Aku tidak terpanggil untuk bercerita tentang dia. Tapi resepinya. Sambal Tutok. Selain sambal tumis emak, sambal kicap johor, sambal goreng jawa, sambal tutok adalah satu lagi sambal kesukaan. Aku ini agaknya memang hantu sambal. Kalau makan tiada bersambal, bak lagu tanpa irama. Semacam ada kekurangan. 'Cemplang' kata atuk. Kalau di kampung, sambal tutok buatan abah memang berseni. Ramuannya agak sama cuma mungkin air tangannya unik. Kelazatannya memang tidak terperi. Dimakan bersama nasi kosong, ikan masin dan sayur pucuk ubi masak lemak sahaja pun dah boleh buat aku terliur.... 'kemecer' kata atuk. Semasa kecil dulu-dulu sedap juga kalau dimakan dengan ubi rebus.
Ahad tengahari. Mungkin teruja. Mungkin juga mengidam. Segala kelengkapan dan bahan-bahan terpaksa dicari untuk melaksanakan misi yang satu itu. Mujur juga lesung batu itu ada lagi tersimpan. Hasilnya itulah Sambal Tutok versi Blackpurple... ha ha ha
50 ekor ikan bilis (itupun kalau rajin nak kira......)
15 biji cili padi @ cili burung (nak yang lagi 'menangis' pilihlah yang hijau)
2 biji bawang merah
Minyak, belacan, garam, gula.
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan. Goreng cili padi, bawang dan sedikit belacan sedikit garing. Tuskan minyaknya. Kemudiannya tumbuk kesemuanya dalam lesung batu. Gaul garam, belacan dan gula sesuka dan sesedap rasa.. Siap..!!! cepat, mudah dan meleleh...!!! He he he..
Isnin, Julai 03, 2006 2:11:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Zwitterion
Nanti aku goggle kan sebab apa namanya totok.... :D
Mungkin kena'tutuk' (tumbuk), sebab tu panggil 'totok'....
Halogamora
Cuba jangan tak cuba.. Cili burung tu cili api yang kecik2 tu.... He he he
Moon
yes.. memang superb & Marvellous ! Mungkin kena'tutuk' (tumbuk), sebab tu panggil 'totok'....
Ontahsapo
He he he.. tau tau nak jawap soakaln kau nih...
Arianna
Tu le 'kemecer' namanya...
Pergh... sedapnya lauk tu..
neeziee
Kalau kau nak panggil 'sambal ahmad albab' pun boleh... hehehe
kingbinjai
Bukan setakat mak mertua, kalau Maya Karin ke... Zila Bakarin ke lalu belakang pun tak perasan... !!!
Orochi
Ni pesanan melalui pos ke apa.... :D
Yus
Eh... lelaki jugak yang buat sedap ekk... hehehe...
Isnin, Julai 03, 2006 5:08:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
JBM
Kalau makan dengan tempe pun ok.....tapi tempe tu lebih sesuai kalau makan dengan sambal kicap tu.. :D
Arianna
Makan....kalau benda2 yang sedap dan membuka selera ni memang tak tolak... hehehe
Zino
Balik rumah trybuat bang... hehehe
Anony
Kau ni sapa ekk? menyamar la pulak....
nbk
Sambal jawa ada macam2 jang.... Ada satu lagi tu 'sambal goreng jawa'...seronok dimakan dgn nasi ambeng... hehehe
Isnin, Julai 03, 2006 5:17:00 PTG, aNIe
Alahai BP...buat kecur air liur kak lady aje...kak lady paling suka makan sambal belacan...sambal totok ni kak lady pernah makan masa kat umah ipar dulu...memang terangkat....tak terkata sedapnya..
Orang Melaka pun sama kalau takde sambal macam irama tanpa lagu...heheh...makan sup pun nak dengan sambal pedas....
Isnin, Julai 03, 2006 8:25:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kak lady
Kalau makan tak ada sambal macam menyanyi lari pitching, sumbang... hehehe
Sambal belacan pun suka juga...
Lovelyzz
Cuba la rasa baru tau 'terangkat' ke tak... hehehe
Sastri
Yang simple2 tu boleh la hunn.... yang susah2 beli, makan kat kedai jer.... hehehe
cikguonline
Rasa sekali nak lagi...dan lagi...dan lagi.... :D
Selasa, Julai 04, 2006 7:21:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Izhal
Isk...Roti dengan sambal totok boleh 'masuk' ke...?
angah
Ka'e lanang mu roso sambel seng iki.... Mana tau dia suka... hehehe
Kadok
Betul. Aku setuju. Kacang botol @ kecipir tu pun fav aku tu... hehehe..
Cuaca
Cuba jangan tak cuba... Ringkas dan mudah jer tu.. :D
Puan Ainon
Salam. Terima kasih singgah di sini.
Yang ini sambal versi Parit Jawa, Muor .... :)
Wirawan
Meh alamat. Nanti aku poskan... hehehe..Kau ni, kalau dah malas, kerajaan pun tak boleh nak bantu...
Mamarisyia
Cuba, hayati dan nikmatinya. Tak kenal maka tak cinta..! hehehe
Selasa, Ogos 08, 2006 3:36:00 PTG,
hmm itu rupenye sambal tutok versi parit jawa.kalo kat tanjong karang lain le pulak.
1)ikan puyu aka "iwak betik"
2)cili padi akak "lombok".
3)garem and gulo.
ikan puyu tu di bakar/panggang.bile dah masak.pisahkan isi dan tulang.(tapi selalunye tulang tu biarje.)
tumbuk isi ikan tu dgn cili gula dan garam. boleh le jugak bubuh belacan,bawang.
susah betul nak carik ikan puyu sekarang ni...
emmm goreng pun sodap..tiba2 lapar ni..
kenapa namanya sambal totok?