Rabu, Julai 12, 2006
Dulu-dulu. Parit Jawa, Muor.

Sasaran dah dikenalpasti. Sedang asyik mematuk-matuk taburan jagung. Memang agak liat untuk menangkap yang seekor itu. Tidur malamnya merata. Biasanya di batang pokok ciku separuh tumbang itu. Tidak pun di dahan pokok belimbing besi belakang rumah. Kadang-kadang di palang basikal Jaguar tua atok. Entah di mana-mana. Reban tidak dipandangnya langsung.

Kami bertiga. Abah, adik lelaki yang atok panggil Nanik dan aku. Kami mengambil posisi. Misi sebegini perlukan strategi. Kami membentuk formasi tiga segi. Setapak demi setapak mendekati sasaran. Tangan abah ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah memberi arahan.

Seperti misi-misi yang lepas, abah masih dengan kelam kabutnya. Nanik beraksi mirip seorang goalie di depan gawang menanti tendangan penalti lawan. Aku menapak perlahan, selamba seperti tiada apa-apa. Sasaran belum begitu hampir tapi abah kurang sabar. Belum masanya sudah menerpa. Abah terbongkang sedangkan sasaran melompat lari. Biasanya begitulah. Jarang stratregi begini menjadi. Tapi sasaran tidak kami lepaskan begitu sahaja. Kami akan ikut dari belakang, kepung dan kejar.

Habis dibulinya kami ke sana ke mari. Bukan sahaja di laman, kami berkejaran lari membongkok di bawah rumah, meredah senduduk tepi parit dan meredah semak mempelas celah pokok-pokok getah. Misi sebegini memang perlukan ketabahan, semangat juang dan stamina yang tinggi. Kena sanggup berkorban kalau inginkan hajat tercapai.

Abah mula mengah. Mengharap kami dua beradik tidak mudah mengalah sebab sasaran pun kelihatan semakin lemah.

Di satu pojok, di sebelah bawah pelantor dapur, sasaran terkepung. Nanik menerkam merebahkan badan. Gerakan akrobatik yang cantik. Kaki sasaran berjaya dicapai. Dipegang erat.

Tumpas juga akhirnya ayam jago atok yang berwarna hitam berkilat bercampur kuning kemerahan itu. Tugas seterusnya tanggungjawap atok. Abah pegang dan atok sembelih. Kami berdua mencabut bulunya. Emak tukang masaknya.

Tidak sia-sia pengorbanan kami bertiga diperkotak-tatikkan oleh seekor ayam jago di pagi itu. Tengahari itu, juadah kami sekeluarga bermenukan ayam jago masak semur kicap.


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/12/2006 12:22:00 PTG. |


39 Ulasan


Rabu, Julai 12, 2006 12:56:00 PTG, Blogger Alpha

Dulu aku ubah perangai ayam kampung dengan selalu pegang masa kecik-kecik. Jadi bila besar, dia dah biasa dengan belaian manusia, senang nak tangkap!

 

Rabu, Julai 12, 2006 1:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Nostalgia mengimbau ek hunn... seronok jer bunyinyer operasi menangkap jago tu...

 

Rabu, Julai 12, 2006 1:08:00 PTG, Blogger ontahsapo

mula2 gumbira sebab bukan sastri yg pertama.....

menangkap ayam memang susah, perlu semangat dan stamina yg kuat, kecuali ayam di kafu atau tesco, kau cuma perlu tunjuk...

tapi masak kicap tu buat aku lecur hari ini, lupakan lah burger tadi.....

 

Rabu, Julai 12, 2006 1:27:00 PTG, Blogger zwitterion

wah penuh strategi..bentuk formasi..canggih gila nak tangkap ayam pun...hehe

 

Rabu, Julai 12, 2006 2:41:00 PTG, Blogger JBM8141

idea!!! balik ni buat ayam masak kicap. ada 3 ketul lagi. nak buat camana, bang... mak jauh, bini jauh...

