Selasa, Mei 30, 2006
Hari ini keluar agak lewat. Waktu-waktu begini MRR2 terutamanya di Pandan Indah tidak begitu sesak, pada kelajuan biasa dalam 30 minit pun sudah boleh sampai ke ofis. Kalau pada kelajuan luar biasa, tak payah ceritalah. Tentu boleh sampai lebih awal dari itu.

Di tempat letak kereta, Jalan Bandar 3, berhampiran Balai Polis. Seorang kakak dan seorang budak perempuan dalam lingkungan 8 - 9 tahun, mungkin emak dan anak. Boot hadapan kereta 'Kancil'nya terbuka. Terbongkok-bongkok kakak itu. Ada botol mineral ditangannya. Anak perempuannya menjilat-jilat ais krim.

Aku mendekati, "ada masalah ke kak?"

"Kereta makcik ni 'temperature' naik la encik........dah telefon anak makcik tadi.....dia kata kena isi air...ni la makcik tengah isi ni...". Kakak itu lebih selesa membahasakan dirinya makcik. Agaknya dia merasa sudah berusia atau memang aku yang kelihatan masih seperti remaja...? He he he.

Aku, " tapi yang itu bukan tempat air untuk 'radiator' kak... itu tempat air untuk 'wiper'.."

"Ye ke..? Makcik manalah tau encik...makcik tau bawak aja...."
Kakak itu seperti malu-malu.

Mujur juga aku parking disebelahnya...

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/30/2006 12:16:00 PTG. |


68 Ulasan


Selasa, Mei 30, 2006 1:19:00 PTG, Blogger artisticklytouch

tempreture naik...uih, bahaya tuh! pernah mengorbankan RM1,100.00 aku di tengah bulan. Ini pun sebab tahu bawak je (Orang lain ye bukan aku)

 

Selasa, Mei 30, 2006 2:41:00 PTG, Blogger ontahsapo

at least dia tahu dimana letaknya enjin kereta....

 

Selasa, Mei 30, 2006 2:46:00 PTG, Blogger kasutVINCCI

agaknya kalau kv pun rupe nya sama cam makcik tu!

 

Selasa, Mei 30, 2006 3:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tergelak besar Am baca cerita ni BP, kesian akak tu, nasib baik PB sudi membantu

Am pernah kena dulu nak isi minyak motor pinjam dari member tapi tak tahu macam mana nak buka tempat duduknya, nasib baik org tolong, cover malu, kata saja pinjam motor ni bang hehehe

 

Selasa, Mei 30, 2006 3:35:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

ahakss...tak berani nak gelak kuat2 takut nanti kena kat aku balik!!Sib baik 'Uncle' BP..anak mak cik tu kasi rasa eskrem jugak tak? :)

 

Selasa, Mei 30, 2006 3:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ooooo, dekat balai polis .. hehehe, weit, paking ctu?? kena bayarkan

 

Selasa, Mei 30, 2006 3:44:00 PTG, Blogger zino

nasib baik dia tak buka penutup minyak itam tu isi air hehe..

nasib baik ada BP sebagai penyelamat..

 

Selasa, Mei 30, 2006 4:01:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

hmm..pengajaran besor, jgn reti bawak keta jer, segala isi dlm keta terutama enjin n tayar keta mesti pandai belek. ni utk saya ni.

 

Selasa, Mei 30, 2006 4:12:00 PTG, Blogger Lan Rambai

BP masih remaja rupanya ekekeke. Bini aku tau ke tak tempat masuk air ni ek? Nak kena tanya niii

 

Selasa, Mei 30, 2006 4:15:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

artisticklytouch
Memang bahaya... silap2 boleh terbakar tu..!

ontahsapo
...dan tau macamana nak buka boot depan tu...:)

kasutvincci
Perempuan pun kena tau juga sikit2 yg basic pasal kereta ni KV..:D

Am
Hehehe...sekurang2nya hari ini kakak tu dah belajar satu perkara asas pasal kereta..!

mamarisyia
MR tau ke mana satu tempat isi air radiator tu?

pembetulan: 'abang' BP la...hehehe

faizah
Ada stiker Ahli Majlis la... Esok2 kena parking tempat lain pulak la ni...hehehe

zino
Tu la...nasib baik...Hari ini jadi hero sekejap... :D

Syikin
Betul. Berguna semasa kecemasan...!

