Direnung yang dihadapannya itu puas-puas. Dia yakin dia membuat keputusan dan pilihan yang tepat. Pilihannya hatinya, pilihan yang disukai orang tuanya juga di kampung. Pilihannya itu dikenali sejak dulu lagi. Sejak dia masih kecil lagi.
Matanya mula berair. Siapapun mungkin tak mampu menahan air mata saat begitu. Dia bukan ingin mengikut emosi. Jauh sekali untuk menyesali nasib. Kalau sudah itu pilihan hatinya dia harus berkorban.
Bukan dia tak punya pilihan yang lain. Ada. Sebelum itupun bukan tiada teman yang sudi dan berminat menemaninya keluar, makan-makan sambil sembang-sembang di luar. Dia menolak dengan lembut. Begitulah dia.
Citarasanya agak berlainan. Mungkin memikirkan dia berasal dan dibesarkan di kampung, pilihannya pun harus punya ciri-ciri kekampungan. Kalau diikutkan, dia banyak pilihan di luar sana kalau dia mahu, samada yang ‘bertudung’ ataupun yang ‘terdedah’ sini sana. Apatah lagi dia bukan tak mampu. Lelaki seperti dia, pilih saja mana yang berkenan.
Dia mengesat-gesat lembut matanya. Air mata yang tergenang itu. Tak mampu ditahan-tahan lagi. Pedih.
Begitulah. Setiap pilihan dan keputusan itu ada harga pengorbanan yang perlu dibayar. Kalau tidak dikupas bawang merah itu, manakan mungkin dia dapat membuat sambal pilihannya itu. Bukan tak ada sambal lain di luar sana, sambal totok itu juga yang diidam-idamkannya.
TTFN
Rabu, Ogos 30, 2006 6:11:00 PTG, Kaklong Syikin
salam...
hehe..buat saspen jer, ingatkan nak citer dilema nak pilih calon isteri..rupanya2 bab air mata keluor sbb potong bawang, sabor jeklah.
petua org tua, kalau potong bawang tak mo pedih mata, seulas bawang putih or bwg merah yg dah dikupas kulitnya dicacakkan kat hujung mata pisau tu..then teruskan mengupas kulit bawang2 yg lain. insyaAllah, tak pedih mata. saya try, nampak gayanya jadilah petua tu..
Rabu, Ogos 30, 2006 6:53:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sastri
Nak buat macamana hun.....hehehe
ron97
Kalau rajin cuba selak entri Julai 'cerita sambal tutok' tu..
neeziee
Sampai masa apa neeziee..?
nbk
Takde idea lain..merapu la..hehe
cikin
Pergh...kalau tak pernah rasa bukan jawa namanya tu...Cuba klik kat entri Julai 'cerita sambal tutok' tu..
nbb.
Pertama kali dengar eye pad nih...
13may
Tu la...Siapa suruh kau khusyuk..hehe
Ted.
Nikah....? Siapa nak nikah..? hehe
Raiedzall
Hehehe...
Zwitterion
Hehehe ..
Alphawolf
Ada yang 2..? apa yang 1..? hehe
Mazudi
Itu la semangat kerjasama namanya zudi... Dulu kata lautan api sanggup direnangi...hehehe
lan
hahaha... kau memang pandai Lan ...
Bila nak ngeteh....? hehehe
Syikin
Salam.
Hehehe. Pilih calon memang tak ada dilema...hehehe
Terimas kerana petua yg berguna itu...Esok2 boleh lah cuba...
Tiara
Hehehe... kau memang Tipah..!
Apa kena mengena dengan mancis pulak...? Musykil...
Rin
Ni sambal tutok versi my dad..cuba tengok resepi kat entri Julai tu...hehe
wear
Tak terfikir pulak yang ni..isk...tapi nampak hitam pulak sambal tu wear...hehehe..
Esis
Apa yg 'huh' sis...?
