Jumaat, September 08, 2006
Buat seorang kakak yang memandu Kembara berwarna perak, yang saya ekori hampir suku perjalanan di sepanjang MRR2 semalam.

Kakak, Maafkan saya andai tulisan ini membuat kakak terganggu. Itupun kalau kakak terbaca atau membaca tulisan ini. Mungkin tidak agaknya. Blog saya ini apalah sangat. Saya bukan selebriti.

Rasanya tidak perlulah saya memperkenalkan diri. Cukuplah kalau saya katakan sayalah orangnya yang mengekori agak rapat kereta kakak semalam. Sayalah pemilik coupe berwarna ungu itu. Sayalah jejaka yang menyalakan lampu tujuh lapan kali minta perhatian kakak itu.

Jangan salah faham kak. Bukan niat saya untuk mengurat kakak. Bukan juga niat untuk mengganggu pemanduan 'terlalu' berhemah kakak itu. Bukan juga untuk 'mencucuk' mengajak kakak berlumba dengan saya. Bukan...bukan....

Di kesempatan yang terbatas ini, izinkan saya mengingatkan kakak. Tidak salah rasanya seorang adik mengingatkan seorang kakak yang mungkin terlupa atau alpa kan..?

Pertamanya; Kak, lorong paling kanan di jalanraya itu adalah untuk mereka yang ingin memandu laju. Terpulanglah untuk memecut selaju manapun yang mereka mahu. Jika kakak terasa ingin memandu perlahan sambil menyanyi-nyanyi atau mengambil angin, kakak pandulah di lorong paling kiri. Pandulah seperlahan mana yang kakak suka. Itu lebih sopan dan berhemah rasanya.

Kedua; Mungkin kakak masih keliru fungsi lampu isyarat di kereta kakak itu. Kak, sejak kenderaan beroda dan berenjin direka, lampu isyarat di kiri kanan di belakang dan depan kereta kakak itu adalah isyarat untuk membelok ke kiri atau kanan juga untuk memotong. Bukan Perodua sengaja suka-suka pasang lampu itu untuk perhiasan kak. Sayanglah kak, kalau Kembara berkilat berim sukan kakak itu tidak dimanfaatkan lampu isyaratnya. Oh ya kak.... Yang itu bukan juga untuk dinyalakan sewaktu hujan seperti yang biasa dilakukan oleh sesetengah dari kita.

Mengakhiri tulisan ini, sekali lagi mohon kemaafan dari saya andai nada dan bahasa tulisan saya mengguris perasaan kakak. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk datang dari kejahilan saya.

TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/08/2006 10:36:00 PG. |


59 Ulasan


Jumaat, September 08, 2006 11:33:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Sian kakak tu ek... bawak kete lawa2 tapi tak pasti plak fungsi2 yg ada kat kete dia serta panduan berhemah yg sebenar2nya di jalan raya.... err... hunn... main flash2 lagi ek.... keskeskes....

 

Jumaat, September 08, 2006 11:39:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Ada pelekat 'P' pada Kembara tu?

p/s ingatkan cerita suspen lagi ;)

Salam.

 

Jumaat, September 08, 2006 12:08:00 PTG, Blogger NBK466

Den ler kakak yg bawak Kembara Silver tu BP..hik..hik..hik...

Den takat kalau lane kiri tak mengijinkan utk mereka2 dibelah kanan tuh masuk setelah diCUCUK den okey lagi...tapi kalau lane kiri mmg kosong....baru den bagi beam... Kalau tak reti bahasa gak..den ajolah yg cilok lane kiri pastu samada duk depan dia & bawak lagi slow dari dia demi 'balas dendam' or...kasi dia makan asap ler...he..he.he..

 

Jumaat, September 08, 2006 12:31:00 PTG, Blogger Kemat

sekolah memandu maner yg ajar anak murid sambil lewa nie..setakat ajar ilmu masuk parking ngan naik bukit jer..

 

Jumaat, September 08, 2006 12:35:00 PTG, Blogger Mamamanja

kisah benar ker rekaan semata2 nih?

