Rabu, Mei 24, 2006
Sarapan Pagi

Di sebuah kafe mini milik seorang abang usahawan. Sedikit mee goreng campur sedikit bihun goreng, sedikit sambal tumis dan telur mata. Teh tarik kurang manis.

Aku, 'Bang, kira bang..'
Abang kafe, 'RM3.00...'
Aku menghulurkan sekeping note polimer RM5.00.
Abang kafe,' Tak ada duit tukar la....Boleh bagi duit kecik tak?'

Alahai... itu baru hulur RM5.00... bukan RM10... bukan RM50... bukan RM100.


Makan Tengahari

Aku, Jam dan Isq. Kami di sebuah kedai makan Gantino. Kebiasaannya kami makan tengahari disitulah. Pilihan lauknya banyak, ikannya dipotong besar-besar dan harganya pun agak murah.

Seperti biasa, sambil makan mata entah ke mana-mana.

Jam, 'tengok tu..'
Isq, 'tengok apa dia..?'
Jam, ' cuba la tengok kat kaunter tu..'
Isq, 'ish...ish...ish... kalau licin, putih melepak tak apa la jugak....'
Aku, ' ...macam batang pokok getah tua ..'
Jam, Isq dan aku, ' ha ha ha'.
Jam, ' Cendawan pun boleh tumbuh tu...'
Kami, ' ha ha ha...'

Bukan tiga pasang mata, berpasang-pasang mata yang lain pun. Fokusnya pada dua orang anak dara berseluar pendek. Memang betul-betul pendek. Jauh lebih pendek dan ketat dari boxer tidur aku.......

Aurat?

TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/24/2006 08:57:00 PG. |


47 Ulasan


Rabu, Mei 24, 2006 2:08:00 PTG, Blogger zwitterion

biasalah lelaki, mengutuk sambil menikmati.:)

 

Rabu, Mei 24, 2006 2:09:00 PTG, Blogger Sastri

hmm... nak komen part sarapan pagi jer dulu... bole kan hunn? :-)

fenomena ni selalu berlaku dengan peniaga Melayu kan? kenapa laa tak boleh nak sediakan duit kecil sedangkan kita tahu dah ada pelanggan yang mungkin baru keluarkan duit dari bank dan note RM50 tu jer la yg paling kecil dia ada... I mean, kedai tu buka hari2, don't tell me u are not aware of berapa besar note yg dorang gunakan untuk bayar... Kalo tak penah pun ada sebelum ni, apa salahnya sediakan jer duit2 kecil agar tak berlaku seperti yang diceritakan?

tengok mcm kedai mamak or chinese,(maybe ada yg penah kena, but ni based on my experience), tak penah pun tanya soalan takde duit kecil ker? walau note yang dihulurkan adalah note RM100...

my grandma pun ada gerai minum... selalunya malam tu dia akan tanya kami cucunya ataupun anak-anaknya, ada duit kecil tak untuk ditukar dgn dia bagi membolehkan keesokan harinya perniagaan dia berjalan dengan lancar dan takkan terkeluar pun soalan 'takde duit kecil ker?' kadang dia mintak my mum tukarkan kat bank (masa tu mum masih keje lagi dgn bank).... but then again, my grandma bukan Melayu... jawa campur cina... tak kisah la apa bangsa pun, yang penting bila berniaga, sikap yg baik, kena la ditiru...

 

Rabu, Mei 24, 2006 2:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kesian sastri tulis panjang panjang

saya setuju!

 

Rabu, Mei 24, 2006 2:20:00 PTG, Blogger Sastri

tu baru first part tu ron... :p

 

Rabu, Mei 24, 2006 3:06:00 PTG, Blogger zwitterion

yg saya komen tadi untuk makan tengahari.
sarapan pagi? no komen..haha

 

Rabu, Mei 24, 2006 3:14:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

zwitterion
Bukan mengutuk....kesian melihat anak dara sebangsa dan seagama berpakaian seperti itu...
Orang akan kata, "anak siapalah agaknya?" emak bapak yang dapat nama... :)

sastri
Panjang komen tu hunn....
Itu salah satu yang membezakan usahawan 'orang kita' dengan usahawan 'bukan orang kita'.. :)

ron97
Ringkas komen anda tapi cukup bernas...hehehe..

