Jumaat, September 15, 2006
Bulan Syaaban kian menghujung. Ramadhan mendekati.

Kelmarin sempat menelefon emak di kampung. "Emak dah ambik sabtu malam ahad buat kenduri arwah..." Kata emak. Sebelum sempat aku bertanya. Sebelum itu adik perempuan yang nombor tiga itu juga menelefon, "Abang XXX lama tak balik kampung, bulan lepas habis rambutan tepi rumah kena makan kera.." Aku faham benar maksudnya.

Satu dua minggu ini, entah kenapa. Kampung bagai melambai-lambai. Terbayang-bayang emak dan abah menunggu di pintu seperti selalunya. Adik-adik yang lain berlari-lari anak dari atas turun ke bawah. Emak dan abah menyambut anak sulungnya. Adik-adik menyambut abang longnya.

Aku sudah mula terbayang seronoknya melihat anak-anak buah, Balqish, Haiqal dan sepupunya Chacha berkejar-kejaran. Maklumlah mana nak dapat laman luas bertanah di kota KL. Lucu melihat anak-anak bandar itu mengejar dan dikejar ayam. Lembu melintas jalan pun hiburan bagi mereka. Ayam sedang mengeram pun jadi pelik. Anjung di depan rumah jadi riuh rendah.

Dua tiga hari ini. Aku seperti terbau-bau masakan emak. Kelmarin terbayang-bayang sambal goreng jawa. Malam tadi bihun tomyam Eddy itu pun semacam aroma asam pedas ikan mayung emak.

Aku akan pulang. Aku ingin pulang. Aku rindu mencium tangan emak dan abah. Rindu bercerita dengan adik-adik. Aku rindu memandu di atas Jambatan Sultan Ismail, Bandar Maharani itu. Aku rindu melihat antenna mencecah langit di Muor. Aku rindu berjalan kaki ayam di tanah merah di depan rumah. Aku rindu pokok-pokok getah tinggalan atuk di belakang rumah. Aku rindu melihat anak-anak ayam berlari-lari di bawah rumah.

Dan untuk Syaaban tahun ini, aku tak ingin terlepas nasi ambeng, sambal goreng jawa dan ikan layur kering hari sabtu malam ahad nanti.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/15/2006 12:33:00 PTG. |


45 Ulasan


Jumaat, September 15, 2006 12:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

balik la hunny... dah lama benar u tak balik rasanya... i dulu setengah tahun takleh balik tapi dah balik, u entah2 lagi lama... nanti jangan lupa bawakan kopi 434 balik and kalo ada buah naga kaler purple yer hunn... drive safely... and have a pleasant and safe journey tomorrow...

 

Jumaat, September 15, 2006 1:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

nasib baiklah antena kat umah aku tak tinggi mcm kat muor tu..kalau idak...sure dapat rancangan nogori arab...ni yg tinggi seberapa depe pon dah boleh dapat channel indon..untung woooo..ahahah..selamat balik kg en BP..:)

 

Jumaat, September 15, 2006 1:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

waaah... enake... mangan nganggo sambel goreng... :)

 

Jumaat, September 15, 2006 1:53:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

balik.. balik.. jangan tak balik... memang best balik kampung..

 

Jumaat, September 15, 2006 2:01:00 PTG, Blogger Unknown

saya pun rindukan semua tu, nasi ambeng dan sambal goreng jawa. Lagi satu ikan kering bulu ayam n ikan kapak....kopi 434 pun dah lama habis stok....huhu.

Selamat Pulang Ke Kampung yer BP.

 

Jumaat, September 15, 2006 2:19:00 PTG, Blogger Mamamanja

err... aku rindu pada awek lama ku disebelah umah... xde ker? hehehe
jgn marah arr sas. guro2 jerk!

selamat balik kampung bp... xnak order kepek ker bawak balik kampung tuh? muahahaha

 

Jumaat, September 15, 2006 2:27:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bp, nak balik kampung ya. Can I come over? Saya tak ada kampung. Nak juga rasa ur mother punya Nasi Ambeng, Sambal Jawa dan sambal tutok boleh jugak mintak resepi. Apa tu ikan layur?..tak pernah dengar dan makan. Kalau dari Johor Baru, how far is the journey?

