Selasa, Ogos 08, 2006
Parit Jawa. Muor.

80an. Musim durian. Selalunya subuh, atuk dan abah akan mengutip durian yang gugur. Durian akan diasing-asing. Dipilih-pilih. Buah yang besar-besar dan cantik-cantik untuk peraih. Buah yang kurang cantik, berlubang ditebuk bajing akan kami makan. Selebihnya, emak akan jadikan lempuk. Tapi sesekali, berjaya juga aku menyeludup dan menyorok sebiji dua buah yang cantik. Aku dan adik akan curi-curi makan.

Itu dulu. Sekarang atuk dah lama tiada. Begitu juga pokok-pokok durian atuk. Yang tinggal tujuh lapan pokok. Itupun pokok generasi baru. Campuran durian kampung dan klon. Dan bila musim durian datang, abah masih lagi akan memilih-milih buah yang cantik. Tapi bukan untuk peraih. Abah akan longgokkan di satu sudut di hujung dapur. Kemudian emak akan menelefon kami adik-beradik, membawa khabar durian dah gugur. Kami akan berpakat-pakat balik kampung.

Terusik juga jiwa bila memandang longgokan itu. Aku tak perlu lagi bersusah-payah menyeludup atau menyorok buah-buah yang cantik itu. Cuma agaknya sekarang sudah hilang keghairahan seperti 20 tahun yang dulu itu. Menjamah pun cuma seulas dua.

Durian yang gugur itu bukan sebab utama kami adik-beradik balik kampung. Dan jauh di sudut hati kami juga tahu, durian yang gugur itu juga bukan sebab utama emak dan abah inginkan kami adik-beradik balik kampung.

BP:
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Jengok mereka sementara nampak
Esok dah tiada jangan rindu-rinduan

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/08/2006 04:21:00 PTG. |


47 Ulasan


Selasa, Ogos 08, 2006 4:33:00 PTG, Blogger Sastri

Hunnyyyyyyyyyy.... keskeskes... harap2 berjaya jadik yg pertama semula...

Citer pasal durian ek? Mmmm... nanti kalo balik kpg, bawakan sket balik KL na...

Setuju dgn pantun u hunn(amboi2... dah berpantun lak ek)... ramai anak2 sekarang yg seems to lupa parents dorang... Jenguk pun jarang2 sekali... Bagi I, those yg boleh balik kpg kerana dekat tu, balik la selalu... I m not that fortunate, kpg jauh...sbb tu balik kpg pun at least 3 bulan sekali... Kalo dekat dah tentu balik tiap2 minggu...

 

Selasa, Ogos 08, 2006 4:48:00 PTG, Blogger Mamamanja

tuai padi kat bendang
main buaian kat ateh bukit
nih tetamu bertandang
ada doyan bak meh sket!

 

Selasa, Ogos 08, 2006 5:00:00 PTG, Blogger arianna adrizal

"ada saat brutal, ada saat sentimental... jiwa manusia memang begitu.

..yang indah memang elok disimpan jadi kenangan." - by BP.

~ same goes to u.. :D

 

Selasa, Ogos 08, 2006 6:43:00 PTG, Blogger Romantis Selatan

kucing juga boleh makan durian

 

Selasa, Ogos 08, 2006 7:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Setuju bebenar dengan pantun BP. Rasa sebak tetiba.

 

Selasa, Ogos 08, 2006 8:16:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tuai padi menjadi beras
esok boleh jual-jualkan
balik sebelum menjadi keras
esok jangan sesal-sesalkan

 

Selasa, Ogos 08, 2006 8:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

cerita yang mengharukan... :)
saya sangat senang makan durian, tapi males kalau harus beli sendiri, nggak bisa milihnya... :)

 

Selasa, Ogos 08, 2006 9:26:00 PTG, Blogger Unknown

sesungguhnya yang paling membahagiakan ialah melihat wajah orang tua...

 

Selasa, Ogos 08, 2006 10:26:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Ummm... memang tahu lama dah tak balik. Ummmm... minggu depan aku balik...

 

Rabu, Ogos 09, 2006 1:38:00 PG, Blogger LindaMunshi

Bestnya makan durian...aku batuk selsema...takleh makan :(

 

Rabu, Ogos 09, 2006 8:06:00 PG, Blogger KAMATO

zaman dulu nak tanya harga durian pun takut, sekarang ni bayar RM 20 satu keluarga tak habis makan

 

Rabu, Ogos 09, 2006 8:36:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Dusun aku masih ada, durian masih elok, semua durian kampung.

Dulu akulah tukang mengutipnya. Sekarang aku dah tak duduk dekat kebun, abang akulah yang mengutipnya.

Dah ada durian kampung, durian siam pun dah tak lalu.

