Sabtu, September 23, 2006
SATU



DUA

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai bukit ini sementara nampak
Esok dah rata jangan rindu-rinduan



Bila lereng bukit ditarah sini sana
Pokok-pokok menghijau pun tumbang sama
Bukit pun akhirnya jadi rata
Anak sungai terkambus lenyap semua

Esok lusa bila dah jadi bencana
Datang mala petaka
Takdir dan suratan alam pula disalahkannya
Masing-masing bertanya, "Salah siapa...?"
Jari pun menuding sini sana

Begitulah manusia
Mudah lupa
Tamak haloba

Bumi yang jadi mangsa
Kerakusan manusia...

TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/23/2006 05:41:00 PTG. |


39 Ulasan


Sabtu, September 23, 2006 6:49:00 PTG, Blogger Sastri

Siji :
Salam Ramadhan untuk u jugak Hunny... Semoga ibadah kita diterima dan diberkatiNya...

Loro:
Manusia memang tidak pernah puas... Dengan dunia yang semakin mementingkan material, semua berlumba2 mengumpul kekayaan dengan apa cara sekalipun... biarpun kelak semuanya tergadai... maruah bangsa dan diri dah tiada nilainya lagi...

 

Sabtu, September 23, 2006 7:26:00 PTG, Blogger ZaKiN

Selamat berpuasa untuk BP dan sas.. moga segalanya bagai yg dirancang...

 

Sabtu, September 23, 2006 10:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

intai bukit??

 

Sabtu, September 23, 2006 11:54:00 PTG, Blogger Ted

hurm...tu la pasai, pembangunan la katakan...neway bukit mana tu?hihihi

 

Ahad, September 24, 2006 7:40:00 PG, Blogger KAMATO

Pembangunan ke penggondolan? Betulkah konseo pembangunan lestari diikuti?
Selamat berpuasa

 

Ahad, September 24, 2006 10:02:00 PG, Blogger kasutVINCCI

salam ramadhan utk BP dan sas.
Bukit gondol tu depan rumah korang ker? Hiks

 

Ahad, September 24, 2006 1:46:00 PTG, Blogger 13may

jgn kerana unggas di rimba, denak di sangkar kau lepaskan;
jgn krn pelangi yg indah, lampu di kamar kau matikan;
jgn krn kerlipan kaca, batu berlian kau campakkan;

DAN....
jgn kerana ayam percik, buah kurma; kau awalkan waktu berbuka....hehehehe..

Salam Ramadhan:)

 

Ahad, September 24, 2006 5:16:00 PTG, Blogger Izham Miyake

pembangunan itu perlu, cuma perlu dikawal.

di Malaysia ni, developments dengan pratice yang baik untuk alam sekitar tak begitu diamalkan dengan baik.. so..

tengok lah apa dah jadi.. salah siapa ni?

Hehe.. aku bukan nak salahkan kerajaan tapi terpaksa..

Penguatkuasaan tidak dijalankan dengan adil dan saksama..

 

Ahad, September 24, 2006 5:55:00 PTG, Blogger cipthowiryawanchannel

selamat menunaikan ibadah puasa dariku..

 

Ahad, September 24, 2006 8:20:00 PTG, Blogger BooK

rakyat malaya oportunis. tapi aku pelik. kenapa kita berkiblat kan orang putih. sedang kan kita lebih bijak.
orang putih di sini membiar kan kawasan bukit sebegitu.
kawasan tadahan air kata mereka.
gila apa!

 

Isnin, September 25, 2006 8:13:00 PG, Blogger Kaklong Syikin

salam,

selamat berpuasa dan beribadah sebanyaknya di bulan mulia ini.


ALlah dah sebut dlm Quran yg bukit bukau ini adlah pasak bumi.

so, kita blh imagine apa akan jd pada dunia kalua pasaknya tak de..

 

Isnin, September 25, 2006 8:19:00 PG, Blogger Alpha

BP dan lain-lain...selamat berpose!

Ngko ingat lagi tak entry aku pasal bukit-bukit dan rumah?

p.s. e-card tu rasa aku untuk raya pasal tu ada 'Eid'...hehehe

 

Isnin, September 25, 2006 8:37:00 PG, Blogger Unknown

masa mula mula pindah umah kat BA. BUKA pintu depan umah nampak bukit nyamannnnn rasa skang ni dah botak....sana sini. SAKIIIIIIIIIIIIIIT MATA WA MEMANDANG..apa yg lu kata tu betul la tu...besok bila si KARAM SIGH WALIA buat liputan lengkap dgn PANTUN baru la masing masing kelam kabut..

apa apa pun TO U N UR HUNNY...SELAMAT BERPUASA.

