Rabu, Julai 26, 2006
2002. Petang itu. Mereka berdua. Dia dan Jam. Mereka dari lawatan tapak projek di UTP, Bandar Seri Iskandar. Seperti selalunya, mereka singgah di R&R Tapah untuk bersolat, minum-minum dan membeli buah.

I
Dia ke tandas awam untuk membuang lebihan air yang agak lama telah ditahan-tahan. Kebetulan ada satu cubicle yang kosong. Bersih dan agak harum. Hose berwarna hitam menjalar, melingkar di lantai yang kering, tapi sudah tanggal nozzle dihujungnya.

Selesai menunaikan hajat, dia memulas kepala paip. Opssss..... seperti ular tedung, kepala hose bergerak ganas menghala ke atas. Pancutan airnya menghala ke cubicle sebelah. Dia terpulas ke takat maksimum agaknya. Atau mungkin juga tekanan air itu yang terlalu kuat.

"Ooooiiii...!!! Apa ni... habis basah la baju aku.....!!!" Suara garau menjerit dari cubicle sebelah. Spontan bunyinya. Kemudian senyap. Mungkin menyambung semula hajatnya yang terganggu.

Pantas dia memulas memperlahankan air. Dia membatu diam. Selesai mencuci, selamba dia melangkah keluar. Seperti tiada apa-apa. Menoleh tidak, memandang belakang pun tidak.

II
Mereka berdua di gerai buah-buahan. Memilih-milih jambu batu untuk dibawa pulang. Seorang lelaki, agak tinggi, berbadan gempal melintas di sebelah mereka. Hampir separuh bahagian atas bajunya basah. Agaknya lelaki itulah yang menjadi mangsa pancutan air sesat itu...

Dia rasa bersalah. Sepatutnya dia meminta maaf..

BP: Siapalah agaknya 'dia' itu.. he he he..

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/26/2006 09:47:00 PTG. |


45 Ulasan


Rabu, Julai 26, 2006 9:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Dia=BP haha, dah tuh ko tak basah ke beb?

nih ape kejadahnya ko buat font=1 nih??

 

Rabu, Julai 26, 2006 10:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kisah lucu di hari Rabu...eheheheh!

 

Rabu, Julai 26, 2006 10:43:00 PTG, Blogger Sastri

keskeskes... mintak maaf ke tak tu? mesti tak kan?

 

Rabu, Julai 26, 2006 11:21:00 PTG, Blogger weAr

dia bernasib baik kerna lelaki gempal itu tidak mengamuk.
kt sini,menghadapi keadaan sedemikian,maki hamun carut2an balasannya,sudah pasti...

 

Rabu, Julai 26, 2006 11:55:00 PTG, Blogger Unknown

Abih Si 'dia' tu tak basah sekali ker?? Kesian lelaki berbadan gempal itu..keskeskes...

 

Khamis, Julai 27, 2006 12:16:00 PG, Blogger tumismenumis

Hahah...ini lawak versi "benda yang kita selalu berjaga jaga tapi berlaku jugak". Extreme pulak tu.

 

Khamis, Julai 27, 2006 12:26:00 PG, Blogger KAMATO

ke org sebelah tu mamang nak bagi baju tu basah

 

Khamis, Julai 27, 2006 2:05:00 PG, Blogger Unknown

malangnya hos tu terpancut ke sebelah.

 

Khamis, Julai 27, 2006 8:16:00 PG, Blogger zwitterion

orang tu baju dia basah, br lepas bersenam kot..hehe.
agak2 kalo mintak maaf apa dia nak ckp ha?

 

Khamis, Julai 27, 2006 8:39:00 PG, Blogger Alpha

Kira OK gak ngko tersembur sebelah...kalau tersembur kat seluar sendiri...kang orang ingat ngompol pulak..

 

Khamis, Julai 27, 2006 8:51:00 PG, Blogger kasutVINCCI

hahahahahahaha,,,,, gelak besar kv. Agaknya kalau 'dia' gi minta maaf, kena lepuk kang.Kekekkee

 

Khamis, Julai 27, 2006 8:54:00 PG, Blogger Pandang Dengar Diam

*mrasalah...mrasalah....hehehe kesian mamat tuh...

 

Khamis, Julai 27, 2006 9:18:00 PG, Blogger Amanitium Cho

tentunya lelaki berbadan gempal itu sedang menahan perasaan amarah. saudara bertindak bijak dengan tidak berbuat apa-apa.

eh, saudara? silap, maksud saya 'dia.' eheh.

 

Khamis, Julai 27, 2006 9:20:00 PG, Blogger NBK466

Nie kisah benar penulis ker hapa?

