Empat kali aku ke situ. Empat hari dan empat masa yang berbeza. Beradanya aku di situ bermakna terpaksa mengetepikan seketika perkara-perkara lain. Sebagai majikan aku tiada pilihan yang lain.
Hari pertama. Pagi Jumaat. Aku diminta mengisi borang dan dijanjikan permohonan akan diluluskan serta merta. Malangnya, aku diberitahu borang tidak dapat diproses kerana saat dan tika itu sistem down. Offline. Aku diminta datang pada hari Isnin.
Hari kedua. Tengahari Isnin. Pegawai yang sama. Aku menyerahkan borang di kaunter pertanyaan. Aku diminta menunggu. Permohonan diluluskan dan aku diminta membuat pembayaran. Malangnya tiada lagi kuota angka giliran untuk aku pada hari itu. Aku diminta datang semula keeesokannya.
Hari ketiga. Pagi Selasa. Semalam. Aku sampai saat mereka baru memulakan operasi. Aku dan mereka yang bertujuan sama diberitahu sistem down lagi. Kami hanya diberi angka giliran tapi tidak dijanjikan masa yang tepat bila sistem akan pulih semula. Aku di situ sehingga tengahari. Tiga jam yang bosan. The Star pun telah habis dibelek. Akhirnya aku mengalah. Tewas dalam penantian. Aku cukup benci menunggu. Menunggu sesuatu yang tak pasti memang menyiksakan.
Awal pagi ini. Percubaan keempat. Aku sampai sebelum operasi bermula. Kali ini berjaya mendapat angka giliran dan sistem mereka berfungsi. Nombor 22. Giliran aku tiba pada pukul 11.30 pagi. Urusan selesai.
Begini rupanya berurusan di era teknologi komunikasi dan informasi (ICT) iniā¦
TTFN
Rabu, Julai 05, 2006 10:27:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sastri
Pegawai nampak mesra... cuma sistem selalu down, masalah teknikal yang boleh dielakkan sebenarnya.....Kalau sekali sekala ok, tapi diaorang kata for the past 10 days....!!!
Alphawolf
Kena ada kesabaran ditahap yang maksimum tu Alpha...
Ontahsapo
Itulah masalahnya.....
Dia pertama komen sebab lepas post entri aku kena report kat dia....hehehe
Arianna
Dulu2 memang dah tau. Ingatkan dah ok. Dulu 'penyakit' lain. Sekarang 'penyakit' lain pulak...:)
Raiedzall
Sakit, bosan dan menyiksakan !
OP
Lebih kurang macam tu la.... :D
Khamis, Julai 06, 2006 11:23:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Cikgionline
Memang dah hangin satu badan tapi buat2 cool....
Yus
Kalau sesekali sistem down boleh diterima, tapi diaorang kata dalam masa 10 hari ni tak habis2 down !
Lan
Kalau rumah dekat tak apa la Lan...Kalau jauh..?
Kak Lady
Hmmm..tak boleh elak tapi kalau dah selalu mesti ada yang tak kena kan...?
Izhal
Betul. Setuju !
ais putih
Sesiapa yang nak uji kesabaran bolehlah datang berurusan ke situ... :)
Zwitterion
Tak sanggup....!
Syikin
Itulah. Urusan rasmi. Ada deadline pulak tuh....
Tiara
Weh.... tak manis la pempuan melompat2...! hehehe
Kat aras 3 tu mana ada pejabat JAWI daaaa...
Khamis, Julai 06, 2006 5:27:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Orochi
Teknologi secanggih manapun pun sedikit sebanyak tetap ada kelemahannya....
Mamarisyia
Malas nak gi Putrajaya. So, memang tak ada pilihan :(
Halogamora
Itu lah dia. Jbtn Imigresen....
Kadok
Itu pun datang sebelum 8 pagi tu..... Kalau datang tengahari, memang tak dapat nombor pun....
Zino
Kalau dah tension, nak baca apa pun tak ada mood dah..hehehe
Ada masalah dengan pasport.....
Moon
He he he. Aras 3, Blok I, PBD tu satu jer kat dalam dunia ni Moon....
Jumaat, Julai 07, 2006 12:54:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nbk
Oo...ekau jenis ynag penyabar jugak
rupanya...hehehe
Gitartong
Tak apa cikgu. Faham. Cikgu sibuk menggubah lagu baru sekarang. Lepas ni setiap entri baru, saya notify cikgu... hehehe
kingbinjai
Itu no comments... kang tersalah cakap kata kita banyak komplen...hehehe
Cuaca
Sistem tak lembab, yang menguruskannya itu agaknya yang lembab..:)
hmm... mmg bosan dan membuang masa menunggu tanpa mengetahui bila sistem tu nak berfungsi semula...takleh gak nak salahkan frontliners gak kalo sistem down kan? sbb out of their control...
err hunn, pegawai2 dia ok tak masa u berurusan tu?