 

Rabu, Mei 24, 2006 3:21:00 PTG, Blogger Alpha

Pasal sarapan : Itu la kebanyakan peniaga kita...dari meniaga makan sampai kedai runcit...nasib baik pam minyak tak camtu....

Pasal lunch : awek mana pakai shorts tu? Pelanggan? Budak jaga kaunter? Selain tak tutup aurat, dari gaya cerita tu, menayangkan kaki yang berbunga-bunga...sungguh tak sensitif dengan pandangan orang lain!

 

Rabu, Mei 24, 2006 3:33:00 PTG, Blogger Izhal

memang saya dengar dah makin 'trans baju hujan' pakaian orang2 malaysia la ni... heheh...

 

Rabu, Mei 24, 2006 3:40:00 PTG, Blogger Wirawan Terulung

Sedikit mee goreng campur sedikit bihun goreng, sedikit sambal tumis dan telur mata. Teh tarik kurang manis. --> RM 3 hengget??

kalo kat kedai mak cik kerek yang hakus selalu makan tu, baru 2 hengget jer...muahahah!!!!!

 

Rabu, Mei 24, 2006 3:57:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

kihkihkih....rupanya korang tengok betis anak dara...aku ingatkan kaunter bayaran tu yang berkulat2...kenapa tak tanya jer kat awek tu...Cik adik manis..kaki u kena sakit kulit ker?muahahha ada berani?

 

Rabu, Mei 24, 2006 3:58:00 PTG, Blogger Unknown

BP...!

part breakfast no komen. kdg2 wa pun kene cam lu gak..

lunch...wa rasa wa pun rasa cam nak tumpang gelak gak. 2 namanya x sedar diri la tuh!

 

Rabu, Mei 24, 2006 4:44:00 PTG, Blogger KAMATO

meniaga tak berapa maju, nak beli kain duait tak cukup, tu yang pakai pendek he he....

 

Rabu, Mei 24, 2006 4:59:00 PTG, Blogger Unknown

Hahahahah...betul kata .:halogamora:. tu. Memang tak sedar diri. Kalau di Sheffield ni pun, tak pernah saya nampak mat/minah salleh berseluar pendek, kecuali yg suka berjogging pagi2, itupun jarang2. Mungkin sebab di sini cuacanya sejuk.

 

Rabu, Mei 24, 2006 5:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

alpha
Sikap kot..

Pelanggan. Berbunga-bunga..berawan larat....berbatik-batik...hehehe

izhal
Mengalahkan 'minah salleh' .. :D

wirawan
Itulah yang membezakan kafe dengan gerai...!

Mamarisyia
Saya tertengok. Tu pun tengok 'sebelah mata'...hehehe

halomagora
Hehehe. Nak tarik perhatian kot...

kamato
Hehehe. 2 anak dara tu pelanggan sdra kamato.

yus
Dah terlalu maju cara berfesyen kat Tanah Melayu ni agaknya... :D

Moon
Mungkin la...(bersangka baik...)

Memang panas...hehehe

 

Rabu, Mei 24, 2006 5:45:00 PTG, Blogger Nashrex

kutok2 gak ek.. mata tu pandang bertalu2.. kalau supermen, mau tebakor slua pendek tu.. haha

 

Rabu, Mei 24, 2006 8:20:00 PTG, Blogger Unknown

murah.. tapi duit kecik tarak.. macam mana nak niaga?

 

Rabu, Mei 24, 2006 8:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

pehal tak gi tego..rugi la camtu.klo tak leh kenal2..

hai cik adik..leh saya londeh...

 

Rabu, Mei 24, 2006 9:51:00 PTG, Blogger WRA

itu fenomena biasa - dua2 sekali i.e. tak de duit kecik dengan pakai seluar kecik :D

 

Rabu, Mei 24, 2006 11:02:00 PTG, Blogger LindaMunshi

Mcm btg pokok getah tua? Cendawan pun leh tumbuh? Amboi mulut org jantan...very the laser...hehehe

 

Khamis, Mei 25, 2006 2:11:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Ish seronok tengok peha perempuan kan? nak tanya skit, mukanya macam pokok getah, peha dia macam mana? gebu tak? Hahhaah...aurat aurat..

 

Khamis, Mei 25, 2006 5:35:00 PG, Blogger tuan tanah

kat malaya kan takde winter?

