Malam itu malam kemuncak. Malam majlis penganugerahan nama gelaran oleh Setan Gondol, organisasi senior tak berlesen paling berpengaruh di blok P. Tempatnya di sebuah bilik paling hujung, tingkat satu. Enam senior berwajah selamba, berlagak ganas tapi kacak dan mesra. Aku juga.
Malam itu beberapa junior terpilih akan dikurniakan nama gelaran. Nama yang akan digunakan sepanjang bermastautin di situ dan kalau serasi akan kekal selagi tak hilang dari ingatan. Yang istimewanya, bukan sebarangan junior layak terpilih. Hanya yang betul-betul berkarisma dan agresif.
Masing-masing hanya dibenarkan memakai seluar panjang, tanpa baju. Seorang demi seorang dipanggil masuk. Selainnya berbaris lesu di koridor. Mata masing-masing nampak layu. Setiap seorang melalui ‘siksaan’ yang berbeza. Menyanyi, berjoget, berenang di atas katil, berlakon, membaca doa iftitah, ayat lazim dan qunut, menjawap soalan trivia mengarut dan bermacam-macam lagi. Kami berenam menonton show percuma dari berbagai-bagai badut malam itu. Kelucuan tanpa batasan. Majlis diakhiri dengan setiap seorang berdiri sebelah kaki di atas kerusi, memegang ‘cokmar istiadat’ dan membaca ikrar dan mengumumkan nama gelaran.
Majlis haram itu berakhir hampir 4 pagi. Kami bukanlah zalim. Sekurang-kurangnya kami lebih bersopan dan bertamadun dari geng ‘Serdang Heli’ yang pernah popular di satu IPTA dulu. Jauh sekali sampai berbunuhan seperti ragging zaman sekarang.
Saat itu bermulanya kemesraan dan keakraban antara senior dan junior. Po’*n, Kenit, Balau, Cendol, Togel, Markonah, Sontoloyo dan beberapa lagi nama yang masih kekal sampai sekarang. Hari ini, masing-masing sudah berkerjaya.
Entah kenapa aku rindukan saat-saat itu. Di mana agaknya mereka sekarang.
TTFN
Label: Retrospektif
Rabu, Jun 28, 2006 9:45:00 PG, blackpurple @ jowopinter
sastri
Nostalgia.... nick mana yang kenal tu? he he he..
Wirawan terulung
Satu cara mengikat silaturrahim tu........
Yus
Betul. Seronok apa...........
Raf
Kalaulah dapat balik ke zaman tu.........
Dobot
'Dobot' tu dapat dari mana? Sapa bagi? he he he..
Kamato
Ooooh... nama'kamato' ni ke bang? :D
Alpha
Junior yang pernah 'kena' dengan senior lebih rapat dan 'kamceng' dgn senior......itu lah kelebihannya..
Faizah
ooooo...Bulet..Apasal aku tak pernah kenal kau ha...? He he he..
Rabu, Jun 28, 2006 2:22:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Zwitterion
Kitaorang bukan buli, kita orang 'berkenal-kenal'dengan cara yg kreatif.. .. :D
Kingbinjai
Rindu pada zaman2 itu....
Zino
Kalau jumpa diaorang lagi, memang nak kena 'pau' la... he he he..
Moon
Itu aktiviti yang sihat..asalkan berpada-pada dan berjaga-jaga..... he he he..
esis
Dalam 6 orang tu, aku yang paling budiman.. ha ha ha..
Iwan
Yang tictactoe tu sapa bagi? he he he
Tiara
Yang 'itu' bukan maksudkan yang bahasa utara tu... Yg ni maknanya lain.. :D
Sarah's mummy
Bunyinya sama macam yang 'itu' tapi maknanya lain la.... he he he..
Sleepless
Nostalgia.......... tak ternilai harganya.. :)
Ontahsapo
Bukan jahat la. Nakal jer. Biasa la senior kena tunjuk macho kat junior. he he he.
Khamis, Jun 29, 2006 8:41:00 PG, arianna adrizal
buli skrang dengan buli dulu mungkin lain ~ dari segi kaedahnya, penyampaiannya kan kan..
*pernah dibuli tapi sbb sy adik angkat kpd pen.ketua blok, trus keluar memo dan seingat sy la.. budak yg membuli sy tu terus kena tendang dari kolej. errk, mcm kes pembuli yang dibuli aje.. atau dlm bahasa mudah, buli balik haha.. :)
Khamis, Jun 29, 2006 10:29:00 PG, blackpurple @ jowopinter
nbk466
Dulu2 kalau SKEMA, pakai slack, kemeja pastu pen tersusun kat poket depan, bawak fail, rambut belah tepi. he he he
Halogamora
Bla sorang2 ingat balik..memang best...syahdu pun ya.. :D
Hamka
Ada seorang dua kawan aku pun macam tu........
Raiedzall
'Tart' sedap sikit bunyinya..kalau 'rempeyek' ke... 'dodol' ke... takde nilai komersial langsung ! hehehe
Sayuti
He he. Zaman kau dah takada ragging2 rasanya kan.....
Orochi
Lepas malam tu kami lebih 'kamceng'... Sekarang kalau jumpa, siap la kena 'pau' he he he.
Izhal
Kesian nak 'pau' diaorang. Baru masuk, scholarship pun tak dapat lagi... he he he...
Alex lacey
Itu nostalgia... bila kena dulu rasa geram, sekarang seronok kalau diingat2 balik... :)
Cikguonline
Versi yg ni kami yang meragging.. hehehe
Sikenit
Ha ha. Buli la tu namanya....Kalau outdoor tu lagi la teruk...
Tuan tanah
Tak ada nick name. Cuma 3 huruf terakhir nama betul. :)
Iwan
He he he. Tu cuma untuk yg makan cili.
Arianna
Betul tu. Sekarang di IPTA tak ada dah ragging2 ni. Kalau buat, silap2 boleh jadi kes...
Angah
Rugi la student sekarang tak merasa macamana kena ragging ..
Kuey wong jowo ngendi...? Ojo isin2 mampir kene meneh !
Bunga Rampai
Nostalgia. Ada yang manis, ada yang pahit. Tapi semuanya indah.
Jumaat, Jun 30, 2006 1:01:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
JBM
Rugi la tak rasa suasana macam tu... he he he..
Senior tahun berapa tu..? :D
Op
Semua pernah buat... Tak buat rugi ! he he he
Ron
Itu lah. Budak-budak sekarang ada campur unsur2 dera fizikal... Tak pandai pakai psikologi...
Kak Lady
Sekarang, Kalau kena tangkap, silap2 kena gantung ataupun terus kena buang...
Kadok
Ye ke? IPTA mana ni? Dulu kau pakai nama apa? He he he..
Jumaat, Februari 16, 2007 11:57:00 PG,
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Alarm diagram door fire Christy canyon doing anal Hospital video camera policies Late period after clomid Restoration parts for 1965 oldsmobile starfire sex web cams in the uk cam free portal web msn messenger web cam camera cartoon fuck porn Financial advisor superannuation ottawa Digital mart photo print wal http://www.direct-insurance-travel-travel.info Ways to enlarge penis size http://www.webcam-girls-3.info/webcam-pal-andorra.html web site developer Fat rssian girls http://www.transvestite-stories.info/Boiselivewebcams.html Red jacket north conway
hunn... nostalgia ek... gambar takde ke? keskeskes...kenapa ada sesetengah nama tu cam kenal je ek? :p