Sabtu, Julai 29, 2006
2002. Selesai bersolat Jumaat di sebuah masjid di Batu Gajah, kami berhenti makan di R & R Tapah sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Jam menghulur kunci Isuzu Trooper itu. Katanya dia mengantuk. Giliran aku memandu. Hujan mula turun renyai-renyai. Aku kurang selesa memandu dalam cuaca begitu. Memanglah transmisi auto, tapi kalau diberi pilihan aku lebih suka duduk di sebelah.

Hujan semakin lebat. Di lorong paling kanan, Trooper 4 x 4 berenjin 3.0 liter itu cukup mantap sehingga tak sedar speedometer mencecah 120km/j. Bukan tidak biasa memandu pada kelajuan sebegitu tapi bukan di saat hujan seperti itu.

Aku hanya tersedar bila tiba-tiba Trooper itu ‘membuang’ ke kiri. Aku menjerit, Abang Jam…. Ya Allah…..! Trooper hilang kawalan. Terasa keempat-empat roda seperti tidak menjejak bumi. Tapi kami masih di dalam sedar bila Trooper itu berpusing, terbabas dan terbalik beberapa kali. Cukup pantas. Saat-saat yang cemas itu aku mengikut Jam mengucap dan menyebut apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas. Terbayang wajah-wajah tersayang.

Bila Trooper terhenti, kami merayap keluar hanya menyedari kami sedang berada di dalam longkang konkrit besar di tepi kiri lebuhraya, berhadapan kawasan rehat Lembah Bernam. Di dalam hujan dan basah kuyup, kami berpelukan, menangis, Jam mencium pipi aku bertalu-talu. Syukur yang amat. Tuhan masih mahukan kami terus bernafas.

Mereka yang perihatin berhenti menghulur bantuan. Mereka sukar mempercayai kami berdua selamat. Trooper itu remuk teruk di bahagian belakang, atas dan hadapan. Sebelah tayar belakangnya seperti pecah dan rimnya bengkok. Barang-barang kami di dalam habis bertaburan.

Malam, kami dihantar ke SMC Shah Alam untuk pemeriksaan dan x-ray. Syukur. Tiada yang kritikal cuma lebam-lebam dan sengal-sengal seluruh badan. Jam agak teruk kerana dia tidak memakai seatbelt. Punca kemalangan, mungkin jalan yang licin, mungkin juga tayar belakang pancit. Yang pasti aku memandu pada kelajuan yang tidak munasabah di waktu hujan sebegitu.

BP: Memang ajal dah hampir tapi begitulah kuasa Tuhan, belum saatnya nyawa kami diambil.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/29/2006 04:57:00 PTG. |


47 Ulasan


Sabtu, Julai 29, 2006 5:17:00 PTG, Blogger tumismenumis

Bila nyawa dipermainkan sebegini, baru kita sedar dimana kudrat kita.
Sib baik, kalau tak, takleh aku kasik komen kat blog kau.

 

Sabtu, Julai 29, 2006 5:45:00 PTG, Blogger Sastri

Alamak... dah jadik no. 2 dah... huhuhu.... sedih tak jadik nombor 1...

Alhamdulillah nyawa masih panjang... Belum sampai ajal... Sbb tu laa I tak bagi u bawak kete laju2... Anyway, nak ckp nih... Jeles laa bila baca si Jam tu mencium pipi u bertalu2... :p

 

Sabtu, Julai 29, 2006 6:00:00 PTG, Blogger weAr

innalillahiwainnailaihiraajiuunn...
syukur kehadrat ilahi BP slmt..

 

Sabtu, Julai 29, 2006 6:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

orang kampung saya, baru je meninggal malam semalam kerana kemalangan. jika ajal itu sudah tiba, bukan kira muda atau tua. sakit atau sihat. miskin atau kaya.

walauapapun, siapa itu Jam? laki ka perempuan?

 

Sabtu, Julai 29, 2006 7:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mazudi
Tapi itulah, kadang-kadang manusia ni selalu lupa...bila trauma hilang, kembali tak sedar.......

sastri
Bukan dapat hadiah pun hunn...hehehe

Dulu2 160km/j pun biasa...tapi itu dulu-dulu la.... dgn Jam tu pun nak jeles...? hehehe

Wear
Syukur.... Alhamdulillah...

Gitartong
Betul tu cikgu.Bila-bila kita boleh menjadi mayat...

Dia seorang lelaki. Rakan kongsi syarikat...hehehe

 

Sabtu, Julai 29, 2006 8:10:00 PTG, Blogger Laila

bercerita tentang ajal maut...
teringat plak kat Allahyarham Hani mohsein...
Hu..B4 balik kolej,rasenye sempat tngok muke die kat tv,RODA IMPIAN
hm..moge Allah merahmatinye..

p/s:bile2 mase title cik/en/puan/tuan/tan sri/dato' seri/YB/YAM/etc..leh tukar jadi ALLAHYARHAM n ALLAHYARHAMAH..dengan mengingati mati hati yang keras jadi lembut,jiwa yang angkuh hilang ego..

