Jumaat, Julai 07, 2006


Nostalgia. 90an. Wajah-wajah dulu-dulu. Merewang di Bangsar selepas lawatan di pejabat Creative Enterprise. Siapa agaknya jejaka kacak berkasut Nike itu ya.......he he he...

Awal Sesi. Kami menjadi orang kaya di kampus. Kami ditaja oleh JPA dan MARA. Setelah ditolak yuran dan keperluan lain, bakinya kami gunakan untuk berjoli.

Kolej kediaman kami jauh di hujung kampus. Kami perlukan kenderaan untuk bergerak. Tak macho lah lelaki menaiki bas. Kami gunakan loan kami untuk bayaran muka kapcai. Bagi yang berduit lebih, membeli motorsikal yang berclutch. RXZ antara yang popular waktu itu.

Kami meminati muzik. Kami pun golongan seni juga. Kami membeli minicompo. Awal-awal sesi dulu tiada soket di bilik kami. Tapi kami kreatif. Kami membuat sambungan haram dari starter lampu studi. Wayarnya pandai-pandailah kami sorokkan. Kami juga mengumpul koleksi album kumpulan rock pilihan. Di antara kami mempunyai citarasa tersendiri. Metallica, Guns & Roses, Pearl Jam, Iron Maiden, Motley Crue, Nirvana juga kumpulan-kumpulan rock tempatan. Tapi ada juga di antara kami yang menggemari muzik Phil Collin, UB40.

Kami mementingkan gaya dan imej. Kami selesa dengan jeans. Sesekali kami melaram dengan seluar getah. Kami memanggilnya seluar stretch. Seluar slack cuma dipakai untuk majis rasmi ataupun ketika presentasi. Kasut pula paras buku lali. Dulu kami dibenarkan berambut paras bahu. Sesuailah dengan imej kami. Bila bermotosikal, kami lebih selesa tidak memakai helmet. Takut rambut kami yang bergel itu leper dan kemek.

Itu semasa kami dulu-dulu. Sekarang lain rasanya. Sekarang PTPTN. Seperti adik aku, dia membeli telefon bimbit yang canggih. Mereka membeli pc. Ada yang membeli laptop, notebook. Kami dulu berkongsi-kongsi pc. Mereka berskuter, berkereta kancil. Sesuailah dengan zaman mereka.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/07/2006 05:10:00 PTG. |


44 Ulasan


Jumaat, Julai 07, 2006 10:27:00 PTG, Blogger Sastri

Ih ih ih... jejaka berkasut nike tuh...siap posing lagi ekkk...:p hmm... lain zaman, lain keperluan (or actually kehendak?) apa2 pun, kalo bijak dalam perbelanjaan, pasti tiada masalah kewangan sepjg semester... tapi kalo boros?

p/s: err OS... sekali lagi sas jadik pengomen pertama laa... keskeskes...

 

Jumaat, Julai 07, 2006 10:49:00 PTG, Blogger adadia

hehe. ni cam zaman gila-gila remaja.

 

Jumaat, Julai 07, 2006 10:55:00 PTG, Blogger zino

asal tak menyusahkan mak bapak dah le.. dah ada duit kenalah beringat..

 

Sabtu, Julai 08, 2006 1:32:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

puas rasanya baca blog muarian ni...at least dapat ilangkan rindu di perantaun,...rasa mcm nak nangis baca entry penulis pasal MUOR...nak balik MUOR...nak lepak kat tanjong sambil makan ABC

 

Sabtu, Julai 08, 2006 3:46:00 PG, Blogger Literature Sushi

Pergh! Klasik betul gambar ni... dulu penah gak pesen seluar ketat.. senak! he..he.. :)

 

Sabtu, Julai 08, 2006 5:35:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tapi antara 2 zama tu,
ada satu persamaan
2 2 tak bayar balik LOAN
MUAHAHAHAHAHA

 

Sabtu, Julai 08, 2006 8:07:00 PG, Blogger ontahsapo

ok lah tu, diorang mana merasa pakai seluar ketat......rugi wooo

apsal sas lagi kat atas tu... marah ni....

 

Sabtu, Julai 08, 2006 9:49:00 PG, Blogger Lan Rambai

kasut Nike tu pakai duit MARA dibuat bergaya hahaha. nak beli pc tak berbaloi sebab time 286dx pun 2,3 riban betul tak BP? baik beli motor.. assignment pakai typewriter jelah.

