Dia seorang perempuan. Cantik dan manis. Masih terlalu muda. Bukan 17 tahun, bukan 27 tahun, jauh sekali 37 tahun. Dia cuma 7 tahun. Baru darjah satu.
Peperiksaan baru-baru ini dia berjaya mendapat nombor tiga di dalam kelas. Walaupun dia gagal mendapat nombor satu atau dua, keputusannya itu masih dikira lebih cemerlang berbanding 36 orang lagi kawan-kawan lain sekelasnya. Dia sememangnya murid yang pintar. Layaklah dia cemerlang.
Sebagai galakan dan tanda kasih sayang juga barangkali, mamanya memberinya hadiah. Bukan kotak pensil, buku cerita ataupun magic colour pen…..tapi telefon bimbit. Jenama Nokia model terkini. Harganya tak semahal mana, cuma dalam seribu lima ratus ringgit sahaja…!
Bertuah dia. Tak ramai yang seusianya bertuah sebegitu. Zaman kita dulu-dulu lagilah, jangankan Nokia terkini, Nokia terkuno pun belum tentu dapat memiliki.
Itu baru nombor tiga, kalau nombor satu? Itu baru peperiksaan darjah satu, kalau UPSR? PMR? SPM?
Seribu lima ratus ringgit itu nilai gaji sebulan si Salleh, site supervisor aku tapi bagi mereka yang terlebih mampu apalah sangat…
Note: 'Page' ini kekadang bermasalah masa 'loading'. Nak kena pakai 'template' yang 'standard' balik nampaknya..... Maklumkan pada saya jika anda juga bermasalah menjenguk 'page' ini. Tq.
TTFN
Khamis, Jun 22, 2006 5:30:00 PTG, Sastri
wow, mewahnya... sas masa kecik2 dulu dapat nombor 1 pun takat dpt hadiah kat sekolah...parents mmg tak penah bagi...cuma kalo dowang outstation, belikan buku2 je(tu yg jadik ulat buku tu)... dowang selalu ingatkan betapa susah kehidupan dulu...selalu ingatkan syukur dgn apa yg ada, tak mampu nak mewah2 pun...
hopefully, by the time sas ada anak sendiri, sas pun akan amalkan mcm parents sas tu... Insya Allah...
Khamis, Jun 22, 2006 5:55:00 PTG,
aku dulu nombor satu dalam sekolah masa darjah satu darjah dua dan darjah tiga.dapat hadiah kotak pensil ngan pensel sebatang pemadam satu.pastu dapat stokin sepasang.hehe.setiap taun.darjah 4 pindah skolah pekan.dapat gak bawah 10.tapi tak macam skolah lama kat kampung.tak dapat hadiah langsung.hahaha.
Khamis, Jun 22, 2006 11:36:00 PTG, Izhal
dulu2 mana boleh bagi nokia, jenama tu tak wujud zaman kamu sekolah dulu... heheh... gurau saja...
mengarut la hadiah macam tu... anaknya bijak, ibu bapanya tak begitu pintar...
page ni ok je load di sini laju... mungkun pasal rumah saya guna 50MBps punya line yang bayarannya RM60 sebulan, tak macam stramx yang menipu rakyat... adeh, maaf ya tmnet, saja nak perli cemerlang gemilang terbilang tmnet...
Jumaat, Jun 23, 2006 8:34:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Neeziee yang nakal
Wah...murid genius jugak rupanya dulu kau ni ye... he he..
Amir yg kacak
Kalau duit dah berlebih, nak bagi apa pun boleh..... :)
Cikgu di atas garisan
Zaman dah berubah cikgu.........
Yus yg jauh
Saya pun rasa macam tu........
Izhal Jepun
Dulu2 yg ada model Motorola yang besar macam bekas air tu kot.... he he..
Dah tak ada pilihan. TMnet saja la... he he
Dr. Faezhussain
SPM cemerlang nanti dapat kereta sport .....!
Pegawai cegah khalwat
He he he.
Boleh jadi calon menantu.....
psss..tq.
Semut yang anih
Tq. Aku cuma nak buat survey psl kelajuan... he he he..