Lan rambai
Muda remaja...hehehe. Balik ni baik kau tanya....

 

Selasa, Mei 30, 2006 4:17:00 PTG, Blogger zwitterion

aku pun mempunyai persamaan kuadratik ng mak cik tu..
kakak tu saje bahasakan dia mak cik..spy kau lebih terharu nak tolong dia..ini softskill..haha..

 

Selasa, Mei 30, 2006 4:43:00 PTG, Blogger Rie

ko la manusia mulia itu.

 

Selasa, Mei 30, 2006 4:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku punya masalah yg sama..tapi bukan mengisi air pd tempat yg salah ye..semalam baru kutukar motor kipas itu...tapi bila pulang kerumah..suhu kembali naik..melayang aku rm120..menurut teman..mungkin fius yg mnenjadi masalah...itulah..kalau pandai membawa sahaja...

 

Selasa, Mei 30, 2006 5:13:00 PTG, Blogger azlina zabha

I cannot believe that the purpose of life is to be happy. I think the purpose of life is to be useful, to be responsible, to be compassionate. It is, above all to matter, to count, to stand for something, to have made some difference that you lived at all.

 

Selasa, Mei 30, 2006 5:33:00 PTG, Blogger Alpha

Tu yang kengkadang terkeluar sexist remarks : pompuaaannnn.....

 

Selasa, Mei 30, 2006 5:50:00 PTG, Blogger hamka

bagus amal makcik tu..di takdirkan berjumpa dengan jejaka yg baik.

 

Selasa, Mei 30, 2006 5:56:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

zwitterion
Ooooo...ye ke? baru tau... :)

esis
Tak semulia mana pun... hari ini hari dia... :)

kadok
Dah check compressor sekali ke bang..?

ikoko
Macam biasa tengok kata2 tu...tapi di mana yek... :D

Alpha
Yang tu no comments...hehehe

Hamka
Jejaka yang baik? Hehehe......
Hari ni hari kakak tu...esok lusa hari kita pulak...

 

Selasa, Mei 30, 2006 6:15:00 PTG, Blogger Unknown

Tergelak sendiri, kalau saya pun agaknya sama macam akak tu, pandai bawa jer, lain..tak tahu. Kena beringat sebelum kena ni kan.

 

Selasa, Mei 30, 2006 6:33:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tolong menolong amalan mulia

 

Selasa, Mei 30, 2006 7:13:00 PTG, Blogger sinaganaga

Dude,
Tayar yang mana satu dude? Aku naik lrt je...

 

Selasa, Mei 30, 2006 8:11:00 PTG, Blogger WRA

oo...itu normal la tu...mana boleh nak serba tau...bagi can la kat lelaki jadi gentleman sekali-sekala heheheheheh

 

Selasa, Mei 30, 2006 8:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

owh..aku takde kereta.lagi la tak ambik tau langsung pasal kereta

 

Selasa, Mei 30, 2006 11:30:00 PTG, Blogger Izhal

memang pinter en blackpurple ini...

MRR2 bukan kena tutupke???

 

Selasa, Mei 30, 2006 11:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Wa bagus la ko BP aku tabik kat ko.

 

Rabu, Mei 31, 2006 12:41:00 PG, Blogger aNIe

Hehehe...akak lady ni pun tak pandai bab isi2 air kat kete ni...pandai sikit2 je...seb baik ade kawan pejabat hubby yang sedia membantu bila kak lady telefon aje...hehehhe

 

Rabu, Mei 31, 2006 1:19:00 PG, Blogger FaEzHussain

tuan BP,
hahaha...isk...gelak gelak, kang kena muka sendiri. mmm saya ni, bawak kereta pun tak sure cekap lagi ke tidak, inikan nak isi minyak sendiri. isi air lagi lah....tukar tayar? lagi tak reti.

 

Rabu, Mei 31, 2006 8:48:00 PG, Blogger Pandang Dengar Diam

ALAMAK! tetiba cuaca terasa sendiri....sama cam makcik tu reti bawa jer....*mrasalah nanti klu dlm keadaan gawat panggil kamu.hehehe

 

Rabu, Mei 31, 2006 9:20:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Makcik tu... ehemm.... kakak tu pandai sebenarnya. Dia nak bukak radiator, tapi panas.

Dia letak lah air kat tempat wiper. Boleh cuci cermin kereta sementara radiatior sejuk.

