Rabu, Ogos 23, 2006
Temujanji di Agensi Angkasa Negara, Sg. Lang Tengah itu jam 10 pagi. Tajam.

7.47 pagi. Dia. Menyusuri Besraya. Meredah pinggir kota mati Putrajaya. Membelah laluan B15 di Cyberjaya. Melalui jalan berdebu di pekan 'koboi' Dengkil.

Saat melintasi perkampungan orang asli di jalan yang sempit itulah dia mula terasa ada sesuatu yang tak kena. Pe'rasa'an normal yang biasa sebenarnya. Tapi di saat begitu dia tak menjangka akan kehadirannya. 'Ah..biarkanlah...nanti-nanti ok lah kot.......,' berbisik sendiri.

Melintasi Bkt. Canggang. Yang terasa itu kian terasa. Cuma sesekali datang dan hilang. Sesekali terasa angin kecil menghembus keluar.

Menyusuri jalan sempit di Olak Lempit. Mengekori tiga buah lori di hadapan. 'Ah...kenapa lah masa-masa macam ni kau lalu jalan ni...', entah marahkan siapa. Jalan sudahlah sempit, bergaris kembar. Kereta sukan dia cuma mampu membontoti lori-lori itu. Sambil-sambil sempat menjeling gerai wak tepi jalan menjual ubi kayu, pisang tanduk, keledek dan tempe. Yang terasa itu makin menjadi pula terasanya....

Melintasi satu sekolah di Teluk Datok. Rasa itu bagaikan tak mampu ditahan-tahan lagi. Kalau biarkan, bukan angin, entah apa pula yang akan terhembus keluar nanti. 'Sabar lah ..sabar...sekejap lagi.......' Memujuklah diri sendiri.

Di bandar Banting. Dari kejauhan kelihatan dua tiga stesen minyak. Dia memilih Esso. Meninggalkan kereta di tepi jalan. Tanpa mengunci gear seperti biasa. Tak sempat. Yang terasa itu lebih penting...! Berlari-lari anak mencari pintu bilik kecil khas untuk lelaki. Mujur ada kekosongan.

Selesai. Ah...lega....!!!

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/23/2006 01:44:00 PTG. |


57 Ulasan


Rabu, Ogos 23, 2006 3:23:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

adehhhhhh nak citer p bilik kecik ker hahahahaha sabaq je laaaaaa BP weiii :P

 

Rabu, Ogos 23, 2006 3:24:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

yey aku first! dan 2nd! hahaha
*sambil jeling kat Sas

 

Rabu, Ogos 23, 2006 3:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

no comment hehehehe

 

Rabu, Ogos 23, 2006 4:18:00 PTG, Blogger zwitterion

dah gak dah..haha.ingatkan nak cite apa benda ko buat kat Agensi Angkasa tu..

 

Rabu, Ogos 23, 2006 4:27:00 PTG, Blogger arianna adrizal

kehkeh.. tau dah!! agensi angkasa tu koperasi eh??

 

Rabu, Ogos 23, 2006 4:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ku ingatkan tayar nak pancit. Chaittt....

 

Rabu, Ogos 23, 2006 4:42:00 PTG, Blogger Alpha

Cis! Tangki penuh ropenye...ingatkan ada tragedi ke!

 

Rabu, Ogos 23, 2006 6:20:00 PTG, Blogger debikdebuk

Aku ingat apa la tadi.... suspen je...

 

Rabu, Ogos 23, 2006 6:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ayu
Kecik ati sas........hehehe..

am
Tu pun komen Am...hehe

Zwitterion
hehe... ada isu pasal CMGD la..

Arianna
Bukan la.. Tempat kajian angkasa lepas tu....yang Dr Mazlan tu..

Azhar
Perut yang nak pancit la...

Alpha
Kalau tak sempat mencari bilik kecik tu semalam, harus ada tragedi..hehe

debikdebuk
Kau ingat apa debik....?

 

Rabu, Ogos 23, 2006 8:54:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

leee..sabor jeklah. sib baik ada toilet awam..kalau tak camner nk selesaikannya tu?

 

Rabu, Ogos 23, 2006 9:09:00 PTG, Blogger 13may

selamat sempat....kalau tak...???

 

Rabu, Ogos 23, 2006 9:11:00 PTG, Blogger Kemat

penah dah slalu alami peristiwa ini. saat malang bila dikuak pintu bilik kecil itu, keadaan bilik itu mematikan segala hajat dan harapan kamu.

 

Rabu, Ogos 23, 2006 9:32:00 PTG, Blogger Literature Sushi

Hu.. seksa tu sebenarnya... pas tu lega...

 

Rabu, Ogos 23, 2006 10:12:00 PTG, Blogger Izhal

ahahaha... suspen je... nice ending la BP...

terkejut juga saya tengok ada NASA MALAYA... x-files betul la cam ni heheh...