 

Rabu, Julai 12, 2006 4:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku
simpul tali rapia mcm tali koboi
dibuat bulat atas tanah, letak kacang satu dua di dlm gelung
kacang sebungkus lagi aku makan sambil tunggu 'dia' dtg masuk gelung dan sentap.

 

Rabu, Julai 12, 2006 4:29:00 PTG, Blogger Unknown

hehe..dah lama tak dgr perkataan 'pelantor'. Teringat dulu2 bila balik rumah atok time nak raya, bila semua sepupu lelaki tolong kejar ayam, saya kat atas rumah jer terjerit terpekik. Takut ngan ayam jantan terutamanya..hahah. Ayam masak semur kicap tu...., BP mmg Jawa sungguh..hehe. Teringat ayam masak semur kicap yg mbah buat...

 

Rabu, Julai 12, 2006 4:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Alpha
Kalau seekor dua boleh la alpha, kalau sereban tak kuasa dah...

sastri
Nostalgia manis. Tangkap ayam pun berseni...hehehe

Cekal, tabah, tak mudah mengalah dan jangan sesekali putus asa...!

Ontahsapo
Itu ayam injek OS... Ayam yang tak terasa asli keayamannya...

Kau makan ayam masak kicap kat mana tadi? hehehe

Moon
Liat itulah yang bestnya ayam kampung nih...Kalau rebus lama, empuk la dia...hehehe

Zwitterion
Moralnya....usaha tangga kejayaan..! hehe

jbm
Kesiannya. Baby sihat?

Kau pakai kicap cap apa..? ha ha

Kingbinjai
Memang sedap..!

Ron
Ada juga pakai strategi yang itu. Tapi jago yang ini cerdik..... pandai mengelak2... :D

Yus
Orang kampung dulu2 sihat sebab selalu lari kejar ayam...itulah dia..

Masak kicap stail jawa, pergh...marvellous..!

 

Rabu, Julai 12, 2006 5:21:00 PTG, Blogger JBM8141

kicap tamin. aku belasah je bang sebenornya.
baby alhamdulillah sihat, ada kat muor. errr.. pelantor tu, ambin ke?

 

Rabu, Julai 12, 2006 7:16:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

saya hanya perlukan lastik untuk membuatkan ayam itu mabuk. sudah mabuk, senang tangkap. dulu la..

 

Rabu, Julai 12, 2006 8:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

JBM
Aku pakai kicap cap kipas udang...hehehe

Rumah dulu2, kat dapur kan ada satu sudut tempat basuh pinggan ...'pelantor' la tu namanya... Sekarang tak ada dah..semua dah pakai sinki..

Gitartong
Iskk... Penderaan haiwan tu. Dibuatnya mati ayam tu dah rugi seekor....hehehe

 

Rabu, Julai 12, 2006 11:04:00 PTG, Blogger Izhal

orang kata kalau kesian tengokbinatang kena sembelih dagingnya tak boleh di makan... tapi bila dapat sembelih yang ni, pasti perasaan puas hati lebih dari kesian...

 

Khamis, Julai 13, 2006 12:22:00 PG, Blogger Lan Rambai

dah lama tak buat kerja ni kan BP. Kat kg bini aku sekarang, abang ipar aku tangkap kat dalam reban jer. Aku jadi tukang pegang masa sembelih. Ehhh tapi apsal ayam kampung yg kita tangkap tu tak selembut ayam kampung kg baru atau veledrom ek?

 

Khamis, Julai 13, 2006 8:40:00 PG, Blogger BooK

BP:
waa.. seronot nye menangkap ayam. kejar ayam pakai kain tau. nanti kalau dia lalu celah kangkang. tak le bolos. ha ha.

 

Khamis, Julai 13, 2006 8:56:00 PG, Blogger zizie ali

dulu. tak ada ayam daging. kalau tak salah, ayam daging adalah hasil R&D team kfc.
ayam daging dicucuk pelbagai hormon yg boleh menjejaskan kesihatan. terutama lelaki. tak caya, tanya dr ismail tambi.

