5 tahun lepas dia memandu kereta mewah bermata belalang. Itu semasa zaman gemilang. Sekarang untuk survive dia membuat apa sahaja kontrak kecil-kecilan. Malamnya berjualan di midnite market sampai jam 3 pagi. Dia pening kepala. Kereta kena juga dibayar kalau tidak patahlah kakinya. Rumah juga perlu dibayar. Anaknya yang 3 orang semua bersekolah. Perut mereka anak beranak perlu diisi. Isterinya sudah lama menjadi suri rumah sepenuh masa. Simpati aku sampai di situ. Aku cuma boleh membantu sekadar mampu. Maklumlah aku pun kurang projek sekarang.
"Tak apalah ... nanti aku cuba ikhtiar lain", katanya. Dulu kawan yang sama-sama ketawa ramai. Itu dulu. Tapi aku kagum sebab dia kuat semangat dan bukan seorang yang pesimistik. Kontraktor selayaknya begitu. "Kalau susah-susah aku cari Ah Long lah... ", dia memujuk hati sendiri barangkali. Jalan penyelesaian yang nampaknya mudah.
Ah....kehidupan. Begitulah. Macam roda. Aku teringatkan Abang Mat. Sekurang-kurangnya Abang Mat lebih bernasib baik dari kawan aku yang seorang ini.
TTFN
Ahad, Mei 14, 2006 12:20:00 PG, Kaklong Syikin
ujian Allah. InsyaAllah adalah hikmahnya tu. mana tau, kalau2 dia berniat dpt projek banyak nanti nak bayar zakat perniagaan, berdezup dpt projek masuk. yelah, kalau kita bernazar utk buat ibadah, senang jer Allah nak makbulkan. insyaAllah. tp jgn tak tunaikan nazar tu udahlah kan..takut Allah tarik balik...
nampaknya BP pun kena sediakan payung sblm hujan
Ahad, Mei 14, 2006 11:37:00 PG, blackpurple @ jowopinter
paydayhealth star
nyc taxi shot
Hehehe...anyway, thanks for visiting my blog...
kingbinjai
Kalau berusaha, lambat laun ada ganjarannya.
gitartong
Begitulah risiko berbisnes GT..
book
Terima kasih book tolong menjawap.....hehehe..
Teringat kat semut. Dulu dia rajin jugak tolong jawapkan komen2 kat sini...hehehe
petiais
Fikirkan yang positif..
Syikin
Ujian Tuhan ada hikmahnya. Kena bersabar. Bersyukur.
bunga rampai
Salam. Tq singgah.. Begitulah kehidupan...
Orochimaru sama
Kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai...
Projek landskap, tak banyak tapi Alhamdulillah..
Ahad, Mei 14, 2006 6:55:00 PTG,
[47] Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
[48] Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
[49] "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
surah Yusof
Isnin, Mei 15, 2006 9:25:00 PG,
ok, ni macam bodoh bunyinya... tapi macam baca kata abang tu bawa keter lampu mata belalang, otak kecil me dok PK apa tau? motor kesatria baja hitam! BELALANG TEMPUR!!!
adoi.. otak masih bercuti wesak lagi kot? bangun otak.. banguuuun! hehhehe.
takpa la, susah la ni, esok lusa kita senang... insyaAllah
Isnin, Mei 15, 2006 12:48:00 PTG, WRA
pernah merasai...tapi bukan saya, my other half...terasa gak tempiasnya...walaupun masa tu saya bekerja, tapi cukup sengkak utk menampung kehidupan...apatah lagi kontraktor ini, wifenya suri rumah...hmmm....kontraktor ini bahagian apa ek? tinggal di mana?
kadang2 my other half dioffer projek, walaupun dia sekarang dah bekerja tetap...kot2 buleh kongsi bersama?
Isnin, Mei 15, 2006 7:47:00 PTG, adadia
Untuk perhatian, jika RMK-9 kata 9 billion utk pembinaan, itu sebenarnya hanyalah harapan-harapan politik untuk menyejukkan hati kontraktor yang sudah panas :p. Pembinaan untuk kontraktor bilis, mungkin tidak sampai 50 juta sahaja manakala lebihan mungkin 500 juta untuk kontraktor-kontraktor cencaru dan 1 billion lagi utk broker-broker jerung. Jadi janganlah didodoi oleh harapan yang nampak macam gunung, tetapi sebenarnya hanyalah gunung kapas. Didaki kita terkambus.
Sekian luahan. haha.
Selasa, Mei 16, 2006 4:14:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
hamka
Terpulang pada individu...
anonymous
Perkongsian yang bermakna...
alang
Abang Mat masih lagi sesimple itu.. :)
aku bukan bidadari
Kawan ketawa memang merata...
azniebunnie
Hehehe. Merc E240..
Kasutvincci
Macam roda..macam merry go round..macam roller coaster....
am
Alhamdulillah..kerajaan masih 'sudi' terima dia kan..
ontahsapo
Kita mentimun OS..digolek luka menggolek apatah lagi... Lain la kalau anda ada kawan seorang MP !
semut
Kat aku tak respect..tak simpati ke semut...hehehe
alex lacey
Kontraktor C & S. Bila syarikat sakit staf lebih lagi sakitnya..
zwitterion
Dugaan. Cabaran. Hikmahnya tetap ada.
Sleepless
Kalau kelas A macam tu..cuba bayangkan kelas BX, C, D, E, F...?
zino
Betul. Kena berjiwa kuat dan tough.
kadok
Ha ah... ayam golek itik panggang, ada duit kawan sayang...tapi tak semua kawan macam tu...
halomagora
Begitulah liku-liku kehidupan seorang kontraktor..
kamato
Sekarang kebanyakan kontraktor memang tak boleh tidur nyenyak...kena kuat semangat...kuat iman...
Adadia
Anda betul ! Yang bilis pun kena bersaing lagi untuk dapat projek yang 'ciput' itu....Kena ada kawan yang boleh suruh 'tutup mata sebelah' lagi...
kunci hilang
Kadang2 memang macam bola.. ditendang ke sana ditendang ke sini..silap2 masuk longkang..
kak lady
Betul. Hakikatnya begitulah...tapi jangan putus asa..Rezeki Allah di mana-mana..
esis
Hehehe... Ah Cong tu siapa?
Moon
Kadang-kadang manusia ni bila masa mewah mudah lupa diri..
nbk466
Anda tau jawapannya....Sekarang bukan setakat cable tapi fibre optic, pelbagai...
sya
Kalau makan gaji, pencen pun tak boleh dapat lagi mata belalang tu kak sya.. kalau mata belalang yang beroda dua tu mungkin la... hehehe
op
Itulah kekuatan dia.... Susah tapi mengalah tidak sekali...Jatuh terduduk sekalipun tapi misai tetap tak jejak ke tanah !!!
faizah
Masa susah beringat. Masa senang dua kali beringat...
if you are useful responsible and compassionate you will be happy