 

Rabu, Ogos 09, 2006 8:57:00 PG, Blogger Alpha

Durian hanyalah sweetener untuk anak-anak balik kampung. Kita tak perlu tunggu durian untuk bersama parents (dan adik-beradik lain). Aku ni pa'kal aje tersangkut kat jelapang padi nih...nasib baik rate Celcom kat sini 15sen...selalu la aku boleh call mak aku walaupun takleh nak balik selalu.

 

Rabu, Ogos 09, 2006 9:05:00 PG, Blogger WRA

huuuuu...kampungku tak de pokok durian....tapi kampung hubby ada...selalu jugak berkumpul ramai2 kat rumah ibu mertuaku menjamu durian...tapi sekarang semua dah jadik kenangan jugak sbb mak mertua pun dah arwah....hmmmmm...

 

Rabu, Ogos 09, 2006 9:26:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hari tu org tua kat pt. jawa ada call kata durian dah gugur, tapi tak sempat balik.... tak merasa la durian kg tahun ni...

 

Rabu, Ogos 09, 2006 9:46:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

Since kejadian tu...beckham dah haramkan durian buat masa ni :( ...
dugaan..sana sini bau durian..

:( :(

 

Rabu, Ogos 09, 2006 10:16:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

oh, tersentuh, benar-benar menyentuh. terima kasih atas entri ini.

 

Rabu, Ogos 09, 2006 10:30:00 PG, Blogger kasutVINCCI

musim buah selalunya anak2 diperantauan akan blk kg. Cam musim raya pulak. Kekekekek
Syukur lah kv kerja kat kampung, tiap2 minggu boleh jenguk mak. Nak balik time lunch hour pun boleh.;)

 

Rabu, Ogos 09, 2006 10:36:00 PG, Blogger kingbinjai

ya ya aku pun macam tu makan durian tak macam dulu dulu

 

Rabu, Ogos 09, 2006 10:42:00 PG, Blogger Ayu Mohamad

aku nak jugak deroyan.. hehe BP aku ari2 balik umah mak hehehehe cuma lately ni je jarang balik.. seminggu ade le 2-3 kali.. tp weekend mmg tido umah mak :)

 

Rabu, Ogos 09, 2006 11:10:00 PG, Blogger Unknown

Macam Mr. Os nyanyi la!

Musim doriyan, semua balik kampung,
Musim menebas, semua orang tak nampak ropa!

 

Rabu, Ogos 09, 2006 11:43:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Baca entry ini rindu pula Am pada emak dan ayah Am, dah 3 minggu tak balik ni

Pasal durian baru makan durian kat kampung isteri Am hujung minggu lepas, mahal ya durian kat kampung sekarang, durian kat bandar lagi murah hehehe

 

Rabu, Ogos 09, 2006 11:44:00 PG, Blogger ontahsapo

aku tak makan durian, so tak berapa terasa sgt lah... tapi kena la balik, minggu ni aku tak balik, sebab kena campakkkkk!!! so minggu depan aku balik la.. adushhh cemana nak tgk PGLM sabtu ni...isk... eh BP kau eja kampung salah last para tuuu hehehhehehehe

 

Rabu, Ogos 09, 2006 12:31:00 PTG, Blogger Unknown

anak ikan membeli mee
anak katak main buaian
kalau tuan pi makan durian
jangan lupa hulur kat kami

hahaha... kampung hang kat mana?

 

Rabu, Ogos 09, 2006 1:28:00 PTG, Blogger zino

memang bukan sebab durian mak bapak suruh kita balik.. tapi apa cara dia nak melihat anak anak dia balik.. nak tunggu raya?

maka dia buat le alasan durian dah gugur nak sedapkan hati anak anak .. at least ada jugak le alasan mereka nak balik.. itu pun ada yg tak balik.. sampai merekah durian tu..

kesian org tua mengharap sangat nak jumpa anak anak.. bukan pasal nak tengok anak makan durian..

so balik le walaupun durian tak gugur pun.. zino setiap bulan akan balik kampong..

 

Rabu, Ogos 09, 2006 1:54:00 PTG, Blogger NBK466

Macam sambut raya gak ler...makin dewasa makin hilang happeningnyer.. al-maklum ler udah TUO..he..he..he.. Apa2 pun kenangan MANIS tetap tertanam sampai bila2 kan?

 

Rabu, Ogos 09, 2006 2:04:00 PTG, Blogger Unknown

Sama jer situasi cerita di atas mcm di kampung saya. Masa atuk ada dulu, cam gitu gak, skrg ni bila durian gugur, pakngah akan tepon suruh balik, sbb dia yg duduk kg. Tapi, di sini tak merasalah, kalau balik pun mkn sebeton jer..hihi.