 

Jumaat, September 15, 2006 2:41:00 PTG, Blogger sitinurulhawa

selamat balik kg :)
mak saya dah kenduri nasi ambeng rejab hari tu. skrg ni dia kata kat kg boleh kata hari2 ada kenduri. jadi boleh kata keraplah dapat kunjungan/berkat nasi ambeng. mcm pesta sebelum puasa.

nasi ambeng paling sedap ialah yang org bawak balik dr kenduri tu, syok betul cari lauk dalam timbunan nasi. kecik2 dulu sanggup berjaga tu tunggu berkat punya pasal.

sas, bp ni mesti kuat makan ek, asik2 entry pasal makannn je :p

 

Jumaat, September 15, 2006 3:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

banyak betul yg BP rindukan ya, apa lagi malam ni bolehlah balik kampung ya. Bila BP mula cerita pasal balik kampung ni Am pun mula rasa nak balik kampung juga hehehe

 

Jumaat, September 15, 2006 4:19:00 PTG, Blogger BooK

tempe kat selatan australia ni. tak sedap. kacang dia. tak sebiji-biji macam kat malaya. kacang dah hancur-hancur. tak terasa. aku rasa dah lumat sebab jauh sangat nak import. kot.

 

Jumaat, September 15, 2006 4:27:00 PTG, Blogger kingbinjai

oo nak balik kampung ya? kirim!

beruk seekor dua...

 

Jumaat, September 15, 2006 10:52:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
Kalau tak ada apa aral, InsyaAllah tengahari esok balik....

Kopi 434, dragon fruit...? InsyaAllah... Itu jer...? hehehe..

Thanks a lot hun..

Kadok
Puas la kau tengok filem Indon kadok... Kau biasa tengok channel Central...? hehehe..

Bagonk
Memang enak bangeti.... Dulur melaku mburi pun orak perasan... hahaha..

Nieys
Memang best...!

Yus
Betul....betul.... semua semua tu memang best. Mintak la famili kat sini hantar Yus...

Thanks

Mamamanja
Hehehe..Setakat kerepek, kat Muor pun adaaaa....

Wan
Ikan layur...? Bentuknya serupa macam talipinggang...

JB - Muor lebihkurang serupa jaraknya macam Muor - KL..

sitinurulhawa
Ha'ah.....Nasi ambeng lagi sedap kalau dimakan beramai-ramai. Lagi banyak tangan lagi seronok....Bagi sesetengah orang luar yang tak biasa mungkin geli...

p/s..bukan kuat makan la..cuma suka bercerita pasal makanan2 klasik... hehehe

Am
Tengahari esok InsyaAllah Am...

Jom la balik kampung...!

Book
Betul ke itu tempe Book...? Dia pakai kacang lain kot... hahaha

Kingbinjai
Apa jauh sangat KB....kat Bukit Belacan pun ada kalau nak beruk.... Tak percaya tanya Ontahsapo...hehehe..

 

Sabtu, September 16, 2006 10:34:00 PG, Blogger arianna adrizal

selamat pulang ke kampung (tetap nk ucap walaupun da terlewat..) & selamat kembali dgn selamat. insyaAllah. nnti lalu muor, lambai2 la sikit kat kampung sy tu yaa!! :)

 

Sabtu, September 16, 2006 11:43:00 PG, Blogger dugongsenyum

alahai... kecur aku baca entri kau ni..

 

Sabtu, September 16, 2006 11:44:00 PG, Blogger weAr

BP btul2 buat aku teringt kt kmputng aku.tmbh2 nk posa da ni..

 

Sabtu, September 16, 2006 12:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

uenakkkk tenannn

 

Sabtu, September 16, 2006 4:38:00 PTG, Blogger Lan Rambai

aik.. Muor pun jarang balik... BP, BP... errrr... bila nak jemput kami ke Muor ni? Makan nasik minyak hahaha

 

Sabtu, September 16, 2006 6:47:00 PTG, Blogger Kemat

walaupun bulan pose nia ader banyak jemputan berbuka kat hotel, tapi tak sesedap & semeriah buka ngan family..waaa..nak baliiiiiikkk....

 

Sabtu, September 16, 2006 8:08:00 PTG, Blogger me3n

bacer entry neh, teringat kampung aku plak..isk..isk..

 

Sabtu, September 16, 2006 8:15:00 PTG, Blogger Nurul Abid

Huahhh, kg kite bandar, takde ayam itik berlari-lari, berderam ke, berketak ke..Bestnya kalau ada betul2 kg, sawah luas terbentang, anak sungai tempat mandikan, jealous giler ni. Nasi ambeng tu amendenya....boleh share resipi....bunyi macam sedap. Makan ramai2 tu mcm makan nasi talamlah. Mmg best kalau makam macam tu....tak geli pun.

 

Ahad, September 17, 2006 8:52:00 PG, Blogger zwitterion

syahdu plak baca entry ni..

