Selasa, Mei 02, 2006
Kopi 434 yang terkenal di Muor. Dah banyak kopi aku rasa tapi kopi 434 ini jugak best. Mungkin sebab ditambah margerine. Bukan nak promosi (aku bukan ada share pun....). Sedap diminum begitu saja ataupun dicampur susu. Lebih sedap lagi kalau ada pisang tanduk goreng dan sambal kicap.


Medan Asam Pedas Parit Jawa. Memang dah terkenal. Kalau hari minggu memang sesak. Pengunjungnya dari pelbagai kaum dan tempat, ramai juga yang datang dari Singapura semata-mata untuk menikmati kelazatan asam pedas Parit. Jawa ini.



Di kampung sekarang belum musim buah. Buah-buahan macam rambutan baru nak berbunga. Kalau ada pun yang dah berbuah; mempelam, buah pisang, jambu air, kedondong dan buah getah...


Aku sempat meronda di jeti nelayan pantai Leka di Parit Jawa semata-mata nak tangkap gambar ini. Ramai juga abang dan pakcik-pakcik yang pandang-pandang bila aku tangkap gambar. Ada yang bukan main lagi posing tapi maaf lah, gambar abang dan pakcik tak ada di sini......



Pisang salai ini aku beli di tepi Jalan Muar - Tangkak. Kombinasi rasa kelat, manis dan rasa asap..!!!


Inilah kapcai pertama abah. Masih elok walaupun dah lebih 20 tahun. Tersimpan di bawah rumah. Sesekali bergerak pun ke kedai ataupun ke surau. Kapcai ini jugalah yang sesekali aku pinjam untuk melaram semasa bersekolah menengah dulu. Besar juga jasanya kapcai ini...


Mi siput. Makanan ini cukup popular di Johor. Mi ini digoreng dan lebih sedap kalau dicicah dengan sambal. Sesuai dimakan di tepi tangga sambil mengumpat atau menonton tv. Dibuat sambal masak lemak pun sedap juga.



Ini aku panggil ikan kapak. Ikan masin kesukaan aku. Setiap kali balik Muor mesti beli banyak-banyak buat stok untuk 1-2 bulan. Walaubagaimanapun, bagi yang ada kurap ataupun penyakit 'gatal' tidak digalakkan makan ikan ini.



Pokok Bemban. Ramai tak kenal pokok yang dah hampir pupus ini. Masa aku kecik-kecik dulu pokok inilah kami adik beradik guna untuk membuat senapang dan tombak mainan. Kulitnya boleh digunakan untuk membuat tali. Batangnya juga sesuai untuk sebat....


Pemandangan biasa di Muor. Antenna tinggi mencecah awan. Di sini tak ada Astro pun tak apa sebab boleh tengok channel tv Singapura dan Indonesia. Kalau nak tengok Doraemon cakap Indonesia tengoklah channel Indonesia

Pemandangan Bukit Mor. Dulu-dulu orang takut nak lalu sini sebab diaorang kata berhantu. Tak tahu lah betul ataupun tak. Sekarang bukit ini dah dijadikan tempat bagi orang-orang yang terasa nak belajar panjat dan daki bukit.


Landskap di kampung. Kombinasi pokok ornamental, pokok buah dan tanaman komoditi. Gabungan Ixora sp, Musa sp., Chrystotachys lakka, Elaeis guineensis, Rhododendron sp, Agave dan dua tiga spesis lagi. Rekabentuk hakcipta terpelihara emak aku.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/02/2006 10:20:00 PG. |


55 Ulasan


Selasa, Mei 02, 2006 2:17:00 PTG, Blogger Sastri

wow... byknyer gambar... menarik belaka... thanks hunn sbb kasi mee siput, pisang tanduk, pisang salai, ikan kapak dan jambu air semalam... ikan kapak ni tak penah lagi i tengok setakat semalam... terkejut gak nengok rupanya... ganas semacam jer walau dah tak bernyawa dan dah diasinkan...tak sabar nak rasa mee siput tu... petang ni laaa i gorengkan...

seronoknya dapat balik kampung... bilaa laaa boleh balik kampung nih... huhuhu... sedihnyer...

 

Selasa, Mei 02, 2006 2:55:00 PTG, Blogger JBM8141

alamak bang. mee siput tu lawan dgn sambal tumis ikan bilis.sllurrrp. kopi tu masa aku kat kl, tea lady selalu kirim kalau aku balik muo.