 

Rabu, Ogos 09, 2006 3:16:00 PTG, Blogger Izhal

mengusik jiwa la yang ni bp...

ps-klon UPM ke??? heheh...

 

Rabu, Ogos 09, 2006 4:28:00 PTG, Blogger tumismenumis

Yang best bila dipanggil pulang reramai macam ni ialah abang sulung. Abang akan ambil kuasa ayah dalam banyak hal dan ayah pun akan meberi sepenuh kepercayaan pada abang.

 

Rabu, Ogos 09, 2006 4:56:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
InsyaAllah..tapi apa nak susah2 hun... kat Seri Petaling tu kan banyak...hehe

Kalau dah berjauhan beribu batu, 3 bulan sekali tu pun dah syukur... u pun selalu call kan...

MM
Ada ke tuai padi pakai kapak
Mana la tak jadi layu-layuan
Berapa guni MM nak..?
Nanti boleh la tolong bawak2kan..

Ha ha..

Arianna
Erk.. dah mintak kebenaran bertulis dgn penulisnya ke publish balik phrasa tu..? hehe

Ingat-ingatkan parents lain sentimentalnya....

Romantis
Kucing moden semua dia makan..hehe

Wan
Ya. Ada maknanya yang tersirat... :)

Neeziee
Pergi blogging bersama Tun
Tak payah la nak pantau-pantau
Kau memang pandai berpantun
Tajam sungguh pantun kau

ha ha..

Bagonk
Begitulah. Ada sentimentalnya...

Di Indonesia sana, bagaimana duriannya ekk..?

Aminbakish
Betul. Apatah kalau lagi dapat mencium tangan dan mengucup pipi..

Azhar
Kampung kau mana zhar...?

Imokhtar?
Tak suka sangat sebenarnya...sikit2 tu ok la... hehe

Kamato
Tu la...beli siap dapat bakul free lagi....hehe

Pegawai khalwat
Org kata derian kampung, pahit2 manis....kan..?

Alphawolf
Kalau dapat call selalu pun sejuk & seronok hati diaorang...

Dah lama tak dengor org cakap "pa'kal"... ha ha..

Alex lacey
Kenangan tu lebih manis dari manisnya durian... :)

Jamri
Derian Pt Jamil ker Jam....? he he he..

Tiara
Kau main baling-baling durian dgn Beckham kau ke tiara...? Bahaya cara kau 'bergurau' ni...! hehe

Gitartong
Telah menjangkakan cikgu akan dapat mencari ertinya yg tersirat dalam entri ini.... maklumlah cikgu kan org sastera...berjiwa seni pula... :)

kasutvincci
Alhamdulillah.... tak sempat la nak rindu-rindu ekk...

Kingbinjai
Sekarang ni dah hantu rambutan esp rambutan gading Muor...hehehe

ayu
Beruntung dekat dgn parents..Macam aku ni sebatang kara...nasib baik ada sas....hehe

amir azmi
Lama tak nampak Mr Os...mana pergi dia agaknya....

Biasa la tu bersihkan dusun setahun sekali....hehe

Am
Kalau 3 minggu tu kira tak lah lama sangat AM...yang ada tu sampai 3 bulan...?

Ontahsapo
Aku lebih gilakan rambutan gading muor OS...

Tq...demam2 pun kau peka...hehe

Orochi
Orochimaru jatuh buaian
datang sinaga ketawa-ketawa
kalau kau nak makan durian
datang le ke parit jawa

PJ, PJ, Muor...hahaha...

Zino
Betul. Buah2 tu semua cuma sweetener macam kata Alpha tu...

Mereka pun mungkin tak lama lagi di dunia, sementara masih ada curahkan kasih sayang yg ada...

nbk
Terasa tuo pulak ekk...hehe

Nostalgia....

Yus
'Beton' rebus pun best gak tu yus.....hehe

Izhal
Sesekali nak sentimental la pulak...

klon D apa entah... UPM? hehehe

Mazudi
Betul. Kebetulan aku juga abg long.....hehe

 

Rabu, Ogos 09, 2006 5:38:00 PTG, Blogger Literature Sushi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
berat hati rindukan emak
apakan daya jauh di perantauan
;)

 

Rabu, Ogos 09, 2006 5:44:00 PTG, Blogger JBM8141

...tetapi jambatan kedua sungai muar juga menjadikan aku semakin seronok balik ke taman muar...

 

Rabu, Ogos 09, 2006 6:06:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

insyaallah khamis dpan saya pulang ke muar dah lama menetap kat negara org serabut rasa nya...nak gak merasa angin tanjung hahaha

 

Rabu, Ogos 09, 2006 11:02:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

salam. hmm..bila kawin ngan hubby, merasa baliklah makan durian free. fil pun jual durian kat peraih, tp kami pun dpt merasa durian yg tinggi grednya..mmg power tul.pokoknya kami anak beranak hantu durian. Alia yg setahun lebih tu blh makan 2 or 3 ulas sekali hadap, lps tu kena paksa berhenti.

eh, rindu plak nak makan durian.