He... he... he.....

Psss.... bila hang bukak radiator tu, dah panas ke sejuk?

 

Rabu, Mei 31, 2006 10:35:00 PG, Blogger arianna adrizal

syabas! satu contoh rakyat Malaysia yang prihatin.

ada hikmah juga dia salah buka penutup.. kalau dia terus buka penutup radiator yg tgh panas tu.. bahaya..

kadang-kadang perempuan ni bukan tak tahu tp sengaja tak ambil tahu. sbb kalau semua perkara dia da tahu, mesti suami atau bf akan ckp 'eh, awak kan da tau. buat lah sendiri..'

saya, belajar dan buat sendiri kerana tak mahu dilabel 'tau bawak aje'. :)

 

Rabu, Mei 31, 2006 10:40:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

nasib baik ko ada. moga nanti murah rejeki ko

 

Rabu, Mei 31, 2006 10:45:00 PG, Blogger azlina zabha

bila nak update ni..

dah 31 May nieh.. erm..

 

Rabu, Mei 31, 2006 10:56:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

yus
Yang basic

darkz05
dah kebetulan kat sebelah pun.. :D

sinaganaga
Tayar spare... ha ha ha..

Alex lacey
Rujuk komen 'alpha the kerastangan'...hehehe

neeziee
tak ada tak mestinya tak payah ambil tau neeziee... mana tau awek kau ada kereta nanti...? :D

izhal
tu MRR2 kepong...ini MRR2 dr Sri Petaling..

cikguonline
Tq. Bukan susah sangat pun...

kak lady
Itu kalau ada kawan...kalau kat workshop silap2 kena 'ketuk' tatu...

faezhussain
itu lah yang tersirat di sebalik cerita ini... hehehe

cuaca
Laaa... kan boleh panggil la AAM...hehehe

pegawai khalwat
Hehehe. Teori yang masuk akal juga tu....

Masa aku sampai, dah suam-suam kuku.... :D

arianna
Tahniah buat anda. Sesekali apa salahnya berdikari... :)

kingbinjai
InsyaAllah.... :)

ikoko
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... :D

 

Rabu, Mei 31, 2006 11:05:00 PG, Blogger Unknown

hahahaahahaa! adoi...camne nih..apa apa pun at least she's being honest.

Remaja? isk isk isk...suka ati lu la..

 

Rabu, Mei 31, 2006 1:13:00 PTG, Blogger Unknown

ok lagi tu.. aku pernah tersilap isi diesel dalam tangki minyak motor bapak aku...

 

Rabu, Mei 31, 2006 1:37:00 PTG, Blogger Sya

kak sya pernah buka radiator tuh dgn menggunakan kain tetiba air memancut keluar... pastu ngan bodohnya masa enjin panas masukkan air.. teruslah masuk air kat enjin.. dah le kena overhaul le pulak... kira makcik tu nasib baik le

 

Rabu, Mei 31, 2006 2:11:00 PTG, Blogger NBK466

Sib baik takdir meletakkan hang parking sebelah makcik @ kakak tuh BP. Nasib baik masuk tpt wiper.. kalau masuk tempat minyak hitam tak ke haru biru kelabu ungu?

 

Rabu, Mei 31, 2006 3:49:00 PTG, Blogger Mamamanja

hehehe... MM pun sama gak! tau bawak jerk. Tu pun sib baik tau camner nak isi minyak. lelain tuh serah kat pakwe jerk ler...

tapi sebelum kawin dulu MM penah gak kena temperature naik nih. masa tuh kat kampung umah akak lak tuh tengah uruskan pasal dokumen nak nikah. abg ipar lak x reti sebab dia xde keter. dah tu lak bajet xde. masa tu nak kawin 2 minggu lagi.. pening paler dibuatnya.

nak balik kl sensorang ngan keter bermasalah takut ler plak. sudahnya pakwe turun dr kl naik bas amik kat kampung. balik kl pakwe yg bawak keter tapi perjalanan 2 jam setengah jadik 4 jam sebab xleh laju... ikut lane kecemasan jerk! huhuhuhu

 

Rabu, Mei 31, 2006 4:03:00 PTG, Blogger Wirawan Terulung

sib baik dia x isi air dalam enjin...
kalo tak, beruang pun hilang bulu..
hahahaha...!!!