 

Sabtu, Julai 08, 2006 3:45:00 PTG, Blogger hamka

aku dulu terus beli moto..sekarang dah jual, bila pomen tetap aku menjadi mayat...isk..isk..

 

Sabtu, Julai 08, 2006 6:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
Gambar nostalgia tu...hehehe..

Betul tu. Kalau boros...tak sampai hujung semester pun dah pokai...

Adadia
Juga zaman rock kapak...hehehe

Zino
Betul tu bang... kalau dah dibagi kemudahan loan, tapi masih mengharapkan bantuan parents
lagi....tak tau la nak cakap apa dah...

Anonymous
Tq. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat membesar dan mengenal dunia....

MUOR, teringat masa kecik2 dulu, mandi bogel di parit, mengejar ayam hutan, macam-macam lagi....Indahnya nostalgia...

Tak puas hati ni sebab anda merahsiakan ID....hehehe

Raiedzall
He he he. Seluar ketat tu pakai melaram hujung minggu jer..Kalau pakai selalu 'lemas' pulak kang...hehehe

Ron97
Nasib baik kena bayar balik 25% jer. Itupun dapat reminder baru habis bayar...... hehehe

Ontahsapo
Lawak pulak kalau diingat-ingat balik..... Seluar getah kau warna apa OS? hehehe

Merajuk nanti kalau tak dapat komen no 1..hehehe

Lan
Loan JPA. Kasut hi-cut tu 2 pasang, sepasang lagi New Balance kena kebas kat masjid negara...hehehe

Dulu assignment kalau malas taip, hantar kedai jer la... haha

Hamka
Menyesal jual 'kapcai' dulu. Kalau simpan, boleh juga buat kenangan...hehehe

 

Sabtu, Julai 08, 2006 8:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Wa hansome la ko BP pakai kasut nike ni mesti banyak duit masa tu. ;)

 

Ahad, Julai 09, 2006 8:15:00 PG, Blogger zwitterion

yg tak tahannya, sanggup tak pakai helmet takut rambut kemek dan leper..hahaha..

 

Ahad, Julai 09, 2006 9:24:00 PG, Blogger Alpha

Aisey...posting ni membuat aku terdiam kejap dan teringat zaman wild and carefree aku. Cuma awalnya aku tak pakai jeans sebab takde saiz! Cerita BP dengan aku hampir sama cuma takde part sambungan haram dengan beli motor!

 

Ahad, Julai 09, 2006 12:15:00 PTG, Blogger Unknown

zaman dh berubah..
skrang lelaki dh tak pakai seluar ketat lagi..
yg pakai ketat-ketat ialah pmpuan..
buat dada aku sendat.. hehe..

 

Ahad, Julai 09, 2006 1:03:00 PTG, Blogger Unknown

ni tahun bila ni? 80-an?

 

Ahad, Julai 09, 2006 2:11:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

hehe..pandai promote diri. la ni slim camtu lagi ka??

hmm..masa final year undergraduate, saya simpan duit loan utk barang2 hantaran kawin:)

 

Ahad, Julai 09, 2006 7:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikguonline
JPA yang sponsor kasut
tu...hehehe

Zwitterion
Buruk la kalau rambut kemek... hehehe

Alphawolf
Itulah dia.... Seronok kalau dapat jadi student balik....

Kel@mbu
Itulah. Zaman berputar......

Orochi
Kalau tak silap dalam 93-94 kot... :D

Syikin
Sekarang masih maintain ..hehehe...

 

Ahad, Julai 09, 2006 10:16:00 PTG, Blogger Amanitium Cho

wah, ni mesti kasut nike original ni, remaja zaman sekarang pakai kasut nike uptown, sesuailah dengan zaman mereka, dan aku.

 

Isnin, Julai 10, 2006 8:53:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Heh he he....

Berpeluang jugak hang melaram dan enjoy.

Aku? Semester pertama saja beli buku teks.

Semester kedua dan seterusnya...

Aku pinjam kat library.