 

Khamis, Mei 25, 2006 8:10:00 PG, Blogger Pandang Dengar Diam

kedai mana kamu makan...nanti cuaca pangil penoreh getah datang toreh...biasa tuh dia orang nih...

 

Khamis, Mei 25, 2006 8:27:00 PG, Blogger kasutVINCCI

persoalannya, mampu kah encik BP menelan makanan setelah melihat batang getah yg nak tumbuh cendawan tu?

 

Khamis, Mei 25, 2006 8:31:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Sarapan pagi.
Aku cadang hang bayaq saja RM5 tu. Esok mai makan lagi kata, "semalam saya dah bayar RM5, ada baki RM2 lagi, so ari ni saya bayar RM1 je la." Bijak tak solution aku?

Makan Tengahari.
Aku rasa awek tu tak ada duit nak beli cermin kat rumah dia kot. Yang ada cermin tingkap dengan cermin bedak buat tenyeh gincu dengan lipstik. Mana la dia nak perasan ada spora ke tak. Jangan salahkan depa, salahkan kulat. He he he....

Pss.... pagi jamu tekak, tengahari jamu mata. Malam jamu apa pulak?

 

Khamis, Mei 25, 2006 8:50:00 PG, Blogger Sir Mute Key Chicks

kau nih.iskiskisk.

kulat tuh leh masak ker?
haha.ke,'kulat' lain yang kau nampak.ahaks

 

Khamis, Mei 25, 2006 10:12:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

oit, kedai gantino tuh kt mana?? heheh

 

Khamis, Mei 25, 2006 10:24:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

PK
hahahaha!

blackpurple
hahahaha! lagi!

 

Khamis, Mei 25, 2006 11:11:00 PG, Blogger Kaklong Syikin

mahai gak sarapan pagi tu. terfikir gak, napelah depa ni malas nak standby duit kecik siap2 dah tau awak tu berniaga kedai makanan camtu.

seluar pendek? saja depa nak bagi angin masuk..selesa barangkali.hah..ini rasanya menyokong hak eprsamaan di antara lelaki n perempuan. tp kalau kena usik marah pulak..dah sendiri tadah,sendiri mau ingatlah.

 

Khamis, Mei 25, 2006 11:45:00 PG, Blogger zino

zino pernah kena sekali di sebuah kedai makan .. nak sarapan ni.. nampak ada "tulis roti bakar ada di jual disini".. oder le.. nak tau apa dia cakap..

bang, roti bakar dah habis.. masuk akal le pepagi buta tu roti dah habis..!!! jawab le roti belum beli lagi... atau senang jawab je hari ni kami tak berniaga.. haha..

 

Khamis, Mei 25, 2006 12:16:00 PTG, Blogger arianna adrizal

cerita sarapan pagi tu buat sy terasa lapar.. hehe. tp.. cerita makan tengahari tu buat sy rasa muak pulak.. balik2 org melayu..

Isq, 'ish...ish...ish... kalau licin, putih melepak tak apa la jugak....'----> yg cantik tak apa, yg tak cantik, aurat? biasala tu.. hehe..

 

Khamis, Mei 25, 2006 12:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nash
Aku tertengok la...! hehehe

orochimaru
Tulah masalahnya....

Neeziee
Isk..isk..isk... not my taste...hehehe

alex lacey
Biasa yang jadi terbiasaan..

sarah's mummy
me'laser' pada batang pokok getah tak salah kan... :D

kingbinjai
hehehe..

dobot
yang batang pokok getah tu la... :D

tuan tanah
modenisasi...globalisasi...fesyen... :)

 

Khamis, Mei 25, 2006 1:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

cuaca
hehehe.... harga getah pun mahal sekarang !

kasutvinci
kalau buat-buat tak nampak, makan tetap berselera....:D

pegawai khalwat
Bijak...bijak...solusi satu lagi; tulis dalam buku 3 lima. Cukup bulan kira !

Tak kan tak perasan bila dah rasa rasa gatal2 dek spora tu? :D

Malam...makan jamu awet muda..!! hehehe

semut
Orang jawa panggil jamur... Kalau jamur yg betul buat sambal pun sedap... :D

Faizah
Sebelah kedai Beryani tuh...hehehe

Gitar
Aku pun nak ha ha ha..

alang
Kalau tak nak dikata, pakai la elok2 sikit... :)

syikin
RM3.00 tu standard la kat sini..

Kalau selalu masuk angin boleh lemau...

