Lebuhraya itu semakin gagah. Kami terpaksa mengalah. Siapalah kami. Kami mentimun, digolek kami luka, menggolek apatah lagi.
Kami bukan anti pembangunan. Binalah sebanyak manapun lebuhraya. Kami bukannya ada kepentingan. Kami rakyat biasa. Kami tak 'kenal' sesiapa di Putrajaya sana. Kami cuma menyuarakan hak sebagai warganegara. Kami bukan mengemis. Kami bukan meminta-minta. Kami bukan mengada-ngada. Dulu yang kali harapkan pertimbangan selogiknya.
Rumah kami sudah retak sini sana. Rumah kami jatuh nilainya. Akan datang, kami risaukan keselamatan kami. Kami bukannya mengharapkan apa-apa. Ada logik dan rasionalnya kegelisahan kami. Lebuhraya itu lalu hampir benar di hujung atas bumbung rumah kami…!
Tapi suara kami kecil. Kami kerdil. Mentang-mentanglah kami bukan kroni. Mentang-mentanglah kami bukan orang menteri. Mentang-mentanglah kawasan kami ini bukan Bukit Tunku, bukan Bukit Damansara, bukan Country Heights….....
BP: Aku cuma bersuara. Mata cuma memandang. Telinga mendengar. Mereka yang lebih merasa.
http://www.sripetaling.net/issues.php (terima kasih kepada JBM8141 atas link)
2
Forum Cari memberi ANUGERAH. Entah ekk.... Bukan ada apapun blog ini. Entah hapa-hapa.....he he he.
TTFN
Rabu, Julai 19, 2006 5:23:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sastri
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.....
Zwitterion
Biasa la. Dah terhantuk baru nak mengadah...
Lan
Durian berduri cantik di luar, di dalamnya penuh ulat..
Book
Mereka tinggal di atas bukit...lebuhraya tak akan lalu book...hehehe
Alpha
Lebuhraya banyak...tol banyak...masyuk pun banyak...!
Raiedzall
Kawasan Roket tu...siapa yang nak dengar suara Teresa..?
Moon
Siapa yang untung tu moon? hehehe.
Neeziee
Durian Segamat memang sedap !!! hehehe
Shazy
Bukankah isu di Seri Petaling itu dah jadi isu kontroversi tak lama dulu...?
Mamarisyia
Durian busuk kalau jual longgok pun tak laku......
Am
Biasa la tu.. Tapi kata2 itu tak relevan di sini Am....
pssst......cuba banyak kali..susah betul nak loading blog klinikminda tu....
Rabu, Julai 19, 2006 5:42:00 PTG, Unknown
patutnya wartawan buat liputan kat situ. Cuba besarkan isu ni, biar semua org nampak, biar menteri yang tertidur dan tak perasan tu sedar. Ini tidak...asyik cerita CT jer, wartawan hiburan bukan main lagi aksinya, wartawan lain, ke mana pergi??? Tak nak ker suarakan kebimbangan masyarakat setempat, dah terjadi sesuatu nanti baru nak sibuk.....
Rabu, Julai 19, 2006 11:57:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Yus
Isu ini pernah diperdebatkan di Parlimen. tapi kata2 muktamad semi value siapa yang boleh menentang...
wear
Begitulah nasib mentimun....
Indica
Pantun Karam pun tak akan mampu melawan debat bongkak pembesar yang seorang itu...
Esis
hehehe... Aku puji orang itu..
Gitartong
Cikgu artis...Lebih popular...hehe
Neeziee
hehehe. Ambillah kalau kau mahu....
Khamis, Julai 20, 2006 2:50:00 PTG, WRA
memang sangatla dekatnya...harus tak tido malam la penghuni2 dia bila dah siap lebuhraya tu nanti...akak tengok sendiri ni sbb tpt kerja akak ni area Bukit Jalil...kalau keluar lunch, kadang2 lalu kat construction site ni...dorang siap ada website utk penduduk berforum pun...tapi biasa la, tadak sapa yg amik peduli....
kesahnya, lebuhraya ni dikata dah lulus lama dulu, cuma tak dibangunkan....lepas tu kontraktor rumah plak tatau pasal ni, mintak tender, diluluskan...so, rumah pun naik....aleh2, nak buat pulak lebuhraya nih...so sapa salah benonya?
Tahniah utk Anugerah itu....
Khamis, Julai 20, 2006 3:59:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kingbinjai
Mereka tak memikirkan yang 'di sana'. Itulah sebabnya...
Dugongsenyum
Kau nak baling kat sapa Bas....? hehehe
Tiara
Isk..apa kena mengena dengan tempe pulak ni. Beckham kau tu kuat makan tempe gak ke..? hehe
Nanti2lah buat entri pasal tempe... :P
Ontahsapo
Haha. Blog pun pakai enjin ekk... Dapat kredit jer OS..
nbk
Ekau pakai nick apa jang? Aku pakai Blackpurple gak la.. Cuba la melawat ke board Johor tu...hehehe
heartbeat
Salah satu sumber kekayaan diaorang tu...
Syikin
Itulah risikonya... Esok2 kereta pun boleh terbabas & landing atas bumbung..
Tq...
Jamri
Sekarang ni nak buat rumah tepi bukit bahaya, bawah bukit lagi bahaya...tepi hutan pun bahaya.. tepi jalan pun bahaya !
Jerebu oh jerebu...Sesak nafas dibuatnya..
babydiana
Mentimun...
Alex lacey
Entah la AL...susah nak cakap...cuba refer kat link yg JBM bagi tu...
Tq..
JBM8141
Terima kasih bro'. Link itu dahpun dimasukkan ke dalam entri..
Mazudi
Begitulah.....Mereka hanya memikirkan habuan...
Sabtu, Julai 22, 2006 4:16:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kamato
Dan kalau ada perancangan pun bukan semuanya diikut.. Itulah masalahnya..
Izhal
Nak buat macamana.....
Kena cadangkan kat Datuk K tu...hehehe
Arianna
Memang. Rakyat perlu berkorban...pembesar tak perlu kan...? :)
Tq..
Sleepless
Dah berlaku nanti mulalah masing menuding jari ke sana ke mari...!
Kak lady
Susah nak cakap KL.... Mereka boleh mencipta 1001 alasan...
orochi
Itulah..
Aku pakai R34 jer...he he he..
Kesian penduduk kat situ, kalo sesiapa penah lalu, akan faham betapa dekatnya lebuhraya tu dgn rumah mereka... mmg bahaya, jika ada kemalangan, kereta meluncur laju pasti termasuk ke kawasan rumah mereka... semi value senang la cakap, dia tak duduk situ....