Selasa, Ogos 01, 2006
Malam tadi aku terfikir. Terfikir yang ini. Cuba-cubalah anda perhatikan simptom-simptom ini :

1. Kemurungan luar biasa bila blogspot, blogdrive dan seumpamanya di ofis anda kena block.

2. Anda terus hilang selera makan bila server di ofis anda down.

3. Anda bermimpi berjumpa Sinaganaga, Tok Rimau atau AbdullahJones….takpun BP...ha ha..

4. Sentiasa membawa buku 555 di poket, mana tau bila-bila datang idea entri boleh terus tulis.

5. Sanggup ‘tapau’ dan makan di depan pc sambil blogging diwaktu lunch hour

6. Anda mulakan entri anda dengan kata-kata ‘hari ini aku tiada idea….’ tapi akhirnya menulis berjela-jela.

7. Anda menghafal semua alamat blog rakan-rakan blogger tanpa perlu merujuk link pun.

8. Anda mengemaskini blog anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

9. Anda mempercayai 120% cerita dalam blog berbanding berita suratkhabar.

10. Senarai link blogger di blog anda lebih panjang dari page blog anda.

11. Menggigil-gigil tak sabar mengakses blog setelah beberapa hari bercuti di kampung ( kes tiada internet di kampung..).

12. Anda khaskan satu tab untuk blog anda di skrin monitor dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

13. Anda masukkan sekali alamat blog anda di dalam business card anda.

14. Sedang anda khusyuk blogging di CC, tokey CC menepuk bahu anda…’Aloo kawan.., kedai suda mau tutup la....…’

15. Anda dah ada akaun blogspot, blogsome, blogdrive dan wordpress, dan sekarang ingin melanggan yang berbayar pulak..

16. Anda menukar template blog dua hari sekali.

Jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 simptom di atas, anda dah layak dikategorikan sebagai blogger tegar KRITIKAL….! Gurau jer weh…..He he he..

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/01/2006 03:11:00 PTG. |


50 Ulasan


Selasa, Ogos 01, 2006 4:35:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Keskeskes...Nasib baik i tak ada satu pun simptom-simptom kat atas tu....

 

Selasa, Ogos 01, 2006 4:43:00 PTG, Blogger ayu_mkay

hehehe tgh panas ler katakan mmg ler lagu tuh... sok lusa melempem.. idak ler tegor lagik

 

Selasa, Ogos 01, 2006 5:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Thank my lucky stars, I don't have a blog...whew!..tapi saya suka bloghopping..heehee! World Peace!!!

 

Selasa, Ogos 01, 2006 7:05:00 PTG, Blogger tumismenumis

Hampir semua senarai darjah ketegaran ko tu ada kat aku suatu masa dulu. Betullah. Memang blogger yang tegar gitu ciri ciri dia. Caner ko boleh tahu ni?

 

Selasa, Ogos 01, 2006 8:06:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Aku pun dah terkena tanda2 tu... betul la...

 

Selasa, Ogos 01, 2006 8:51:00 PTG, Blogger WRA

oooo....takat ni belum terkena lagi simptom2 tu...so tak le setegar mana.....

 

Selasa, Ogos 01, 2006 8:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

macam mana nak buat blog ni yer?

 

Selasa, Ogos 01, 2006 10:52:00 PTG, Blogger Izhal

hahaha nombor 6 tu biasala, ayat pembuka...

ps-saya kalau takde gambar-gambar bersiri, memang tak dok senang sebab "hari ini saya tak ada idea..."hahahaha...

 

Selasa, Ogos 01, 2006 11:12:00 PTG, Blogger Unknown

no. 11 tu cam biasa je.. hehehe..

 

Selasa, Ogos 01, 2006 11:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

haha! maaf, saya tiada idea untuk mengomen.

 

Selasa, Ogos 01, 2006 11:26:00 PTG, Blogger weAr

DR blogger..berjaya mengesan simptom2 yg saya akui kebenarannya...
pernah gak terkena kot..even skrng.sbb tader kerja...

 

Selasa, Ogos 01, 2006 11:46:00 PTG, Blogger KAMATO

kalau macam tu, aku belum kene penyakit ni lagi he he....

 

Selasa, Ogos 01, 2006 11:50:00 PTG, Blogger kingbinjai

ah aku terkene 5! hahahhaha

 

Rabu, Ogos 02, 2006 12:12:00 PG, Blogger indica

Sib baik aku terkena 1 sympton je..hehe.
Tapi aku suka check blog aku kalau ada new comments..itu tak kira tegar kan?