Zino
Betul tu bang... Menu tu buat syarat je kot..

arianna
Moralnya: tutuplah aurat !

 

Khamis, Mei 25, 2006 3:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kena puji tu sebenarnya anak daraI tu. punya keyakinan diri yang tinggi.
depa yakin 100% kaki depa tu cantik, tu yang dok tayang kat orang lain.

bangga wooo bila lelaki dok jeling tengok. tak kisah kutuk ke apa ke, janji lelaki tengok... berkepal-kepal angin kentut berkumpul dipweot tanda bangga...

muahahhahaha

 

Khamis, Mei 25, 2006 3:43:00 PTG, Blogger NBK466

BP...adakah mungkin anak2 lale tersebut SLEEP WALKING???? HA..HA..HA..HA..

 

Khamis, Mei 25, 2006 3:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

dah jadi mayat kelak..baru tutup habis litup dengan kain kapan

 

Khamis, Mei 25, 2006 3:59:00 PTG, Blogger budd

kalu kau datang blog aku jgn lupa bawak awek yg pakai seluar pendek yg lebih pendek & lebih kecik dari boxer kau tu ye... jgn lupa ye! aku tunggu :))

 

Khamis, Mei 25, 2006 4:59:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

azniebunnie
Banyak betul nick anda...hehehe

Oooo...baru tau, macam tu rupanya nak menguji keyakinan diri ...! :D

nbk
Jauh betul dia sleep walking ekk...

anonymous
Betul tu .. Macam cerita dalam entri saudara tu...

psst... pakai anonymous pulak ni...

babydiana
Ehh...garang bunyinya tu BD... :)

budd
Lama tak nampak sdra?

Kau nak orangnya ke seluarnya ni? hehehe

 

Jumaat, Mei 26, 2006 12:57:00 PG, Blogger FaEzHussain

cerita pasal kes sarapan pagi, teringat saya iklan kat RTM satu masa dulu

mamat:mintak stamp 20sen (dia bg RM50)
pegawai pos :maaf incik pagi-pagi ni kami takde tukar.
mamat:(tengking)err(kes hampir terlupa skrip) inikah perkhidmatan yang ceeekap (tergagap sikit)!!!

satu lagi insiden, masa saya kerja di kedai franchaise 24jam, ada org beli maggi 50sen, bg duit 100, saya bagi syiling seringgit sebanyak mungkin, ambik ko...:D

orang malaysia nak menyamakan diri mcm orang barat. siang panas tenghari pun pakai sweater. siang panas tengahari pakai seluar pendek. mana satu yang betul ni?

 

Jumaat, Mei 26, 2006 1:05:00 PG, Blogger aNIe

Tu...senario makan tengahari tu...ade toleh kali ke 2 tak?...hehehe

 

Jumaat, Mei 26, 2006 10:20:00 PG, Blogger Rie

betisnya macam batang getah.. ish pengotor.

 

Jumaat, Mei 26, 2006 12:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

faezhussain
Patut2 la kan... Kalau beli gula2 cuma 4 biji tapi hulur RM100...tu kira melampau la..

Agaknya untuk membunuh kulat2...! :D

kak lady
Ada yang toleh sekali, ada yang 2X..mungkin ada yang berkali2...hehehe

esis
Seni... :D

 

Jumaat, Mei 26, 2006 2:29:00 PTG, Blogger KAMATO

ingatkan awet pakai pendek tu anak towkey kedai he he.....

 

Jumaat, Mei 26, 2006 6:53:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tangkap la gambar sekali leh aku tengok

 

Isnin, Mei 29, 2006 4:32:00 PG, Blogger kunci hilang

masjid di hadapan bangunan JPJ tu ke?

 

Selasa, Mei 30, 2006 5:41:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kamato
Kalau anak towkey tu...lepas ni takde selera dah nak datang lagi.... hehehe

anonymous
Ish...ish..ish..

kunci hilang
JPJ mana pulak ni KH?

 

Ahad, Jun 04, 2006 6:08:00 PTG, Blogger JBM8141

'kesian melihat anak dara sebangsa dan seagama berpakaian seperti itu...'

pasti ke mereka tu Islam? mungkin berbangsa melayu, tapi beragama Islam?

'Pilihan lauknya banyak, ikannya dipotong besar-besar dan harganya pun agak murah.'

ini ayat cover je niii... hehehe