 

Ahad, September 17, 2006 12:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

lepas baca entry ni, rasa sangat rindu..

rindu kat kampung,
rindu kat mak ayah,
rindu nasi ambeng.
(dan rindu tempe goreng).
uhuk..

 

Ahad, September 17, 2006 12:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ko ni buat aku rindu kat kg la pulak... pondok telipon kat simpang nak masuk rumah ko tu ada lagi tak? kat situ la tempat aku bergayut dulu.... kirim salam kat pondok telipon tuh key.

dlm nasi ambeng tu ada letak duit tak? hahahaha

 

Ahad, September 17, 2006 3:35:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

salam,

tahun ni, mil tak buat kenduri arwah spt tahun2 lepas. rasanya kirim kat surau aje.
mmg ni tradisi masyarakat jawa di mana2 ya buat kenduri arwah sblm ramadhan?

nasi ambeng? dah lama tak makannya.

sambal goreng jawa? best..

 

Ahad, September 17, 2006 10:16:00 PTG, Blogger aNIe

Nasi ambeng...pernah dgr pasal nasi ambeng ni...diorang kata best...masih lagi diorang guna dulang ke masa menghidang tu?

Sambal jawa...terliur dengar...

 

Isnin, September 18, 2006 9:32:00 PG, Blogger Alpha

Selamat balik kampung BP...

Aku baru malam tadi makan ala-ala nasi ambeng..nasib baik sekarang ni dah ada orang buat tempe secara berterusan kat Kedah!

 

Isnin, September 18, 2006 10:20:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

selamat kembali bercuti dari kg di muor. macamane menikmati nasi ambeng & sambal goreng jawa kat kenduri di sana. famili mak aku pun baru buat kenduri arwah & sambut ramadhan tgh hari sabtu lepas di kampung jln ipoh. kampung aku dekat je satu kat jalan ipoh & satu lagi kat ipoh...dekat je tak mencabar langsung nak balik kampung....lgpun tak de perasaan excited balik kampung pasal aku mmg dok dgn famili...

 

Isnin, September 18, 2006 10:45:00 PG, Blogger NBK466

Elok ler balik hilangkan kerinduan sebelum start pose...sbb kerinduan pulang masa nak RAYA lagi PARAH!

 

Isnin, September 18, 2006 11:50:00 PG, Blogger Unknown

dah pi balik...kalau mcm ni gayanye...rindu rinduan.

sib baik parents & adik dtg umah wa last week kalau x...lebih kurang la asyik teringaaaat je...

apa apa pun KOPI 434 jgn lupa bwk balik KL untuk wa...

he he jgn mara ye SAS.

 

Isnin, September 18, 2006 11:52:00 PG, Blogger tumismenumis

Aku jugak rindu dengan semua benda yg tersenarai dalam list rindu ko tu.

Campur lagi satu, rindu tengok anak aku masuk bawah rumah atuk dia kejar ayam.

Hujan batu di negeri sendiri lebih baik dari segalanya.

 

Isnin, September 18, 2006 12:10:00 PTG, Blogger OP Zaharin

tiap kali raya, sambal goreng jawa mak aku carik dulu. slurp!

selamat berposa semua :)

 

Isnin, September 18, 2006 2:07:00 PTG, Blogger ZaKiN

Uiii... aku paling kuat pon 2 bulan tak balik kg.. kalo lebih dari tue.. aku musti nangis guling2 punya.. wakaka...!!

 

Isnin, September 18, 2006 2:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

balik kampung.. yeah yeah... bawak balik rambutan yer..

 

Isnin, September 18, 2006 6:27:00 PTG, Blogger Titicaca

bestnya balik kg..saya pun suka sambal jawa..best...enjoy yourself!!

 

Isnin, September 18, 2006 7:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Arianna
Thanks.. Kampung kat mana tu..? :D

basri
Aku dah berjaya 'mengecurkan' kau la ni ekk..

Wear
Kampung kat mana Wear... Raya nanti tak balik Malaysia ke..?

luthfi
Sampek merem moto ney...sangkeng uenak ey...!

Lan rambai
Hahaha... Selalunya 1-2 bulan sekali balik, tapi kebelakangan ni 'tersimpul' sikit la... hehehe.

Nasi minyak kat Saujana Utama pun ada Lan.. hehehe

kemat
Walaupun dapat buka puasa free kat hotel ...Berbuka dengan famili lagi nikmat.....

ad3ck
Kampung kat mana...? Balik la kejap kalau dah rindu sangat... :)

SPK
Entri akan datang InsyaAllah nak masukkan gambor dia ...

