Jumaat, Jun 02, 2006
Petang semalam
Aku sempat bertanyakan pendapat Sastri, macamana kalau aku post entri lirik ini pagi ini.
"Tak ada cerita pasal hari jumaat lagi ke ...keskeskes... ?" Sastri.
"Kan banyak lagi hari jumaat boleh cerita..." Aku .
"Apa-apalah, janji dapat pengomen nombor satu..." Sastri.
"He he he." Aku lagi.

Pagi ini
Anda akan kecewa jika mencari lagu2 beliau di kedai muzik, atau menunggu kalau-kalau akan dinyanyikan semula oleh Mawi atau penuntut-penuntut AF4. Jauh sekali mengharap akan dimainkan di radio Era atau Hot.fm.

Jangan ditanya siapa Pak Abu, siapa nama anaknya atau tinggal di mana. Aku tiada lagunya untuk dimainkan di sini tapi inilah liriknya. Lupakan sinisnya, gaya bahasanya tapi carilah erti dan maknanya.

Virus Orang Kita

hei Pak Abu anakmu ponteng sekolah
dia ada di meja snooker
seluar hijau baju tengkorak
rokok di bibir tak mahu lepas
minggu lepas kau tempeleng cikgunya
kerana merotan anakmu dikhalayak ramai
sebab dia kurang ajar
diselaknya skirt pelajar perempuan sekelas

virus orang kita semua mahu jadi dewasa
gengster sini, gengster sana

hei Pak Abu anakmu ada di lokap
ditangkap polis kerana mencuri
10 tin guiness stout di restoran Ah Chong
bersama 3 rakan sekelas

hei Pak Abu anak perempuanmu dah lari rumah
ikut jantan motor yang menjadi idolanya
kerja di kilang tak mahu lagi
konon nak jadi model pakwenya boleh rekomenkan

hei Pak Abu, anak perempuanmu buat hal lagi
dia sudah mengandung hasil perkongsian dengan pakwenya
mana kau nak letak mukamu
sana sini orang berkata

anak-anak di zaman ini sukar dikawal lagi
guru sekolah dilarang merotan
kalau dibuat mak bapak melenting

hei Pak Abu

Terima kasih buat saudara Meor. Dekati beliau di Pesta jiwa


TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/02/2006 09:53:00 PG. |


42 Ulasan


Jumaat, Jun 02, 2006 12:21:00 PTG, Blogger Sastri

aaaaaaaa... harap2 dapatlah jadi first commentor pada entry ini... keskeskes...

hmm... gejala sosial di kalangan remaja memang begitu membimbangkan pada masa ini... siapakah yg harus dipersalahkan? patut ka kita menuding jari? (ni biasa la ni, bila jadik apa2 yg tak baik, u'll see how this finger-pointing thingy works... byk ngat contoh yg nyata... tgk berita tv3 kol 8 pun leh nampak, unless anda nak tutup sebelah mata, heh)...

apa yang penting, tindakan perlu diambil sebelum segalanya terlambat... sebelum nasi menjadi bubur... bukankah remaja kita bakal jadi pemimpin negara satu hari kelak? bagaimanakah keadaan negara ini bila dipimpin oleh mereka yang err... yang berperwatakan demikian ek? ngeri seh...

 

Jumaat, Jun 02, 2006 12:33:00 PTG, Blogger LindaMunshi

Ni yang aku suspens jadi parent ni...

