Isnin, April 24, 2006

Hari ini Cikgu Gitar nampak hyper ceria. Semenjak berkahwin memang dia nampak berseri-seri pun. Pagi ini, Cikgu Gitar memulakan sesi pengajarannya dengan mengeluarkan note RM50.00 dari poket seluar barunya. Dia bertanya pelajar-pelajarnya, “siapa nak duit kertas ini?”. Semua pelajarnya berlumba-lumba mengangkat tangan.

Cikgu Gitar kemudiannya merenyuk duit kertas itu. Hampir lunyai dibuatnya. Cikgu Gitar kemudiannya bertanya lagi kepada pelajar-pelajarnya, “ada sesiapa yang masih nakkan duit kertas ini?”. Semua pelajarnya masih lagi berlumba-lumba mengangkat tangan.

Walaupun cerita di atas Cikgu Gitar menjadi heronya, fokusnya adalah note RM50 itu. Kita seperti duit kertas itu. Bagaimana teruk pun kita rasa, kita sebenarnya masih berharga di sisi orang-orang yang masih memerlukan kita. Nilai diri kita bukan cuma diukur dari apa yang dah kita lakukan tetapi sebab kita adalah kita. Samada kita kecewa atau dikecewakan, nilai sebenar diri kita tetap tak akan hilang.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/24/2006 02:28:00 PTG. |


38 Ulasan


Isnin, April 24, 2006 3:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

oh begitu mendalam falsafah tuan. begitu menusuk. :)

 

Isnin, April 24, 2006 3:57:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

malangnyer aku takde note RM50.cuma ada note singgit singgit jer baki lunch tadi.

 

Isnin, April 24, 2006 4:22:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

opss..tak pasal2 cikgu Gitar adalah pelakon utama entri ni.ihiks.

masalahnya ada org tak tau menilai diri sendiri dan menghargai apa yg ada pada diri...itu yg kes bunuh diri sering terjadi

 

Isnin, April 24, 2006 4:27:00 PTG, Blogger Pandang Dengar Diam

Untuk jadi yang terbaik, perlu jadi yang baik di kalangan yang baik.

 

Isnin, April 24, 2006 5:12:00 PTG, Blogger WRA

that's why jugak kala semua sudah habis, harta, pangkat dan nama, tapi harga diri tetap perlu dikekalkan...kalau yg tu pun dah habis...entah lah...*geleng-geleng kepala*

 

Isnin, April 24, 2006 5:27:00 PTG, Blogger Mama Rock

nilai diri tentunya tak hilang - hanya morale diri je tu nak naik kan semula alangkah beratnya :)

 

Isnin, April 24, 2006 5:52:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

moon
betul..
tapi terbaik bagi orang tak semestinya terbaik bagi kita...
hargai dan bersyukur apa yang kita.....

atok
hidup sememangnya penuh falsafah..

neeziee
sekurang-kurangnya anda masih berduit..! :)

syikin
bangga Gitartong ni..

Duit kertas tetap bernilai selagi tidak diconteng2,dikoyak-koyak,dipalsukan....

cuaca
InsyaAllah...sama-samalah kita...

Menjadi yang terburuk di kalangan yang terbaik lebih baik dari menjadi yang terbaik di kalangan yang terburuk...!

alex lacey
ada orang sanggup menjual diri...
itu diri yang tak mempunyai harga diri...

mama rock
duit kertas renyuk walaupun nampak buruk tapi tetap berharga...

so, don't worry, be happy

 

Isnin, April 24, 2006 6:56:00 PTG, Blogger JBM8141

Duit rm50 tu cuma dicetak sekali je seumur hidup dia. Begitu juga kita. Satu tindakan dalam hidup boleh menjadi penanda aras, benchmark, untuk nilai diri kita.

 

Selasa, April 25, 2006 9:56:00 PG, Blogger zino

tapi baru2 ni zino dapat RM 10 inggit yg dah koyak.. esoknya pi tukar balik kat kedai yg bagi tu..

moralnya: kalau setakat renyuk2 masih ada nilai.. tapi kalau dah koyak.. ianya meragukan hehe.. bagitu le diri kita.. jangan sampai tak bernilai langsung..