 

Jumaat, September 08, 2006 1:02:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahaha aku pun sama perangai macam NBK...biar dia tensen ngan aku plak....

 

Jumaat, September 08, 2006 1:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

dear bp..kakak sebenarnya mmg suka buat org lain JAKI dgn kakak..sbb tu kakak ikut lane kanan walaupun kakak bwk kete lembab mcm kekura..lagi satu..lampu telah disediakan..jadi kakak gunakan ia sebaik mungkin walaupun tidak kena pada tempatnya atau tersalah arah...ermm..satu lagi..kakak pon bayo cukai jalan dgn cukai pendapatan tau!...hahahah...bole kakak tu jwb mcm tu?...sure ko JAKI kan...:p

p.s:
pernyataan diatas hanya rekaan..sekian terima kasih

 

Jumaat, September 08, 2006 1:36:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

BP - Buli Pemandu
waa kena kena..

* Mungkin kakak itu didalam kesedihan yang amat sangat hingga lupa mana satu lane yang perlu dia lalui.. think positif hheheh

 

Jumaat, September 08, 2006 2:08:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

aduhhhhhhh nasib le BP ek hehehe mungkin surat tu kene difwd2kan pada email.. mujur2 tersampai pada kakak tuh hehehehe nanti baru dpt balasannya hehehe

 

Jumaat, September 08, 2006 2:36:00 PTG, Blogger Amanitium Cho

wah, kau seorang yang penyabar. tak tekan hon kuat kuat?

 

Jumaat, September 08, 2006 2:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

pertama: kak, nasib baik saya bukan road bully.

kedua: kak, berapa tahun dah akak pegang lesen?

ketiga: kak, pernah tak masuk kursus keselamatan jalan raya?

hahaha...

 

Jumaat, September 08, 2006 3:08:00 PTG, Blogger aNIe

BP...boleh sakit jiwa ikut belakang orang camtu...agaknya akak tu pakai walkman kot..tu sebab dia tak dengar hon kereta BP tu....

 

Jumaat, September 08, 2006 3:14:00 PTG, Blogger 13may

keta baru beli kot????

 

Jumaat, September 08, 2006 4:15:00 PTG, Blogger JBM8141

lawak siut. berapa tan makian telah kau keluarkan sebelum mampu menulis semurni bahasa seindah kata ini? tapi kalau bersabar dari mula, tahniah la, dan aku tak terkejut.

*baru abis outstation sebulan*

 

Jumaat, September 08, 2006 4:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
Itulah dia. Kalau tak tau tak apa...jangan buat2 tak tau... hehehe

Bunga rampai
Tak ada 'P' .. Dah 'mahir' agaknya... :D

nbk
Tengok la mood nbk.. Kekadang kalau masa tengah 'hangin' buat macam tu jugak...hehehe

Kemat
Biasanya bukan diaorang praktik pun bila dah dapat lesen..

Mamamanja
Kenapa...? MM ke yang drive Kembara tu...? hehehe

Mamarisyia
MR memang.... Tau dah...hehehe

Kadok
Memang nak kena la kalau kakak tu jawap macam tu......hehehe...

Tiara
:P
Kalau nak bersedih duduk diam-diam la kat rumah... :D

Ayu
Nak forward email ke sapa...? hehehe

Amanitium
Pantang kalau orang main hon-hon ni....So, tak nak la sampai nak hon-hon orang lain jugak... :D

Orochi
Hahaha. Betul...!

Kak lady
Tengok muka dia kat cermin pandang belakang dia tu, macam dia buat 'dek' jer.... isk....

13may
Entah... Yang pasti salah seorang typical malaysian driver......

JBM
Ni sebahagian 'Kempen Budi Bahasa' la...hehehe..

Oooo...Habis dah tarik kabel kat sana...hehehe

 

Jumaat, September 08, 2006 4:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hihi, aku pon di beri lampu oleh kelisa putih, .. tp aku wat donno jek, pasal depan kete aku pon aa kete lg..