 

Khamis, Ogos 24, 2006 12:33:00 PG, Blogger Amanitium Cho

haha, mesti puas nafsu serakah kau. haha.

 

Khamis, Ogos 24, 2006 9:06:00 PG, Blogger Dong_Sanchai

aku baru jer nak post citer camni...tp hari tu aku dari banting ke bangi....aku sgt2 memahami perasaan itu...hehe...adakah peristiwa ini kerana aku org jawa :P

 

Khamis, Ogos 24, 2006 9:20:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Tiba para 4, saya dah dapat agak apa kisah selanjutnya... ya, tepat sekali jangkaan saya :D

Ta Ta For Now :) Salam.

 

Khamis, Ogos 24, 2006 10:03:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Suspen Sungguh cite ni macam agent 016

 

Khamis, Ogos 24, 2006 10:03:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

takder botol ke dlm keta...hehehe ikut stail citer senario tu heheheee

 

Khamis, Ogos 24, 2006 10:45:00 PG, Blogger NBK466

Skali baca cam cerita pontianak..rerupanya cerita nak ....

 

Khamis, Ogos 24, 2006 10:59:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

syikin
Mesti ada contigency plan ...hehehe..

13may
Kena yakin dan percaya diri sendiri...haha

Kemat
Kalau lah begitu, masuk ke bilik sebelah pulak....Ke perempuan punya lebih teruk..? hehe

raiedzall
Ya..tak dapat disangkal lagi.....

Izhal
x-file ke criminal mind..haha

Tempat kajian angkasa lepas tu tersorok, celah-celah kampung.... low profile sungguh...dan stafnya ramai jawa..

amanatioum
Puas tak terkata..nikmat sungguh..!

dong
Yang 'terasa' ni tak mengira bangsa dong... Raja pun boleh kena...ha ha.

Bunga rampai
Saya memang tak berhajat untuk membuat orang tertanya2 sebenarnya... hehe

cikgubiz
Agen 016...? ha ha.. aku agen 019..

Tiara
Kau pernah buat ke masukkan dlm botol..? hehe..

Kalau 'terasa' yg 'besar', mana leh pakai botol tiara... kau ni...

neeziee
ha ha...

nbk
Cerita pontianak tak se'saspen' ni jang...

 

Khamis, Ogos 24, 2006 11:00:00 PG, Blogger aNIe

hahaha....dah agak dah!!....

 

Khamis, Ogos 24, 2006 11:15:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

bila dah terdesak, semua benda lain dah tak ingat!

 

Khamis, Ogos 24, 2006 12:20:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

kihkihkih...masa tu yang pasti segala peluh jantan semuanya keluar hahahahha!!!

 

Khamis, Ogos 24, 2006 2:07:00 PTG, Blogger Unknown

muahahahaahah......lawaklah BP, suspen jer, ingat apa tadi...hehe

 

Khamis, Ogos 24, 2006 2:15:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Apa daa, aku ingat cite antu td

 

Khamis, Ogos 24, 2006 3:59:00 PTG, Blogger Unknown

hahah.. masa tu sape yang buat lawak rasa macam nak bagi penampar je..

 

Khamis, Ogos 24, 2006 4:47:00 PTG, Blogger Unknown

nasib baik jumpa gak toilet kat situ.. hahaha..

 

Khamis, Ogos 24, 2006 4:55:00 PTG, Blogger Mamamanja

dah agak dah... sabo jerk ler!

 

Khamis, Ogos 24, 2006 5:11:00 PTG, Blogger zino

nasib baik sempat hehe

 

Khamis, Ogos 24, 2006 10:44:00 PTG, Blogger debikdebuk

mesti dah kembang kembang dah tu... tunggu meletup je... Hahahahahahahhahahhaha....(ambil nafas) hahhahahahahahah

 

Jumaat, Ogos 25, 2006 11:48:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Semalam dia makan julap, itu pasal ari ni dia berak-berak.

 

Jumaat, Ogos 25, 2006 12:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak lady
he he..tak senonoh betul la dia tu kan..

anony
betul. Yg 'terasa' itu lebih penting..

mamarisyia
Peluh keluar tak apa..jangan cecair yg keluar...hehe

kingbinjai
Keyakinan kena kuat baru sempat...hehe

Yus
Itulah. Banyak benda di luar kawalan kita..

Faizah
Kau tak pernah kena ke....? hehe

Kel@mbu
ha ha.... tak la sampai macam tu...

orochi
Itulah pasal....

mamamanja
Sebab sabor tu la yg selamat...haha

Zino
Berkat kesabaran..........

debikdebuk
Semua petua 'menahan diri' terpaksa dipraktikkan sama..haha

pegawai
Mana kau tau ni..? ha ha..

