Jumaat, Ogos 04, 2006
Cukup lama dia menabung. Sedikit demi sedikit. Hasratnya untuk menempah sehelai baju baru akhirnya tercapai. Ada riak kepuasan diwajahnya. Dia lalu ke kedai jahit di hujung pekan.

‘Datanglah semula seminggu lagi, Insya Allah, bajumu siap.’, Tukang jahit itu. Dia tersenyum. Seminggu dirasakannya sebulan. Tak sabar rasanya memakai baju baru.

Seminggu berlalu, dia datang semula.

‘Maaf, bajumu belum siap…. tapi, InsyaAllah, esok rasanya siaplah,’ tukang jahit memberi jaminan. Wajahnya sedikit hampa.

Keesokannya, dengan penuh harapan dia datang sekali lagi.

‘Sekali lagi, saya minta maaf,….Cuma sedikit lagi belum siap…... Cubalah esok datang lagi, InsyaAllah, bajumu betul-betul siap’.

Kesabaran dia ada hadnya. ‘Berapa lama waktu yang kau perlukan untuk menyiapkan baju aku, sekiranya tidak menggunakan nama Allah.....?’

BP: Jangan permainankan kata InsyaAllah. Dia, Nasruddin Hoja adalah seorang ahli sufi terkenal.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/04/2006 04:52:00 PTG. |


39 Ulasan


Jumaat, Ogos 04, 2006 5:13:00 PTG, Blogger ontahsapo

kau bawak sini, aku suruh barakath jahitkan, tapi kena cakap betul2, dia kurang paham.... hahha

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 5:16:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

siullah Ontah ni!!tersembur Double Cheese burger aku baca dia punya komen...karang ada plak legi entri DIA BUAT HAL LAGIIIIIII....

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 5:23:00 PTG, Blogger Tok Rimau

Tukang jahit aku kata, dia "Tipu Sunat"

Aku kata, "Jadik kau tak sunat betul-betul?!"

ha ha ha.

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 6:01:00 PTG, Blogger adadia

"Jika diizinkan Allah".

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 6:28:00 PTG, Blogger zali

kadang2 ada jugak dgr disebut Allah dlm lagu-lagu arab, tapi yg ganjil nyer dinyanyikan oleh perempuan seksi ngan tarian2 yg menggiurkan.. tarian gelek lagi..

cam ner tu??

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 6:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ontahsapo
Bagi kat Barakath kau tu, tak beraya la jawapnya...hehe

Mamarisyia
OS sayang sangat kat Barakath tu sebenarnya MR....cuma dia malu nak sebut jer...ha ha..

Tok Rimau
Tipu sunat..? Tipu bersunat...?

Jawapan Tok memang genius..
He he he..

Adadia
Ya ya...betul..

Zali
Mereka menyebut tanpa penghayatan barangkali....

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 9:00:00 PTG, Blogger Kemat

wah..kamu sudah tempah baju raya ke bp..atau baju untuk ke majlis perkahwinan CT

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 9:03:00 PTG, Blogger tumismenumis

Dah jadik macam mainan orang meniaga utk menuntut kepercayaan customer pulak mender ni.

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 9:13:00 PTG, Blogger Petiais

dah dijadikan sebagai penyedap kata..

di MALAYSIA dgn TNH ARAB lain perspektif..

MASYA.ALLAH:

di Malaysia..frasa itu disebut bile terkejut kan sesuatu yg tak elok

*cth:masyaAllah kamu nih nak jadik aper hah?(contoh je le)

di Tanah Arab..ayat itu menunjukkan dia kagum

*cth:masyaAllah. masyaAllah.(sambil mata melihat ahli umrah perempuan dari Malaysia->kira2 tgh memuji ciptaan tuhan lah tu)
..dan ahli umrah perempuan itu hanya memandang dgn bingung sbb kat M'sia ia disebut biler sesuatu yg tak elok berlaku..dan bimbang jika diaorg ade buat salah..)

hahaha ..tu je blh aku respon.

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 9:35:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku ikut polisi macam orang nak beli rumah sekarang ni.

"bina dulu baru beli"

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 10:28:00 PTG, Blogger Lan Rambai

Susah nak komen lah BP... cuma yg aku boleh kata... ishkk.. susah lahh.. takut ada yg jadik konfius pulak.. so tak yah kata apa-apa. *Esok aku citer kat ko jelah.. dan aku rasa ko pun dah tau kot.