 

Sabtu, Julai 29, 2006 8:18:00 PTG, Blogger Literature Sushi

tayar pecah masa hari hujan, pernah terjadi kat kawan saya, tapi pajero dia setakat berputar2 di tengah hiway je, tak terbabas...

Umur masih panjang, mungkin kejadian itu satu peringatan...

 

Sabtu, Julai 29, 2006 9:56:00 PTG, Blogger indica

Syukur ko selamat..citer ko ni satu peringatan yg menginsafkan aku..

Selalu kita melihat tragedi menimpa org lain sampai kita terleka atau terlupa tragedi juga boleh menimpa kita..moga peringatan ini boleh melindungi kita.

 

Sabtu, Julai 29, 2006 10:24:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

BP, alhamdulillah awak selamat. Selepas kejadian itu takut nak memandu lagi tak? Kalau ya, berapa lama baru boleh memandu kembali? Ada orang terus fobia nak memandu lagi.

2002 kemalangan berlaku..dah lama tu, kenapa teringat kembali? Maaf ya banyak soalan pulak. :)

 

Sabtu, Julai 29, 2006 11:43:00 PTG, Blogger hamka

aLHAMDULiLLAH...

KALAU TAK KENA TEMPAH DUA BUAH KERETA MAYAT, SEBAB KERETA MAYAT HANYA ADA SATU SEAT SAJER UNTUK MAYAT...

ALLAH MASIH SAYANGKAN KAU..AKU JUGA RASA NAK KUCUP DAN BERBALAS PELUKKAN, SAMBIL MENANGIS DALM HUJAN..OH..

 

Ahad, Julai 30, 2006 1:01:00 PG, Blogger Unknown

Syukur BP dan Jam selamat. Lain kali memandu tu lebih berhati2. Dimana2 pun boleh berlaku kemalangan, kalau bukan salah kita, salah orang lain. Beringat sebelum kena, ingatlah orang yang tersayang.

 

Ahad, Julai 30, 2006 11:34:00 PG, Blogger kasutVINCCI

BP, terkejut saya membaca berita ni. Alhamdulillah bp dan jam tak cedera pun. Moga menjadi peringatan, bukan saja buat bp, malah buat kita semua.

 

Ahad, Julai 30, 2006 12:23:00 PTG, Blogger Alpha

Syukurlah kau masih ada bersama kami BP dan Jam juga...

Kurang-kurang iklan keselamatan jalanraya tu bukan untuk ruang DJ makan semata-mata...jadikan ingatan...

 

Ahad, Julai 30, 2006 1:09:00 PTG, Blogger zino

syukur lah bp dan jam selamat..

memang bahaya memandu laju di waktu hujan lebat.. lopak air yg di langgar boleh mebahayakan..kereta boleh terapung tak menjejak jalan..

pernah berlaku sekali dengan zino dulu... kereta seolah2 meluncur di jalan..

 

Ahad, Julai 30, 2006 1:11:00 PTG, Blogger FaEzHussain

Moga hasil dari pengalaman yang dikongsi dalam entry kali ini, akan mengingatkan kita semua

1)jgn bawak trooper
2)jgn bawak trooper laju-laju dalam hujan
3)pakai seat belt
4)baca doa naik kenderaan
5)bersyukur yang umur masih ada untuk beribadat kepadaNya

Jam tu, Jamal ke Jamilah? :D

 

Ahad, Julai 30, 2006 4:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

pimpinlah anak anda melintas.
anda mampu mengubahnya

 

Ahad, Julai 30, 2006 4:53:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

yang komen kat atas tu aku.lupa taruk nickname plak.ahaks

 

Ahad, Julai 30, 2006 11:56:00 PTG, Blogger Unknown

syukur BP tak apa2.. kalau tak.. dah tak berupdate blog ni :)

 

Isnin, Julai 31, 2006 12:29:00 PG, Blogger Izhal

Alhamdulillah selamat dan mendapat pengajaran hebat... Cayalah Tuan,di saat2 gnting ingat mengucapkan kalimat2 suci...

 

Isnin, Julai 31, 2006 12:44:00 PG, Blogger Lan Rambai

aku sentiasa memikirkan tentang kemalangan yang boleh berlaku pada bila2 masa semasa aku memandu. Alhamdulillah.. setakat ini tidak pernah terlibat. Nyaris terlibat selalu juga. Mungkin sebab aku pikirkan kemalangan yg tiada amaran berlaku itu, buat aku lebih berhati2. Yang paling penting.. kalau kita tak buat salah pun tak semestinya selamat.. contoh.. orang yg langgar traffic light merah akan eksiden dgn yang lampu hijau! Orang yg memotong di double lane akan bertembung dgn org yang berada di lane yg betul!