 

Rabu, Mei 31, 2006 4:09:00 PTG, Blogger KAMATO

kesian akak tu, nasib baik ada jejaka remaja berhati mulia macam tu, kalau tak tak turun2 lah temperature tu...hehe

 

Rabu, Mei 31, 2006 5:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

halomagora
tu la untungnya 'awet remaja'... :D

orochimaru
Laaa.. diesel kan bau & warnanya lain ...

kak sya
Masa masih panas2 tu, boleh melecur kalau kena kulit. Wap dia pun boleh tahan panas...

nbk
Di tempat yang betul, pada masa yang betul.... :)

mamamanja
Sampai macam tu sekali....kena belajar sikit2 mana yg basic tu MM. :)

wirawan
Tak baik kau kata anak kakak tu macam beruang....

kamato
Tabik la pada jejaka remaja itu... hehehe

 

Rabu, Mei 31, 2006 5:59:00 PTG, Blogger LindaMunshi

Kalolah aku berada dlm situasi makcik tu...all I can say is *matilamak!

 

Rabu, Mei 31, 2006 7:55:00 PTG, Blogger Sayuti

eh, saya pon macam makcik itu juga. tak tahu mana satu radiator kereta.

betul!

 

Rabu, Mei 31, 2006 9:05:00 PTG, Blogger Unknown

wakakakaka. air radiator dlm wiper!

jangan dia tersilap taruk minyak hitam dalam radiator dah la.

 

Rabu, Mei 31, 2006 9:16:00 PTG, Blogger cipthowiryawanchannel

bukan ade kene ajar ker time ambik lesen keter benda benda gini neh..hihihi..daku belum kena lagik..sebab tak penah bawa keter..lesen pun tade..

 

Rabu, Mei 31, 2006 10:49:00 PTG, Blogger zulkaplye

hahaha.. damn funny...

gile ramai pengunjung ko ni BP... femes lagi baik hati ko upenye. bangge aku sekaum...

 

Rabu, Mei 31, 2006 11:23:00 PTG, Blogger Izhal

terbaca komen Tuan kat blog Kamato... MLA??? Mara Language Academy ke??? saya pernah gak masuk situ heheh...

 

Khamis, Jun 01, 2006 2:12:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam. Warna hitamungu yang baik. Dan aiskrim tu ... paddlepop?

 

Khamis, Jun 01, 2006 4:00:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

nasib baik kor checkan mak cik tu punya engin. Kalau tak, mesti dia akan jalan balik bila air dah penuh. Lepas tu terpaksa berhenti balik sebab engin panas. Bila bukak engin, air ada lagik.

Sure mak cik tu akan heran...dan menangis tepi jalan kerana keganjilan itu.

 

Khamis, Jun 01, 2006 4:00:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

nasib baik kor checkan mak cik tu punya engin. Kalau tak, mesti dia akan jalan balik bila air dah penuh. Lepas tu terpaksa berhenti balik sebab engin panas. Bila bukak engin, air ada lagik.

Sure mak cik tu akan heran...dan menangis tepi jalan kerana keganjilan itu.

 

Khamis, Jun 01, 2006 8:55:00 PG, Blogger rudy bluehikari

kabare wong jowo muar. nyong jowo banting. nyong wes katam kabeh blog koe. jempol habis!

 

Khamis, Jun 01, 2006 8:59:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sarah's mummy
Hehehe.... baik cepat2 ambil tau..

dugong senyum
Dah kebetulan ada kat situ bang... :D

Sayuti
Ye lah tu...hehehe... tangki air tau?

Kel@mbu
Tak baik kau ketawakan kakak tu tau...

ais putih
Tak pasti pulak kurikulum baru ni...:)

zulkapyle
Hehehe..Tq. taengok muka kau pun dah tau 'sekaum'...:D

izhal
MLA - Master in Landscape Architecture.

Bunga rampai
Salam. Jalau tak silap ais kerim kon. :)

Dobot
Mana kau tau yang kakak @ makcik tu akan menangis....


rudy bluehikari
Kabare waras kang. Wong Banting yo. Cepak karo ngomah Arwahey Hj Sidek la ki yo..

Wes katam? Tq. Cerito bioso waey kang. Hehehe...Mampir-mampir kene la selalu kang... Engko aku lebok kea blog mu enggon link ku..