 

Selasa, Mei 02, 2006 3:39:00 PTG, Blogger ontahsapo

wah best best..kasi la byk lagi gambar....terasa mcm pegi sesama jer...mee kuah takder ker...?

 

Selasa, Mei 02, 2006 3:49:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

err.mee siput tu kalo orang utara panggil me sanggul ..sedap letak dlm daun pisang pergh terangkat..

 

Selasa, Mei 02, 2006 4:15:00 PTG, Blogger Mamamanja

wahh... balik kampung! cuti sakan nampak!

 

Selasa, Mei 02, 2006 4:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku rasa..antenna dimuar mmg yg paling tinggi yg pernah aku jumpa...tp baguskan sbb bole mendapat siaran singapura dan indonesia...hehehe...ehhhh...ikan kapak? kegemaran pak mentua ku...hahaha...mee siput dah lama tidak aku makan...susah jugak nak berjumpa..lagi2 disini...

 

Selasa, Mei 02, 2006 4:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
sama-sama hunn...

Gambar-gambar ini memberi makna...terutamanya bagi orang-orang Muor. Benarlah kata orang 'orang Muor lain keakuannya'. Orang Muor lebih selesa mengaku orang Muor dari orang Johor..

jbm8141
best..best.... Ni pun dah terasa tak sabo nak balik rumag pekena dua tiga ketul...hehehe

434 tu dah ada yang uncang tu senang sikit ekk... pehh...baru betul-betul kaw !!

ontahsapo
Tengok gambar-gambar ni, terasa nak balik ke zaman budak-budak... nostalgia betul...

aku bukan bidadari
mee sanggul ekk...memang lazat lagi melazatkan.... hehehe

babydiana
tu belum tinggi lagi tu..ada yang lagi tinggi dari gambar tu...... sayup jer tengok..

 

Selasa, Mei 02, 2006 4:32:00 PTG, Blogger maklang

Lama tak tengok antenna tinggi tu. Sekarang lalu hiway balik JB tak lalulah lagi kat situ.

 

Selasa, Mei 02, 2006 4:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

mari mengambil gambar
mula tangkap dari arah bawah
kendian kiri
kendian kanan
kendian atas.
ok sudah.
jom balik
hahaha

 

Selasa, Mei 02, 2006 5:27:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

la...balik Muo jugak ker...baba pun siap beli kopi 434 tu...BP dulu sekolah kat mana? mee siput mmg sedap!!mee bandung Muar pun best..muahahah

 

Selasa, Mei 02, 2006 5:54:00 PTG, Blogger Sya

BP.. tenguk motor tu teringat kak sya motor bapak, cam tu le, motor tu le jugak kak sya guna utk belajar bawak motor. masa memula belajar.. dah masuk gear baik tak panjat pokok kelapa depan rumah

 

Selasa, Mei 02, 2006 6:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mamamanja
Biasa la..tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat berkubang...hehehe

kadok
Tu la. Mee siput memang tak pernah nampak ada jual kat KL ni... Ikan kapak tu besor, boleh makan tiga empat kali tu....

maklang
Itu lah uniknya. Semua antenna tinggi-tinggi. Cantik pulak kalau tengok dari jauh.

ron97
hehehe..
aku tangkap dari arah bawah jer la ron...

mamarisyia
Mee bandung Muor memang lazat lagi melazatkan...hehehe...Selain dari mee Bandung, juga rojak petis, mee rebus, asam pedas, satey muor....

Dulu SRP kat SMSM. SPM kat STM. Hehehe.

kak sya
hehehe...
Kapcai tu memang sengaja di simpan buat kenangan. Banyak nostalgianya tu...

 

Selasa, Mei 02, 2006 7:28:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Apasal tak cakap nak balik muor. boleh kirim. salam.

motor tu, 'value' dia mahal. jangan jual!

Ps: En. black sedang mempraktikkan teknik fotografi yang telah dipelajarinya.. hahaha!

 

Selasa, Mei 02, 2006 8:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Honda bapak ko sama ngan bapak aku .... selalu gak pakai masa gi skolah , noreh getah.. sampai skang ok lagi ... lagi satu moto honda fin .. perghh!!!!!!