Ehh kalau aku tulis panjang2 pasal defensive driving buat sebagai entry blog aku pun bagus jugak ek? Ermm.. utk komen entry ko ni... Alhamdulillah .

 

Isnin, Julai 31, 2006 8:52:00 PG, Blogger ayu_mkay

mencuba itu bagus tapi klu mencuba sesuatu yg tk kena tmpt nyer itu dh bahayakan diri sendiriiiii...!
dh tau ujan lebat jln licin naper bw keter laju benorrrr... lenkali jgn buat lagik! ingat org2 tersayang! (masa aku baca N3 ni tetiba rasa cam sedih tau!).. sib baik pjg umur.. klu idak tk jumpa ler kita (walau hanya di alam sembang)

 

Isnin, Julai 31, 2006 9:29:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Laila
Dulu sering juga dia ke ofis kami...bersembang tentang bisnes... AlFatihah.

Ya. Zikrul maut hukumnya sunat

Raiedzall
Memandu kenderaan seperti itu tak serupa memandu kereta. Kestabilan esp.di tempat selekoh berbeza...

Indica
Itulah. Biasanya bila dah terkena baru nak beringat....

Wan
Sebulan dua memang fobia. .tapi dilahirkan hobi memandu laju.... :)

Teringat bila kematian menjemput tak mengira usia, tempat dan masa.....

Hamka
Alhamdulillah...

Komen sdra ni sungguh menginsafkan....

Yus
Sebenarnya itu salah satu dari dua kemalangan ngeri yang pernah dialami.

Sama-sama kita beringat.

KasutVincci
Tapi lebam-lebam juga badan seminggu dua...

Beringat sebelum kena...

Alphawolf
Ya. Amat bersyukur..

Kadang-kadang iklan juga penyebab kemalangan.. :)

Zino
Alhamdulillah.

Itulah. Tambah-tambah lagi kalau tayar kereta botak.....

Dr Faez
Bagus nasihat itu. Tq.

Trooper lebih sesuai kalau dipandu di project site ataupun di dalam hutan...

Jam yang pertama itu....:)

Neeziee
Kalau kau tak bagitau pun, aku dah agak mesti kau yang komen tu... hehehe..

na
Alhamdulillah. Semasa tu saya belum ada blog pun....hehe

Izhal
Alhamdulillah. Itupun sebab ada Abg Jam..kalau sorang-sorang Wallahuallam...

Lan rambai
Terima kasih kerana komen panjang kau.. :)

Yang serius, bukan sekali Lan, tapi dua kali...itu tak termasuk 2-3 lagi kemalangan biasa....

ayu_mkay
Itulah, bila diingat-ingat balik...bersyukur yang amat..

Bukan mencuba tapi kenderaan besor ni tak terasa laju bila speeding..

Sleepless
Alhamdulillah...

 

Isnin, Julai 31, 2006 9:36:00 PG, Blogger Petiais

tuhan bagi petunjuk lah tuh..petunjuk ape? ko fikir sendiri..

buat le solat sunat taubat.hajat.sujud syukur.

 

Isnin, Julai 31, 2006 10:41:00 PG, Blogger zali

Alhamdulillah.. lepas nih perlu lebih hati2 lah....

 

Isnin, Julai 31, 2006 10:51:00 PG, Blogger Unknown

Syukur la ko selamat. Kalau tak tak leh la aku nak komen lagi dalam blog ko ni...

 

Isnin, Julai 31, 2006 11:19:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

Alhamdulillah..
tuhan sayangkan BP n d geng, so dia bagi peringatan sedikit..

jd pengajaran utk semua..thanks sudi share kisah begini..

 

Isnin, Julai 31, 2006 1:57:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

syukur semuanya selamat..

 

Isnin, Julai 31, 2006 2:11:00 PTG, Blogger NBK466

Ngerinya...biarpun dah lama, syukur semuanya terselamat. Mem kalau den speeding sikit jer masa hujan or lepas hujan sure dia sound.. Lepas baca N3 nie mmg insaf ler den nak speeding masa jalan basah...gulp..

 

Isnin, Julai 31, 2006 2:17:00 PTG, Blogger JBM8141

urgh sesungguhnya engkau masih mempunyai tugas dan peluang dalam dunia ni.

-aku mmg tak speed waktu ujan sebab aku rabun-

 

Isnin, Julai 31, 2006 2:32:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

Alhamdulillah..selamat...Ingat lain kali kalau hujan ker tak bawa tu jgn laju ingat org yang tersayang!!