Zwitterion
Memang syahdu bila teringatkan kampung...emak & ayah.... :)

ladybird merah
Minggu depan dah puasa... Akan rindu suasana berbuka puasa dan sembahyang terawikh di kampung pulak...

Jamri
Simpang yg mana satu ni Jam...? Berapa lama kau tak balik Pt Jamil daaa..Hahaha..

Sekarang ni dah takde orang selit duit lagi dah.....

Syikin
Salam..Ha'ah dah tradisi masyarakat jawa...

Nasi ambeng; ayam masak semur, ikan kering, sambal goreng jawa... memang best ..!

Kak Lady
Memang best...! Di kampung saya masih guna dulang. Di makan dalam 4 org satu dulang. Kemudian dibungkus jadi 'bontrot @ berkat'

Alphawolf
Malam ni dah kat KL semula. :D

Tempe di Kedah sama ke rasanya macam tempe Johor alpha..? Hehehe..

Shahril
Selamat. Seronok dan kepuasan yg tak terhingga...

nbk466
Betul. Harap2 naiktaraf PLUS kat Senawang masa Raya nanti dah siap... tension setiap kali balik mesti jam :D

Halogamora
Meh bagi alamat. Nanti boleh courier. Nak berapa paket..? hehehe..

Mazudi
Lain suasana kat bandor dgn kat kampung.... Kat kampung suasana tenang, nyaman, semua tak perlu tergesa-gesa..

Op
Sama la.. Aku suka cari yang banyak su'un dengan tempe..hehehe..

Selamat berpuasa juga...

Maniq
2 bulan pun rasa macam 2 tahun ekk.... :D

Orochi
Rambutan gading muor kat kampung aku dah abis la orochi... Ada 2-3 pokok, yg satu pokok tu jadi habuan kera ... :D

Titicaca
Siapa yang tak pernah merasa sambal jawa memang rugi.... macam tak lengkap hidup...hehehe...

 

Selasa, September 19, 2006 9:28:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

BP dan sastri sama padan
Bila lagi nak sanding dalam dewan?
Nasi ambeng eden tak pernah makan..
tapi kalau tempe selalu eden makan..

cak pong cak pong.. ekekekekee

 

Selasa, September 19, 2006 10:01:00 PG, Blogger kasutVINCCI

balik lah bp. Bukan sekadar memenuhi hasrat hati. Tp haran org tua tu, kena gak penuhi.

 

Selasa, September 19, 2006 12:22:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Aduuuuuuhhh...apalah entri BP ni, sayunya hati membaca!

Nasi Ambeng? Tak pernah makan dan tak pernah dengar ... atau saya yang tidak prihatin :(

Teringin pula nak tengok resipi :)

 

Selasa, September 19, 2006 1:13:00 PTG, Blogger Pnut

kalau nak kirim mee bandung muor, dan briyani gam johor aci tak???

 

Selasa, September 19, 2006 3:37:00 PTG, Blogger Alpha

Merujuk soalan BP pasal tempe kedah - sama je wak. Sebab pakai daun pisang. Ada satu lagi spesis pakai plastik...yang tu kurang umphh

 

Selasa, September 19, 2006 4:00:00 PTG, Blogger Unknown

aku berpuasa di perantauan lagi.. alahai..

 

Selasa, September 19, 2006 4:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tiara
BP dan sastri memang sama padan
Tak main la sanding dalam dewan
Rugi la nasi ambeng kau tak makan..
Dah muka tempe, tempe jer la yg kau makan..

Hentam saja la labuuuuu...hehehe

kasutvincci
Dah balik kampung kelmarin. Dah sampai KL balik ni pun... :)

Bunga rampai
Entri ini ditulis semasa sedang emosional...begitulah nadanya...

Entri terbaru ada gambarnya... resepinya nanti2..InsyaAllah... :D

Pnut
Nak kirim boleh tapi sampai sini dah tak fresh la..hehehe

Alphawolf
Kalau pakai plastik hilang keasliannya ... rasa dan aroma pun tak best kan..

 

Selasa, September 19, 2006 4:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kel@mbu
Perantauan mana tu kelambu...?

 

Jumaat, September 22, 2006 10:33:00 PG, Blogger Cik Ketumbar

BP, ni kat parit apa nih..?? macam gambo kat parit bulat jer.. hehehe

terliur lak tengok nasi ambeng tu...

 

Sabtu, September 23, 2006 5:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Chuq
Kira berjiran la dengan Parit Bulat tu.... hehehe