Montang2 ler yg terbasah tuh BOSAR tak nak minta maaf yek... Kalau keding jerk sure minta maaf..ha.ha..ha..

 

Khamis, Julai 27, 2006 9:43:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

heheheee...
tak patut sungguh..apsal tak pi minta maaf? takut ek?
ni BP guna tandas duduk ke tandas berdiri?

 

Khamis, Julai 27, 2006 9:44:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ko ler sapa lagi hahahaha

 

Khamis, Julai 27, 2006 10:40:00 PG, Blogger Izhal

lahai, kenapa dia tak cepat2 cakap minta maaf on the spot... bukannya susah... malahan perbatan mulia lagi tu... tapi kelakarle mamat tu basah hahahaha...

ps-apsal r&r punya nozzle tak dicanggihkan sikit, bubuhle jenis picit baru air kluar...

 

Khamis, Julai 27, 2006 10:45:00 PG, Blogger BooK

siapa dia dalam petikan?
aku rasa kau la orang tu. dan kau tentu tak minta maaf. ntah le..

 

Khamis, Julai 27, 2006 12:09:00 PTG, Blogger ayu_mkay

agaknyer citer nih kisah benar lagi nyata.. agaknyer lah.. dan aku agak nko lah si dia itu.. hehehe.. klu bukan maaf ekk sbb aku agak jerk

 

Khamis, Julai 27, 2006 12:19:00 PTG, Blogger JBM8141

lepas ni mmg kena bawak payung masuk tandas la..

 

Khamis, Julai 27, 2006 12:22:00 PTG, Blogger Lan Rambai

tajuk entri ini memang catchy sebab ada perkataan pancutan hahaha

 

Khamis, Julai 27, 2006 1:34:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Faizah
Mana kau tau ni..? Tak baik tau main tuduh-tuduh... he he..

Tadi tu aku baru publish la...Cepat betul kau komen ekk...ha ha..

Wan
Tapi tragis bagi lelaki itu...

sastri
'Dia' ada niat mintak maaf cuma mungkin memikirkan keselamatan diri..hasratnya dibatalkan...agaknya lah... :)

Wear
Itulah ketaksengajaan yang kadang-kadang tak logik...

Yus
'Dia' kata dia mengelak...lagipun pancutan itu ke cubicle sebelah... :D

Mazudi
Itulah kata orang 'malang tak berbau', walaupun di lokasi yang biasanya berbau......he he

Kamato
Itu pun satu kemungkinan juga..... :)

Rontol
Dudu main banyu la kang... arek cewok ...! ha ha..

Abdullahjones
Lain macam makna senyuman tu bang.. :)

Kel@mbu
Itulah dia. Moralnya, sebelum buka paip peganglah hujungnya dulu... hehe.

Zwitterion
Oooh....berjogging kat hi-way maksud kau..? hehe

..tapi lelaki itu tapi nampak macam baik...:D

Alpha
Kalau tersembur ke seluar sendiri,jadi lain pulak cerita entri ini... he he..

Kasutvincci
'Dia' memang nak mintak maaf tu tapi tak cukup 'kekuatan dalaman'.....hehe

Cuaca
Ya..kasihan...tak patut 'dia' buat macam tu kan...

Amanitium
Bunyinya macam kau menuduh aku jer ni....ha ha..

nbk
Ini kisah benar 'dia' tu la...hehe

Agaknya 'dia' malu nak mintak maaf kot...

Tiara
Eh...apasal aku pulak yang kena ni...

Erk..tandas berdiri tu macamana..?

Kingbinjai
Nanti aku tanya 'dia' ...ha ha..

Izhal
Itulah yg sepatutnya... Mungkin 'dia' takut-takut...atau juga serba-salah..

Itu cerita 4 tahun yang lepas. Sekarang ni dah canggih rasanya...

Book
Hard To Say I'm Sorry....

ayu mkay
Kisah nyata lagi benar.. cuma identiti 'dia' tu terpaksa dirahsiakan..hehe

JBM
..atau kena pakai baju hujan..!

Lan rambai
Huh...ke situ pulak kau ni..ha ha..

 

Khamis, Julai 27, 2006 3:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Lain kali kalau baju Am basah kena air dari sebelah, tahulah Am nak cari siapa hehehehe

 

Khamis, Julai 27, 2006 4:21:00 PTG, Blogger Literature Sushi

tekanan air terlampau kuat sebab hos / batang paip itu terlalu kecil diameternya...
utk mengelakkan kejadian berulang sila ikut cara si Ah Chong he.. he..