 

Jumaat, September 08, 2006 5:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Mau tak dapat tido malam kakak tu kalau baca entry ni hehehe

*ni bukan kakak yg salah isi air dulu ker BP hehehe

 

Jumaat, September 08, 2006 5:18:00 PTG, Blogger Rie

aku fikir kakak tu trauma sekarang, sesak napas.

selalunya ko tunjuk penumbuk. apasal pada kakak tu tak? hehehe

 

Jumaat, September 08, 2006 5:30:00 PTG, Blogger Literature Sushi

kesian kat kakak tu, tapi org yang bawak keta kat belakang tu lagi kesian... he..he..

 

Jumaat, September 08, 2006 6:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Faizah
Huh...Kau tak ke tepi tu sebab kereta depan kau pun tak ke tepi.... :P

am
hehehe..

Lain. Yang tu kakak Kancil...hehehe

Esis
Aku ni boleh dikatakan penyabar dan berbudi bahasa juga orangnya di jalan raya ... hahaha...

Raeidzall
Boleh sakit jiwa bawak kereta kat Kay El ni.....

 

Jumaat, September 08, 2006 6:31:00 PTG, Blogger tumismenumis

Aku kalau jumpa makhluk yang cenggini, overtake gi duduk kat depan dia , pastu bawak seslow yg mungkin.
Tak berinformasi langsung.
Hangat hati oo!!

 

Jumaat, September 08, 2006 9:22:00 PTG, Blogger AnnDee

aku bukan nak komen pasal entry nih pun.. tapi nak komen pasal shoutbox hang tuh haaa.. awat aku tak leh ngelabit situ ek.. hang block ker.. hehehe.. sowi ler kalau terspam.. ahaksss..

peh.. seb baik aku bukan memandu kembara silver.. ahaha.. memang hangin kalau kena ngak kreta gini.. rasa nak honnn jerk biar dia serabut.. tuh pun kalau reti bahasa hon larr ekekee

 

Sabtu, September 09, 2006 12:17:00 PG, Blogger LindaMunshi

Ni kiranya luahan reverse psychology ke apa? Lol

 

Sabtu, September 09, 2006 6:06:00 PG, Blogger Unknown

tahniah! kerana ada seorang yang berbudi bahasa... kui..kui..kuii

 

Sabtu, September 09, 2006 8:58:00 PG, Blogger zwitterion

kakak tu agen penguji kesabaran ko..hehe..dia tgh berangan kot..

 

Sabtu, September 09, 2006 4:00:00 PTG, Blogger zino

zino boleh agak.. pemandu yg mengekori kakak tu bengkak je sepanjang perjalanan dia hehe

 

Sabtu, September 09, 2006 4:05:00 PTG, Blogger BooK

haha
bawak kete slow kat lorong kanan
haha
ntah pape
siot
aku tak suke
kim salam sayang kat akak tu...

 

Sabtu, September 09, 2006 4:16:00 PTG, Blogger Alpha

Akak tu hanyalah seorang dari beribu orang Malaysia yang tak sedar yang suis headlight boleh digunakan untuk menghidupkan lampu signal...yang perlu dipakai ketika hendak menukar arah pemanduan...

 

Sabtu, September 09, 2006 4:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mazudi
Betul. Bukan nak kurang ajor tapi mengajor... :D

anggeriq
Eh...shoutbox tu terbuka pd semua. Tak ada block sesiapa pun..

Hmm..tak suka hon2 hon orang...

sarah's mummy
hehehe. Ini sebahagian 'Kempen Budi Bahasa... '

Aminbakish
Tapi ketika dan saat itu, Tuhan saja yang tau.. :D

Zwitterion
Nak berangan jangan memandu, nak memandu jangan berangan...

Zino
Lebih kurang la... Nak nak pulak masa nak mengejar appoinment.... Hehehe..

Book
Sesetengah pemandu di Malaya ni memang entah apa apa...

Alphawolf

'Beribu' ke 'beratus ribu' alpha...?

JPJ kena masukkan syllabus fungsi2 bahagian2 kereta kot.. :D

 

Sabtu, September 09, 2006 6:32:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

Salam,

kalau style pemandu mcm tu mmg hangin satu badan dibuatnya..

 

Sabtu, September 09, 2006 10:14:00 PTG, Blogger MA

Agaknya dia ingat kalau pasang lampu signal nanti bill TNB dia naik tinggi.

