Bravo’s penuh sesak. Meja di bahagian dalam penuh, di bahagian luar pun hampir penuh. Musim FIFA World Cup ini Bravo’s menyediakan 2 skrin besar. Itu tak termasuk 3 buah TV skrin leper. Tak hairanlah mampu menarik ramai orang.
Cuma agaknya malam minggu yang ini agak berlainan sedikit. Selain menjamu selera, masing-masing menunggu pertemuan England – Paraguay agaknya. Ada yang datang berkeluarga, ada yang berteman, ada yang berkumpulan. Lebih seronok menonton beramai-ramai. Barangkali.
Kami di baris ketiga. Tempat yang agak strategik juga. Aku, nasi goreng ikan masin, telur dadar, sup ayam dan air suam.
Perlawanan baru 4 - 5 minit. Goooool…….!!! Riuh rendah. Bingit. Tepuk sorak. Dan di antara bunyi sorakan itu termasuk sama sorakan seorang kakak. Bersemangat betul dia. Betul-betul di depan kiri meja aku. Dua orang anaknya bertepuk tangan. Suaminya nampak lebih cool. Siapa kata Piala Dunia ini cuma kegilaan kaum lelaki….. He he he.
Malam itu, kepuasan tergambar di wajah penyokong skuad Beckham itu walaupun cuma menang dengan gol free. Di Bravo’s itu juga, terasa keajaiban dan keunikan Piala Dunia. Sama-sama melupakan seketika perbezaan ideologi, fahaman politik, ras dan agama…..
Aku, tetap Brazil. Anda…?
TTFN
Isnin, Jun 12, 2006 10:51:00 PG, blackpurple @ jowopinter
sastri
Germany? tau dah... hehehe
neeziee
Habis kau minat apa neeziee? Guli? :D
Alpha
He he he. betul. Dorang suka player yang macho2 jer....tapi yang tak macho macam Ronaldindo tu pun ramai jugak perempuan minat...
kingbinjai
Sek Men. Teknik Cheras tu ke? he he he
Faizah
Kau ni minat Myteam ke minat kat KJ? atau Shebby? atau Jason Lo? :D
PB
BRAVO'S.... Puchong Utama.. he he he..
Isnin, Jun 12, 2006 3:44:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
syikin
hehehe.... ramai perempuan yang dah gila futsal sekarang ni....
gitartong
Tak perlu dihadam GT... tengok jer.. :D
aku bukan bidadari
Jangan abaikan team underdog... hehehe
Sokong biar lah berpada.... :D
kasutvincci
Dah agak dah.... pemain2 Trinidad & Tobago tak minat ke KV? hehehe
hamka
Sama la kita... :)
ontahsapo
Kira menang nasib la kot...
Kita tengok dulu macamana game seterusnya.....
mamamanja
he he he. neutral la ni..
Am
Yes.. Brazil..!
pegawai khalwat
Kalau nak tengok siang, kena tengok kat Germany tuan pegawai.... :D
Zino
Kalau tengok sorang2...sunyi sepi..memang tak seronok bang.... :D
esis
Tak apa.. kau boleh tengok bola lain.... he he he..
nbk
Tapi ramai yang order air jer kot... hehehe
Selasa, Jun 13, 2006 12:42:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
halomagora
Bravo's tu restoran melayu ala-ala SOULed out... hehehe
JBM
Pasukan Asia suka juga esp Korea... pernah menjadi saingan Malaysia suatu ketika dulu... kini meninggalkan kita jauh ke belakang..!
Bunga rampai
Brazil adalah kemestian... :D
Kak lady
Yeah... sorang lagi Brazil...! hehehe
Yus
First round ni belum panas lagi... masuk second round nanti baru betul2 best....
Sherrina
Myteam tu kena tunggu 15 tahun lagi baru masuk Piala Dunia kot.. Kena usaha lebih keras..!!!
Sleepless
Gigi dia dah tak penting, skill tu yang mahal....! :D
Arianna
Perempuan suka England bersebab....hehehe
Cuaca
Kirim jersi boleh? hehehe
mamarisyia
Jepun dalam 8 minit terakhir bolos 3 biji.... kesian.... :(
Izhal
Hidup Brazil....!
Selasa, Jun 13, 2006 1:02:00 PTG, LindaMunshi
Laki aku pi London hari tu...habis diborongnya jersey Brazil utk anak-anak aku. Dia tak suka England. Dia kata overrated.Lol.
Aku pulak? I don't understand anything about football. Yg aku tau pasal football ni ialah:
1. Masa aku kat France masa musim FIFA '98, ramai mat salleh hensem separuh bogel berpeleseran
2. BOCA tu adalah club dan bukan jenama sukan mcm NIKE
3. Ronaldinho takde kena mengena dgn minuman Drinho, dia buka adik beradik dgn Ronaldo dan dia bukan Jawa spt yg aku sangkakan tatkala mula-mula terlihat rupa dia. :P
Selasa, Jun 13, 2006 3:40:00 PTG,
hari ini
di klinik kesihatan kangar
seorang makcik
umur 80 tahun
membebel panjang
anaknya yang dikejut malam tadi
tidak mahu bangun menemannya
Puas ditampar tampar punggungnya
Penting
tapi anaknya tidak memahami
memang,
memang anaknya tak paham
langsung tak paham
hari ini
di klinik kesihatan kangar
seorang makcik
umur 80 tahun
membebel panjang
bagaimana jepun boleh kalah semalam
biarpun tok dan tokwan pemain itu mungkin pernah merampas ubi kayunya dulu
hari ini
di klinik kesihatan kangar
seorang makcik
umur 80 tahun
membebel panjang
tekanannya darah masih tinggi
doktor nasihatkan dia banyak rehat dan hati hati makan.
Rabu, Jun 14, 2006 10:38:00 PG, blackpurple @ jowopinter
romantis selatan
Macam merry go round pun ya... :)
Raeidzall
He he he. Tapi dia tu kekadang terlebih bersemangat...
Kunci Hilang
Malam tadi Korea Selatan pun cemerlang..!
Tuan tanah
Gigi Ronaldinho tu jugak yang menjadi tarikan ekk..... hehehe
Semut
Trinidad? Wah... anih juga citarasa kau ni semut...
Book
Ramai peminat Brazil ni.... :D
Rabu, Jun 14, 2006 5:45:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
lan rambai
Wah... konpiden jer kau... Brazil nak buang mana? hehehe
artisticklytouch
Kita sama2 nantikan 9 July.... D
Alex lacey
Dengar pun dah kira participate tu... hehehe
Romantis Selatan
Myteam? ha ha ha.. tak berani nak komen... nanti KJ marah...!
Kak sya
Saya faham...... :)
Arianna
Apa yang dah kunci hilang tiru...? :D
Memang ada kaum Hawa yang meminati bola sepak... World Cup la katakan... 4 tahun sekali... Ada yg memilih utk lepak di kedai2 bagi mendapat kepuasan menonton di skrin besar, ada juga yg prefer tgk kat rumah, keselesaan dan kepuasan yg berlainan...
Me root for Germany :)