 

Isnin, Julai 10, 2006 9:06:00 PG, Blogger arianna adrizal

masa 1st time dpt loan dah sem 2, jadi bayangkanlah wang terkumpul tu! masa tu beli hp tak silap la kan, model T10 paling latest 'zaman' tu. harga 400 ratus da mahal glerrr time tu. tu satu2nya barang mahal yg sy pernah beli. selepas tu, duit loan tak pernah cukup.... bukan sebab enjoy tp taraf kehidupan yg tinggi. sewa rumah, makan sendiri, transport sendri.. tmpat stadi mmg glamer tp poket nipis, pointer rendah... pun tak guna jugak kan.

pernah ada budak cawangan yg duduk serumah dgn saya, balik dr kelas, menangis2. bila ditanya, katanya, tak tahan dgn life kat situ. kos tinggi,tak cukup nak beli itu beli ini, lecturer bg soalan susah, dan tak nak bantu tak mcm di cawangan.
mm, tau takpe.. mcmtu la kami. lepas ni jgn dok kata kami boros dan tak stadi ya.....

 

Isnin, Julai 10, 2006 9:23:00 PG, Blogger kasutVINCCI

zaman kita dgn zaman dorang sungguh berbeza

 

Isnin, Julai 10, 2006 9:33:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

waahh..rockers kau yer. R.O.C.K rockers.ahaks.sumer band2 omputih tu.RIMBA BARA ko tak minat ke?

 

Isnin, Julai 10, 2006 11:33:00 PG, Blogger NBK466

Cam poster filem Ali Setan jerk rasanya..he..he..he..

 

Isnin, Julai 10, 2006 12:29:00 PTG, Blogger WRA

memang stail samaaaa je ek masa tu...itu yg rasa cam pernah tengok je muka2 memasing, sbb stail yg sama ngan kengkawan dolu2 hehehehe....
90an, akak dah nak abis 'U', sama gak dpt loan MARA...first time dpt loan, pi borong buku cerita kat central market sampai 10 buah hahahhahah....alhamdulillah, tak yah bayar balik, 100% tukar jadi biasiswa....

 

Isnin, Julai 10, 2006 12:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahaha! BP dah tua!

 

Isnin, Julai 10, 2006 3:19:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

Sib baik aku tak jatuh kerusi...lu rock lah beb!!kasut nike high cut yg tak tahan tu...samalah ngan hubby aku tu...cakap lah design Nike, Adidas dolu2 semua dalam tangan dia...remos rambut lu bro..pehhhhh....dasat beb!!cicak jatuh bleh gayut beb!!!muahhahah..aku pun suka layan GNR..

 

Isnin, Julai 10, 2006 3:32:00 PTG, Blogger Hot Mama

Fuyoo rambut style berjambul! So laa the 80s.. with tight jeans!heheh

 

Isnin, Julai 10, 2006 5:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amanitium
Kami dulu tak 'main' barang tiruan...hehehe

Moon
Sebahagian kecik jer tu buat melaram. Gambar sekarang? Kami semua maintain...hehehe

Pegawai khalwat
75% loan kami untuk yuran pengajian, asrama dan makan.... Yang baki tu la nak buat apa2 yang patut....

Arianna
Masa kami dulu, hp tak musim lagi. lecturer pun tak ramai yg ber'hp'..

Kami tak perlu fikir rumah sewa dan makan, sebab semua HEP dah siap2 tolak dari loan...

kasutvincci
Kami dengan cara kami...mereka dengan cara mereka... :)

Neeziee
He he he..ingatkan mamat hensem mana tadi....

Rimba Bara? tak pernah dengor pun...

nbk466
Ha ha ha... sesuai untuk poster majalah tu...

Alex Lacey
Awal 90an kami baru masuk..hehehe

CGPA dulu setakat 3 point lebih sikit jer...Kena bayar balik 25%..

Gitartong
He he he.. Baru jer cecah 30 laaa.....

Mamarisyia
Biasa la. Zaman rock kapak....hehehe

Hot mama
Nostalgia. Sekarang tak boleh dah...... hehehe

 

Isnin, Julai 10, 2006 11:11:00 PTG, Blogger Unknown

Heheh..ni kes belek2 gambar lama terus teringat nostalgia dulu ker??

Budak2 skrg ni, duit loan tu kadang rasa membazir jer beli ntah apa2. Tapi betullah..zaman diorang kan....memang cam tulah.

 

Isnin, Julai 10, 2006 11:29:00 PTG, Blogger aNIe

Hahhaha....tengok tu...style diorang posing...memang style orang dulu-dulu...hehehhe...nostalgia betul

 

Selasa, Julai 11, 2006 8:56:00 PG, Blogger JBM8141

yg kanan sekali tu aku rasa dia minat wings n search.

errr zaman ni kalau balik muor naik apa? Maharani ekspress? Transnasional? Hasry? ataupun naik motor gak?