 

Jumaat, Ogos 25, 2006 3:23:00 PTG, Blogger adadia

haha, ngiseng rupanya.

 

Jumaat, Ogos 25, 2006 5:19:00 PTG, Blogger Xara

tumpang menyonteng ye tuan tanah.. kawasan agensi angkasa itu sendiri terletak dlm perkampungan jawa..kemungkinan utk staf2 nye jawa tentulah tinggi

-saya sendiri tidak kesampaian melintasi tempat itu walaupun selalu balik ke banting :D

 

Jumaat, Ogos 25, 2006 9:35:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hueheuhue... kok ora golek kali wae kang...? :P

 

Sabtu, Ogos 26, 2006 9:25:00 PG, Blogger Ted

ahahhaha...ni kecik ke besar?muahahahha

 

Sabtu, Ogos 26, 2006 9:35:00 PG, Blogger ayu_mkay

cerito arek ngiseng ke... orak senonossss tenan lahhh..

 

Sabtu, Ogos 26, 2006 10:24:00 PG, Blogger arianna adrizal

apsal sy tatau ada tmpat tu kat banting.. dkt je ngan rumah tp betul2 tatau ni! musykil jap..

 

Sabtu, Ogos 26, 2006 10:51:00 PG, Blogger dugongsenyum

sure meremang bulu tengkuk

ekekekeke

 

Sabtu, Ogos 26, 2006 4:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

adadia
Qada hajat tu... :)

xara
Cuma tak pasti samada tenaga pakar di dalam dan di atas2 tu pun ramai org jawa... :)

bagonk
hahaha...engko ketok wong kang...arek cewok pun susah...

ted
Kalau kecik ada 'hembusan angin' gak ke..? ha ha..

ayu_mky
Memang orak nggenah wong kuwi kan.....

arianna
Tersorok kat kg sg lang tgh tu.. tu baru fasa satu..luas lagi kawasannya...

basri
Semua bulu pun ikut meremang gak basri..ha ha...

 

Sabtu, Ogos 26, 2006 10:27:00 PTG, Blogger Unknown

Sambil-sambil nak terberak sempat fikir cerita nak masuk Blog!

 

Sabtu, Ogos 26, 2006 11:36:00 PTG, Blogger KAMATO

fu...lega, agaknya makan apala pagi tu

 

Ahad, Ogos 27, 2006 2:10:00 PG, Blogger Monster Mom

Sib baik tak tekincit kat seat....
Susah nak ilangkan bau tu....

 

Ahad, Ogos 27, 2006 12:03:00 PTG, Blogger Sastri

hunny... isk isk... jauh tul nomot kali nih...

 

Isnin, Ogos 28, 2006 7:57:00 PG, Blogger Titicaca

aku paham perasaan ko. aku pernah suruh pakcik bas ekspress berenti kat tol sebab aku dah tak tertahan dah..lantaklah penumpang lain nak cakap hape...

 

Isnin, Ogos 28, 2006 1:18:00 PTG, Blogger Lan Rambai

no komen.. saja nak cukupkan 50 hahaha

 

Isnin, Ogos 28, 2006 4:52:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

amir azmi
Itu boleh kira kreativiti ke..? ha ha

kamato
Takde la kakan apa sangat... kopi merah tongkat ali punya penangan kot...hehe

junita
Kalau leather seat
selamat......

sastri
hehehe.... jauh tapi dekat...!

titicaca
Nasib baik dekat dgn tol.... tapi bas ekspress bukan ada tandas sendiri ke..?

esis
Tu jer la..nak apa lagi...? hehe

lan rambai
Komen jugak namanya tu lan...

 

Isnin, Ogos 28, 2006 11:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Dari judul, kupikir "Dari Kl kebanting", Opo gak loro ?

 

Selasa, Ogos 29, 2006 5:42:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kenapa ko taruk link

http://www.kaki-online.com

kat blog aku?nak suruh aku masuk yer?yer?


//sekadar tektik promosi.hehehehe.

 

Selasa, Ogos 29, 2006 5:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

luthfi
hehehe.... weteng ngey seng loro..

sleepless
Pandai.......... :)

neeziee
Kira promosi gak tu... hehehe..

 

Selasa, Ogos 29, 2006 6:12:00 PTG, Blogger Amiene Rev

Agensi Angkasa...

keliatannya hebat ya pak.

 

Rabu, Ogos 30, 2006 12:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

amiene rev
Berminat jadi astronaut...?

 

Isnin, Oktober 02, 2006 5:20:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

la..sampai kat bkt changgang kan ada masjid seblh kiri tu. pilih jerla mana satu tandas ko nak. wangi woooo tandas2 masjid tuh! ahaks! promote sket.