 

Isnin, Julai 31, 2006 3:02:00 PTG, Blogger kingbinjai

ah! aku pun pernah mengalaminya! syukur masih di beri peluang

 

Isnin, Julai 31, 2006 3:23:00 PTG, Blogger WRA

alhamdulillah...perjuangan BP masih belum selesai...masih ada yg perlu disiapkan...

 

Isnin, Julai 31, 2006 4:07:00 PTG, Blogger Unknown

dah tau hujan apsal bawak laju sangat BP oi!

sib baik umur panjang kalau x hilang kwn sowang.

hati2 di jalan raya.

 

Isnin, Julai 31, 2006 5:19:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zali
Kadang2 tu kita berhati2, orang lain pulak yg tak... :)

Orochi
Alhamdulillah...

Tiara
Itulah dia... Panjang-panjangkan juga pesanan itu utk Beckham awak ekk..

Sinaganaga
Apa yang uuuuuuuuu...? Bunyi Trooper tengah laju ke..? hehe

Kadok
Alhamdulillah

nbk
Speeding masa hujan memang bahaya...lagi2 kalau tayar tak ok..

Kalau rasa nak speeding gak, pergi lah Sepang...hehe

JBM
Dah dibagi peluang utk terus bernafas, satu nikmat yang amat besar... Syukur..

Mamarisyia
Pesanan yang sangat berguna utk semua tu..!

Kingbinjai
Bagi yang dah pernah mengalami, tahulah macamana rasa dan ngerinya.....

Alex lacey
Betul... juga masih mencari dan mengisi bekalan untuk 'pulang ke sana'nanti......

Amora
Itu belum laju lagi, pernah speeding sampai 160km/j..!!!

Itulah...Kadang-kala bila berada di puncak, kita mudah alpa..

 

Isnin, Julai 31, 2006 5:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tertinggal 2 komen la... maaf ek petiais & PB

petiais
Ya. Ada petunjuk dan banyak hikmahnya yang tersirat..

Tq..

PB
Alhamdulilah...kita selamat...

Kami cuba2 bayangkan, kalaulah itu bukan Trooper tapi kenderaan kecil lain.....Adakah kami akan selamat...? Tapi itulah kuasa Allah. Syukur..

 

Isnin, Julai 31, 2006 8:52:00 PTG, Blogger Unknown

syukur ye kamu masih selamat. kalau tak, takdelah orang melawat blog saya :) hehehe..

 

Isnin, Julai 31, 2006 9:21:00 PTG, Blogger Kemat

alhamdulillah kamu selamat..
kejadian ini pasti jadi ingtan buat kita semua..pandulah dgn cermat..baca doa dlm setiap perjalanan

 

Isnin, Julai 31, 2006 10:43:00 PTG, Blogger aNIe

Blackpurple...alhamdulillah selamat...

Tu yang selalu dikata orang...'Berpantang maut sebelum ajal...'

 

Selasa, Ogos 01, 2006 12:05:00 PG, Blogger Romantis Selatan

keselamatan... menarik nafas... lega.

 

Selasa, Ogos 01, 2006 8:53:00 PG, Blogger arianna adrizal

sy pernah tgk eksiden dkt dgn R&R, tapi da lupa R&R mana. trooper jugak. terbalik. ms hujan. sama mcm cerita awk. err.. awk ke yg sy tgk dulu tu??

apa2pun, alhamdulillah semuanya selamat.

 

Selasa, Ogos 01, 2006 10:58:00 PG, Blogger kingbinjai

BP,
aku dah tukar blog, ini add terbaru : http://kingbinjai.blogspot.com, sila update link tq

 

Selasa, Ogos 01, 2006 12:25:00 PTG, Blogger WanShila

berhati-hati di jalan raya..ingatlah org tersayang

 

Selasa, Ogos 01, 2006 1:01:00 PTG, Blogger ontahsapo

jgn minum dan memandu, kau lupa agaknya...

 

Selasa, Ogos 01, 2006 3:00:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sikenit
Alhamdulillah... :)

Kemat
Betul.. Ambil iktibar...Jadikan ingatan..

Kak lady
Syukur... Itulah kuasa Tuhan...

Romantis
Syukur.... :)

Rontol
Eksiden ney teruk tapi syukur, kabeh selamet, orak eneng opo-opo seng tugel...... awek ey waey senag loro kabeh...

Arianna
Kalau di tempat, hari dan masa yang sama....ye la kot...hehe

Ya. Alamdulillah.

Kingbinjai
Ok... dah masuk pun blog tu tadi..

Cuaca
Alhamdulillah...

Wanshila
Betul...!

Ontahsapo
Aku minum nescafe buat tahan mengantuk jer... :D

 

Selasa, Ogos 01, 2006 4:38:00 PTG, Blogger Rie

sujud syukur alhamdulillah...