Tengahari tadi Neeziee lunch di restoran KFC kegemarannya di Pusat Bandar Damansara, tak jauh dari ofisnya. Tak lama kemudian, seorang makcik dan seorang nenek berpimpin tangan masuk dan memilih meja bersebelahan dengan meja Neeziee. Makcik itu memesan seketul zinger burger, kentang goreng regular dan secawan Milo. Makcik itu kemudiannya memotong zinger menjadi dua, kentang goreng dikira satu persatu dan dibahagi dua juga dengan nenek itu. Air Milo itu pun dibahagi dua juga ke dalam satu lagi cawan kosong. Neeziee memerhatikan telatah keduanya dengan begitu minat dan rasa kagum. “Makcik dan nenek ni macam itu sekali saling mengasihi sampai semuanya sanggup berkongsi sama-rata….. sesuai kalau dijadikan contoh ni”
Kemudian makcik itu mula makan bahagiannya, sementara si nenek itu pula cuma melihat. Neeziee merasa agak pelik dan semacam kasihan. Dia memberanikan diri mendekati mereka berdua dan menghulurkan seketul ayam gorengnya pada nenek itu, tapi makcik itu menjawap lembut, ‘tak payah susah-susah dik, terima kasih….. kami memang dah biasa berkongsi makanan macam ni…”
Bila makcik itu siap makan bahagiannya dan mengelap mulut dengan tisu, si nenek masih lagi memandang makcik itu dengan wajah yang sayu tanpa menyentuh pun makanan bahagiannya. Neeziee sekali lagi menghampiri nenek itu, “nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka makanan yang ini..”
Neeziee bertanya lagi, “kalau macam tu kenapa makanan bahagian nenek, nenek tak makan..?”
Nenek, “ saya tengah menunggu gigi..… kena bergilir dengan anak saya ni..”
BP: Moral cerita itu? Terpulang pada perspektif masing-masing........
TTFN
Jumaat, Mei 05, 2006 10:14:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
gitarkapok
Betul tu. Jawapan yang begitu tepat dan padat dari cikgu gitar
sayuti
hehehe..
Anda betul. Memang ada versi2 lain macam versi inggeris, jawa dan arab cuma watak dan restorannya agak berbeza.....
darkz05
Kalau bukan anak beranak pun boleh asal sama saiz...kan?
syikin
Perspektif anda ada logiknya. Ini konsep menabung la ni ekk...
Esis
Itu pun satu moral yang bagus. Anda menyentuh soal kebersihan gigi. Anda memang bijak !!!
Jumaat, Mei 05, 2006 10:49:00 PTG, Sastri
hmm... apa ek moral citer ni? hikhikhik...
satu, begitu laaa semangat berkongsi yang amat tinggi dalam diri nenek dan anaknya...
dua, betapa sayang si nenek terhadap anaknya sehingga membenarkan anaknya makan dulu hingga kenyang, barulah dia makan...
tiga, bila makan tu, ingat2 lah, jangan membazir sbb ada orang yang tak cukup makan...
empat, masih ada manusia yang prihatin atas kesusahan orang lain dan masih cuba menawarkan pertolongan/pemberian setakat yang mampu...
lima, sebagai anak, hargailah ibu kita... jangan pinggirkan mereka bila mereka dah tua sedangkan mereka memerlukan kasih sayang kita...
sebenarnya, citer ini ditulis tepat pada masanya... tak lama lagi kan Mother's Day... So, kepada semua ibu di sini dan di mana jua berada, Happy Mother's Day...
Sabtu, Mei 06, 2006 12:53:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
faezhussain
Dr, selamat datang ke dunia JOWO PINTER ...
tq.
Perspektif itu pun satu point yang bagus. Mungkin dua beranak itu sesekali nak merasa makan burger ayam.. Manusia sememangnya sentiasa berperasaan untuk mencuba sesuatu yang baru kan..
sastri
Wah hunn.. speechless la baca komen u yang dari pelbagai perspektif tu. Interesting ..