 

Jumaat, Jun 02, 2006 12:35:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

siapa Pak Abu? Sian dia. Bagi la nam kelas sikit. Pak Cik Ahmad Daniel Usram ke. Khalid khudusi ker, Imran Hamidun ker, baru khelessssss.......eheks,

 

Jumaat, Jun 02, 2006 1:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sebelum ke masjid sempat gak nak respon komen ni...hehehe

sastri
Tahniah, akhirnya dapat juga menjadi pengomen pertama ekk... :D

Komen yang dalam maknanya tu hunn...

sarah's mummy
Belajarlah supaya tidak menjadi suspens..hehehe

Semut
Teringat dulu2 orang kata Abu tu Anak Bawah Umur....
Tanyalah sdra Meor tu kenapa dia pakai nama Pak Abu...:D

 

Jumaat, Jun 02, 2006 1:17:00 PTG, Blogger Izhal

Salam Jumaat Tuan :)

macam pernah dengar lagu ni... heheh... pasti kumpulan rock kapak mendendangkannya...

ps-ya, sayalah orang yang menyapa di shoutbox Tuan... ingin bertanya, kenapa dipaparkan gambar skyline di bawah shoutbox itu ya???

 

Jumaat, Jun 02, 2006 2:44:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

aku jugak sering kecewa apabila ter'klik" link sastri...come on sastri jgnlah terlampau menyembunyikan diri..Aku pasti apa yang BP nyatakan memang benar...blog mu itu sememangnyer menarik...

 

Jumaat, Jun 02, 2006 3:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tak dapat klik pong!

anyway betul ke ada lagu? tingin plak nak dengar

 

Jumaat, Jun 02, 2006 3:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ni lirik lagu memang ada ker atau rekaan sahaja ni, muskil pula Am

Berapa orang sebenarnya anak pak abu ni ya hehehe

 

Jumaat, Jun 02, 2006 3:20:00 PTG, Blogger Korakora

orang dulu gangster. tapi cikgu disiplin lagi "samseng" (makna perkataan ikut budaya orang kelantan, bukan makna dalam kamus).

mak bapak serah anak kat cikgu, cikgu buat apa sajalah asalkan jangan buta dan tempang sudah lah.

 

Jumaat, Jun 02, 2006 3:21:00 PTG, Blogger ontahsapo

lirik tu jugak boleh ditukar kepada pak atan, mak lijah, raju, ah seng dan lain lain yg mana terasa akan situasi yg sama....

 

Jumaat, Jun 02, 2006 3:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Erkk...kenapa nama pak Abu jadi pilihan? Pak Mad ker, kan best skit. Eh, ini lagu sapa yang nyanyi? macam tak pernah dengar jek?

 

Jumaat, Jun 02, 2006 3:55:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ohh.. ABU = anak bawah umur. orang indonesia gelar anak2 remaja ni ABG (baca: AA BE J) = anak baru gedi.

 

Jumaat, Jun 02, 2006 4:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

izhal
Itu lagu penyanyi underground Sdra Meor.. klik di 'pesta jiwa' utk mengenalinya..

Dan klik juga pada gambar skyline tu...

mamarisyia
Cuba2lah pujuk dia supaya keluar dari persembunyiannya itu MR..

Dia agak pemalu sikit....hehehe

kingbinjai
Kau klik apa.... cuba kau klik pada 'pesta jiwa' itu.. :D

Am
Klik pada 'pesta jiwa' itu Am... hehehe

bukunota
Dulu tak ada saman-menyaman BN... Sekarang usik sikit, mahkamah jawapnya..

Ontahsao
Betul. Apalah ada pada nama. Peribadi dan akhlak yang penting.

dobot
Kau letaklah nama siapapun. Tapi ini lirik lagu Meor dia suka nama Pak Abu agaknya.. (Klik kat 'Pesta jiwa tu laaaaaa)

nurulhawa
Ono ne seng gedi? hehehe

 

Jumaat, Jun 02, 2006 4:42:00 PTG, Blogger Unknown

about the songs, think & ponder.

buat sastri: benda baik, bagus jgn di simpan eloklah dikongsi bersama.

 

Jumaat, Jun 02, 2006 5:32:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Aik, ari tu hang buat entri kereta, Art pun buat entri kereta.

La hang buat entri budak sekolah, aku pun buat yang sama.

Hang ni magis la!

 

Jumaat, Jun 02, 2006 6:04:00 PTG, Blogger sitinurulhawa

BP, kabeh podo gedi, ndase yo gedi, ego ne meneh, gedi ra karuan! seng cilik atine karo otak e. hehehe.. lulus tak jawa saya :D

 

Jumaat, Jun 02, 2006 7:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Betul tu aku setuju...