 

Khamis, Julai 13, 2006 9:09:00 PG, Blogger Kaklong Syikin

hehe..kalaulah ayah BP baca entri ni, mesti kena luku dahi BP..yelah, siap citer aksi ayah terbongkang tu..anak bertuah :)

tp mmg challenginglah nak tangkap ayamkan..silap ari bulan yg tukang tangkap tu blh masuk longkang or terhantuk kepala kat mana2.

hehe..pernah gak tolong pegang ayam hidup tp lepaskan sbb dah terbayang2 kat mata ayam tu akan ber@k kat tgn saya..eiii geli...

 

Khamis, Julai 13, 2006 10:01:00 PG, Blogger NBK466

Oh...rindunya zaman2 menangkap ayam utk buat lauk di kapmung dulu especially masa nak raya....

 

Khamis, Julai 13, 2006 12:04:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

bila dah kawin ni baru aku merasa makan ayam kampung ngan ayam hutan!!!tapi aku suka kalau masak rendang!!pehhhh...sedap siut!!!Tapi aku tak pernah merasa mengejo ayam keliling rumah...yang pasti aku dapatt bayangkan betapa meriah & riuhnya nak dapat tangkap ayan sekor tu!!

 

Khamis, Julai 13, 2006 12:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

izhal
Bila dah dalam pinggan, tak toleh kiri kanan dah.....hehehe

Lan
Liat tapi enak dan berseni rasanya.

Ha ah. Ayam kampung Datok keramat pun lembut gak.... Hehehe

Sleeplesss
Dan itu juga salah satu aktiviti bersukan... :D

Book
Pakai kain? Huh.... Silap2 dipatuknya 'harta' kita..tak ke naya... hehehe

Zizie Ali
Betul. Ayam kampung kena bela beberapa bulan baru besar, ayam bandar 40 hari dah boleh sembelih. Injection biasa la.. Dan berbeza sungguh rasa keayamannya...

Syikin
Kalau dia terbaca, akan mengingatkan zaman dulu2. Boleh mengalir air mata..

Ada falsafahnya, mengejar dan menangkap ayam simbol kekuatan semangat, sikap tak mudah mengalah dan putus asa dan kerjasama. Fokus pada matlamat... :)

Hehehe... teringat taik ayam lencung...hehehe

nbk
Budak-budak zaman moden sekarang tak merasa semua ini...tak boleh nak bayangkan pun agaknya....

Mamarisyia
Ayam kampung liat tapi lebih sedap.. Kat KL ni mahal sikit harganya.... :D

 

Khamis, Julai 13, 2006 2:03:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

tadi baru lepas makan tempe, (takder kene mengena ngan cerita BP)

 

Khamis, Julai 13, 2006 3:19:00 PTG, Blogger Aku

Gerakan akrobatik yang cantik.

Aku suka tang nih hehehe...tergelak bila baca...

 

Khamis, Julai 13, 2006 3:21:00 PTG, Blogger Pandang Dengar Diam

semangat juang yg kental sudah berhasil....

 

Khamis, Julai 13, 2006 5:03:00 PTG, Blogger Literature Sushi

kalau ayam daging tangkap kat KFC je...:)

 

Khamis, Julai 13, 2006 5:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tiara
Hantu tempe rupanya dia ni....... hehehe

Aku
Gayanya mengalahkan Jens Lehman ataupun Gianluigi Buffon. ...hehehe

Cuaca
Itulah dia.....hehehe

Raiedzall
Hmmm...tak makan ayam daging... allergy..

 

Khamis, Julai 13, 2006 5:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ayam gelek motokar tak liat.nak tangkap pun senang.

