Khamis, Ogos 17, 2006
Satu
Si pemilik kerusi berwarna biru itu agak bersimpul masanya kebelakangan ini. Ada misi hidup dan mati yang perlu diselesaikan. Ini tiada kena mengena dengan majlis 'weeding of the year ' di KLCC itu......ha ha... Ini sebab lain.....Aktiviti blogging terpaksa diperlahan-lahankan.


Dua
Mesyuarat kami tadi antara lain menyimpulkan:

1. Kos cadangan projek landskap design & build itu HARUSlah dalam lingkungan RM600,000.00.

2. Harga tawaran kami termasuk profit dan konsultansi MESTIlah tidak melebihi RM800,000.00 (mengambil kira profit 30%)

3. Pihak BERKENAAN 'meminta' harga RM800,000.00 itu MESTIlah diselaraskan ke RM1,000,000.00 untuk kelulusan. 'Permintaan' yang 'tersimpul'.

Terpulanglah kepada anda untuk mencari maksud yang 'tersimpul' itu...…

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/17/2006 05:10:00 PTG. |


40 Ulasan


Khamis, Ogos 17, 2006 6:47:00 PTG, Blogger Sastri

Hallu hunnn... Kebetulan baru boleh nge'blog' ari nih...

Satu...
Wa... byk keje ek... Sama la kite... Sebab takmo nampak serabut ngat meja, i letak all my files kat bawah dah...

Dua...
hmm... tingat lagu jenal(dibaca dgn slang 'Jowo') abidin... lagu ijo... bab yg dia sebut korupsi, opresi sumer tu... :P

yang amik tu, tak takut ek, sbb kalo guna utk beli makanan, jadik darah daging tu... imejin laa utk besarkan anak2 plak... heh... dunia...dunia...

 

Khamis, Ogos 17, 2006 7:01:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam. Saya tidak dapat menyelesaikan apa maksud tersimpul dalam entri blackpurple kali ini ... ermm, malas berfikir sebenarnya :)

Sejujurnya, apa yang tersimpul dalam benak saya selama menyelusuri blog blacpurple ini ialah perkataan 'TTFN' pada penghujung setiap entri :)

 

Khamis, Ogos 17, 2006 7:33:00 PTG, Blogger sinaganaga

Jom tukar kerusi. Suka sama suka.

 

Khamis, Ogos 17, 2006 8:40:00 PTG, Blogger Unknown

Busy yer BP...tapi, saya tak fahamlah maksud tersimpul tu.....takpelah, moga BP dapat menghuraikan apa jua yg tersimpul tu yer.

 

Khamis, Ogos 17, 2006 9:38:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Tukar kaler kerusi ok kot?

 

Khamis, Ogos 17, 2006 9:44:00 PTG, Blogger kingbinjai

bersimpul kepala aku fikir

 

Khamis, Ogos 17, 2006 9:50:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tak lawa la warna kerusi tu..

 

Khamis, Ogos 17, 2006 9:57:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
Kita serupa hunn....

Kalau dah biasa bermain dengan contract, BQ, tentu mudah menangkap maksud yg tersimpul ni ekk..hehehe

Bunga rampai
Korupsi...integriti..

Ta Ta For Now..

Sinaganaga
Tukar kerusi ke tukar posisi Naga...? hehe

Yus
Cuba rujuk respon pd komen Bunga Rampai tu.....juga komen sas tu.. :)

Pegawai khalwat
Dah dua tiga kali tukar kerusi dah ni...hehe

Kingbinjai
Bersimpul tak apa..jangan bersembul... 'bersembul' tu apa ekk..?

neeziee
Tau, kau nak aku tukar ijo pulak kan....? hehe

 

Khamis, Ogos 17, 2006 10:50:00 PTG, Blogger weAr

BP MESTIlah bgtau apa yg `tersimpul` itu..

 

Khamis, Ogos 17, 2006 11:54:00 PTG, Blogger Unknown

Deal dengan Jabatan Kerajaan ker? Standard la tu, dapat kontrak memang cepat! tapi nak bayar duit kontraktor memang lambat. Yang extra-extra tu kira nak cover pembayaran yang lambat la tu!

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 9:02:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

Kerusi BP sama ngan kerusi tiara hehehee..apsal takder gambar? letak ar gambar kat dinding tu idak ler nmpak kosong jer..hehehee
SAS do something.. hehehee

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 10:18:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

siapa yang perlu mengubah tradisi ini, kecuali kita sendiri tapi siapa nak mulakan dulu? tradisi yang dah sebati dalam jiwa manusiawi

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 10:47:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

mana boleh! makan lebih dah tu! karenah birokrat atau 'double standard' ni? haha! (serkap jarang)

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 10:49:00 PG, Blogger Lan Rambai

cuba ko tanya kat dia... "kalau makan babi nak tak?" kalau dia tak nak... "babi masa darurat boleh makan... benda tersimpul ni yg ko nak mintak ni mana ada darurat.... so lebih baik ko makan babi"...