 

Selasa, Julai 11, 2006 12:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Yus
He he he. Macam tu lah lebihkurangnya....

Satu lagi, budak2 sekarang liat nak bayar balik loan...:D

Kak Lady
30-40 lagi boleh masuk muzium gambar tu...hehehe

JBM
Yg diri kanan sekali tu pun sekarang bujang lagi. Minat trash metal. Semua album Metallica, Anthrax, Cromok dia ada...

Balik Muor, masa matric naik Transnasional, kekadang Hasry.....Masa degree naik motor..konvoi reramai...hehehe

PB
Kami budak kampung, anak petani, pekebun....kalau tak ada JPA atau MARA, mana mampu belajar...hehehe

Baru 12-14 tahun gambor tu. Belum cukup klasik lagi...hehehe

 

Selasa, Julai 11, 2006 2:43:00 PTG, Blogger Rie

aku beli EX5 jer. nasib baik ukm tak wajibkan helmet. dulu.

 

Selasa, Julai 11, 2006 3:25:00 PTG, Blogger Pandang Dengar Diam

suka style rambut dan kasut nike tuh hehehehe....RocKapaKuburan

 

Selasa, Julai 11, 2006 3:41:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

tingat zaman dulu kala hehehehe

 

Selasa, Julai 11, 2006 9:17:00 PTG, Blogger LindaMunshi

Seperti pernah kulihat ini gambar tapi di mana yek? Hmmm. Oh ya, di majalah URTV bersama Mama Juwie -'8 Jejaka Kesepian' Muahahaha

Red, red wine....hehehe

 

Selasa, Julai 11, 2006 10:06:00 PTG, Blogger Sayuti

klasik gambar berkenaan.

saya ditaja sebuah syarikat milik kerajaan. duit berkenaan dikongsi bersama umi dan adik2.

maka, saya tak mampu melaram.

 

Rabu, Julai 12, 2006 12:24:00 PG, Blogger KAMATO

remos tu yang mengancam

 

Rabu, Julai 12, 2006 10:05:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

babydiana
Sekarang pendek dah...rimas la panjang2..hehehe

Esis
EX5 jer? jer...? ok la tu.... sama la kita...hehehe

Cuaca
Nostalgia....he he he..

Ayu
Seronok kalau diingat2 balik......

Sarah's mummy
Kami tak baca URTV laa.... hehehe

Sayuti
Rasanya tau sykt yg anda maksudkan... sebab pernah terlibat dlm projek landskap di U anda itu 3-4 tahun lepas...hehehe

Kamato
Itu dulu2 bang...sekarang hilang dah...hehehe

 

Rabu, Julai 12, 2006 11:04:00 PG, Blogger Unknown

dah pinjam...pandai2 la byr aaarr jgn wat x tauuuu je. tp tu la zaman2 yg manissssss skali tp kan beb masa zaman wa bebudak dah start pakai kereta lain zaman lain keperluan & kehendak betul gak kata sas

 

Rabu, Julai 12, 2006 11:25:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

halogamora
Masa kami cuma ada 2-3 org pakai kereta. Siap BMW lagi...tapi diaorang anak Datuk, anak MB, mampu la.......

 

Jumaat, Julai 14, 2006 3:44:00 PTG, Blogger Unknown

Buckle tu jangan lupa sebut. Besar kepala lutut. Lagi besar lagi rockkkk...
Buat senjata sebenarnya. Kalau anjing kejar, boleh baling dengan buckle tu. Gerenti pening anjing tu..

 

Ahad, Julai 16, 2006 11:25:00 PTG, Blogger MA

Fuloooo...jambul terjulur dgn kasut Nike yang mahal tu.

Early 90s MA dah lama kerja (start kerja 1985), dah kawen beranak pinak dah :-).

Korang baru nak berjinak-jinak dengan rock kapak yer.

Baik sorok gambar ni dari anak-anak. Sure kena kutuk kaw-kaw punya nanti. (macam the Brood kutuk gambar gonjeng MA dedulu)

.

 

Isnin, Julai 17, 2006 11:25:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

jiwarasa
Tapi aku dulu kalau pakai jeans lebih suka kalau tak pakai talipinggang....hehehe

Mak andeh
He he he... Awal 90an baru nak ambik degree...

Kena kutuk pun tak apa...nostalgia tu MA..hehehe