 

Rabu, Ogos 02, 2006 12:19:00 PG, Blogger Lan Rambai

ada satu lagi tanda lah BP... anda bercita-cita menjadi blogger sepenuh masa dan dibayar gaji dan pencen oleh kerajaannnnnnnn

seharian berkursus tanpa ada pc di depan mata buat aku rasa takder pekdahnya hari aku ni.. esok satu hari lagi uwaaaaaa

 

Rabu, Ogos 02, 2006 9:11:00 PG, Blogger Alpha

Setakat ni aku ada simptom tu tapi tak sampai 3...kira macam mat gian baru belajar hisap ganja la....kehkehkeh

 

Rabu, Ogos 02, 2006 11:22:00 PG, Blogger zino

ketagih biasa je kot belum sampai ke peringkat tegar lagi ni hehe

 

Rabu, Ogos 02, 2006 11:40:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

hehehe BP ketagih ek, 90% cerita daripada blogger adalah merujuk kepada diri sendiri mueehehehheehhehehehehe...

kata A.Samad Said, penulis yang hebat adalah berani menceritakan kisah hidup sendiri..

 

Rabu, Ogos 02, 2006 12:04:00 PTG, Blogger Petiais

aku dpt rasakan aura itu di dalam aku..HERK?!

 

Rabu, Ogos 02, 2006 1:29:00 PTG, Blogger Mamamanja

aku tidak ada idea utk mengomen...

no 5 tuh kengkadang jerk ada
no 6 plak selalu berlaku kat aku
no 12 tu start 8.30 sampai 5.30

yg lelain tuh blom terkena lagik.. hehehe

 

Rabu, Ogos 02, 2006 2:05:00 PTG, Blogger Unknown

aku rasa aku baru ada dua simptom..

 

Rabu, Ogos 02, 2006 2:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
R u sure...? hehehe

ayu_mkay
Ye ke macam tu..? hehe

peg. khalwat
Kehadiran anda dah diambil..hehe

wan
Nanti bila dah ada blog, ada la tu kot.. hehe

Mazudi
Itu kau dulu... sekarang..? Aku buat kajian rambang tu..ha ha.

Ontahsapo
Darjah ketegaran kau, kau seorang yang tau OS..hehe

Cikgibiz
Kau jangkit dari sapa...?

Alex lacey
Kalau ada satu dua simptom pun ok lagi AL..... Blogging dah jadi trend sekarang..hehe

yg naif
Eh...sapa pulak yang menyamor ni... ha ha...

Izhal
Aku suka entri2 bergambor kau tu... tak gi Jepun tengok dari gambor pun ok apa...

Sikenit
Maknanya sah bukan kena demam kura-kura la kan..hehe

Gitartong
Tiada idea mengomen tak apa cikgu..jangan hilang idea menulis entri dan mencipta lagu dah la..ha ha..

Wear
Blogging pun kerja jugak ...hehe

kamato
Sama la kita..hanmpir2 tu ada la..he he..

Kingbinjai
No 5 jer ke KB..? hehe

Indica
Kalau 1 kira masih normal kot..... Aku suka baca komen tapi malas nak respon komen..haha

Lan rambai
Sebenarnya banyak lagi simptom2 tu...kang panjang pulak entri ni...bila dah pjg entri, kira tegar tu... hehe

Abdulahjones
Pinjam nama ekk bang... ha ha.

Alphawolf
Tanda-tanda tegar KRITIKAL dah nampak ada kat kau tu alpha...ha ha..

Zino
Ketagih biasa ok la..Kalau dah tegar pusat serenti pun takleh terima nanti...hehe

Tiara
Ini pengalaman benar melihat pengalaman kawan-kawan berblogging termasuk kau la..ha ha..

Kira penulis hebat la ni ekk..hehe

Petiais
Nasib baik kau petiais...tegar pun tetap sejuk...hehe

Mamamanja
16. Anda tiada idea utk mengomen, tapi ada mengomen jugak.. hehe

orochi
Sikit lagi tu Orochi..ha ha..

 

Rabu, Ogos 02, 2006 2:59:00 PTG, Blogger Unknown

Haha...pandailah doktor blog kita mengesan simptom2 ni...mesti pernah mengalami, saya ada 3 rasanya....dah kira tegar ker???heheh. Tapi duduk rumah takde kerja, bila free ngadap pc, nilah jadinya....

 

Rabu, Ogos 02, 2006 3:02:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

aiyaksssss... aku ade byk simptom yg ko bagi tuh ... camner weiiiii

 

Rabu, Ogos 02, 2006 4:00:00 PTG, Blogger Unknown

setidak tidaknye wa dah tau sape blogger yg tegarrrr

especially tuan punya blog ni ha ha

 

Rabu, Ogos 02, 2006 6:00:00 PTG, Blogger Nieys Zahri

heheheh.. entah kenapa.. rasanya ciri-ciri itu lebih daripada tiga pulak terkena..
tegarkah diriku?

 

Rabu, Ogos 02, 2006 9:24:00 PTG, Blogger Kemat

sekurang2nya perkara 4, 6 & 11 bertepatan denagnkeadaan aku sekarang..haha..aku dah terperangkap dlm dunia blog rupanya..

 

Khamis, Ogos 03, 2006 1:00:00 PG, Blogger Literature Sushi

Blog? Ape tu? hahahahahahah...