 

Selasa, April 25, 2006 10:18:00 PG, Blogger BooK

BP:
ehe. kau pun panggil die cikgu gitar? aku ingat aku sorang je. ehe. pandai ek cikgu gitar tu mengajor?
sejak die kawen. mmg ceria abes. kat komen box aku pun die gelak2 je.

 

Selasa, April 25, 2006 10:26:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

jbm8141
Ada melihatnya dari perspektif lain. Suka komentar anda.

zino
duit renyuk tak cantik pada padangan mata, tapi masih berharga pada currencynya.. :)

ps: selalu dapat RM1 koyak dari plaza tol...

sleepless in gelugog
Betul. positive thinking... hargai diri sendiri...

bukhariramli
Cikgu Gitar serba boleh book. Selain pandai mengajo, pandai juga bermain pelbagai gitar (gambus tak pasti pulak, pandai juga berblog.. :)

 

Selasa, April 25, 2006 10:37:00 PG, Blogger ontahsapo

hargai diri sendiri sebaiknya....

 

Selasa, April 25, 2006 10:43:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ada manusia memandang rendah pada diri sendiri. mereka perlu baca entri ini :)

 

Selasa, April 25, 2006 11:30:00 PG, Blogger Sya

bukan setakat 50.00 kalau 5.00 pun kak sya cam anak murid cikgu gitar... he he he

 

Selasa, April 25, 2006 11:54:00 PG, Blogger kasutVINCCI

bagus betul cerita pengajaran cikgu gitar tu.

 

Selasa, April 25, 2006 12:29:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

heheheh...aku macm kak sya...kehkehkeh...

 

Selasa, April 25, 2006 12:33:00 PTG, Blogger adadia

kena kat aku citer ni.

 

Selasa, April 25, 2006 12:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

So lepas tu Cikgu Gitar bagi tak duit RM50 tu kepada students dia?

 

Selasa, April 25, 2006 1:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ontahsapo
Betul OS. Kalau kita tak menghargai diri sendiri jangan diharap orang lain menghargai kita...

kak sya
hehehe... Bohong la kalau tak suka duit...

kasutvincci
Kalau bagus, carilah pengertiannya...jadikan pedoman.....:)

mamarisyia
Tapi jangan tertipu dengan note palsu...hehehe

adadia
ya ke? :)

ahkak garanag
kena tunggu cikgu gitar jawap komen yang ni.... hehehe

 

Selasa, April 25, 2006 2:39:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tulis no tepon kat atas wang kertas 100
nilainya akan menjadi lebih tinggi.
hahaha

 

Selasa, April 25, 2006 3:38:00 PTG, Blogger NBK466

Wah..itu tips pakar motivasi tuh.. den dah kena sekali... Akhirnya tak dapek pun RM50 tuh ... cis.. he..he..he...

 

Selasa, April 25, 2006 5:08:00 PTG, Blogger Wirawan Terulung

agak2nya WIRAWAn TERULUNg ni berape nilainya erkk???
iskk...

 

Selasa, April 25, 2006 5:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ron97
tapi kalau banyak sangat conteng no telefon, silap2 duit tu jadi tak laku pulak...hehehe

nbk
hehehe.. kalau RM1 mungkin dia bagi kot..

wirawan terulung
harga diri tiada nilaiannya.. :)

 

Selasa, April 25, 2006 5:50:00 PTG, Blogger Romantis Selatan

Teringat saya baru dua hari lepas, saya membeli dengan duit RM10 yang dicemari kesan kunyit. Sebab masa tu cashier tengah sediakan lauk dengan kunyit.

Sebab terlalu sibuk, dia tak sempat basuh tangan bersih-bersih agaknya, duit RM10 tu kena kunyit.

Lepas tu masa saya pergi ke sebuah koperasi. Nasib baik duit tu laku lagi.

 

Selasa, April 25, 2006 6:14:00 PTG, Blogger cipthowiryawanchannel

gerak geri kehidupan kalau di perhati semuanya membawa pengajaran..tapi hanya bagi yang meghayati..bukan pada yang alpa..