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 11:12:00 PG, Blogger jagoan

Pertimbangkan projek itu dengan baik.
Rezeki jangan ditolak. Harus diagih-agih. Jangan tamak pula. Jangan terlalu untung dan tidak terlalu rugi. Hehehehe.
Psst: Ada projek lebih leh hulur sikit :)

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 11:17:00 PG, Blogger WRA

kepala otak tengah bersimpul la skang ni....tak leh nak huraikan...

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 11:24:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

rasanya macam tahu apa maksud tersimpul tu tapi biarlah ia tersimpul dalam hati Am aja

BP... selalu ker "Tersimpul" disana hehehe

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 11:37:00 PG, Blogger Unknown

baik punya permintaan tersimpul dlm budget tu.

cite sket mana punya agensi? gomen ke swasta punya permintaan tu....

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 12:04:00 PTG, Blogger Rie

haha aku tahu.
terdapat seluar bersimpul bawah meja kan.

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 12:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

gila punya tamak
dia pun markup 30%
sempoi sempoi


sila lihat blog aku untuk kes yang sama

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 5:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Wear
Korupsi..RM200K tu masuk poket BERKENAAN.... !

Amir Azmi
Itulah masalahnya. Kontraktor juga yg jadi mangsa.

Tiara
Wallpaper tu pun dah cukup cantik apa...hehehe
Nak letak gambor apa..? Tempe..? ha ha..

Jamri
Betul. Kalau bilis makannya sebegitu, jerungnya entah macamana...

Integriti....?

Gitartong
Memang betul2 jarang serkap cikgu ni...ha ha ..

Lan rambai
Susah Lan. Diaorang bukan kira rezeki halal-haram ni...Agaknya..

Attoch
Setuju. Profit 30% pun, kalau tak ada project management yg betul, pun boleh lingkup..

Alex lacey
Baca la komen kawan2 kita dan jwpn saya...sikit2 nanti faham la kot..... :)

Am
Kalau faham bagus la...hehe

Setakat ni Alhamdulillah...belum 'tersimpul' lagi.... hehehe

Halogamora
Kalau projek private, duit diaorang/persendirian, tak mengapalah.......tapi kalau projek gov. , bukan ke pakai duit rakyat...?

Esis
Ha ha... Aku pulak yg tersimpul baca komen kau ni....

Ron
Kami mark up 30% itu kira munasabah... tapi yg BERKENAAN tu mintak kitaorang mark up lagi RM200k tu apa ke jadah.....?

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 5:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ANONYMOUS yang menjawap di atas itu adalah JOWOPINTER @ BP...terlupa nak sign in da...hehe


raiedzall
Sikit ekk...? Tu baru projek kelas D....kalau kelas A lagi banyak diaorang 'simpulkan..'

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 6:08:00 PTG, Blogger Titicaca

complicated jugak 'simpulannya'.kena tanya budak pengakap ke macam mana nak uraikan simpulan?

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 8:46:00 PTG, Blogger debikdebuk

simpul manuk? simpul bunga keti? simpul buku sila... Tersimpul otak aku memikirkan apa yang tersimpul BP.

 

Jumaat, Ogos 18, 2006 9:50:00 PTG, Blogger Unknown

ya aku paham... kira ko tolong diorang mark up harga tinggi2, diorang tolong ko dgn bagi projek.. hahaha...

 

Sabtu, Ogos 19, 2006 2:58:00 PG, Blogger Kaklong Syikin

hmm..nilah cabarannya bisnes camni..doalah banyak2 moga segala yg tersimpul tu dipermudahkan.

payah gak org suruh markup2 rege ni sbb nak tumpang untung lebih sama...ye ke apa yg cuba saya simpulkan ni?

 

Sabtu, Ogos 19, 2006 3:00:00 PG, Blogger aNIe

Masa kak lady bekerja membekal berbagai peralatan ke pejabat kerajaan memang dah biasa dengan yang tersimpul dan bersimpul...maklumlah berurusniaga dengan mereka2 yang aktif berpolitik...dan aktif segala galanya...hehehhe....

 

Sabtu, Ogos 19, 2006 12:08:00 PTG, Blogger arianna adrizal

kalau dah keluar perkataan korupsi.. diskriminasi.. memang bersimpul habis la!