 

Selasa, Mei 02, 2006 8:09:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Honda bapak ko sama ngan bapak aku .... selalu gak pakai masa gi skolah , noreh getah.. sampai skang ok lagi ... lagi satu moto honda fin .. perghh!!!!!!

 

Selasa, Mei 02, 2006 9:05:00 PTG, Blogger Sayuti

nak komen juga, tapi dari ofis ni, satu gambar pon tak nampak. tapi, dari description, macam dekat2 area rumah mentua saya.

 

Selasa, Mei 02, 2006 11:33:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

boleh masuk syllabus geografi ni.

 

Rabu, Mei 03, 2006 12:51:00 PG, Blogger Kaklong Syikin

kecur air liur ingatkan pisang salai..mmg sedap sekali hadap

masa duduk merlimau dulu, rajin p bandar muar..1/2 jam jer drp sana.

 

Rabu, Mei 03, 2006 1:22:00 PG, Blogger KAMATO

kalau sebut muar, teringat mee bandung...... terliur rasa.....

 

Rabu, Mei 03, 2006 9:07:00 PG, Blogger zino

teringat zaman berulang alik ke muor dulu.. setiap bulan ke muor.. bila along bersekolah di sana..

 

Rabu, Mei 03, 2006 9:33:00 PG, Blogger Sir Mute Key Chicks

kalo ke muor,aku teringat stesen bas yang bas dia tah hape-hape.haha.anyway.kampung komemnag cantik dan semua nama saintifik untuk pokok-p[okok tuh dah semakin aku lupa.kecuali musa sp dan juga artocarpus heteropilus dan artocarpus cempedan

 

Rabu, Mei 03, 2006 9:48:00 PG, Blogger kasutVINCCI

teringat masa dok johor dulu. Pisang salai, mee siput, anntenna yg tinggi melangit tu. Waduh..nostalgia sungguh.

 

Rabu, Mei 03, 2006 10:16:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Jowopinter, bila balik muor banyak pulak maklumat yang bawa balik ya, Am yang beruntung dapat byk maklumat baru

 

Rabu, Mei 03, 2006 10:32:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

untuk aku mana blek??

 

Rabu, Mei 03, 2006 10:56:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

gitartong
kalau ditakdirkan aku jadi celebrity agaknya motor tu jadi rebutan...hehehe..

ps: bukan susah tangkap gambar ni GT... dunia digital... hehehe

anonymous
hehehe... sama la... ada 2-3 motor baru, tapi motor itu gak favourite abah aku...

sayuti
kalau mentua anda tinggal di parit jawa dan kawasan sekitarnya...tidak salahlah tekaan abda itu....

nurul bahiyah
dan salah satu promosi cuti-cuti malaysia juga....hehehe

syikin
tapi tak semua jenis pisang sedap disalai kan...ada tu kelat semacam..

kamato
mee bandung memang trademark muor... sekarang perencahnya pun dah banyak dijual merata tempat...

zino
sekarang ni KL-Muor dalam 2 jam lebih sikit jer kalau ikut PLUS, itu pada kelajuan biasa la..... kalau pada kelajuan luar biasa mungkin tak sampai 2 jam kot...hehehe

semut
stesen bas muor sekarang dah berubah wajah... ultra moden...hehehe... tapi tak pasti bas lian ho yang warna kuning tu ada lagi ke tak..

empat tahun nak hafal nama saintifik tu...hehehe

kasutvincci
sesekali tu boleh datang melawat lagi....banyak lagi makanan unik ada...

am
Tak sampai Muor tengok gambar pun ok jugak...

Hidup Muor...!!!

neeziee
aku baru balik dari Imegresen PBD la neeziee...pesal tak call tadi?
hehehe

alang
hehehe...
ikan kapak nilah ikan masin paling best pernah aku rasa sepanjang hidup aku.... rugi kalau tak pernah rasa...

 

Rabu, Mei 03, 2006 11:52:00 PG, Blogger NBK466

Oh...rindunya pada kampungku... Sejak ada highway..jarang lalu BP/Muar..maka jarang nampak ariel2 yg mengalah tuh...

 

Rabu, Mei 03, 2006 12:13:00 PTG, Blogger hamka

aku membaca cerita ini sambil tersenyum..