 

Khamis, Julai 27, 2006 4:56:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

Perhatian kengkawan..kalo BP pi masuk toilet..make sure dia masuk sorang..tiara rasa dia purposely nk basahkan orang tu lah.. ataupun dia tak tau guna paip yg canggih tu, ataupun dia suka nyakat orang ataupun dia suka main air (hmmm main air) ekekekek.. (kenakan BP sekali sekala best gak)

 

Khamis, Julai 27, 2006 5:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

haha..aku pun pernah alami gak.tapi nasib baik kat sebelah cubicle aku xde org.kalu tak tak tau la...

 

Khamis, Julai 27, 2006 5:21:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

kakakakakak...mesti masa pucat gilerkan!!!

 

Khamis, Julai 27, 2006 6:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

am
Tak baik buruk sangka Am...hehe..

Raiedzall
Isk.... maksud kau pakai tisu ekk... hehe

Tiara
Apa yang kau merepek ni tiara... ha ha..

mr penyubiru
Lain kali kena berhati-hati tu...:D

Mamarisyia
Pucat tu tak la..tapi ada elemen2 suspen gak la..hehe

 

Khamis, Julai 27, 2006 8:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ha ha! kalau saya jadi orang sebelah, jam itu juga saya serang jiran sebelah tu..

 

Khamis, Julai 27, 2006 9:25:00 PTG, Blogger Kemat

selalu gak terbuat camnie.. tapi betul la nak mntak mahap rasa takut.. dalam hati doa2 dia x amik hati jer

 

Khamis, Julai 27, 2006 11:22:00 PTG, Blogger Izhal

iyelah, kadang2 memang jadi gitu tetambah kalau disergah kerana tersilap... mana ada orang maksum tak buat silap... tambahan 4 tahun dulu, waktu tu dia pasti muda remaja heheh... 4 tahun dah berlalu, paip air tu dah canggih ke agaknya la ni???

 

Jumaat, Julai 28, 2006 12:29:00 PG, Blogger zino

kalau minta maaf agaknya dapat tak penampar free ? hehe

 

Jumaat, Julai 28, 2006 10:36:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

susah jugak tu ye. nak mintak maaf takut kena sembur. tak mintak maaf rasa bersalah pulak.

 

Jumaat, Julai 28, 2006 12:15:00 PTG, Blogger ontahsapo

sungguh jahat orang itu...

 

Jumaat, Julai 28, 2006 4:50:00 PTG, Blogger wénkt

ahaks.. best best.. terasa ok!

 

Jumaat, Julai 28, 2006 4:59:00 PTG, Blogger Unknown

BP: hemmmmm......wa rassa 'dia' tu lu la beb! terasa bersalah....tau x pe he he

 

Jumaat, Julai 28, 2006 5:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

gitartong
Walaupun anda sedang serius menunaikan 'hajat'..? ha ha.

Kemat
Dia tak ambik hati kot sebab 'dia' bukannya sengaja nak pancut ... :)

Izhal
Sekarang 'dia' pun masih muda rumaja apa...ha ha..

zino
Itu yang tak boleh jangka tuh..hehe

NBB
Nak mintak maaf pun dilema ekk...

Ontahsapo
Ha ah kan... kalau aku, aku jotos kepala 'dia' tu..hehe

Moon
Itu yang susah tu..... hehe

Wenkt
Apa yang best..apa yang terasa ok ni..? ha ha

Amora
Itu kau rasa jer kan... hehehe..

 

Jumaat, Julai 28, 2006 7:01:00 PTG, Blogger arianna adrizal

sure ke itu orangnye??

kalau tak mintak maaf pun, rasanya org tu da maafkan. kalau tak, dan2 tu gak dia tunggu hang depan pintu tandas.

 

Jumaat, Julai 28, 2006 8:07:00 PTG, Blogger Laila

kalo dibuat survey...
ramai rupanya anak JAWA yang gila blogging...
hu~

nway..siapakah 'dia' tu..kekalkan lah menjadi BIARLAH RAHSIA~...hu.eventho siti dah bkk cite golden dream die...

 

Jumaat, Julai 28, 2006 10:15:00 PTG, Blogger Unknown

takpe.. takyah minta maaf.. hahaha...

 

Sabtu, Julai 29, 2006 1:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Siapakah dia lelaki misteri tu?

 

Sabtu, Julai 29, 2006 5:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Arianna
Hmm..Agaknya dia la. Takkan dia nak basahkan bajunya sendiri..kan..?

Harap2 begitulah.. hehe

Laila
Ha ha..Hidup Jawa...!

Rahsia lagi ke tu..? hehe

Orochi
Tak sengaja............ :D

Cikguonline
'Dia' itu lah... hehe

 

Selasa, Ogos 01, 2006 12:40:00 PTG, Blogger Ted

hua hua hua...shian...kalu aku la kan, tak habis2 la aku bebel sapa yang basahkan baju aku tu..hi hi hi