PS : Sekarang pegang rotan pusing2 sekolah pun tak boleh.

 

Jumaat, Jun 02, 2006 7:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku tak salahkan pak abu.

 

Jumaat, Jun 02, 2006 8:30:00 PTG, Blogger Nashrex

abu mana ar plak ni.. adoi~

 

Jumaat, Jun 02, 2006 10:28:00 PTG, Blogger adadia

lama tak masuk daaa.. kabel telefon kena curi. kerap sekarang ni..maklumla sekilo RM 18, pencuri mana tak terang mata.

 

Jumaat, Jun 02, 2006 11:07:00 PTG, Blogger Unknown

skrang cikgu tak leh buat public canning...

 

Jumaat, Jun 02, 2006 11:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

halomagora
Buat sastri: Timbang-timbangkan... :) Banyak permintaan tu ...

pegawai
Tu la yang orang kata ESP atau telepathy tu :D

sitinurulhawa
Seng aku ngomong mau 'opo' dudu 'ono'...silap taip la....

Hehehe..... Jowo mu aku ka'e jempol...

cikgu online
Tambah lagi kalau ada CCTV kan cikgu.... hehehe

neeziee
He he he... kau memang bijak la neeziee..

nash
Mana-mana abu yg kau suka la nash....

Adadia
Itu pun kerja anak Pak Abu la tu kot....hehehe

orochimaru
Tak kena saman, masuk surat khabar....

 

Sabtu, Jun 03, 2006 6:42:00 PG, Blogger tuan tanah

kasihan pak abu.

semoga anak-anaknya insaf.

 

Sabtu, Jun 03, 2006 9:43:00 PG, Blogger arianna adrizal

lirik yg berunsur sinis memang jarang-jarang dikomersialkan di negara kita. ada tak ada pun, cuma pak pandir. tak macam di luar negara. tak lama dulu pernah heboh tentang seorg lyricist melayu yg 'berani mati' menghasilkan lirik sinis terhadap remaja bertudung. dah terlupa pula nama orang tu..

*seronok tgk dialog antara nurulhawa dan BP.. :)

 

Sabtu, Jun 03, 2006 10:58:00 PG, Blogger Lan Rambai

Takutnya aku menyaksikan anak-anak ku meningkat remaja... dgn sekitaran yang semakin mencabar. Mampukah aku membimbing mereka?

 

Sabtu, Jun 03, 2006 6:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

tuan tanah
Masih ada harapan.. :)

arianna
Kita lebih terbuai dengan lagu2 meleleh...lagu2 syahdu... agaknya....

lan rambai
Didikan agama dari awal jawapannya... :)

 

Sabtu, Jun 03, 2006 8:43:00 PTG, Blogger Petiais

bak kate tokoh islam...

didiklah anak mu sebaik baik nya kerna dia ditakdirkan utk tidak hidup di zaman mu...

YO! KITER JUMPE LAGI ..LAME TAK JUMPE YOP!hehe

 

Sabtu, Jun 03, 2006 8:44:00 PTG, Blogger Petiais

lagi satu..hang nyer lirik rima missing in action..hahaha..


saya harap saya akan dpt jumpa anda pada minggu hadapan..hahaha

 

Ahad, Jun 04, 2006 3:20:00 PG, Blogger aNIe

Anak2 zaman sekarang...banyak karenahnya...

Moga anak2 kita tak jadi macam anak2 pak abu...Kesian pak abu...

 

Ahad, Jun 04, 2006 6:11:00 PG, Blogger KAMATO

kesian pak abu, mungkin juga silap pak abu didik anak masa kecik....

 

Ahad, Jun 04, 2006 9:35:00 PG, Blogger Alpha

Bukan setakat Pak ABu aje, Pak Ali, Pak Mat, Pak Man, Pak Dolah pun camtu!