 

Khamis, Julai 13, 2006 7:36:00 PTG, Blogger sitinurulhawa

haritu cerita sambal, ni semur ayam pulak.feveret aku ni,Sebab tu tiap kali raya jadi tukang masak semur. Mudah dan sedap pulak.

aku seumur hidup x pernah tangkap ayam. tapi rewang beteti ayam rajin. celur air panas, cabut bulu, pastu panggang kejap bagi bulu roma ilang. hangit!

dulu2 kalau nak makan ayam lepas subuh mak dan abah buat operasi menangkap kat reban. Sekarang ayam pun mak dah tak bela. Sesekali kalau dapat makan ayam kampung macam jakun!

 

Jumaat, Julai 14, 2006 11:30:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Nostalgia lagi :)

Sambal tutok hari tu saya dah cuba. Enak sekali, tapi pheeeww...pedasnya!!

Salam.

 

Jumaat, Julai 14, 2006 3:45:00 PTG, Blogger Unknown

mmg dulu kalau wa balik kg nenek, pakngah selalu jamu kami ngan ayam tapi sebelum tu siap la operasi menangkap ayam

ada skali tuu, mmg payah beno nak tangkap ayam nih so pakngah amik jala dan terbar kat ayam tu dtg sepupu terjah terbang gaya mcm main american football. duluuuu....

 

Jumaat, Julai 14, 2006 4:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Neeziee
Ayam orang tu neeziee... Suka2 kau jer...hehehe

Sitinurulhawa
Nostalgia semua tu. Sekarang mana nak jumpa acara kejar ayam macam tu lagi.... Ayam kampung pun susah nak dapat sekarang. Jauh beza kesedapannya banding dgn ayam bandar.

Semur memang sedap...! 'Hidup biar sedap..!'

Adadia
Liat tu yang jadi seronok mengunyah.... hehehe

PB
Beli ayam kat mana selalu PB? hehehe

Budak2 dulu kecik2 lagi dah pandai kejar ayam, cabut bulu ayam....budak2 sekarang tau2 dah siap kat meja makan...

Bungarampai
Salam. Nostalgia itu mahal harganya...:)

Tahniah sebab dah mencuba sambal totok itu.. hehe

Halogamora
Sebenarnya banyak tektik dan strategi menangkap ayam ni.... Bergantung pada masa dan karakter ayam tu... Hehehe...macam nak main bola pulak....

 

Jumaat, Julai 14, 2006 7:53:00 PTG, Blogger Unknown

perghh.. nasib baik tak masuk sekali taktik ketenteraan.. goreng pun sodap.. hahaha..

 

Sabtu, Julai 15, 2006 1:13:00 PG, Blogger indica

BP ko suka beno buat kecur liur..boleh buka gerai makan ni..pelanggan pun dah ramai .. hehe

 

Sabtu, Julai 15, 2006 4:56:00 PTG, Blogger zino

teringat zaman kejar ayam kat kampong dulu.. hehe bila dah dapat tangkap tu memang satu kepuasan.. hehe

 

Sabtu, Julai 15, 2006 8:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Orochi
Kalau pakai lastik macam Cikgu Gitar tu baru termasuk tektik ketenteraan.. hehehe

Indica
Baca cerita pun boleh kecur ke...Bukan ada gambor pun... :D

Zino
Kepuasan..!!! "Hidup Bior Sedap..!!!"

 

Sabtu, Julai 15, 2006 10:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

La dah kiok dah ayam tu. Susah giler nak tangkapnye...

 

Ahad, Julai 16, 2006 10:31:00 PTG, Blogger KAMATO

teringat dulu2 kat kampung, kalau setakat sekor bolehla, kalau dah dua tiga ekor, bukan ayam yg lembik tapi kita yang lembik

 

Isnin, Julai 17, 2006 12:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikguonline
Nama pun ayak jago cikgu.. hehehe

kamato
Tu la. Stamina kena ada...hehehe

 

Khamis, Julai 20, 2006 9:45:00 PG, Blogger Monster Mom

masa kecik kecik dulu, pakcik pakcik selalu pakai jala jer...
sonang sket tangkap... dapat 3-4 ekoq.. buat ghondang...
goreng pun sodap ....