Sabtu, Mei 20, 2006
Abang K (tiada pertalian genetik dengan Datuk K...), Senior Manager di sebuah bank. Sudah berkahwin. Dah punya anak 4. Abang K memang berduit, masih bergaya cuma perut sudah nampak agak membusut. Petang semalam Abang K keluar date dengan sekretarinya, Lin yang seksi itu. Sempat juga menonton The Da Vinci Code, kemudian pergi makan-makan. Tak sedar jam menunjukkan pukul 11 malam. Sebelum balik Abang K menggolek-golekkan kasut golfnya ke tanah berumput.

Di rumah isterinya menunggu. "Abang balik lewat sangat ni ke mana tadi?"

Abang K, "Abang date dengan Lin....tengok wayang....makan-makan....tu yang lambat tu.." Jujur sejujur-jujurnya.

Isteri, "Abang jangan nak tipu saya...saya nampak tadi kasut golf abang kotor...mesti pergi main golf lagi ni. Janji nak main weekend jer..." Pot..pet..pot..pet.... Bebelannya tak berhenti di situ...

BP: Kejujuran dalam ketidakjujuran..?

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/20/2006 09:22:00 PTG. |


52 Ulasan


Sabtu, Mei 20, 2006 10:01:00 PTG, Blogger Sastri

hmm... kejujurannya diragui sbb before balik tu dia sempat lagi menggolek-golekkan kasut golfnya ke tanah berumput...

rasanya Abang K ni knows her wife thru and thru... he knows how to manipulate certain situations to his advantage... keskeskes...

 

Ahad, Mei 21, 2006 12:34:00 PG, Blogger Kaklong Syikin

hehe..bijak bijak Abg K, dia bagitau citer sebenar tp dia buatkan isteri dia percaya dia menipu. tp, BP jgn wat camtu ngan isteri pulak tau..:), sian kat isteri nanti. sbb once isteri tau dia kena tipu, sampai mati dia susah nak percaya balik ngan suami. sorang kakak tu bagitau saya,dia cakap ngan suami dia yg main ngan pompuan lain slps rahsia suami terbongkar "15 thn saya percayakan abg, 15 thn juga saya akan belajar utk mmpercayai abg semula". n lelaki ni beruntung sbb isterinya masih nak ngan dia.

 

Ahad, Mei 21, 2006 8:17:00 PG, Blogger zwitterion

kesian bini abang K. Tipah tertipu bang

 

Ahad, Mei 21, 2006 9:26:00 PG, Blogger BooK

BP:
ni mind game ke ape ni? cube kau kaji falsafah di sebalik cerita ni.

 

Ahad, Mei 21, 2006 11:19:00 PG, Blogger Alpha

Pandai yek abang K ni kelentong....dengan bercamouflagekan golf, dia cerita benda sebenar...dah bini dia ingat dia tipu bila dia kata dia keluar dating....

Tapi kalau bini dia lagi terer...mesti bini dia mintak tengok golf set.....

 

Ahad, Mei 21, 2006 12:10:00 PTG, Blogger LindaMunshi

Haiyaa, org pompuan ni mmg suka ditipu...sad but true.

 

Ahad, Mei 21, 2006 12:52:00 PTG, Blogger FaEzHussain

eh da vinci code bley pulak keluar kat malaysia?

mm bygkan bini dia bergaduh dgn secretary dia di MegaMall..eh silap di pdg golf... :D

 

Ahad, Mei 21, 2006 1:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
Betul hunn..Abang K adalah lambang segelintir lelaki sekarang yang pandai memanipulasikan sesuatu utk sesuatu.

syikin
InsyaAllah..
Kepercayaan sesuatu yang mahal harganya..

Zwitterion
:)

Book
Boleh dikatakan mind game. Tiada istilah separa-jujur dalam kehidupan.Bukan juga sekadar sebutan.

Falsafahnya... Terpulang dari perspektif mana kita memandangnya.

Alpha
Bila isterinya dah set dan fokus dalam fikirannya, golflah yang selalu menghalang suaminya balik awal, alasan lain dah tak perlu...

sarah's mummy
Bila lelaki menipu dikata 'dah kebiasaan', bila perempuan yang menipu dikata 'terpaksa, sebab keadaan'..

Stigma masyarakat begitulah..hehehe

Faezhussain
The Da Vinci Code lulus untuk tayangan tapi Lelaki Komunis Terakhir diharamkan !

Rasanya kalau tarik menarik rambut pun tak akan jadi bahan berita sensasi kot sebab Lin bukan artis... :)

 

Ahad, Mei 21, 2006 1:56:00 PTG, Blogger zwitterion

aku nak jugak komen kali ke 2.
lambat laun keburukan abang K akan terserlah jugak..just wait and see.

 

Ahad, Mei 21, 2006 5:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bukan datuk B ke??

 

Ahad, Mei 21, 2006 6:39:00 PTG, Blogger Unknown

huh..pandai jugak dia memanipulasikan keadaan. Biar kantoi main golf jgn kantoi dating.