 

Isnin, September 25, 2006 9:04:00 PG, Blogger Pandang Dengar Diam

Mereka semakin bertopeng-topengan..
Selama Berpuasa...

 

Isnin, September 25, 2006 9:09:00 PG, Blogger pB

Selamat Berpuasa...

Waduh waduh, timbul pulak idea nak bersajak dipermulaan bulan puasa ni.
Tak sangka la pulak BP ada bakat terpendam...

 

Isnin, September 25, 2006 10:39:00 PG, Blogger zwitterion

kan gunung ganang dan bukit bukau tu paksi bumi..kalau paksi dah makin takde..
k la selamat berposa

 

Isnin, September 25, 2006 10:53:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
Hayati Ramadhan dengan sebenar-benar penghayatan... :)

Keseimbangan itu yang tiada..

Maniq
Sama-sama. Utk anda juga.. :)

Neeziee
Bukan intai sebab dah di depan mata...! :D

ted
Jika kau ke arah Gombak melalui MRR2 sampai di Tmn Melawati tolehlah ke kanan..

kamato
Mereka tak mengamalkan keseimbangan dlm pembangunan...amalan permakultur jauh sekali.

Selamat berpuasa.. :)

KasutVincci
Salam Ramadhan juga untuk KV..:)

13may
Mana kau dapat kata-kata tu...hehehe

Meng'awal'kan berbuka kan sunat... :D
Salam Ramadhan..

tenno miyaki
Pembangunan 'kurang' terancang...amalan permakultur tidak diamalkan... pembangunan berat sebelah...

ais putih
Selamat menunaikan ibadah puasa utk anda juga..

Book
Environmentalist kata, " bukit dan kehijauannya kenalah dikekalkan..."
Developer kata, " untung kalau buat property di situ..."
Pihak penguasa kata apa..?

Syikin
Salam. Semoga amalan kita di bulan ini diberkati dan dirahmati Allah...insya'Allah..

Mereka tak faham atau buat-buat tak faham.......

Alpha
Selamat berpose gak...

Ya..ya..aku ingat...

p.s Kalau hari raya Eid ul Fitr... :D

Halogamora
Bukit Antarabangsa....? hehehe... Dari rumah kau nampak tak bukit yang makin 'rendah' dan 'rata' tu...?

Selamat berpuasa gak utk kau & famili...

Cuaca
Siapa agaknya 'mereka' itu...?

Selamat berpuasa...

PB
Selamat berpuasa..

Itu sajak ke...? Entah.... hehehe

Kingbinjai
Selamat berpuasa king...

Zwitterion
Mereka tak faham kot makna 'paksi' atau 'pasak' bumi tu..?

Selamat berpuasa ekk...

 

Isnin, September 25, 2006 10:59:00 PG, Blogger NBK466

Selamat pose BP...Jgn sebarang BUKIT ko nak intai BP..nanti batal lak pose tuh nanti..he..he.he..

 

Isnin, September 25, 2006 11:12:00 PG, Blogger Unknown

satu: selamat berpuasa.

dua:
Pualau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dihempap tanah,
Bukit yang baik dikenang jua...

selamat berpuasa.. iklan ini ditaja oleh minyak masak cap kuda laut..

 

Isnin, September 25, 2006 12:14:00 PTG, Blogger shahril aley

Selamat nyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, sesama kita menambah ketakwaan & tingkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.

Ko tinggal kat area taman melawati ke BP?ala sekarang developer memang selalu target kat area berbukit-bukau untuk dijadikan kawasan perumahan elit. Dorg hanya nampak RM je tapi tak pikir apa effects bakal dihadapi pada masa akan datang.

PBT pun pejam mata gak pasal depa ingat nak kemajuan konon je. Tapi kadang2 benda yang patut dipelihara pun dihancurkan...ishish..

 

Isnin, September 25, 2006 1:04:00 PTG, Blogger zino

dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
bukit di tarah kanan dan kiri
macam tak ada kuasa yg boleh halang!!!

selamat mengerjakan ibadat puasa dengan sebaik2nya..

 

Isnin, September 25, 2006 1:28:00 PTG, Blogger Kemat

selamaat berpuasa.. susah kengkadang nak berdebat..antara pembangunan, kemajuan dan warisan alam.. masing2 punya fakta untuk dipertahankan..

 

Isnin, September 25, 2006 1:49:00 PTG, Blogger arianna adrizal

selamat berpuasa! rajin-rajin berterawih ya.. ;D

 

Isnin, September 25, 2006 2:54:00 PTG, Blogger Lan Rambai

salam ramadhan.. posa2 ni jgn pulak kerap sangat berdating ya hahahaha

 

Isnin, September 25, 2006 3:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nbk
Isk...ekau ni ke situ pulak.. hehehe.