Secondly, dia ingat rear mirror tu digunakan untuk touch-up lipstick sebelum bawak kereta. Jadi dia adjust cermin tu untuk nampak muka dia jer - sebab tu dia tak nampak you beam 7-8 kali tu.

Sabar jer laa...

:-)

 

Sabtu, September 09, 2006 11:07:00 PTG, Blogger kingbinjai

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

 

Sabtu, September 09, 2006 11:09:00 PTG, Blogger kingbinjai

aku pernah di high beamkan kerana memandu perlahan 60km/j di lorong paling kiri. tak cukup perlahan agaknya aku bawak.

 

Ahad, September 10, 2006 6:22:00 PTG, Blogger Sayuti

nasib baik saya masih belum ada lesen memandu...

 

Ahad, September 10, 2006 10:28:00 PTG, Blogger KAMATO

kakak tu baru balik dari amerika kot, kat sana pandu pelahan sebelah kakan....

 

Isnin, September 11, 2006 8:59:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

maklum aja pak... namanya juga orang lagi belajar nyetir... :P

 

Isnin, September 11, 2006 10:13:00 PG, Blogger Izhal

eh,perodua pun ada lampu isyarat ke bp??? hahahaha... kenapalah orang tak suka guna lampu isyarat... kan lagi macho bila benda tu lip lap gitu... berdosa tau tak guna lampu isyarat...

 

Isnin, September 11, 2006 11:53:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

apasal ko tak potong keta die & bawak slow tahap gaban punye?bagi die angin dgn ko skit....may be kak tu sibuk ckp dgn hubby die kot gn handfree.so tak perasan ko membontot keta die....

 

Isnin, September 11, 2006 1:32:00 PTG, Blogger arianna adrizal

sikap 'aku-rasa-aku-bwk-laju' (padahal tgk meter br cecah 60 dan duduk lane laju..)ni yang mendorong kempen budi bahasa 'di jalanraya' jadi rubbish!!

*berdasarkn pengalaman org lain, sy sendiri tak pernah hon org. entah2 hon tu da rosak ke apa ke sy pun tak tau..;)

 

Isnin, September 11, 2006 2:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Syikin
Salam.
Itulah. Memandu di jalanraya Malaysia ni banyak sangat cabarannya...!

mak andeh
Jahil sangatlah kakak tu kalau lampu isyarat kena bayar bill kat TNB..hehehe..

Aduh.... pemandu perempuan kebanyakan macam tu ke MA... hehehe

Kingbinjai
Pemandu kat belakang kau tu 'sengal' kot... :D

Sayuti
Nak dapat lesen memandu di Malaya ni senang. Nak memandu dengan 'aman sejahtera' itu yang susahnya....

Kamato
Ya kot.. (berbaik sangka...) :D

bagonk
'Ngetir' tu apa ekk...hehehe

Izhal
Kereta mainan pun ada lampu isyarat, inikan kereta betul...hehehe

Berdosa...? Ni fatwa negeri mana ni izhal...? hehehe..

shahril
Kalau lorong kiri atau tengah tu kosong dah buat dah macam tu kot...

Arianna
60km/j tu memang cukup laju kalau dibandingkan dengan kelajuan basikal. Itu agaknya yg kakak tu fikirkan...

* Memang tak sopan main hon2 ... :D

 

Isnin, September 11, 2006 4:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kalau macam tu ko hon gile babi la kat die bg die tersedar skit dari lamunan indah kak tu....
yg ko plak dah tak de keja ke nak membontot keta die 1/3 MRR2 tu.knape ko tak potong je keta die.pelik la ko ni ade mood gak nak follow kak tu.klu aku dah potong & blah je skali hon maut....

 

Isnin, September 11, 2006 5:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

stering dia patah kot... tuh sebab tak boleh 'masuk' lane kiri... ntah, ha ha.

 

Selasa, September 12, 2006 8:52:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hikssss...........