* Aku tak kata "insyallah esok aku citer"

Dan masa aku tengah type ini.. Dayang Nurfaizah cakap Alhamdulillah dengan baju tak berlengannya itu.:(

 

Jumaat, Ogos 04, 2006 10:29:00 PTG, Blogger weAr

`insyaAllah` disamakn dgn `ok`..
-tmbhan dr petiais:smer jga pnggunaan innalillah..org malaysia hanya guna utk orng mati.sptutnya bkn utk itu shj,utk setiap musibah yg melanda..

 

Sabtu, Ogos 05, 2006 11:16:00 PG, Blogger BooK

BP:
macam birorakrasi nak komen kat sini. kena klik banyak kali.
[oh. dejavu. macam aku pernah tulis macam ni].

psstt.. TTFN tu apa? dah lama aku nak tanya.

 

Sabtu, Ogos 05, 2006 5:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kemat
Itu bukan cerita aku la kemat...Itu cerita Nasruddin Hoja... :)

Mazudi
Kita pun kadang-kadang terbiasa menyebutnya juga...walaupun tidak memaksudkannya.....

Petiais
Setuju... "MasyaAllah..cantiknya pelangi itu....!"

Neeziee
Aku biasa tempah kat Den Wahab... he he.

Lan
Aku tak cakap "InsyaAllah' nak datang ke Laman Seni tu kan semalam...? Kau tau la..schedule aku ketat sikit...! he he.

Seorang artis wanita melayu tempatan " Alhamdulillah...rezeki saya di bidang seni.. Asalkan rezeki yang halal....InsyaAllah album saya akan keuar tak lama lagi...." sambil mengerbang2kan rambutnya yg berwarna keperangan tu...

Wear
Setuju.... Sama-samalah kita ingat-mengingatkan..

Book
Hairan juga aku...Kenapa ekk.? aku tak pernah ban kau pun ..hehe

TTFN tu nama aku Tengku bla..bla. ha ha...Kalau kau biasa dgn Tigger tu kau akan tau.. Cuba kau gogglekan...hehe

 

Sabtu, Ogos 05, 2006 7:30:00 PTG, Blogger Sayuti

insyaAllah kan maksudnya jika diizinkan Allah.

Allah tak izinkan lah tu, sebab dia tak berusaha.

bila disebut insyaAllah itu, 99% sudah yakin jadi. cuma 1% itu yang kita risaukan jika tidak diizinkan Allah.

maka, berfikirlah dulu sebelum menggunakan ucapan tersebut.

 

Ahad, Ogos 06, 2006 12:15:00 PG, Blogger kingbinjai

ya dah janji kene la patuhi

 

Ahad, Ogos 06, 2006 12:57:00 PG, Blogger KAMATO

hutang lama jahit baju raya tahun lepas kat tukang jahit tu tak habis bayar lagi

 

Ahad, Ogos 06, 2006 8:44:00 PG, Blogger zino

sekarang ni senang beli yg ready made punya tak payah tunggu tempahan siap.. macam2 jenama ada..hehe..

sekarang sesuai kalau nak sopping raya kot .. mega sale !!

 

Ahad, Ogos 06, 2006 10:43:00 PG, Blogger Alpha

Inilah dinamakan InsyaAllah melayu...'dengan izin Allah'..tapi tak buat apa2 pun...

 

Ahad, Ogos 06, 2006 11:53:00 PG, Blogger Unknown

dia tau buat janji kosong jer..

 

Ahad, Ogos 06, 2006 12:39:00 PTG, Blogger kasutVINCCI

betullah semua kerja kita mesti dgn izin Allah. Namun, menggunakan nama Allah utk kepentingan diri mmg tidak boleh diterima.

 

Ahad, Ogos 06, 2006 9:30:00 PTG, Blogger debikdebuk

A'kum...
Bini aku pun orang jawa...

Sekarang, InsyaAllah tu dah macam ayat biasa dah. Padahal itu macam janji gak.

 

Isnin, Ogos 07, 2006 12:24:00 PG, Blogger OP Zaharin

macam tukang jahit kat sini je. dia punya esok sampai malam raya baru siap!

 

Isnin, Ogos 07, 2006 1:44:00 PG, Blogger Azhar Ahmad

Uhum.... tak baik gunakan nama Allah. Tapi penyanyi tuh lagi best, pakai belah sana belah sini tak tutup aurat, "InsyaAllah Album yang akan datang nih menceceah 10000 unit". Ekekeks

 

Isnin, Ogos 07, 2006 2:28:00 PG, Blogger Ajzie

Jika dizinkan Allah..