Orochi
Satu:
Salam Ramadhan

Dua:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Sana sini banyak dah musnah
Bukit di bandar dah susah nak jumpa

shahril
Dan berpuasalah dengan sebenar-benar erti puasa...

Kat belakang ofis aku jer tu. Masa awal 2000 dulu semuanya menghijau....

Zino
bukit ditarah kanan dan kiri
macam tak ada kuasa yg boleh halang
ada kuasa tapi buat tak reti
ada mata tapi buat tak pandang..!!!

Selamat berpuasa..

Kemat
Selamat berpuasa kemat..

Itulah....Susah kalau tak ada kuasa ni..

Arianna
Selamat berpuasa..

Insya'Allah.... kalau tak sempat berjemaah boleh solo di rumah..:)

Lan
Salam Ramadhan Lan...
Sejak Rejab gi aku dah cuti berdating tau... hehehe

 

Isnin, September 25, 2006 3:43:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

Siji:
Selamat berpuasa untuk BP

Loro:
Kat area rumah aku pun la ni dah dondol bukit dikerja dewang yang gila nak merosakkan alam...

Siji tu satukan? Loro tu duakan? Apapun thanks Sas..baru teringat kat anak sedara MR yang keturunan jawa tu!!

 

Isnin, September 25, 2006 4:10:00 PTG, Blogger ontahsapo

selamat berpuasa... kau ambik la gambar tu selagi sempat, nanti boleh buat bukti... kasik kat karam sigh walia

 

Isnin, September 25, 2006 5:13:00 PTG, Blogger aNIe

BP...Selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia...

Kalau dari rumah kak lady ni nak ke bandar shah alam...rasanya tiap bukit disekeliling tu sedang ditarah...bila hujan hanya air tanah merah yang mengalir

 

Isnin, September 25, 2006 5:24:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Nak berpantun dah pukul lima lebih... tak larat.. hehe..

Selamat berpuasa BP ... moga melimpah ruah berkatNya ke atas ibadah puasa yang dijalani dengan sabar dan yakin.

Salam Ramadhan.

 

Isnin, September 25, 2006 5:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

siji,
udang galah anak sepat
iwak kotok iwak leleh
bulan poso ojo ngumpat
rugi tok wetenge ngelih

Loro,
orak enek bukit tanah gelem amblek.

 

Selasa, September 26, 2006 8:20:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

met poso yo mas...
numpak montor ojo banter-banter... alon-alon waton kelakon... heheheh... :)

 

Selasa, September 26, 2006 8:50:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ku lihat hijau.. la la la.. oh oh!!

 

Selasa, September 26, 2006 1:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

selamat berpuasa!
ku lihat biru (tinggal langit jer yg hijau dah kena potong hehe)

 

Selasa, September 26, 2006 3:19:00 PTG, Blogger Rakimi

salam puasa..
aku tengok entri ngko dah macam karam singh walia.

 

Rabu, September 27, 2006 12:33:00 PG, Blogger kunci hilang

tiba-tiba saya teringatkan kepada irama lagu Mankind.

 

Rabu, September 27, 2006 8:17:00 PG, Blogger Alpha

Entah la..dulu kad raya aku dapat dari brother dari Jordan tulis Eid el-Mubarak aje...

 

Rabu, September 27, 2006 9:44:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mamamanja
Selamat berpuasa...dah 4 hari.....Alhamdulillah..

Mamarisyia
Siji: Selamet...

loro: Kat area tempat MR tinggal tu memang.... :D

Siji, loro, telu, papat, limo,.......

Ontahsapo
Aku rasa habis bulan puasa ni, bukit tu pun ikut habis....

Kak lady
Selamat..

Itulah dia. Kat Bkt Jelutong tu pun.....Salah satu punca banjir kat TTDI Jaya tahun lepas..

Bunga Rampai
InsyaAllah... sama-samalah kita...

Ramadhan Al Mubarak..

Wongetan
Siji,
siji loro telu papat
limo nenem pitu wolu
bulan poso bulan rahmat
tambah amalan kurang kay turu

Loro,
Bukit kuwi kan pasak bumi...

Bagonk
Selamat...yo podo-podo..

Sa iki orak banter.. 110km/j waey....hehehe

Gitartong
Mereka lihat RM RM RM...!

Op
Selamat berpuasa..

Kalau jerebu tak ada biru lagi dah... kelabu... hehe

Kimi
Salam puasa gak..

Kunci hilang
:)
Hilang sudah irama kicauan unggas dan desiran angin yang bertiup...

Alpha
Kalau ditafsirkan itu 'blessed festival'... :)