Aku di situ kerana temujanji dengan seoang kontraktor. Ada lawatan tapak ke satu banglo milik seorang Pak Arab betul-betul di puncak Bkt Setiawangsa.
Dua pusingan mencari parking yang kosong, menghampakan. Aku mengambil keputusan menunggu sahaja di situ. Mengharap ada kereta yang akan keluar. Alhamdulillah, setelah 10 minit menunggu ada sebuah kereta keluar. Aku mengundur untuk memberi laluan. Signal terpasang.
Tiba-tiba, sebuah Proton Satria entah dari mana datangnya ‘menonong’ masuk ke tempat yang kosong itu. Plat nombornya cantik. WAN. Dua digit.
Dia membuka pintu. Seorang wanita rupanya. Celebriti. Wajahnya memang cukup terkenal.
‘Saya dah lama tunggu tadi…..’, aku. Nada yang geram.
‘Yer ke? Tak apalah saya cari tempat lain…Sorry la…’, mujur dia mengaku silapnya. Tadi dia tak perasan, mungkin. Aku puji yang itu.
‘It's ok. Tq..’. Aku senyum. Sengih. Sengih bermakna.
Kalaupun dia celebriti top sekalipun bukan bermakna semudah itu bagi aku untuk memberikan tempat yang kosong itu padanya. Apatah lagi di tempat, ketika dan saat yang sebegitu. Itu kalau aku.
TTFN
Isnin, Jun 19, 2006 10:58:00 PG, kingbinjai
abah aku dulu kene camtu la tunggu lama parking alih alih masuk satu kete lain plak. abah aku tegur la mamat tu (mamat tu bawak wife ngan dua anak dia) cakap "saya dah lama tunggu parking nie" alih alih mamat tu bawak kuar stering lock nak hentak abah aku.
sedih la beb, melayu skang banyak yg kuang ajo!
Isnin, Jun 19, 2006 3:15:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kingbinjai
Tu dah kes road bully tu...!
Izhal
Dia takut gak kalau kena report kat Nas Ahmad 'terjah'... he he he..
nbk
Pasal parking pun boleh masuk court wooo....
mamrisyia
Garang MR ni.. :D
Ontahsapo
He he he. Tak kuasa la OS. Nanti dia perasan popular pulak....
Cuaca
Tak baik macam tu cuaca. He he he
Zwitterion
Tu la. Nak kena modify lagi nampaknya ni...
Hak tetap hak !
Ibuvouge
Lepak kat puncak tu ke IV?
Am
Nak cepat masa tu. Kalau tidak mau jugak mintak dia belanja... He he he..
Sarah's mummy
Cuba check kat JPJ? WAN XX. He he he..
Amboi..Mod kat situ ekk...
Selasa, Jun 20, 2006 8:43:00 PG, blackpurple @ jowopinter
mamamanja
Orang kita selalu malas nak Q. Itulah dia.
Amanitium
Teka jangan tak teka...He he he.
Yus
Ada masa beralah juga. Tengok pada keadaan.....:)
Neeziee
Tak salah tapi serba salah... :D
Adadia
Sesi meneka masih dibuka... he he he...
Kamato
Betul. Dah standby kamera dalam kereta. :D
Kak lady
Sepatutnya dia yg mintak otograf saya ni... he he he
Raiedzall
Wah... peminat tegar CT ni ekk... Datuk K tak minat? :D
Selasa, Jun 20, 2006 5:42:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
hamka
Kalau kereta mayat kena bagi laluan la. Tapi sebab apa pulak kereta mayat nak parking situ? :)
Pegawai
Huh. Macamana kau boleh terfikir ke Wan yang itu pulak ni? . He he he.
Zino
Tok arab tu buat renovation ID , upgrade landskap. Dkt dgn rumah Menteri Wilayah tu. :)
Wah, Zino ni authority kat kwsn situ rupanya... Boleh tutup mata sebelah tak? He he he..
Tak mintak otograf ke hunn? :p
Sib baik dia nak keluar dari parking tu, sesetengah drivers are selfish, dorang boleh wat tak tau jer walau ditegur...
p/s : ni access card my house... www.sastris-ramblings.blogspot.com... :D