 

Ahad, Mei 21, 2006 6:39:00 PTG, Blogger Unknown

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

 

Ahad, Mei 21, 2006 8:59:00 PTG, Blogger WRA

akal ada guna utk menipu...tapi biasa la, pandai2 tupai melompat....

 

Ahad, Mei 21, 2006 9:45:00 PTG, Blogger maklang

Semuga Abang K berbahagia dengan isterinya aje dan bukan dengan bola golf dia...Sian isteri Abg K

 

Ahad, Mei 21, 2006 11:19:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

baik punyer skill si abang k.. heh.. :P

 

Isnin, Mei 22, 2006 12:01:00 PG, Blogger kunci hilang

Abang K ialah nama manja untuk Datuk K. Mungkin.
Bukan yang itu. Yang lain.

 

Isnin, Mei 22, 2006 12:44:00 PG, Blogger KAMATO

Bijak kepala abg K tu menipu...untung dia ada isteri yang anti main golf, boleh jugak jadi bahan untuk bohong isteri....

 

Isnin, Mei 22, 2006 2:47:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

first time aku masuk blog kor nie. Aku dapat link pun dari CARI. Kor orang Muor yek? Hehhehe, aku aku orang Muar jugak. Kat Serom.

Ok la, Salam perkenalan....

 

Isnin, Mei 22, 2006 10:28:00 PG, Blogger Unknown

ala....ni yg payahnye nih

 

Isnin, Mei 22, 2006 11:22:00 PG, Blogger Pandang Dengar Diam

"ku putuskan biarlah rahsia"

 

Isnin, Mei 22, 2006 11:34:00 PG, Blogger tuan tanah

:)
si isteri tu tengok banyak sangat CSI kot.
evidence cannot lie?

 

Isnin, Mei 22, 2006 12:02:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

haha! idea ni! nasib baik saya memang tak main golf..

 

Isnin, Mei 22, 2006 12:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

zwitterion
Sepandai-pandai tupai melompat....

neeziee
kalau tak suka huruf K boleh tukar huruf2 lain... :)

orochimaru sama
Jangan sesekali meniru aksi Abg K..!

alang
K awak bukan kat Mekah ke sekarang? hehehe..

alex lacey
betul. :)

Maklang
Sesekali isterinya nak merasa jugak pukul bola golf kot... hehehe

darkz05
Jangan tiru skill ini !

Kunci hilang
Tersedak2 Datuk K. Bukan itu. Yang lain...hehehe

kamato
Kesian isterinya...

dob
Salam. Selamat datang. Kalau rajin, baca entry sebelum2 ini anda akan tau ... :)

halomagora
Apa yang payahnya...?

cuaca
Rahsia yang tak berapa rahsia... :)

tuan tanah
:D betul !

 

Isnin, Mei 22, 2006 12:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

gitartong
Jangan cuba tiru idea ni cikgu... Inai masih merah lagi tu...hehehe

 

Isnin, Mei 22, 2006 1:05:00 PTG, Blogger sinaganaga

Ha ha.
Cadangan yang baik. Tetapi, aku tak main golf.

 

Isnin, Mei 22, 2006 1:06:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kalau dah dasar menipu
sampai bila org tak percaya
tapi baguz jugak

 

Isnin, Mei 22, 2006 1:25:00 PTG, Blogger JBM8141

kesian anak mereka.
abg K mencari kebahagian di dalam kecelakaan.
isterinya mencari kebenaran di dalam kesilapan.

 

Isnin, Mei 22, 2006 2:30:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tp dia berkata benar kan bp?...hahaha

 

Isnin, Mei 22, 2006 2:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

pernah dengar cerita ini tapi ini kali pertama dalam visi BM, kadang kala nila kita jujur org tak percaya, bila tak punyalah org percaya
Tapi jaga-jaga sekali kita hilang kepercayaan seseorang sangat susah untuk mendapat kepercayaannya semula

 

Isnin, Mei 22, 2006 2:38:00 PTG, Blogger Pandang Dengar Diam

"Jangan cuba tiru idea ni cikgu... Inai masih merah lagi tu..."
Aduh terasa plak cuaca *sambil melihat inai yg merah kat jari nih* MOTIFF cuaca nk terasa????

 

Isnin, Mei 22, 2006 2:48:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

kalau aku rasa2nya aku percaya alasan yang pertama itu...muahahha...Tipah tak sanggup ditipu bang!!

