4 sekawan. Di tempat letak kereta Jln Bandar 3. Di depan kedai dobi, disebelahnya kedai roti.
Jam, "kita nak jumaat kat mana ni?"
Aku, " jangan kat Wangsa Melawati dah la... situ 'parking' leceh sikit..."
Isq, "masjid Klang Gate la.. situ cepat habis.."
Hal, "kat Sri Rampai pun best..ada bihun sup power.."
Jam, "macam-macam la korang ni... nak sembahyang ke nak apa?....dah la menumpang... !"
Akhirnya destinasi yang biasa. Masjid yang selalu aku dan Jam pergi.
Selepas
Dah beberapa jumaat aku perhatikan makcik ini. Bukan orang tempatan rasanya. Hari ini makcik itu masih setia di situ. Berhampiran gate masjid sebelah tepi, bersebelahan longkang besar. Bersila macam biasa, macam 2 - 3 minggu yang sudah-sudah. Posisi juga sama. Masih lagi memegang kole plastik warna yang sama, nampak didalamnya beberapa note seringgit dan syiling.
Cuma yang tak sama anak kecil yang diribanya. Hari ini lain. Macam magic. Boleh bertukar-tukar pulak anak makcik ini.
TTFN
Label: Jumaat
Sabtu, Mei 27, 2006 11:02:00 PG, zwitterion
kadang2 kesian..tapi ada orang yg lebih susah dari dia,berhempas pulas buat keje itu dan ini nak cari rezki..
tapi kadang2 aku fikir, kalo takde org jaga anak dia, mcm mana dia nak keje lak..(berbaik sangka)..anak dia bertukar-tukar tu lain ceghita,aku pn tak tau..
itu br nak g solat jumaat, belum lagi terawih..haha
Sabtu, Mei 27, 2006 2:29:00 PTG, Pegawai Khalwat
Masjid dekat rumah aku, tempat aku solat Jumaat, ada satu kedai nasi kandar, yang menyedekahkan nasi kandar tiap minggu, dua bungkus besar.
Tau siapa yang dapat dulu? Sebelum bungkus nasi kandar itu belum sempat mencecah tangga masjid?
Bukan... bukan makcik minta sedekah, tapi budak-budak kawasan tu.
Yang tukang minta sedekah, terus minta sedekah, walau ada yang bertukar anak.
Pss... aku heran, anak-anak depa ni, tido je keja, tak bergerak skit pun. Aku tengok anak aku dengan anak orang lain cergas semacam ja. Mungkin tak cukup makan kot (atau terlebih makan?)
Sabtu, Mei 27, 2006 4:55:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
cikguonline
Iyelah tu..dengan umur macam makcik tu, kagum la kalau boleh melahirkan anak ramai lagi.. :D
neeziee
Wak kerang tu sapa?
gitartong
Hehehe..
Baik aku panggil Karam Singh Walia terus...
orochimaru
Dekat-dekat zoo negara tuh.. :D
dobot
Hehehe.... masalahnya makcik tu faham ke cakap melayu?
tuan tanah
Sambil menyelam minum air tu TT. :)
sayuti
Nanti jadi macam kes
Amina Wadud tu pulak.. :)
kamato
Boleh buat part time sewa anak ni...hehehe
book
Sebelum - ada sorang kawan ni pulak pilih tempat yang ada pisang !
Selepas - agaknya la... makcik tu ada anak kembar yang sebaya kot !
ps: tabik la kat makcik tu...dah berusia pun boleh ada anak kecik lagi...
izhal
Tak kuasa aku...! hehehe
zwitterion
Menadah tangah lebih mudah dari membanting tulang.. :)
faisaltehrani
Salam.. tak sangka pulak sdra sudi 'mengomen' di sini...:)
Kalau seorang bagi dia 60 sen, kalau 10 orang dah RM6..kalau 100 orang.... itu baru sehari... ???
sarah's mummy
Kalau niat kita betul, tetap ada ganjarannya...
pegawai khalwat
Jangan emak dah ayah budak-budak tu yang suruh ambil dah la... :)
pss.. ha ah kan, tidur memanjang. Kalau jaga pun muka sayu memanjang..
Ahad, Mei 28, 2006 2:07:00 PG, WRA
lenkali jangan menyimpang kalau nak beribadah heheheheh
mungkin kedengaran zalim, tapi saya kurang memberi pada yg meminta ditepi2 jalan kerana org dpt melihatnya....lebih suka menjadi penderma anonymous, dengan itu ikhlas itu lebih senang hadir....kalau depan2 org ni, sikit sebanyak takut timbul riak....
Ahad, Mei 28, 2006 10:28:00 PG, Alpha
Senangnya nak semayang kat Mesia...boleh pilih masjid!
Aku masa kat KL dulu semayang masjid Paki sebelah balai Jalan ang Wangi pasal dekat sanagat ngan opis...cepat plak tu...heheheh
Pasal pengemis....easy money man!
Dan teringat aku kat Changlun ni...ada sepasang suami isteri dengan anak dua orang, memimpin seorang ibu tua yang buta. Sampai disimpang masuk pasar malam, si ibu ditinggalkan bersama tupperware dan hailer....si ibu membaca ayat2 lazim....siling dan ringgit diberi, si anak dan keluarganya pergi berjalan di pasar malam......
Ahad, Mei 28, 2006 4:13:00 PTG,
kat pasar2 mlm sekitar jb, peminta sedekah dia sungguh menyeramkan. dgn tak de kaki/tangan diaorg baring kat tengah jalan tpt org sesak2 tuh. pastu kadang tu siap dengan seleranya diorg makan. aku pernah jugak nampak peniaga pasar malam tukar duit kecik ngan diaorg.
soalannya, sapa yg hantar padahal nampak diaorg tu x boleh bergerak pon. lepastu kat pasar malam tmn U, skudai dgn pasar mlm permas jaya (jarak lbh kurang 30 km), pasar malam BBU pon pengemisnya org yg sama. silap2 kat pasar malam pasir gudang pon diaorg sampai.. luas betul pasaran diaorg. x pernah plak nampak diaorg kena kejar dgn majlis bandaran
Isnin, Mei 29, 2006 12:20:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
artisticklytouch
Salam. Mungkin mereka tahu jemaah2 di situ ramai yang pemurah kot..
alex lacey
Tangan kanan memberi, biar tangan kiri tak tau... samada nak memberi pada orang sebegitu terpulang pada hak individu...
alpha
Mana taknya kat keliling ofis aku ni jer ada 5 masjid berdekatan !
nurul hawa
Salam. Mungkin ada yang menghantar dan mengambil mereka2 pergi dan balik ..silap2 ada quarters !
raiedzall
Salam. Kerjaya paling mudah !
kingbinjai
Subur betul makcik tu... :D
kasutvincci
Ada yang akan berkata "biarlah....asalkan tak mencuri...."
ron97
Melampau. Sudah la meminta2... boleh demand lagi tu..
faizah
hehehe.. carik, jangan tak carik......
aku rasa dia pakai sihir la....