 

Selasa, April 25, 2006 7:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

sungguh dalam maksud nya...sungguh

 

Selasa, April 25, 2006 7:31:00 PTG, Blogger Sayuti

dulu ketika program induksi eksekutif, setiap peserta masing2 diberi sehelai kertas dengan label 1sen, 5sen 10sen, 20sen, 50sen, RM1, RM2, RM5, RM10 dan RM50.

"bayangkan itu nilai diri kamu," kata fasilitator.

yang mempunyai 'nilai diri' RM5 ke atas merasa bangga sebentar. beberapa peserta yang bernilai RM50 itu seronok sendiri.

"sekarang saya mahu kumpulan2 bernilai RM1.28 sahaja," kata fasilitator itu lagi.

"bentukkan kumpulan2 kamu!" fasilitator memberi arahan.

yang mempunyai 'nilai diri' yang tinggi tidak dapat membentuk kumpulan. mereka langsung tidak diperlukan dan disisihkan.

moral:
tidak kira betapa tinggi nilai diri kita, jika kita tidak diperlukan, kita tidak berharga dan tidak berguna sebenarnya kerana kita tidak boleh menyumbang apa2.

tidak kira betapa rendahnya nilai diri kita, kita boleh menyumbang sesuatu secara kumulatif yang boleh membawa nilai yang dikehendaki.

maka, jangan terlalu memandang tinggi atau memandang rendah kepada nilai seseorang.

 

Selasa, April 25, 2006 7:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

saya selalu ter'miss' cerita yang menarik!

saya terkesima.. akuuuu tteerrkkeesssiiimmaaaaa!

ps: saya letak harga diri saya lebih dari RM 50. korang takkan mampu punya!

 

Rabu, April 26, 2006 8:17:00 PG, Blogger hitomi

pernah dapat duit yg ada no phone and alamat lagi...mcm duit tu teda nilai la plak kan...hehehehehe...

 

Rabu, April 26, 2006 8:48:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

romantis selatan
cashier tu pun satu la....diakan cashiersebab apa dia nak sediakan lauk pakai kunyit...hehehe

ais putih
hidup penuh dengan falsafah..

kadok
ya dalam.... bagi yang memahami... :)

sayuti
Setuju dangan anda, kita boleh melihatnya dari perspektif yang berbeza...Suka dengan pendapat anda..

dari perspektif lain, nilai sebenar manusia bukan dinilai pada 'harga luaran'nya sahaja; kaya, miskin, pangkat, status bukan parameter yang sebenar... ilmu, iman dan taqwa lebih bernilai di sisi Nya..

gitartong
hero muncul kemudian ...hehehe..

ps: asalkan masih mempunyai harga diri... :)

hitomi
masih berharga tapi 'cacat' la kot..hehehe

 

Rabu, April 26, 2006 8:53:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

falsafah.. falsafah.. komen lagi sekali ni.. haha!

blackpurple
anda ada peminat baru iaitu orang rumah saya. saya jeles. hahahaha!

 

Rabu, April 26, 2006 8:59:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

gitartong
anda kan hero cerita ini...anda boleh komen seberapa banyak yang anda suka...hehehe !

orang rumah anda ada blog? kalau ada, apa add nya? hehehe..!

 

Rabu, April 26, 2006 9:13:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

belum ada blog. tetapi orang rumah suka masuk dan baca sahaja. nanti kita tunggu komen dari dia.. muahs sayangku! (oi..oi.. bukan untuk black lah!)

 

Rabu, April 26, 2006 10:14:00 PG, Blogger Ayu Mohamad

cikgu GT jadi hero nya.. hehehe tak mengapa... semoga jadi tauladan pada kite semua

 

Rabu, April 26, 2006 11:23:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

gitartong
hehehe..

kepada 'orang rumah' GT : terima kasih ekk...

ayu
Sesekali jadi hero...lain kali jadi pak pacak pulak.... hidup ini suatu lakonan.... :)

 

Rabu, April 26, 2006 1:43:00 PTG, Blogger hamka

Benar,...!

Just my two cents...

 

Rabu, April 26, 2006 1:55:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

hamka
:)
walaupun kebenaran itu kadang-kadang pahit...