 

Sabtu, Ogos 19, 2006 1:21:00 PTG, Blogger Izhal

terlintas dalam otak saya ni nak curi satu lens 17-70mm F1.4 dari makmal, tapi setakat terlintas saja... malas nak jadi 'pencuri terhormat' sebab dosa... ambil gambar dengan lens curi, orang tengok gambar, dosa berlipat kali ganda jatuh kat saya... kalau satu gambar 8 MP, maka 8juta point dosa saya dapat le agaknya... tak gitu Tuan???

ps-cuba dirikan file tersebut lawa2. dinding tu kosong sangat... cuba hias dengan gambar2 ke ayat2 suci ke, gambar saya ke heheheh... gambar maya karin pun okay heheh...

 

Sabtu, Ogos 19, 2006 4:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

titicaca
Nak uraikan yg tersimpul senang jer...panggil BPR...hehe

debikdebuk
Korupsi..

orochi
Mark up yg lagi RM200k tu utk masuk poket BERKENAAN....

Syikin
Ya. Itulah 'tersimpul' yg dimaksudkan. Korupsi ada di mana-mana...Mereka tak mengira halal-haram..

Kak Lady
Betul. Dari peringkat bilis sampailah ke jerung.....!

Arianna
Mereka tak takut bersimpul dan tersimpul 'di sana' nanti agaknya...

Izhal
Hukuman 'di sana' nanti yang lebih kita takutkan.....

Itu time sibuk zhal.....hehe.. Wallpaper tu pun dah cukup cantik apa...hehe

Bila kami boleh tengok entri bergambar dari Hamamatsu lagi nih...? hehe

 

Ahad, Ogos 20, 2006 12:33:00 PG, Blogger zino

direct nego ke tu.. patut le projek jenis tu makin mahal.. bukan makin ekonomi..tak tau nak komen apa lagi..

 

Ahad, Ogos 20, 2006 4:02:00 PTG, Blogger zwitterion

permintaan tersimpul mati ke? sepatutnya harus diuraikan simpulan itu..
hidup di dunia yang penuh pancaroba..huhu

 

Ahad, Ogos 20, 2006 8:11:00 PTG, Blogger Laila

kesimpulan cerita simpul yang bersimpul.. adalah semuanya bersimpul-simpul tak betul.

esok lagi la.. jalan sekitar bandaraya KL akan bersimpul-simpul orang ramai nak cari jalan alternatif elak jem..

p/s:em.. leh jadi iktibar cite BP ni utk sy after dah grad nnt..mekaseh bukakkan simpulan mata..

 

Isnin, Ogos 21, 2006 1:05:00 PG, Blogger Izhal

sudah ada entry bergambar lagi... tapi gambar lama... nanti saya ambil gambar2 baru... walaupun patah henfon tersebut, Alhamdulillah dia tak kong terus...

 

Isnin, Ogos 21, 2006 12:11:00 PTG, Blogger Unknown

susahnya nak cari rezeki halal......

 

Isnin, Ogos 21, 2006 12:33:00 PTG, Blogger ontahsapo

berhabuk dah kerusi kau tu, takder awek cun nak kemas ker...?

 

Isnin, Ogos 21, 2006 3:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino
Itulah 'penyakitnya' projek rundingan terus ni.. Makan bukan sikit-sikit..Pakai duit siapa tu..?

Zwitterion
'Diaorang' memang suka yang rezeki datang dari yang 'tersimpul2' ni zwit...

Laila
Kita sendiri yang memilih nak yg 'tersimpul' atau nak yang tak 'tersimpul..' Tepuk dada tanya iman..

fadzly Mubin
Thanks ..

Izhal
Ok..nanti nak singgah jap..

Sleepless
Simpul biawak tu kan namanya..?

Amin Bakish
Tak susah kalau pandai memilih...Rezeki halal ada di mana-mana.. :)

Ontahsapo
Sekretari bercuti terus.....hehehe...

 

Selasa, Ogos 22, 2006 8:44:00 PG, Blogger Alpha

Syukurlah aku bukan dari golongan mereka yang suka menyimpul tu....kalau korang kata 800k, aku mintak 750k...

 

Selasa, Oktober 31, 2006 5:19:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Kalau nak belajar letak google map dalam poting di blog anda seperti disini

http://hackspot.gotdns.com/blog/archives/18/inline-google-map-for-wordpress/

anda boleh baca instruction nya di sini

http://hackspot.gotdns.com/blog/archives/42/embedding-google-map-in-wordpress-posts/

selamat mencuba.