 

Rabu, Mei 03, 2006 1:50:00 PTG, Blogger Kopi Suam

saya buat aku terkenang nak kembali semula ke zaman muo ku dulu...iskhh sekolah kat muo..jodoh pun dengan orang muo :)

 

Rabu, Mei 03, 2006 2:09:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

gambo ko takde ke black??? hehehe

 

Rabu, Mei 03, 2006 3:10:00 PTG, Blogger WRA

hmmmm....Muor dulu takat lalu aje...selalu lepak kat Mersing ngan Ulu Tiram (solok tuh...heheheh) tapi tak pernah la pulak makan mee, ikan ngan kopi tu...kengkawan saya tak perkenalkan la pulak...yg depa selalu jamu, soto aje...huhuhuhu

 

Rabu, Mei 03, 2006 4:27:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

muahahaha...STM satu sekolah ngan Baba lah....

 

Rabu, Mei 03, 2006 4:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nbk466
Orang memang jarang buat rumah tepi highway.....
sekian, terima kasih..hehehe...

hamka
Bersyukur kerana kita sama-sama masih boleh tersenyum....Nikmat juga tu...

moon
Asam pedas johor rasa dia lain sikit tak macam asam pedas melaka atau negeri 9...kena rasa sendiri baru tau...hehehe

seekor ikan kapak tu boleh makan untuk sekeluarga... satu penjimatan juga tu...

kopi suam
Tahniah, sekurang-kurang masih tak lupa muor..

faizah
Ada la..tu kat celah-celah pokok jambu air tu...hehehe..

alex lacey
rugi kalau tak rasa... sekali rasa nak lagi...dan lagi...dan lagi...


...

 

Rabu, Mei 03, 2006 4:29:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mamarisyia
STM mana satu ni....? hehehe..Kat Muor STM banyak..!!!

 

Rabu, Mei 03, 2006 5:16:00 PTG, Blogger BooK

BP:
muar.
last time aku pegi. on the way back from batu pahat.
kau bayang kan bapak aku suruh balik. semata-mata nak ajak aku pegi makan nasi beriani kat batu pahat.
iii. jimbit betul rasanya.
tapi best lah
tengok aku dah melalut.

muar.
tu la last time aku pegi.

 

Rabu, Mei 03, 2006 6:45:00 PTG, Blogger JBM8141

Sekolah Tinggi Muar, Sekolah Tengku Mahkota, Sekolah Tun Mamat...

 

Khamis, Mei 04, 2006 9:45:00 PG, Blogger Pnut

dulu saya pelik org johor makan goreng pisang cicah sambal kicap..takjub dan heran sangat...
heheeh skrng dah boleh diterima akal...heheheh

tambah pulak mawi org johor...jadi apa berkaitan johor kira belajar terima la... :)

hahhaha over gitu..

 

Khamis, Mei 04, 2006 11:11:00 PG, Blogger aNIe

Blackpurple...banyaknya gambar...kak lady paling tak suka pisang salai tu...bukan aper...dok terbayang yang bukan2....buah bemban...kak lady pernah dengar...tapi tak pernah tengok lagipun...

Tapi bab kopi tu...terasa macam nak kirim kat BP aje bila balik muar tu...beli lebih2...jual kat akak ni...<---peminat kopi ni...teringin nak rasa sedapnya kopi 434

 

Khamis, Mei 04, 2006 1:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ciss..dtg PBD tak bagitau aku lagi.biler nak banjer aku kepsi ni blek..

 

Khamis, Mei 04, 2006 1:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

bukhariramli
sekurang2nya kalau orang bertanya "dah pergi ke muor?", anda dengan bangga boleh menjawap, "dah..."
hehehe

jmb8141
dah dekat2 la tu...hehehe

pnut
kat johor semua benda makanan kalau boleh nak dicicah dengan sambal kicap...hehehe

kak lady
tak best sangat pun pisang salai tu..sebab ada rasa asap...hehehe

kopi 434..betul-betul kaw !... nak berapa paket? hehehe

neeziee
KFC tu anytime neeziee.... nanti2 kalau datang sana aku call dulu...hehehe

 

Khamis, Mei 04, 2006 1:54:00 PTG, Blogger Unknown

He he he...teringat masa belajor kat upm dulu amik hrt2303 (landskap). Ixora sp., Bougenvilla sp., Cestrum sp. dll lagi. Pastu skrang keje jadi system analyst ...