 

Khamis, Ogos 10, 2006 12:37:00 PG, Blogger Lan Rambai

aku tak yah balik kg sebab mak aku tinggal dgn aku hehehe.

 

Khamis, Ogos 10, 2006 9:18:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

sekarang musim biji getah diletupkan.
jom balik kampung lawan laga biji getah?

 

Khamis, Ogos 10, 2006 9:39:00 PG, Blogger ayu_mkay

setuju nor ngan pantun hang tuh.. bila dg takdek baru sibuk mencari..heheheh... best nyer ada dusun deroyannnnn...

 

Khamis, Ogos 10, 2006 10:48:00 PG, Blogger zali

teringat kat my mom yg simpan durian kebun kat dlm peti sejuk untuk anak2nyer.. biar pun sedikit, tp dia pastikan jugak setiap seorang at least dpt seulas... ye lah pokok durian kat kebun bukannyer byk, and berbuah pon sikit jer...

 

Khamis, Ogos 10, 2006 12:48:00 PTG, Blogger Rie

sabtu lepas mak atu telefon. diorang mkn daging kancil.

mak aku tinggalkan daging kancil untuk aku balik esok.

syahdunya.

ya bukan daging kancil sebenarnya.

 

Khamis, Ogos 10, 2006 3:19:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

raiedzall
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Jauh sebatu pun rindukan emak
Inikan pula di seberang lautan

jbm
Kadang-kadang lebih suka lalu jambatan lama...sebab banyak nostalgianya...

aisgohome
Selamat kembali ke Muor. Sekali menjadi orang Muor, selamanya akan menjadi orang Muor..! hehe

Syikin
Salam. Dulu2 memang boleh tahan makan derian banyak2..tapi sekarang ni dah menurun sikit keterujaannya....

lan rambai
Untunglah kau lan...hehe

ron
Biji getah kumpul banyak2 boleh jual juga apa.... hehe

ayu_mkay
Belum taraf dusun lagi kot....cuma ada la tanah utk bertanam buah-buahan.... :)

Zali
Syahdu....Itulah tanda kasih sayang seorang emak..........

Esis
Bestnya dapat makan daging kancil ekk...

Ya, bukan daging kancil sebenarnya yg membuat kau balik....

 

Khamis, Ogos 10, 2006 3:41:00 PTG, Blogger Unknown

wa dah la x sihat ari ni baca plak N3 ni huuuwwwwaaaaa

 

Khamis, Ogos 10, 2006 10:15:00 PTG, Blogger debikdebuk

Blackpurple,
Aku setuju dengan kau. Air dicincang takkan putus…!!

Mamamanja,
Kampung kat mana?? Harga durian mahal tak kat sana?

Arianna,
Hang pun suka durian gak!!??
Sampai mintak kirim lagi..Hehehe..

Romantis,
Lirik lagu ka tu???

Wan,
Bukan kucing je..Betul ke selain beruang,
harimau pun makan durian tau!!

Neezie,
Kadang2,pasal buah pun leh sambung ikatan persaudaraan.

Bagonk,
Durian keras mmang tak best!!

Sikenit,
Aku pun tak berapa pandai pilih durian.

Azhar,
Ibubapa banyak bekorban untuk anaknya.
Doakan kesejahteraan mereka..

Sarah’s Mummy,
Balik kampong kat mana?

Kamato,
Aku pernah makan durian sampai batuk teruk..

Gitartong,
Ada member aku xleh bau durian…mesti muntah!!

Ontahsapo,
Dalam paper ada durian RM0.50 sebiji…
Sedap ke durian tu??

 

Jumaat, Ogos 11, 2006 10:48:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam.
Selera untuk durian tak pernah berubah dari dulu hingga kini, enaknya hingga menjilat biji :))

 

Sabtu, Ogos 12, 2006 7:51:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Wa sendapnya makan durian....

 

Ahad, Ogos 13, 2006 8:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

amora
Teringat kat parents la...

debikdebuk
Hehehe... dulu semut lepastu book...sekarang ni kau pulak rajin jawapkan komen...... terharu...

Bunga rampai
Bijinya bukan boleh direbus...?

cikgubiz
sendap ke sedap cikgu...? hehehe

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 7:02:00 PTG, Blogger Laila

nak wat pengakuan

kerana homesick melampau...
ku tinggalkan segala2nya
haha~
ayat cam pe je...
tp..
SEMANGAT YANG HILANG KEMBALI HADIR SAAT MATA BERTENTANG MATA AYAH DAN BONDA...