 

Selasa, September 12, 2006 10:44:00 PG, Blogger Izhal

fatwa tu patut JPJ punya ulama keluarkan la BP heheh... apalah sangatnya nak bagi tau orang belakang kita nak kona... tak pun orang yang nak leluar dari simpang tapi ingat kita nak jalan terus... kan dia dah kena menunggu... sombong betul orang2 tak bagi signal ni dan sombong itu dosa :)

 

Selasa, September 12, 2006 11:59:00 PG, Blogger artisticklytouch

ada ramai kakak2 tuh di Malaysia

 

Selasa, September 12, 2006 12:07:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku pernah rasai apa yang kakak itu rasai....hahaha...

-akupemandukeretabukankembara-

 

Selasa, September 12, 2006 1:11:00 PTG, Blogger ontahsapo

aku pernah memandu dibelakang sebuah coupe ungu, dia agak perlahan dilorong tengah, aku tak bagi lampu 7 8 kali, sebab aku saja nak ikut belakang dia.. dia tak perasan agaknya...

 

Selasa, September 12, 2006 3:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

shahril
Aku cukup tak suka hon2 orang.... melainkan kalau dah betul2 terpaksa...hehehe

anony
Stereng patah...? hehehe... alasan yang cukup munasabah tu...

Rush
hehehe...

Izhal
Itulah. Bukan kena bayar punnnnnn...

Art
Dan abang2...adik2...makcik2...dan pakcik2 juga....

nbb
Apa rasanya dr...? hehehe

Ontahsapo
Aku jarang memandu di lorong tengah OS.... hahaha...

 

Selasa, September 12, 2006 4:04:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

akak tu mintak aku jawab
"oohh.. syooorii, syaya bharhu pulanee dyaryy emirika, syaya tyidak byiasya dengen jhalen jhalen di malayzia"

 

Rabu, September 13, 2006 10:04:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

anda patut spot(mengambil gambar) dan hantar ke BH utk menang hadiah!

 

Rabu, September 13, 2006 10:18:00 PG, Blogger Unknown

ini namanye, melepaskan GERAM dgn sopan he he

'budi bahasa budaya kita'

 

Rabu, September 13, 2006 11:21:00 PG, Blogger Monster Mom

perkara yg biasa dilihat di malaysia...
tapi kalo ko drive kat pantai timur esp di kuantan... lagi ramai yg cam tu. so, enjoy jer ler....

 

Rabu, September 13, 2006 4:01:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Ha ha... hang betul macam mamat yg bawak MPV dalam iklan Budi Bahasa KeKKWa tu.

Maka last sekali hang akan kata, "Yelah... saya minta maaf"

Anak hang pulak akan kata, "Tu cikgu sekolah adik, malunye...." sambil menutup muka.

Psss.... itu pun mungkin.

 

Khamis, September 14, 2006 12:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ron97
Wah...'kerek' betul kakak tu ekk...hehehe

Gitartong
Mana boleh tangkap gambar sambil memandu cikgu.. Kesalahan lalu lintas juga tu....!

Halogamora
Hehehe. Bukan senang nak melepaskan geram dengan sopan...

Junita
Kalau semua macam tu ok la.... Jalan kat sana pun bukan boleh speeding kan... :D

Peg. khalwat
Hahaha.... Pandai la kau....

 

Khamis, September 14, 2006 5:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hoiiiii...bila nak updet ni!!!

 

Khamis, September 14, 2006 8:39:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

satu sebab aku malas nak komen.:

1. segala komen telah diberikan oleh kawan-kawan kita.

sekian.

 

Jumaat, September 15, 2006 2:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

anony
Argh... siapapulak yang menyamar ni.... hehehe

semut
Hehehe... Bernas komen kau ...!

 

Rabu, September 20, 2006 4:55:00 PG, Blogger Izham Miyake

atau mungkin juga itu adalah zetty yang baru kehilangan ayahandanya..

masa tu mungkin dia agak berduka sebab baru kehilangan seseorang..

dia pun pandu silver kembung (kembara).

tapi tak tau la kan.. agak aje.. hehehe..

 

Rabu, September 20, 2006 11:47:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

tenno miyaki
Zetty tu 'pangkat' kakak ke...?
Pandai la kau....
Hehehe