Nilai murni dan kemanusiaan. Kasih-sayang seorang ibu yang mengutamakan anak (walaupun anaknya yg sepatutnya mengutamakan ibunya yg dah agak berusia...), keperihatinan Neeziee (Tahniah Neeziee...anda telah melakonkan watak ini dengan berkesan !!!)..
SELAMAT HARI IBU....
semut
Anda terlalu teruja dengan cerita ini ke semut sampai komen dua kali? hehehe
"MARI BERKONGSI HARTA BENDA"..? Bergantung juga semut, harta benda apa.. Ada sesetengah harta benda peribadi yg tak sesuai langsung untuk dikongsi-kongsi...hehehe
kamato
Mungkin neeziee belum mampu untuk bersedekah ke tahap itu... Kesediaanya menghulurkan seketul ayam gorengnya itupun dah satu pengorbanan yang besar bagi dirinya.....
Bukan selalu neeziee berpeluang makan KFC kalau tak ada orang yg belanja... hehehe.
ais putih
Anda terkejut dgn jawapan nenek itupun sudah satu komen..! :)
nbk466
Nak ketawa boleh, tak nak ketawa pun boleh. Dalam kita ketawa, carilah nilai moral dan kemanusiaan didalamnya...
Begitulah adanya...
kadok
Oooo kadok pakai gigi palsu rupanya...hehehe
Kalau sama saiz, kalau dah darurat boleh kongsi juga kot kadok..hehehe
Sabtu, Mei 06, 2006 2:21:00 PTG, JBM8141
nenek tu terlupa nak pakai gigi palsu dia yang direndam dalam gelas dengan air sejak semalam yang diletak di... ntah dia tak ingat,...
mereka beli satu set kerana orang tua bukannya makan banyak sangat. kentang goreng tu masin, kang kena darah tinggi susah. rugi beli dua set.
anyway, kasih ibu memang sampai ke kubur...
Isnin, Mei 08, 2006 12:44:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
a.l.a.n.g
Jangan lupa ajak neeziee sekali...hehehe
jbm8141
Ha ah, mungkin dia tertinggal. Orang tua memang mudah pelupa...Kita sangka baik la ekk....
Betul.. Jangan membazir...!
amir azmi
Betul. Junk food tak elok untuk kesihatan. Kalau makan selalu boleh bawak penyakit. Tapi kalau sesekali nak tukar selera ok la kot.......hehehe
ziee
Ziee mana pulak ni? :D
kasutvincci
Ooo..komen anda NO KOMEN rupanya..!...hehehe
adadia
Neeziee, makcik dan nenek itu yang educated sebenarnya...! hehehe..
petiais
Agaknya ibu yg ini terlalu sayangkan anaknya, jadi dia mendahulukan anaknya......
hamka
Buruk sungguh perangai nenek dalam cerita anda itu...hehehe
Moralnya: Jangan potong queue !!!
zino
Cucunya tak ada dalam cerita ini zino....hehehe..
kak lady
Kalau tak nak kongsi gigi... Jaga gigi semasa muda. Gigi palsu mahal nak buat sekarang...!
semut & kadok
Ha ha ha...
book
Cerita ini dah banyak dialih bahasa book...Yang ni versi terbaru...hehehe
neeziee
Hehehe... Memang mulia sungguh budak Neeziee tu.
Moon
Kalau gosok dulu bersih2 sebelum kongsi tu geli masih jugak ke?
Sleepless
Bukan setakat KFC yang untung, neeziee pun akan jadi glamour !!! Hehehe..
Selasa, Mei 09, 2006 12:13:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ibuvouge
Mungkin ada...hehehe
am
Moralnya: baca sambil tersenyum !!!
mamarisyia
Hehehe.... Kena sanggupkan kalau dah darurat..
alex lacey
Sambil2 menjamu mata ekk..!!!
nash
Tengah tunggu Neeziee belanja KFC ni..hehehe
ron97
Biar la sesekali diaorang nak merasa tu... :)
Orochimaru sama
Chicken chop kat KFC tak sedap kot...
moral: kongsi apa saja? bagus.. bagus..
neezie
boleh belanja saya.. tidak perlu susahkan nenek itu..