 

Khamis, Mei 04, 2006 2:26:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

STM (Sekolah Tinggi Muo) ada lagi sekolah yg guna STM ni?

 

Khamis, Mei 04, 2006 3:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Kalau balik muo pantai leka mesti tak lupa. mee bandung kat tepi situ sedap gak.

dulu kat bkt mor tu pernah terjadi satu kes potong kepala, dan kepala tu taruk kat jalan yang ko ambik gombo. Ngeri ooo kalau memalam lalu situ....

ikan kapak tu aku cari kat sini memang tak der, ikan kapak pun tak kenala

 

Khamis, Mei 04, 2006 4:59:00 PTG, Blogger cipthowiryawanchannel

tak yah ke muor dah..tgk gambar siap ada penerangan lagik..dah mcm bertravel..hehe..travel maya

 

Khamis, Mei 04, 2006 9:13:00 PTG, Blogger Sayuti

parit jawa dekat2 semerah kan. ye lah tu. mentua saya namanya cikgu jopri.

 

Jumaat, Mei 05, 2006 9:14:00 PG, Blogger Wirawan Terulung

pisang salai??? pebret WIRAWAn TERULUNg tu...iskk!!!!

 

Jumaat, Mei 05, 2006 10:36:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

orocimaru-sama
Graduan BLA ke?...hehehe..tahun berapa?

mamarisyia
STM? Sila rujuk komen jbm8141 di atas...hehehe

jamri
Dulu2 mee bandung manisah kat pt bulat tu sedap..sekarang tak tau la... yg kat bas stand lama tu pun ok gak..

... tangkap gambar tu dari jirat cina...hehehe... kalau betul cerita ko tu memang seram la..

Ikan kapak kat sana jer kot senang cari..

ais putih
Hehehe... promosi tahun melawat muor ni...

sayuti
Cikgu jopri?..nama berbau kejawaan jugak tu..hehehe

Pt Jawa kat Muor...Semerah tu dah sempadan Batu Pahat sayuti...

wirawan terulung
Rupa pisang salai ni buruk tapi rasa sedap (bagi yang suka la....) hehehe

 

Jumaat, Mei 05, 2006 2:44:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

bila tengok gambor pisang salai tu...teringat taim kami pi JB bulan disember tahun lepas...boleh tahan rasanya..bak kata blackpurple...rasa manis, kelat dan asap....hehehee

 

Jumaat, Mei 05, 2006 8:04:00 PTG, Blogger Sayuti

oh, silap tempat. parit sempadan, bukan parit jawa. parit jawa tu dalam perjalanan dari muar nak ke batu pahat.

*malu2*

 

Jumaat, Mei 05, 2006 10:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

azwa
makan pisag salai tu jangan imagine yang bukan-bukan pulak...hehehe

sayuti
hehehe... banyak sangat 'parit', tu yang confuse kot...

 

Sabtu, Mei 06, 2006 2:05:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Bestnya balik Muor. Dah lama tak balik ni. Bukan kata yg kat Malaysia jer bila balik Muor beli kopi 434 tu. Saya yg kat UK ni pun 3 atau 4 bulan sekali mintak mak kirimkan dari Malaysia. Ikan kapak tu favourite saya jugak...Hua..hua....nak balik.

 

Selasa, Mei 09, 2006 2:15:00 PG, Blogger Nashrex

walaupun bp ngan muo dkat.. TAPI MMG DA LAMA X PEKENA ASAM PDAS PRT JAWA!

 

Selasa, Mei 09, 2006 10:24:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

yus
Memang hebat penangan 434 ekk...Sampai UK tu...hehehe

nash
Aku lebih suka kalau emak aku yang buatkan nash...

 

Khamis, Mei 11, 2006 2:52:00 PTG, Blogger Alpha

Black..tank kayu sebab datang menjengah blog aku yang lagi entah ape2 ntah...heheh.

 

Isnin, Jun 26, 2006 3:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

weiii....bestnye ade citer pasal muoo...pt jawa ni . aku keje kat pt jawa jer . mmg best kan sini , nak carik tempat makan senang , nak panjat gunung senang . umah arwah atuk aku kat jalan masuk kubur islam bukit mor je tu . mee siput..... sekilo rm 3.50 jer kat sini . datang2 ler ke sini erk

 

Jumaat, Mac 07, 2008 10:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hiduplah sbg juara