Khamis, Ogos 31, 2006 6:02:00 PTG,
Segmen Bercerita Bersama Blackpurple The Storyteller...:)
Sambal Tutok ni saya belum pernah cuba, nampak mcm pedas sangat, gerenti lepas makan sakit perut...kalau sambal kicap cili api, sambal goreng, sambal goreng pegantin dan tempe goreng asam biasalah buat.
Kalau tak mahu mata pedih sewaktu kupas kulit bawang esp. bawang merah/kecil simpankan bawang tersebut di dalam peti ais, insya-Allah mata tak pedih lagi.
Jumaat, September 01, 2006 11:16:00 PG, blackpurple @ jowopinter
anony
Bawang mentah...? isk...
orochi
Tak terniat pun nak buat saspen... :D
Kamato
Betul. Nak lagi kalau ikan kapak atau ikan layur....perghhhhhhhh
Zino
Hehehe... Itu yg tak terfikir tu bang...
Izhal
Hahaha.... Sentimental tu masa kupas bawang jer... Nak kena angkut kipas la pulak ekk..
Kak lady
Diari Seorang Lelaki ~ Pretty Ugly... hehe
debikdebuk
Lain kali tak buat lagi dah.... hehehe
Bunga Rampai
Nak kena patenkan 'sambak tutok blackpurple' ni kalau macam ni...hehehe
Wan
Memang pedas...tapi darjah kepedasan tu boleh dikawal, letak jer la sikit cili tu......
Tq petua tu....nanti boleh cuba..
titicaca
Mana adaaaaa....
bagonk
Aku tak tipu sesiapa pun la...hehehe..
ibuvouge
Lepas ni takde saspen lagi dah...
Jangan lupa terus letak 'BP' kat hujungnya tu ekk..hehe
ayu_mkay
Ooooo...suka cerita momok ekk.....
Isnin, September 04, 2006 2:40:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kak sya
hehehe..
ontahsapo
Bujang senang...! haha
kemat
Terimas... banyak dapat petua kali ni...hehehe
kingbinjai
Kawin...? hahaha
Serial plant killer
Tahniah kerana men'tutok' kan diri..
TQ petua tu ekk...
cuaca
Cuba sekali pasti nak lagi...dan lagi...dan lagi....
kasutvincci
Cuba KV tengok entri Julai lepas....siap ada resepi lagi tu...hehehe
Isnin, September 11, 2006 12:28:00 PTG,
BP,
ko ni memang dah rindu tahap gaban ke nak makan sambal tutok(aku pun tak tau tutok tu apa)?atau ko ni kes rindu kampung?kesian.ishish...lain kali ko suruh mak ko siap2 buat tumis tu so bila nak masak ko amek je la.
nasib baik la aku dok dgn famili.tak de la nak kempunan makan ape?pisttt ko pernah makan rendang dinding tak??
Isnin, September 11, 2006 4:58:00 PTG,
RENDANG DINDING ni asal dari negori PERAK.yang org familiar rendang PERAK ialah RENDANG TOK je.berbeza dgn rendang2 yg lain2.kadang2 cara masak RENDANG DINDING pun berbeza mengikut cara die blajar.Tukang masak kat umah aku ialah bapak aku sendiri(org perak) assistant mak aku plak..
roughly aku bgtau la bahan2 die terdiri drpd daging rebus yg dipotong keping2 & ditumbuk, bawang yang dihiris (berat daging mesti sama dgn bawang).kemudian daging & bawang haruslah digoreng secara berasingan.bahan2 lain cili boh, air asam jawa,kicap,gula & garam.
biasenye famili aku buat masa raya pose, haji @ ade jamuan keluarga.slalu gak makcik aku order kat famili.cara memasak die renyah @ leceh skit....
klu ko nak rase dtg umah aku raya nanti... ;)
alaaa hunny.... ingatkan apa tadi, sedey2.... tau laa i balik kpg... keskeskes... rupanya air mata menitis sbb kupas bawang... keskeskes... u mmg tau... keskeskes...