 

Khamis, Jun 01, 2006 10:12:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kau sungguh budiman kerana berhenti kereta ditepi jalan untuk membantu makcik itu

aku tahu, kau mahu aku puji

 

Khamis, Jun 01, 2006 10:32:00 PG, Blogger Korakora

jowopinter, itu nasib baik tempat wiper. kalau masukkan tempat minyak?

 

Khamis, Jun 01, 2006 11:43:00 PG, Blogger Unknown

cerita pasal temperature kereta naik ni boleh menurunkan temperature orang yang suka naik temperaturenya...

 

Khamis, Jun 01, 2006 3:35:00 PTG, Blogger Literature Sushi

pakai air mineral untuk isi dlm radiator keta memang digalakkan esp di Malaysia yang air paipnyer kurang sesuai untuk diminum kereta/orang.. he..he..

 

Khamis, Jun 01, 2006 4:29:00 PTG, Blogger arianna adrizal

wah.. seronoknya org tu, da jumpa geng berbahasa 'german'! :D

banting mmg sinonim dgn rumah bekas pemain badminton negara tu. banting juga sinonim dgn purata penduduk berbangsa jawa. sepasang telinga sy ni pun sudah biasa mendengar 'ngomong2 jowo' tapi masih belum pandai menyebut.

 

Khamis, Jun 01, 2006 5:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ron97
Apa pulak berhenti tepi jalan...kat parking la... :D

bukunota
Kena overhaul la nampaknya...

Jiwa rasa
Ye kah?...Seperti anaknya yang menjilat2 ais kerim itu kah?

Moon
Remaja tu bawah 35 tahun kan...?

Cuba rujuk komen 'Alpha the kerastangan' tu moon...:D

babydiana
Tabik kenapa pulak ni BD?

raiedzall
Yang tu SYABAS (kalau kat sini la..) kena jawap..!

arianna
Germany kan bakal host 'World Cup'...hehehe

Biasakan mendengar..nanti biasa lah pula menyebut..! :D

 

Khamis, Jun 01, 2006 10:13:00 PTG, Blogger Nashrex

miahahaha... lawak ahh..

*padahal aku sndiri pun bukan tau sgt mna satu tmpat air utk radiator ni..

haha

 

Jumaat, Jun 02, 2006 8:08:00 PG, Blogger BooK

BP:
nasib baik die tak tuang air mineral tu kat dalam tangki minyak.
'mak cik tak tau. mak cik bawak aje'

 

Jumaat, Jun 02, 2006 11:25:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nash
Kau ni buat malu lelaki la.... hehehe

book
Hehehe.... makcik dah belajar satu benda baru.....

 

Jumaat, Jun 02, 2006 11:30:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kereta saya, saya tau la tempat air radiator nya. tapi kereta orang lain, minta maaf, tak tau saya.

 

Jumaat, Jun 02, 2006 12:38:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

NBB
Sekurang2nya anda tau kereta sendiri......itu pun sudah cemerlang.. :)

 

Jumaat, Jun 02, 2006 10:08:00 PTG, Blogger MA

Ada satu kisah dulu my friend (guy) tolong satu awek kat tengah jalan. Kes serupa. Bila my fren ckp kat awek tu :

"Air (radiator) dah kering ni "

Awek tu boleh jawap : " Eh , bawak kereta pakai air yer ? Ingat pakai minyak ajer."

Moral of the story : Invest ler RM 5 sebulan dgn AAM. Habis cerita.

:-)

 

Ahad, Jun 04, 2006 5:32:00 PTG, Blogger JBM8141

pengalaman aku keje kat pam minyak. nyonya mintak tolong tengokkan kancilnya masih ada minyak atau tidak. minyaknya full. dia tak tau mana satu meter minyak.

 

Isnin, Jun 05, 2006 4:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak andeh
Tq sebab singgah dan mengomen di sini..

Betul. Nak selamat subscribe AAM tapi kalau tambah air radiator tak kan nak panggil AAM kot... hehehe

JBM
Nasib baik nyonya tu tak 'berat mulut'... :D

 

Rabu, Jun 07, 2006 6:59:00 PTG, Blogger Sastri

Memang it can't be denied, most woman drivers hanya tau 'bawak' kete jer... In my case, tau gak laa sikit2, radiator tu kat mana, the sorts laa...Tu pun refer kat my dad... Luckily I have you hunn... So, apa2 u laaa kena tolong :p

 

Khamis, Jun 08, 2006 8:57:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
Hehehe.... U lain la hun....... :)