Salam kenal dari saya..selalu dah tgk nama nih..tp tak pernah memberi komen..

 

Isnin, Ogos 07, 2006 8:12:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Antara jujur melafazkan atau dah biasa mulut tu terbiasa ikut-ikutan.

 

Isnin, Ogos 07, 2006 9:00:00 PG, Blogger hamka

black, biarlah dia nak kata insyaallah...
aku suka orang yang cakap insyaAllah tapi tak buat dari orang yang buat tanpa cakap insyaAllah...

janagn buat orang tinggalkan amalan dia...

 

Isnin, Ogos 07, 2006 9:21:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

"inalillah"
"siapa yang mati?"

 

Isnin, Ogos 07, 2006 9:32:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

bakar aje kedainya tu..

 

Isnin, Ogos 07, 2006 10:00:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

minta ganti rugi, perjalnan pi balik beberapa kali tu..pehtu jgn hntar lagi kat dia

 

Isnin, Ogos 07, 2006 11:08:00 PG, Blogger Izhal

sapa ahli sufi terkenal tu??? saya tak kenal... apo nak jadi, pemuzik handalan kenal... ahli sufi tak kenal... :(

 

Isnin, Ogos 07, 2006 12:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sayuti
Itulah, kadang-kadang org kita menyebut 'InsyaAllah' cuma untuk mengambil hati...

Rontol
Sama-sama muhasabah diri...

Kingbinjai
Janjinya cuma dimulut bukan di hati... agaknya...

kamato
Mungkin juga tu... :)

Zino
Betul. Kat Wisma Yakin tu pun banyak... Fav, Den Wahab...:)

Alphawolf
Itulah... dah jadi kebiasaan dan budaya kot...

orochi
Untuk mengambil hati....

KasutVincci
You are absolutely right !!!

debikdebuk
Salam.... Jawa mana..?
Itulah. Kebiasaan yang dah terbiasa...

Op
Itu pun nasib baik siap gak OP...hehe

Azhar
Ramai yg macam penyanyi tu, menggunakan InsyaAllah pada maksud yg tak betul......

wilhelm~achtzehn
Salam. Selamat datang.
Unik nick anda... :)

Pegawai khalwat
Itulah, niat dan hati orang kita tak boleh baca... cuma boleh bersangka baik...

Hamka
Yang betul2 jujur, Alhamdulillah...

Cuma yg tak betulnya, bila ada yang sengaja menggunakan 'InsyaAllah' sebagai alasan untuk 'melepaskan diri' ...

Ron
Ha ha... Org kita bila 'Inalillah', mesti ingat ada org meninggal jer ekk...

Gitartong
Sabar cikgu......sabar....

Tiara
Zaman dan masa tu mungkin tak ramai tukang jahit kat pekan tu kot... :D

Izhal
Nasruddin Hoja. Banyak kisah2nya mencuit hati tapi memberi pengajaran..

 

Isnin, Ogos 07, 2006 4:28:00 PTG, Blogger Unknown

wa ada sorang lebih kurang mcm tu la kat opis ni

 

Selasa, Ogos 08, 2006 3:30:00 PG, Blogger tuan tanah

saya suka bagi jawapan, instead of Insya Allah, saya akan kata, "saya tak janji, tapi saya cuba." :)

 

Selasa, Ogos 08, 2006 10:23:00 PG, Blogger Rie

memberi harapan & hempaskan harapan tersebut..

 

Selasa, Ogos 08, 2006 2:02:00 PTG, Blogger JBM8141

memang begitu lah, kalau letakkan segala2 harapan hanya kepada manusia, memang kecewalah jadinya kalau tak jadi.

 

Selasa, Ogos 08, 2006 4:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amora
Macam Mullah Nasruddin ke..macam tukang jahit tu..?

Tuan tanah
Ya..ada yg suka memberi jawapan macam tu... sekurang-kurangnya kita tidak terlalu memberi harapan...

Esis
Wah komen kau ni kreatif gak.....

JBM
Jarang Mullah Nasruddin marah sebegitu....

 

Selasa, Ogos 08, 2006 4:20:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

salam. baru start blogging semula ni.

hmm..itulah kalua org tak paham, pakai ikut sedap mulut guna perkataan tu

 

Khamis, Ogos 10, 2006 9:30:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Lepas ini kan nampak semula nick 'Syikin' di mana2..hehe

Itulah, menyebutnya sebab dah terbiasa, walaupun tak memaksudkannya......