 

Isnin, Mei 22, 2006 2:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sinaganaga
Naga, kau boleh tukar kasut golf tu dengan boot bola .... tapi aku tak galakkan..! hehehe

ron97
Lebih baik jangan menipu...

jbm8141
Wah... dalam dan berfalsafah kata-kata tu..

kadok
Aku tak tau..Aku tak nak masuk campur...hehehe

am
Betul tu Am.. Hargailah kepercayaan orang..

cuaca
Terasa ke cuaca? Kenapa nak terasa pulak? :)

Pengantin baru, sesekali tak nak main golf ke? hehehe

mamarisyia
MR dah berpengalaman luas lain la...hehehe

 

Isnin, Mei 22, 2006 3:26:00 PTG, Blogger Wirawan Terulung

owang pompoan ni bila kita cakap betul2 dorang mmg x percaya...

tapi bila kita tipu, baru lar dowang nak percaya.

haku dah sampai naik hairan dah ni..iskk!! cam ner lar nak paham ornag pompoan ni....:D

 

Isnin, Mei 22, 2006 3:57:00 PTG, Blogger ontahsapo

tu lah dier, cakap betul pun salah, sakap tipu pun salah...so..?

 

Isnin, Mei 22, 2006 4:37:00 PTG, Blogger Unknown

yg payahnye mentality isteri dlm citer tu dan sikap suami yang miang dgn secretary. typical, typical...

 

Isnin, Mei 22, 2006 5:44:00 PTG, Blogger Unknown

Kalau saya pun lebih percaya pada alasan yang pertama. Sampai pukul 11 malam main golf apa tu.

 

Isnin, Mei 22, 2006 5:50:00 PTG, Blogger ontahsapo

skrg main golf memalam boleh dah, ada spotlight!!!!!

 

Selasa, Mei 23, 2006 9:43:00 PG, Blogger kingbinjai

selalunya gitulah ahhahaha

 

Selasa, Mei 23, 2006 11:09:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Moon
Kalau dah anti-golf...alasan lain dah tak nampak kot..

Wirawan terulung
Hehehe... Ada pengalaman tipu gf ke ni?

Ontahsapo
K tu memang cakap jujur tapi dia sebenarnya tak jujur. Macamana tu? :)

halomagora
Tapi tak semuanya macam tu kan...

Yus
Night golfing dah jadi trend sekarang.

Kingbinjai
Apa yang selalunya gitu...?

 

Selasa, Mei 23, 2006 11:24:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam. Pendapat peribadi - Seseorang itu tidak akan mampu mencemar kejujuran jika punya rasa berTuhan dalam diri, apalagi jika kejujuran itu melibatkan sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar rasa kehambaan padaNya.

 

Selasa, Mei 23, 2006 12:10:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

tidak jujur kerana telah menggolek2kan kasut golfnya :P

 

Selasa, Mei 23, 2006 12:40:00 PTG, Blogger zino

mana dia belajar tu? hehe

 

Selasa, Mei 23, 2006 2:32:00 PTG, Blogger cipthowiryawanchannel

ini taktik sudah bagus..hehehe..mcm mcm dunia skang neh..

 

Selasa, Mei 23, 2006 2:40:00 PTG, Blogger NBK466

Ini ler org p'puan..org cakap benar tak nak caya pulak kan?...

 

Selasa, Mei 23, 2006 2:58:00 PTG, Blogger Sya

Bercakap benar kena disertai dengan bukti2 yg benar belaka.. kalau bukti bercanggah dgn percakapan maka bukti lah yg jadi pegangan... chewah cam orang CSI lak.. ni overdosed of CSI ni

 

Selasa, Mei 23, 2006 4:43:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

bunga rampai
Betul. Saya setuju.

ayu
Pandai...! :)

zino
Dah memang 'kaki' kot...hehehe

ais putih
Jangan sesekali meniru aksi ini....hehehe

nbk466
Yang tu No comment. :D

kak sya
Dan demam CSI pun bermula....hehehe

 

Selasa, Mei 23, 2006 4:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

blek,
ini ke yg dikatakan reverse saikologi?

ahaks... rasa2nya boleh digunapakai nih... akaka

 

Rabu, Mei 24, 2006 9:41:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Salam,
Blog anda telah dilinkkan.

Sorilah kalau link dulu baru minta izin.

Psss... dah terlepas banyak. No komen.

 

Rabu, Mei 24, 2006 10:22:00 PG, Blogger aNIe

Ermmm...orang laki ni kadang banyak muslihatnya... heheh....

 

Rabu, Mei 24, 2006 12:25:00 PTG, Blogger Izhal

kabare?
saya juga berdarah jawa... tapi jawa separuh melayu separuh...

pandai abang K kita... dosa tipu isteri tak dapat... heheh...

rasa pernah 'landing' di sini satu ketika dulu...

 

Rabu, Mei 24, 2006 1:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Iwan
Kira adik beradik la kot...hehehe

Anda tidak digalakkan menggunapakai aksi2 itu !

babydiana
Betul ! :)

Pegawai khalwat
Salam kembali. Terima kasih. Blog anda juga telah dilinkkan. :)

kak lady
Lelaki: Akal 9, nafsu 1. :D

Izhal
Kabare waras.. tetap berdarah jawa kan...

Landing lah selalu. :D

 

Khamis, Jun 01, 2006 8:41:00 PG, Blogger rudy bluehikari

memang powerlah abg K nieh! salute habih!