohan...ada yang kenal....macam-macam...budak2 sekarang bijak-bijak...

petiais
sesetengah budak, daya ingatan diaorang memang kuat...

kasut vincci
SEMUA kena sama-sama kisah.... kan?

maklang
aiman memang budak yang baik...

 

Selasa, Mei 02, 2006 12:20:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

lepas ni kita tunggu dan tgk,
maknya tgk AF-4 ke?
bapaknya tgk FIFA06 ke?
atau tgk akademi al-quran?

 

Selasa, Mei 02, 2006 2:06:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

Sib baik bapa Aiman dapat terang sapa Abu bakar, Umar, Usman, Ali..

 

Selasa, Mei 02, 2006 3:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

babydiana
mamarisyia
penjelasan ayah aiman ringkas tapi sekurang-kurangnya aiman faham.... kalau nak terangkan secara detail sangat nanti takut aiman tak faham...iyelah aiman masih terlalu kecil untuk memahami..

ron97
kalau kat rumah ada 3-4 tv boleh tengok semua tu serentak !
hehehe