 

Khamis, Ogos 03, 2006 9:13:00 PG, Blogger kasutVINCCI

kv pun tak boleh nak pastikan yg kv ni penagih tegar yg kritikal ke ta.Hmmmmm.....

 

Khamis, Ogos 03, 2006 9:52:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Macam dah kena aja Am ni, BP ada ubat ker? takut makin teruklah nanti hehehe

 

Khamis, Ogos 03, 2006 10:04:00 PG, Blogger Ted

huhu...aku la tuh.tekan!AKU LA TUH.haha.aku tak dapet hidup tanpa tenet,banyak nak kene cari,buat.hehehhe...

kalau tade tenet, memang aku relagi bilik kawan/atau lab asalkan pepe aku online jugak hari tu..muahahahah

 

Khamis, Ogos 03, 2006 10:38:00 PG, Blogger Unknown

ada dadah methadone utk penagih blog tak.. hehe

 

Khamis, Ogos 03, 2006 11:57:00 PG, Blogger zwitterion

kalau darjah ketegaran ni yg paling tinggi 5, aku br kat tahap 3.kira ok la tu..masih boleh dikawal..hehe

 

Khamis, Ogos 03, 2006 12:02:00 PTG, Blogger JBM8141

aaa kalau asyik tekan refresh aje, kira simpton jugak ke bang???

 

Khamis, Ogos 03, 2006 1:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Yus
Dari pemerhatian dan pengalaman kawan-kawan dan diri sendiri jugak kot..he he..

Ayu
Kalau betul pun ..apa nak malu..takde salah pun...hehe

Amora
Mana adaaaa..... Ketegaran masih ditahap yang munasabah lagi...he he..

Nieys
Tak lain tak bukan la tu...hehe

Kemat
Normal la tu Kemat di era blogging ni...

Riedzall
Buat-buat tanya apa tu blog pun simptom tegar gak tu... ha ha..

KasutVincci
He he he....

Am
Doktor tak jumpa ubatnya lagi...he he..

ted
Tahniah atas ketegaran kau... tahap kritikal gaban tu..he he he..

Kel@mbu
he he he..

Zwitterion
3/5 kira agak cemerlang gak tu...hehehe

jbm
Blog sapa pulak yang kau asyik refresh tu bang..? hehehe...

 

Khamis, Ogos 03, 2006 3:33:00 PTG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

amboiii...dh lamo ko mkajiii...cayalahhhhhhhhh...

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 8:21:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

keren nian blog-nya... minta ijin nge-link ya kang... :)

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 9:42:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

17. Anda menggunakan browser Opera dan setkan autoReload every 5 second untuk lihat ada orang komen kat blog anda atau tidak.
muahahaha

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 11:18:00 PG, Blogger NBK466

Musti kisah dari pengalaman ketegaran hang sendiri ni......hi..hi..hi...

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 3:47:00 PTG, Blogger Sya

Baru ajer rasa tak bloggacholic sbb sebulan tak kisah pasal blog tapi kenapa ada gak 1-2 simptom di atas... emmmm

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 5:21:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

huishhhhhh...aku cuma yang no. 8 tu jer...muhahahha....

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 5:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

PB
Mengaku jer la PB...jangan malu2..hehe

lovelyzz
Itu baru pemerhatian, belum kajian saintifik lagi tu..hehe

bagonk
Ya..sila-sila.... Masuk blog ini tak perlu pasport dan permit..ha ha..

ron
Itu kau la tu ekk...Aku pakai IE & Mozilla ..hehe

nbk
hehehe...dari pemerhatian kawan2 blogger termasuk ekau la ni..

PB
Kalau dah gian sangat gi la mana-mana CC kat Puchong tu.....hehehe...

Kak sya
Hehehe... Kira ada juga la simptom2 tu...

Mamarisyia
Ke KECUALI yg no 8 MR..? hehehe

 

Isnin, Ogos 07, 2006 8:55:00 PG, Blogger hamka

Nampaknya, aku bukan blogger tegar..ha ha ha

 

Khamis, Ogos 10, 2006 3:39:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku pulak dah kategori kronik gile babas. sebab aku ade lebih dari 5 simptom kat atas tu...

 

Jumaat, Ogos 11, 2006 10:33:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Hahahaha ....
Kreatif sekali kamu hitamungu!
Salam.

 

Ahad, Ogos 13, 2006 8:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

hamka
Tau...hehehe

anony
ha ha... lebih baik kau dedahkan identiti sebenar kau....

bunga rampai
Salam. Pemerhatian jujur tu....hehehe

 

Khamis, Ogos 17, 2006 6:44:00 PTG, Blogger Izhal

bp, henfon patah!!! sayabalik dari makmal tengok2 dah patah... aiseh... tapi ALhamduillah masih boleh pakai... tak dak mood nak shooting gambar untuk blog... ini boleh masuk dalam simpton blogger tegar ke??? ke simpton nak sembuh dari blogging??? oh tidakkkk... penyakit inilah yang syok... heheh...