Kita serupa semut. Tetap bersyukur kerana hari ini menjadi manusia....
Jumaat, Jun 23, 2006 3:22:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Alang-alang
Tefon antik macaman tu alang? Yang macam bekas air tu ke? :D
Raja kepada binjai
Zaman sekarang pun budak sekolah dah pakai komputer....
Bulan
Hendaknya macam tu lah. Kalau boleh pakai nak buat apa tukar?
Sanchai celup
LULUS SPm tu apa? Berkias-kias pulak kau ni...
Pak kadok
Tau. Telefon yang kau cerita dalam entri kau tu kan... he he he..
oroci yang pelik
Gaji boss dia pun kau nak tau.... :D
Ayu yang ayu
Kalau hp free ok lah tu... :D
Halo yang bermagora
Zaman dah berubah.......... :D
Mama yang manja
Moral: Berpada-pada dan gunakan pertimbangan yang logik. :)
plat no nbk466
Public phone lagi untung. Tiap-tiap hari dapat syiling. he he he
Jumaat, Jun 23, 2006 6:39:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Lan sungai rambai
He he he. Mudah-mudahan jadi tokey kilang telefon la...
Kak Sya
Kalau mampu pun biarlah berpada..kan?
Kak Lady
Itu lagi dahsyat..!
Amanitium itu
Masuk air ke?. he he he..
Book si buku
Lokasinya? kat atas tu... hehehe
1/2 kata ok. 1/2 kata tak ok. Blog kau pun sama, kekadang laju, kekadang berjanggut tunggu...
Faizah gadis di ofis depan
Asalkan boleh call in, call out, sms kira ok la... he he he..
Sabtu, Jun 24, 2006 4:22:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
dru yg lembut
Dah rezeki mereka..
Tq for d link..
Raeidzall si perantau
'Tali pinggang' kulit ke 'tali pinggang' pvc tu? hehehe
kamato nun di Jerman
Saya pun... :)
Syikin ibu mithali
Belikan yang seadanya tanda ingatan. Agar rasa dihargai. :)
Tuan kepada tanah
Boleh apply tu TT... :D
Zino yang macho
Rasanya dia banyak gunakan hp tu untuk main games dari menelefon... hehehe
Mama kpd sarah
Itulah masalahnya.....
Ahad, Jun 25, 2006 9:31:00 PG, Alpha
Aku tau aruah bapak ngan mak aku mampu nak belikan hadiah yang not bad masa aku sekolah dulu. Dan masa aku sekolah rendah, paling koman aku dapat nombor enam...itupun sebab aku belajar ngorat masa tu...nombor satu tu biasa la...tapi aku tak dapat apa-apa hadiah dari mereka dan aku tak harap pun dapat hadiah. Cukuplah dengan kata pujian dan ransangan untuk aku maintain dapat top. Tapi masa dah berubah...aku tengok adik aku masa UPSR demand hadiah macam-macam dari abang-abang dia dengan mak. Aku rasa bukan salah dia 100% tapi pengaruh rakan-rakan yang selalu dapat hadiah kalau dapat nombor single digit.
Isnin, Jun 26, 2006 10:22:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Alex lacey
Betul tu..... :)
Adadia
Boleh bawak ke sekolah tapi jangan tunjuk2.. takut kena rampas dek cikgu yg jealous... :D
Zwitterion
Bagi aku hp cuma satu alat komunikasi.
Alpha
He he he.
Aku teringin no plat satu digit...
Ibuvouge
Samalah saya.....
Ais putih
Tu belum tengok lagi mamanya pakai hp apa ....
Tiara
Tak payah jeles tiara... dah rezeki dia.... :)
Arianna
Cuma pernah dapat hadiah yang sekolah bagi jer...
ron97
Hehehe. Yang tu tak boleh dibanggakan....itu bukan semua rakyat Malaysia tapi KLites..
Esis
Hp jugak namanya tu esis..:D
melampau gila, aku darjah satu cuma dapat hadiah kat pentas sekolah jer, kat rumah mak kata alah baru no 2, nanti no 1 mak bagi lah.....!