Dulu kalau anak kena sebat kat sekolah, balik mengadu, mak bapak akan ke sekolah tanya apa cerita dan lepas tu kadang-kadang depan cikgu kena sedas lagi...aku ada dengar cerita sampai cikgu tu yang terpaksa coolkan pakcik tu. Dalam kesa aku, kalau arwah bapak aku tahu, bersiap la nak kena kat umah!

Zaman sekarang, mak bapak serang balik cikgu....kalau yang lord sket "See you in court!" Habis camne anak tak jadi setannnnn

 

Ahad, Jun 04, 2006 12:37:00 PTG, Blogger zwitterion

aku dah jumpa student yg kat rumah pijak semut pun tak mati,kat sekolah dia la yg paling s*tan.. mak bapak mana nak pecaya anak dia teruk mcm tu..

sesunngguhnya harta benda dan anak2 adalah ujian bagi kita semua.

 

Ahad, Jun 04, 2006 6:33:00 PTG, Blogger zino

semuga tak terjadi kepada anak kita semua macam tu.. minta di jauhi.. inshaAllah..

 

Ahad, Jun 04, 2006 10:41:00 PTG, Blogger Sayuti

nak dengar jugak lagu tu macam mana iramanya. mesti menarik.

 

Isnin, Jun 05, 2006 12:20:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

teringat aku iklan BSN dulu-dulu. 'anak siapa tu?'

 

Isnin, Jun 05, 2006 8:40:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kenal meor ke?

 

Isnin, Jun 05, 2006 8:51:00 PG, Blogger NBK466

Nie pekena rentak BLUES dgn gitar kapok masyuk nie BP...

 

Isnin, Jun 05, 2006 9:09:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

petiais
Lama kau menghilang? hehehe

Lirik rima hilang? Bukan lagu aku laaa.....

kak lady
Dunia akhir zaman.......

kamato
Godaan sekarang banyak. Didikan agama penting....

alpha
Betul. :) Jauh beza zaman kita dengan zaman budak2 sekarang....

zwitterion
Pengaruh dr luar pun byk mempengaruhi...

Zino
Betul tu bang. :)

sayuti
Boleh beli album2 dia sayut. Email dia ada kat link 'pesta jiwa' tu...

Op
'Anak Pak Abu....' :D
gitartong
Aku kenal dia tapi dia langsung tak kenal aku.. :D

nbk
Memang pun.......

 

Isnin, Jun 05, 2006 9:24:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

bila album ko yg mengandungi lagu ni akan direlease?

aku akan jadi org pertama yg membelinya (kut), itupun kalau belum ada pembeli pertama... hehe

----

dan oh ya, berbalik pd komen ko di blog aku.. (refer : http://www.faiyun.com/blog/2006/05/28/ak-5705/#comment-183)

soalan : apakah rengekan itu? :evil: haha

 

Isnin, Jun 05, 2006 10:15:00 PG, Blogger Ayu Mohamad

mintak2 keluarag kite tak jadi mcm keluarga pak Abu...InsyaAllah..

 

Isnin, Jun 05, 2006 11:27:00 PG, Blogger Pandang Dengar Diam

Pak Abas hanya melirik sini kepada Pak Abu kerana pelaminya beharga rm10 ribu tetapi anaknya tidak melambangkan seperti harga yang Pak Abu tetapkan kepada pelanggan.
he...he...he... Pak abu sengih sambil berkata "Pak Abu kalau nk buat pelamin Pak Abu akan tengok Baju Pengantin nyer dahulu..then baru Pak Abu tahu macam mana nk buat Pelamin tu"
MOTIFF ada kaitan tak?

 

Isnin, Jun 05, 2006 12:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

iwan
Cuba gi ke www.pestajiwa.net

'rengekan ?'... hehehe

psss... keliru la nick 'iwan' ni..biasa 'tic' jer..hehehe

Abu
Harap2 begitulah...

cuaca
Pak Abu memang bjak..! hehehe